Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 hari ini.
Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di Facebook Johor Southern Tigers, baginda antara lain turut bergambar bersama ayahanda Sultan Ibrahim di atas karpet merah di depan jet tersebut.
Di sebelah kiri dan kanan mereka dihiasi jambangan bunga dan belon yang berwarna-warni bagai menggambarkan majlis penyerahan jet tersebut diadakan secara rasmi walaupun dilihat dibuat secara ringkas.
Dalam gambar yang lain, kelihatan Tengku Mahkota menuruni tangga jet sambil diperhatikan oleh juruterbang dan beberapa petugas kabin. Beliau juga sempat bergambar dengan mereka sambil memegang kad ucapan hari lahir.
"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulis baginda dalam laman sosial itu.
Bagaimanapun Tengku Ismail menulis bahawa beliau berniat untuk mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri itu di samping menghulurkan sedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan selepas menerima nasihat baginda Sultan Johor.
"Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.
"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulis baginda lagi.
Rata-rata pengunjung laman sosial turut meraikan kegembiraan itu di samping mendoakan baginda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. - Malaysiakini
Tuesday, June 30, 2015
Tumor 4cm: PM arah rawatan untuk Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan rawatan wajar diberikan terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkok di Penjara Sungai Buloh.
“Saya ambil maklum kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” kata Najib di Twintter hari ini.
Peguam Anwar hari ini menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan bekas ketua umum PKR itu bawah tahanan rumah bagi membolehkannya mendapat rawatan kesihatan.
Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata kesihatan Anwar semakin teruk dan amat membimbangkan setelah susut berat badan 6 kilogram.
Mereka juga berkata terdapat ketumbuhan 4cm di buah pinggang Anwar, otot bahunya terkoyak serta masalah artritis kronik.
Perkara itu disimpulkan mereka selepas Anwar dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur dua hari pada 2 Jun lalu.
Peguam Anwar berkata keadaan panas dan lembab dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah kesihatannya.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan oleh mahkamah.- Malaysiakini

TERKEJUT DAGING YANG NAK DI POTONG MASIH BERDENYUT
Seorang wanita ketakutan selepas mendapati daging yang dibelinya masih berdenyut ketika dia hendak memotongnya.
Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Cheng hendak memotong daging berkenaan apabila menyedari ia bergerak, seolah-olah hidup.
Dia sempat merakam kejadian itu dan menyiarkan klip video itu di Internet.Ia kelihatan seperti masih hidup. Atau mungkin ada cacing atau sesuatu di dalamnya yang menyebabkan ia berdenyut.
“Namun, apabila memotongnya, saya tidak menemui apa-apa kecuali lapisan daging biasa,” katanya.
Pakar Jabatan Haiwan Lv Suwen berkata, daging berkenaan berdenyut kerana saraf padanya masih belum mati.
“Daging itu segar kerana ia baru disembelih. Sistem saraf utama sudah mati tetapi saraf pada otot masih hidup menyebabkan ia berdenyut,” kata Lv.
Menurut Cheng, dia membeli daging itu pada jam 8 pagi dan mula memotongnya jam 9 pagi.
VIDEO MEMAPARKAN DAGING YANG MASIH HIDUP
Filipina, Kerajaan Islam Nusantara Yang Dimurtadkan
Filipina adalah merupakan antara gugusan pulau dalam kepulauan Melayu yang mempunyai berbagai sejarah dan keunikan sendiri bahkan berkongsi banyak persamaan dengan masyarakat di malaysia dan indonesia umumnya. Umum mengetahui bahawa masyarakat filipina merupakan sebahagian daripada kelompok darah melayu austronesia dan sudah pastilah ini merupakan antara bukti kita dahulu dalam satu rumpun dan kelompok yang sama di nusantara.
Filipina asalnya adalah sebuah kerajaan islam yang hebat pada zaman dahulu, namun keadaan berubah sekelip mata selepas kedatangan sepanyol ke filipina pada tahun 1565, ketika itu, Filipina mencapai populasi penduduk muslim seramai 98% dan hanya 2% masyarakat bukan islam.
Asal nama kepada ibu kota Filipina sekarang Amanillah yang berasal daripada perkataan arab ‘Fi Amanillah’ yang bermaksud dibawah perlindungan ALLAH S.W.T namun akhirnya telah diubah ubah menjadi Manila sehingga sekarang oleh Penjajah Salib Sepanyol.
Sebelum ditawan oleh Sepanyol, penduduk Amanillah telah berjaya menjadikan Kota ini sebagai salah sebuah kota islam terbesar di Asia Tenggara. Mereka sudah berabad lamanya menerapkan syariat islam dibawah payung daulah islamiyah Timur dan barat. rata-rata masyarakat muslim ketika itu bekerja sebagai pedagang, peniaga dan lain-lain.

DIJAJAH SEPANYOL
Pada tahun 1565, Sepanyol datang ke nusantara yakni ke Filipina dengan misi Gold Dlory dan Gospel yang membawa maksud menjajah kota kota islam di timur sebagai akibat daripada lanjutan kempen Perang salib antara islam dan kristian. 1565 jugalah dimana Kota Amanillah direbut, dibantai dan ditawan oleh Sepanyol yang kemudiannya nama Filipina tercipta hasil daripada nama raja mereka ketika itu iaitu King Philipe. Setelah menakluk Amanillah, Sepanyol telah berjaya menjalankan kempen mengkristiankan penduduk di wilayah filipina tengah dan utara melalui ancaman, paksaan dan berbagai-bagai lagi cara untuk memurtadkan masyarakat islam ketika itu.
Terdapat sebahagian orang islma telah melarikan diri ke Selatan Filipina demi menyelamatkan akidah mereka. Di Selatan Filipina, masyarakat islam ini berjaya membentuk pasukan tentera untuk mempertahankan diri mereka sendiri demi menyelamatkan maruah dan akidah kaum mereka yang ditawan oleh Sepanyol dengan melawan tentera Sepanyol melalui perang gerila. Sepanyol kemudianya menamakan Masyarakat islam yang lari ke selatan Filipina ini dengan gelaran Orang Moro yang diambil daripada sebutan orang arab Sepanyol yang beragama islam yang dahulunya menguasai Andalusia iaitu orang Moor.
Namun, dasar penjajah kafir, mereka tidak duduk diam terhadap masyarakat islam di Selatan filipina, mereka telah berjaya mengrekrut orang indo kristian(orang filipina yang telah dikristiankan) untuk berperang melawan orang islam yang asalnya adalah bangsa mereka, saudara mereka dan mungkin juga ibu bapa mereka sendiri.
MENYERAHKAN FILIPINA KEPADA AMERIKA SYARIKAT.

Akhir abad ke 19, imperialisme Sepanyol mulai menurun, hal ini disebabkan oleh berbagai pemberontakan telah berlaku di wilayah jajahan Sepanyol yang lain. PAda tahun 1898, Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerik Syarikat untuk mengganti Sepanyol sebagai kuasa penjajah. Tumpuan kaum muslim di Filipina kini terarah kepada Amerika Syarikat, namun ternyata Amerika Syarikat lebih kuat berbanding Sepanyol, Amerika Syarikat kemudianya kembali menakluk wilayah islam di selatan filipina dan hanya tinggal Mindanao sahaja sebagai pertahanan terakhir kaum muslimin daripada direbut oleh amerika Syarikat.
Sumber: mentaritimur.wordpress.com
Sumber: mentaritimur.wordpress.com
Misteri Sindrom Tangan Alien
Bayangkan kita sedang duduk dalam keadaan tenang dan tiba-tiba salah satu tangan kita bergerak sendiri dan menampar serta memukul diri kita sendiri.
Malangnya, kita tidak mampu mengawal tangan kita sendiri, seolah-olah tangan itu mempunyai fikiran dan kehendak sendiri.
Mungkin ia kedengaran pelik dan tidak masuk akal, tetapi tahukah anda perkara seperti itu benar-benar berlaku dalam dunia
Guna Doraemon panggil hujan
Upacara hae nang maew yang dilakukan untuk memanggil hujan. |
PHRAE - THAILAND. Petani di Wilayah Nong Muang mengunakan kartun popular Jepun, Doraemon dalam sebuah upacara ritual untuk memanggil hujan.
Upacara memanggil hujan di wilayah berkenaan kebiasaanya menggunakan kucing hitam, namun diganti dengan Doraemon untuk mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Dalam upacara ritual tersebut, petani yang terjejas akibat kemarau yang melanda kampung Wang Luang meletakkan anak patung Doraemon dalam sangkar kayu beserta gambar watak kartun itu pada bahagian luar sangkar dan berarak di sekitar kampung mereka dalam upacara ritual yang dipanggil "hae nang maew".
Sangkar itu diarak ke lima tempat dipercayai roh rumah nenek moyang mereka dan diikuti dengan majlis keagamaan.
Sementara itu, seorang penduduk kampung Wang Luang, Rattakarn Jantanu berkata, upacara tradisional tersebut dilakukan selepas mengalami kemarau yang teruk, terutamanya di Nong Khai Muang.
"Untuk mengelakkan kritikan daripada masyarakat kerana menggunakan haiwan, penduduk kampung mengambil keputusan mengunakan patung Doraemon selepas tidak menemui patung kucing yang sesuai.
"Walaupun upacara ritual ini tidak berjaya menurunkan hujan, namun penduduk kampung masih gembira di atas usaha yang dilakukan," katanya dipetik Thai Rath Online.
Selain daripada kucing hitam, antara barangan lain yang diperlukan dalam upacara ini ialah buluh atau rotan, lilin, bunga dan sangkar kayu.

Sumber: Sinar Harian
Wanita terbunuh jatuh 'bungee jump'
AUDINTCTHUN - PERANCIS. Seorang wanita terbunuh manakala teman lelakinya cedera parah selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti terjunan "bungee jump"
Wanita yang berusia 28 tahun yang masih belum dikenalpasti identitinya terbunuh dalam insiden mengerikan di Audincthun, dekat St Omer, Pas de Calais manakala teman lelakinya mengalami kecederaan serius dan kini sedang dirawat di Hopsital Universiti Kolej di Lille.
Menurut sumber memberitahu akhbar Le Parisien, pasangan itu menaiki kren yang berketinggian 65 meter untuk melakukan terjunan 'bungee jump'.
Semasa melakukan terjunam, kira-kira 12 meter dari bawah tanah, alat permainan itu tidak berfungsi dan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke tanah.
Wanita itu disahkan meninggal dunia pada jam 6 petang manakala teman lelakinya dikejarkan ke hospital.
Sementara itu, Pendakwa raya Sebastien Pieve berkata, pihaknya percaya terdapat masalah ketika memasang tali pada pasangan tersebut.
"Kami akan meneliti sama ada insiden ini adalah disebabkan kecuaian manusia, masalah peralatan atau kedua-duanya sekali," katanya dipetik Mirror.uk
Dalam pada itu, pengurus permainan itu kini ditahan untuk membantu siasatan.
Pihak berkuasa kini menutup permainan tersebut yang telah beroperasi dua tahun lalu buat sementara waktu.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...