Monday, June 29, 2015

Unifi berkelajuan tinggi bermula Ogos di Kelantan


PENDUDUK Kelantan bakal menikmati perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi seawal-awalnya Ogos ini, kata Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Kelantan, Ab Rashid Che Othman.

Ab Rashid berkata buat permulaan, pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan itu di daerah Kota Baharu meliputi kawasan bandar, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

"Kita menjangkakan dalam sehingga Mac tahun depan, 5,000 pelanggan akan mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan itu selepas TM  memasang tiga ibu sawat di Kota Baharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa TM Kelantan Bersama Pelanggan dan Majlis Perasmian Penutupan Program Sejahtera TM di Kota Bharu, malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM Izlyn Ramli.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya tidak akan menyediakan perkhidmatan Streamyx di kawasan yang telah mempunyai perkhidmatan UniFi.

"Tapi tempat-tempat yang sedia ada Streamyx dan ada pengguna memohon untuk mendapatkan UniFi, kita akan sediakan kepada mereka... kedua-duanya akan ada serentak," katanya.

UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar TM yang menggunakan gentian optik untuk menyampaikan Internet berkelajuan tinggi, telefon dan perkhidmatan IPTV ke rumah pelanggan. - Bernama

Sunday, June 28, 2015

Menteri : Harga Ayam Naik? Jangan Makan Ayam., Tukar Selera, Makan Daging dan Ikan


KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama

Harga Ayam Akan Naik Menjelang Raya Ini


Kuala Lumpur – As Hari Raya nears, traders say poultry prices will rise due to the higher cost of chicken feed as well as increased demand for chicken amid low supply, The Star reported today.

Perak poultry association chairman Datuk Ding Thong Chow told the English-language daily that the pr‎ice of chicken had increased to RM5 a kg from RM4.80.

Perak supplies 20% of the national poultry production.

Ding said there had been a shortage of poultry supply even before Ramadan, but demand for chicken remained high during the fasting month.‎

He added that the chickens were also experiencing stunted growth.‎

“Usually after 38 days, a chicken weighs about 2.5kg and is ready for slaughter but now it only weighs about 2kg at that stage. It’s taking longer for chickens to grow.

“We think this is due to the poor quality of dried maize imported from Argentina. There is a workers’ strike so, shipments have been delayed,” he was quoted as saying.‎‎

In Johor, poultry dealers said the price of chicken feed was increasing, forcing them to‎ pass on the extra cost to customers, The Star reported.

They blamed the higher price on the strengthening US dollar.‎

“We do not set these rates but we have to increase prices in order to make a minimal profit,” a trader at the Larkin wet market was quoted as saying.‎

Pasar Kampung Melayu trader Faaiz A. Rahman, 29, said the price of chicken would go up to RM7.50 from its current price of RM6.40 a kg, until the government implemented a price control mechanism for Hari Raya.

In Petaling Jaya, an Indian Muslim restaurant chain owner told The Star that chicken prices had been high over the past two months.

“We get a daily SMS from the supplier telling us what the price is. Some days, it goes up by 60 sen and 70 sen. If it drops, it’s only by 10 sen and 20 sen.

“Suppliers are saying there is not enough stock,” he was quoted as saying.‎

However, Federation of Livestock Farmers’ Associations of Malaysia president Jeffrey Ng denied the traders’ claim that there was a shortage of supply.‎

“As of now, there should not be any problem in supply for Hari Raya,” he was quoted as saying.‎

Ng added that the price of chicken feed was not the highest within the past two years.

Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek echoed his statement.

“Livestock farmers have assured us that there will be ample supply, so traders cannot give excuses,” he was quoted as saying.

Rezeki Kena Maki, Dapat Makan Steak RM4,678!







Gambar dari Instagram Nur Azira

Wah! Rezeki di bulan ramadan. Siapa sangka, jawapan simple 'MENATE' itulah yang mendatangkan rezeki makanan yang bernilai RM4,678. Makanan orang kaya, mana mampu orang marhaen nak merasanya, ye tak? 

Semalam, mangsa kena maki Azwan Ali, Nur Azira, memuat naik beberapa gambarnya berbuka puasa di Me'nate Steak Hub bersama dengan keluarganya serta wakil pengendali laman Facebook popular, Oh! Media. 

"Assalamualaikum. First of all, I nak berterima kasih kat Oh! Media because viralkan that case. Hehehe! Yeayyy! Dari situ laa we'oulss sekeluarga dapat special invitation from 5 star steak house bebbb for iftar!

"Secara jujurnya, tak mampu den nak membayor makan sampai RM4K (bills for iftar today). Biar la kita ni low profile sikit, jangan nak GAHH manjang. Soon HATERZZZ yang ramai hokey!" katanya yang dipercayai ditujukan kepada Azwan Ali.

Dalam kenyataan Nur Azira di Instagram itu, dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pekerja restoran itu dan tidak lupa juga kepada pemiliknya yang sangat peramah ketika melayani mereka sekeluarga.

"Owner tersangatlah peramah melayan saya sekeluarga seperti VVIP sepanjang di sana. Steak yang disajikan untuk kami sangat sedap, soft dan terasa herbnya," 

Azira juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepadanya. 

Bagi mereka yang ingin merasa sendiri kesedapan steak restoran ini, bolehlah berkunjung ke cawangan yang berhampiran dengan anda. 

2,500 pelancong Britain tinggalkan Tunisia

TUNIS. TUNISIA. Sekurang-kuangnya 2,500 pelancong Britain yang membanjiri Tunisia bertindak meninggalkan negara berkenaan dengan penerbangan khas selepas pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh kumpulan militan IS sekaligus mengorbankan 38 orang.
Agensi Pelancongan Thomson and First Choice mengesahkan bahawa pelancong yang terkorban dan tercedera merupakan pelancong dari agensi mereka.
 
Menurut jurucakap agensi terbabit, 10 penerbangan dari Tunisia telah diatur bagi membawa pulang pelancong-pelancong Britain.
 
“Kesemua penerbangan dijadual tiba di lapangan terbang di Manchester, Gatwick, East Midlands dan Donchaster pagi ini.
 
“Kesemua lawatan ke Tunisia yang dianjur pada minggu hadapan akan dibatalkan,” katanya.
 
Britain mengesahkan sekurang-kurangnya 15 orang rakyatnya terbunuh dalam kejadian serangan bersenjata di resort Pelabuhan el Kantaoui, dan jumlahnya mungkin akan bertambah.
 
Serangan itu meragut nyawa rakyat Britain paling ramai, semenjak insiden pengeboman London pada tahun 2005.
 
Negara Afrika Utara itu, yang banyak bergantung kepada industri pelancongan, mengumumkan rancangan untuk menggunakan khidmat tentera di kawasan terbuka dan terdedah serangan dan menutup berpuluh-puluh buah masjid yang didakwa menghasut kumpulan pelampau.
 
Semalam kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab dalam serangan mensasarkan musuh kumpulan militan berkenaan, selain mahu menghapuskan sarang maksiat di Pelabuhan el Kantaoui. - SH

Terkini! Suspek Kes Dera! Ibu Tiri Dan Bapa Kandung Ditahan

Ibu tiri, bapa ditahan

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Dua suspek kes dera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditahan polis di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek iaitu ibu tiri mangsa berusia 25 tahun dan bapa kandungnya berusia 39 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

Katanya, kedua-dua suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatn lanjut.

"Suspek akan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Pasir Mas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang, dekat sini.

Kejadian itu disedari ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28, Rabu lalu selepas mengambil anaknya daripada jagaan bekas suami dan ibu tiri mangsa.

Mangsa bukan sahaja terpaksa menanggung derita kira-kira enam bulan, malah turut mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang.

HOBI MAUT - MENGEJAR TORNADO


Puting beliung atau lebih dikenali sebagai tornado menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda bernilai jutaan dolar pada setiap tahun di Amerika Syarikat (AS).


Tornado sangat digeruni penduduk AS kerana ia boleh muncul pada bila-bila masa dan membawa kemusnahan yang besar.

Bagaimanapun, terdapat segelintir golongan yang berpendapat tornado sesuatu yang unik dan menakjubkan walaupun memiliki kuasa pemusnah yang dahsyat.

Seorang daripada mereka adalah Blake Knapp, 35, yang bertahun-tahun cuba meramal dan mengejar tornado di seluruh AS.

Dengan bersenjatakan kamera digital, Knapp merakam gambar tornado yang menakjubkan.

Selepas puas mengejar tornado kini Knapp mahu berkongsi kegilaannya dengan sesiapa yang mengagumi fenomena alam luar biasa berkenaan.

Knapp menubuhkan sebuah syarikat pelancongan Weather Adventures Storm Chasing Tours yang menawarkan perkhidmatan mengejar tornado kepada sesiapa yang berminat merasai pengalaman berbahaya itu.

Dengan pakej lawatan selama 10 hari berharga serendah £2,300 (RM13,632) seorang, pelancong akan dibawa mengejar tornado di seluruh AS.

Bagi melihat tornado yang luar biasa, pelancong mungkin terpaksa menempuh pengembaraan sejauh 8,000 kilometer.

Knapp berharap, pelancong bukan sahaja dapat merakam gambar tornado yang menakjubkan tetapi turut membawa pulang pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang hayat mereka.

Sejak menjadi pengejar tornado, Knapp pernah berdepan beberapa situasi yang mengancam nyawa kerana kesilapannya membuat keputusan.

Saya tidak dapat lupakan bunyi serpihan sampah menghentam kenderaan dan melihat ranting serta batang pokok disedut ke dalam tornado ketika saya melarikan diri daripada ribut.

Tiga rakan saya mati akibat terperangkap dalam tornado dan pengalaman itu memberikan saya perspektif berlainan terhadap kuasa alam itu.

“Pada hari pertama mengejar tornado saya sedar akibatnya amat buruk sekiranya melakukan kesilapan,” katanya.

Bagi Knapp, keselamatan adalah keutamaannya setiap kali membawa pelancong mengejar tornado.
“Secara visual, ribut sangat menakjubkan.

“Bukan hanya tornado tetapi struktur ribut itu sendiri sangat unik,” ujarnya.

Walaupun sangat cantik Knapp tidak pernah memandang rendah sesuatu ribut dan memperkecilkan kuasanya.

Knapp berkata, kerjayanya membolehkan dia menggabungkan minatnya dalam bidang fotografi, mengembara, alam sekitar dan cabaran dalam meramalkan cuaca buruk.

Tornado atau ribut mungkin terbentuk dalam waktu singkat sebelum ia hilang untuk selama-lamanya.

“Apabila saya merakam gambar ribut ia akan kekal sampai bila-bila,” jelasnya.

Tambahnya, dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dan merancang dengan teliti untuk mengurangkan risiko bahaya dan memastikan pelancong dapat merakam gambar tornado yang menarik.

Kebanyakan tornado terjadi di kawasan Great Plains atau juga dikenali sebagai Lorong Tornado di tengah AS.

Kebiasaannya lawatan itu berlangsung ketika musim luruh hingga awal musim panas Mei dan Jun adalah bulan paling sibuk dalam kalendar pengejar tornado.

Kini apabila mempunyai syarikat pelancongan sendiri, saya boleh mengejar tornado dengan cara yang saya rasa paling selamat.

“Pengejar tornado sepatutnya berada jauh di depan ribut dan cuba mengurangkan risiko,” katanya.
Menurutnya, mengejar tornado tidak semestinya berdepan situasi bahaya seperti anggapan setengah pihak.

“Melihat kepulan awan kecil berkumpul membentuk awan yang dua kali lebih tinggi dari Gunung Everest dalam tempoh tidak sampai sejam sudah cukup menyedarkan anda betapa menakjubnya kejadian ribut itu,” ujarnya.

Jelasnya, dia berasa sangat puas apabila melihat impian pelancong untuk merasai pengalaman mengejar tornado tercapai.Saya sangat seronok dengan pekerjaan saya sebagai pemandu pelancong.

“Melihat mata pelancong yang bersinar selepas impian sepanjang hayat mereka tertunai adalah sesuatu yang tidak ternilai,” jelasnya.

Gambar Belangkas