Tuesday, June 30, 2015

TMJ dapat hadiah jet sempena hari lahir

Gambar yang dimuatnaik di laman Facebook Johor Sourthen Tigers.

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim sempena hari keputeraanya yang ke 31 hari ini.

Perkara tersebut dikongsi di laman Facebook Johor Southern Tigers dengan beberapa foto yang dimuatnaik menunjukkan TMJ bergambar bersama ayahandanya di hadapan jet tersebut.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulisnya di laman sosial Facebook itu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga akan mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulisnya lagi


Sumber: Sinar Harian

VIDEO [ISU SEMASA] LAGI PANAS!!! Masjid Jamek Gelugor Jadi Port Buang Bayi... Mujuq Di Perkarangan Masjid, Bukan Dalam Lobang Jamban... #SahabatSMB

Lagi satu kes separa kejam... kali ini melibatkan bayi comel yang dtinggalkan di perkarangan Masjid Jamek Gelugor, Pulau Pinang... 


Kejadian dikatakan berlaku ketika jemaah sedang bersiap siap untuk menunaikan solat Asar... menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Ngah, beliau terlihat kelibat seorang wanita yang nampak tergesa gesa seperti sedang melakukan sesuatu...


Kemudian selepas seketika, wanita tadi kembali bergegas ke jalanraya dan terus menaiki sebuah kereta... kebetulan ketika itu Abang Ngah juga sedang bersegera menunaikan solat Asar yg telah dimulakan oleh imam jadi Abang Ngah mengesyaki apa2 yang buruk berlaku...

Jom kita tengok dulu video betapa comelnya bayi yang ditinggalkan ini...

Sumber : PRU14

Sehinggalah selesai solat, barulah ada kalangan jemaah yang terdengar tangisan bayi di luar... dan ketika itu baru Abang Ngah tahu berkemungkinan wanita tadi yang nampak tergesa gesa rupanya meninggalkan seorang bayi comel di perkarangan masjid...




Bayi yang ditinggalkan ini menangis mungkin disebabkan kelaparan... prihatin dengan keadaan itu, ada kalangan jemaah yang keluar ke kedai bagi membeli susu tepung... manakala beberapa ajk qaryah masjid menghubungi pihak berkuasa dan pihak pegawai kesihatan untuk membuat pemeriksaan ke atas bayi tersebut...


Aku mendoakan agar bayi ini berada dalam keadaan sihat sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mencari ibu atau bapa kepada bayi tersebut...

Bagi aku, syukur jugalah kerana ibu tadi tergerak untuk tinggalkan bayi di Masjid... walaupun tindakannya itu tetap salah dan tidak berperikemanusiaan tetapi setidak tidaknya dia tidak melakukan sesuatu yang lebih buruk termasuk membunuh atau membuangnya ke tempat yang tak sepatutnya...

Sebab Almarhum Tok Guru Nik Aziz asingkan solat tarawih dan witir


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan solat sunat tarawih sama seperti yang dilaksanakan di masjid atau surau di negara ini pada bulan Ramadan.

Menurut anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir

"Mengimbas Ramadan, kalau nak sebut tentang rindu itu, saya rindu semasa solat tarawih dengan Allahyarham. Allahyarham mengajar kepada semua ahli keluarga, solat tarawih lapan rakaat tanpa ada witir di belakangnya.

"Setiap kali tarawih, Allahyarham akan sampaikan tazkirah selang empat rakaat dan selepas selesai empat rakaat lagi, beliau akan suruh baliklah," katanya kepada Sinar Online.

Ketika ditanya sebab Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, ia bagi menggalakkan kita bangun malam untuk menunaikan solat sunat witir sebelum bersahur.

"Sudah menjadi satu budaya di mana beliau beritahu keluarga agar bangun pagi sebelum Subuh untuk solat sunat witir. Jadi, Allahyarham tidak solat sama seperti yang kita buat di masjid-masjid.

"Kerana beliau mahu galakkan supaya balik nanti jangan tidur sahaja..tidak bangun. Solat sunat witir itu ditunaikan pada waktu pagi sebelum sahur," ceritanya.

Ustaz Ahmad Dusuki mengakui merindui alunan bacaan Allahyarham dan gaya kepimpinan arwah sepanjang hayatnya.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 13 Februari lalu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Allahyarham disolatkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara di Masjid Pulau Melaka sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.


Sumber: Sinar Harian

24 Jam Satu Saat Hari Ini


KUALA LUMPUR: Waktu harian seluruh dunia akan bertambah satu saat hari ini berikutan fenomena dikenali sebagai saat lompat.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari ini akan menjadi 24 jam satu saat.

Beliau menarik perhatian bonus satu saat' ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang perlahan.

Kadar putaran bumi antara lain, beliau berkata dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca.

"Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena saat lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.

Mohd Zamri berkata bonus satu saat itu akan diperoleh di penghujung Selasa.

Dalam hal ini, beliau berkata International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.

"Walaupun bertambah cuma satu saat dan ramai yang terlepas pandang, namun pertambahan waktu ini memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan tinggi, katanya.

Setakat ini, menurut Zamri, UTC telah ditambah satu saat sebanyak 25 kali sejak tahun 1972 dengan kali terakhir pada 1 Julai 2012.

Sementara itu, Pengetua Kanan Metrologi, Makmal Metrologi Kebangsaan, Sirim Berhad, Dr Mohd Nasir Zainal Abidin, ketika ditanya sama ada masa, antara lain, di telefon bimbit perlu diselaraskan secara manual, beliau berkata semua alat elektronik akan disegerakan secara automatik ke masa rangkaian pelayan protokol.

Begitu juga dengan komputer saling berkaitan atau rangkaian, katanya sambil menambah bahawa isu kemasukan saat lompat hanya kritikal pada pelayan.

Ditanya kemungkinan pelayan gagal berfungsi dengan baik esok, beliau menjelaskan apa yang berlaku pada fenomena yang sama pada Jun 2012 berlaku pada hujung minggu.

"Walaupun begitu, 10 peratus masa protokol rangkaian pelayan di seluruh dunia melakukan kesilapan. Kebanyakan pelayan dapat ditetapkan dalam masa sejam tetapi beberapa pihak lain mengambil masa sehari," katanya, sambil menambah di Australia, sistem daftar masuk penerbangan ekoran saat tambahan telah menjejaskan laman web popular.

Oleh itu, bagi hari kerja biasa esok, beliau menasihatkan langkah berjaga-jaga dalam perniagaan dalam talian, sistem rangkaian, pembekal perkhidmatan internet, perkhidmatan notari masa digital dan aplikasi seperti MySQL, Hadoop dan Cassandra.

"Beberapa pembekal perkhidmatan sedang mengambil langkah untuk menggantung atau menghentikan operasi untuk beberapa jam sebelum dan selepas perubahan masa. Adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat kerana ini tidak banyak dilaporkan.

"Walau bagaimanapun, masalah ini tidak boleh diabaikan kerana jumlah besar transaksi perniagaan boleh berlaku dalam masa sesaat. Tambahan pula, transaksi tidak terhad kepada zon masa tunggal," katanya. - Bernama

Monday, June 29, 2015

Kesihatan Anwar merosot, perlu tahanan kediaman, kata peguam

Tahap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin teruk dan amat membimbangkan, menurut pasukan peguam antarabangsa yang mendakwa bekas ketua pembangkang itu dinafikan akses kepada rawatan yang amat diperlukan beliau.



Mereka menyarankan Anwar segera dipindahkan segera ke tahanan kediaman supaya beliau boleh dibenarkan menemui doktornya sendiri bagi mendapatkan rawatan perubatan, kata peguamnya Sivarasa Rasiah dalam satu kenyataan hari ini.

"Kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar berterusan.

"Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, yang diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan pada kala beliau ditahan dengan salah," katanya.

Kenyataan itu turut ditandatangani Jared Genser, peguam dan pengasas Freedom Now, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pembebasan tahanan politik seluruh dunia. - TMI

GUNA PATUNG DORAEMON UNTUK PANGGIL HUJAN


Phrae - Thailand: Penduduk kampung di daerah Nong Muang Khai yang terjejas teruk akibat kemarau, kelmarin menggunakan patung kartun Doraemon dalam satu upacara untuk memanggil hujan.

Mereka menggunakan patung watak kucing robot popular itu bagi menggantikan kucing hitam untuk mengelak dituduh mendera haiwan.

Pengusaha ladang jagung di Wang Luang meletakkan patung Doraemon itu dalam satu sangkar kayu sebelum diarak sekeliling kampung untuk meminta hujan.

Seorang penduduk, Rattakarn Jantanu berkata, mereka bersetuju untuk membuat upacara tradisi bagi meminta hujan itu selepas wilayah berkenaan terjejas teruk akibat kemarau.

Mengikut upacara itu yang asal, mereka sepatutnya meletakkan seekor kucing hitam di dalam sangkar kayu sebagai korban untuk meminta hujan.

Bagaimanapun, kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan orang ramai, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan patung kucing.

“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.

Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.

“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya.

culik dan jual organ

culik dan jual organ

Gambar Belangkas