Sunday, June 7, 2015

Tilik nasib

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PEDOMAN

Perbuatan menilik nasib sama ada melalui ilmu bintang atau bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram serta boleh membawa kepada syirik jika mempercayai penilik atau peramal tersebut mengetahui yang ghaib. Sabda Nabi SAW dalam hadith yang sahih:

مَنْ أَتَى كَاهِنَّا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ.

Ertinya:

"Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad".

(Riwayat Ahmad)

Ini kerana ALLAH SWT berfirman:

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِى السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ .

Ertinya:

"Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan ALLAH".

(Surah al-Naml:65)



Lagi di:

Miskani.blogspot.com

Pelajar-cerdik.blogspot.com

Petua-malaysia.blogspot.com



Tags:tilik nasib

Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Al Ikhwan Gelong Bilal KT. Ahad | 7.6.2015



Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf



Sifat Org Beriman



1. Org yg kata dia tak takut Allah dia boleh jd rosak akidah,boleh jd kafir siapa yg mengaku tidak takut pd Allah sperti disebut dalam kitab2 muktabar.



2. Org yg paling takut pd Allah ialah Nabi kita lah,Nabi Muhammad saw krn Allah sdiri yg wahyukan kpd Nabi saw supaya takutkan Allah,mane mane zaman bile ade Nabi tu Nabi tu la yg paling takut pd Allah,zaman Nabi Zulkifli dialah yg paling takut pd Allah begitu jgk zaman nabi2 lain.



3. Makin takut seorg itu pd Allah makin sikitlah dia buat pkara huduh2 atau pkara dosa,tgk dlm fb or leni ramai jenis gile jenis 3 suku,tgk ah dlm fb or buke wall je penuh dgn maki carut uduh2 ngarut ngabang skali.



4. Jadi org yg yakin dia akan diazab diakhirat jika bcakap bende huduh maka dia akan kurg atau tidak akan buat bende kotor bende dok molek atau seumpamanya leni ramai gile like buat status mcm2 nk suruhnye dpt like dok hera doh buruk ke molek.Berat nanang leni,baik mu log out fb mu g tolong org ke zikir ke dok lame doh kite nie.



5. Sebab ape Org dok takut pd Allah?Sebab dok kenal lah,kalu kenal mesti kite takut mcm rima gok,kalu bdk 2 tahun dia dok kenal rima siap olor tgn lagi kat zoo.Kalu kenal mesti lari doh,tp bile kenal Allah kite bukan makin lari tp kite makin dekat dgn Allah.Kene kenal Allah lah baru boleh dekat dgn Allah.



6. Org yg fasiq sekalipun jika dia masih ade iman pcaya pd Allah dia jugok dikasihi Allah,org yg xnak beriman pd Allah sahaja yg dikire musuh Allah.Kawan kite pun kalu paka luor pendek main congek muto skalipun kalu masih beriman pd Allah dia jugok wali Allah,tp bukan wali dlm kitab tasawuf tu,tu wali lain,maknenye Allah kasih jgk pdnya bukan atas jalan lagho tp jln dia msih ade iman pd Allah.



7. Leni anok2 org comel2 belaka,tengok mok dgn ayoh dia dok lulus,dulu org melayu tganu dok comel,tp leni putih2 sleput anok org akhir zaman gni lah.



8. Kalu pakat beramal dgn ayat2 Allah dlm Al Quran sptutnye dok baloh doh la kite,leni baloh jgk duk berebut jawatan lah ape lah,spatutnye bile buat krn Allah ni kite dok baloh doh lah tp olih krn dunia,dunia ni sdiri tpt yg tidak puah ati,mmg dunia ni tempat dok puah ati,nok puah ati sgguh di syurga nanti la barulah puah ati sgguh.



9. Adilnye Allah taala ni setiap mana amal manusia tu akan dibalas di akhirat nanti,tgk org yg gila dari awal tu,makan nasi basi,tdo dlm longkang bile mati nanti syurga lah dia sbb atah dunia dia susah doh,tp org yg senang dunia jika derhaka Allah dia akan jd gila diakhirat nanti krn neraka ni tempat org jd gila.



Soal Jawab



1. Mok sakit dokleh puasa kene ganti dok ni?



- Kalu nyakit yg ade harapan sembuh wajib dia qadha bile sembuh nanti,kalu nyakit tua roliknye koho berat maka tak payah puasa cume perlu bayar fidyah saja



2. Org yg musafir boleh ke tak bpuasa?



- Boleh sekalipun dia bmusafir dgn kderaan mewah sperti kapal terbang tp sebaiknye teruskan puasa lah sbb kekgi kene qadha jugok.Org haid boleh makan jgk time puasa tp jgn makan depan org.



3. Kalu dok berasa lapar sedikitpun dan bangga dgn kawan2 sbb tak lapar dapat ke dok hikmah puasa?



- Xdok mslh tak hilang hikmah puasa cume jangan bercakap bsar krn diantara tujuan puasa adlah untuk merasa lapar dan dahaga sperti org miskin yg xdok mkanan.



4. Mayang qadha niat hok senang skali guana?



- Aku solat fardhu Isyak Qodho.Senang je



5. Saya niat jamak taakhir asar zohor lepas mayang pertama tu nk berak sakit perut boleh ke g berok dulu baru sambung solat kedua?



- Boleh asalkan bukan dgn sengaja memutuskan walat sperti lepas solat pergi shoping dulu ke pergi makan dulu ke saje saje memutuskan walat maka dok bulih buat gtu.Jawab nikah pun kene ade walat,mesti berturut turut.



6. Mok ayah saya masih ade tp kerap mimpi dia meninggal dunia mcmana nie?



- Itu tandanya Allah suruh ingat kpd Allah.Suruh ingat kpd mati,jangan anggap mimpi ni pkara aqidah.



7. Cabut tumbuh tumbuhan dia tanah haram kene dam ke?



- Kalu sengaja memang kene dam kalu tak sengaja wajib letak balik tempat dia,batu pun dokleh ambik,kalu ambik kene bayor dam dan berdosa.Leni org wak balik batu melontar molek2 ade,bodo belaka ni.Kene hantor balik dok selesai selagi mu dok hantor.



8. Solat dlm kapal terbang kene qadha ke?



- Bakpe nok qadha nye doh kalu ade wuduk qadha wak mende,yg kene qadha ni jika solat hormat waktu,itu pendapat muktamad sbb xdok wuduk solatlah hormat waktu lepastu baru kene qadha balik,kalu sempurna belaka doh ade wuduk belaka doh solat jelah dlm flight pun xperlu qadha.



9. Saya terpegang isteri sy batal x wuduk sy?



- Antara keadaan jd xbatal iaitu pegang bukan jenis kulit sperti kuku rambut atau gigi kalu sentuh kulit maka batal wuduk.



10. Doa berlaku gempe bumi?



- Doa mtk belindung dr bencana,YA Allah ya tuhanku aku mintak belindung drpd azabMU.



11. Tolong nasihat sy bia boleh jgk cari akhirat walaupun sebulan skali?



- Dokkan sbulan skali kuliah,sebaiknye mu g seetiap malam lah baru molek.



12. Hukum pakai inai bg wanita belum kahwen?



- Org perempuan boleh tgk dlm kitab syarah muslim boleh tgk dlm kitab al mufassor fi ahkaamil marhah dr abdul karem zaidan 9 jilid sebaiknye cari la kitab ni terang bab org puang belaka dlm kitab ni bab solek bab taat suami tp isinye baik utk org puang,dirujuk dr kitab2 hebat jugok jd pakai inai bg perempuan ni bulih,memerahkan jari jari hukumnya harus bg perempuan,byk cara lah antaranya inai,ataupum cara cat kuku hukumnye harus jugok cume kene jaga kalu x tanggal xsah mandi wajib,kalu dok nikoh lagi mazhab syafei kata haram perempuan belum kawen pakai hiasan ini dikhalayak ramai,ini qaul muktamad,jadi nok pakai bulih tp jangan tunjuk la ke ajnabi,pakai sarung tangan,ini qaul muktamad,kalu nikoh doh,suami dok suruh pun harus dia pakai,kalu suami suruh wajib dia pakai,suami kene bayar belaka inai tu sbb dia suruh.Faham dok ag or?Jd hok kate haram org dok nikoh pakai inai tu betul la tu sbb g tayang ke org ramai,kalu dok tayang dok ape lah pakai lah nok

pakai pun jangang baloh pulok deh.



Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share dr page Koleksi Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus deh.



Lagi di :

Miskani.blogspot.com

Pelajar-cerdik.blogspot.com

Ahmad Maslan Dedah Resepi Nasi Goreng Tanpa GST


 Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan hari ini memuat naik satu resepi nasi gorengnya sendiri untuk disajikan tanpa perlu dikenakan caj GST.

Bersama-sama resepi tersebut, dua keping gambar turut dimuat naik iaitu gambar ketika sajian disediakan dan juga sajian yang siap dimasak.
 



Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai di Twitter dan mendapat lebih dari 600 retweet beserta lebih seratus favourites.


Kredit: SiakapKeli

Gempa Bumi Sabah: Malim Gunung Kinabalu Tarik Perhatian Dunia

Gunung Kinabalu

KUALA LUMPUR: Peranan dan pengorbanan malim gunung dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi baru-baru ini menarik perhatian masyarakat dunia.

Kisah keberanian dan susah payah mereka ketika menyelamatkan pendaki terbabit kini tersebar dengan meluas melalui media tempatan dan asing.

Ramai pendaki yang terkandas di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu memuji kemahiran dan ketangkasan wira berkenaan dalam menyelamatkan mereka selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 7.15 pagi Jumaat, yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu.

Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya menyifatkan malim Gunung Kinabalu sebagai wira yang perlu diberi sanjungan.

Pendaki Australia, Vee Jin Dumlao memberitahu ABC bahawa beliau amat terhutang budi kepada malim gunung bernama Jomius, yang telah bertungkus lumus membantu para pendaki untuk tiba di tempat selamat selepas kejadian itu.

"Malim gunung adalah wira sejati. Mereka menggadai nyawa dan membuat keputusan rumit, yang akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa kami," katanya.

Cable News Network (CNN) pula melaporkan bahawa para malim gunung muncul sebagai wira dalam menyelamatkan mereka yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi itu.

Pendaki tempatan, Nurul Hani Ideris, 29, memberitahu CNN: "Para malim gunung itu nampaknya tahu setiap inci kawasan dan berjaya membuka ruang melalui landskap yang musnah teruk, dengan memotong dahan serta mengikat tali untuk mewujudkan laluan baharu".

Lynn Siang, seorang jurucakap agensi pelancongan, menyifatkan para malim gunung berkenaan sebagai wira kerana telah melaksanakan tugas penting dalam usaha menyelamat di laluan yang terhalang oleh bungkahan batu melalui penggunaan tali.

"Apabila pendaki selesai melintas tali itu, mereka akan memijak bahu malim gunung yang menjadikan tubuh mereka sebagai kusyen," katanya kepada CNN.

Setakat ini, gempa bumi itu disahkan meragut nyawa 13 pendaki, termasuk seorang malim gunung bernama Robbi Sapinggi, manakala sekurang-kurangnya enam lagi masih belum dapat dikesan.


Kredit: mstar.com.my

Trend Remaja Masa Kini, Mabuk Dan Pesta Songsang Beramai-ramai di Dalam Kelab Malam Haram


Dendam!! Teman Lelaki Bertindak Menyebar Gambar Keletihan Selepas Projek Nur Shuhada





Klik gambar untuk lebih jelas
Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.


Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.


Mangsa, Nur Farhana Isa, 25, memberitahu dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang tidur di ruan tamu ke laman Facebook pada 2 Feburri lalu.





Sehari kemudian gambar bogelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Farhana sendiri. Kata Farhana, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.


Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.


“Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” kata Nur Farhana Isa .


Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.

Rozana berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.

Parti Islam baru lepas 13 Jun ini?

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta.

“Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.

“Memang ada cadangan jadi parti politik. Tapi ini bergantung kepada perbincangan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Phahrolrazi April lalu mengumumkan akan memutuskan menjadi parti politik selepas berakhirnya muktamar PAS bagi melihat terlebih dahulu hubungan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Muktamar parti itu di Kuala Selangor berakhir semalam dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas – tindakan yang berpotensi besar memecahkan Pakatan.

DAP sendiri sudah mengalu-alukan pemimpin PAS berundur daripada kedudukan masing-masing dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ditanya kesediaan PasMa menerima pemimpin kanan yang kalah bertanding, Phahlolrazi berkata perkara itu bergantung kepada perbincangan yang akan diadakan.

Wajar keluar dari k'jaan PP

Sementara itu, mengulas kewajaran pemimpin PAS mengosongkan jawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang selepas memutuskan hubungan dengan DAP

Phahlolrazi berkata, memandangkan PAS sudah memutuskan hubungan dengan DAP, parti itu wajar mengosongkan jawatan mereka di Pulau Pinang.

“Kalau PAS telah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka wajarlah (kosongkan jawatan).

“Pulau Pinang kerajaan Pakatan Rakyat, tapi yang mengetuainya adalah DAP,” katanya.

Katanya, jika keputusan sama dibuat kerajaan Selangor, PAS tiada pilihan lain selain berundur.

Phahlolrazi berkata demikian ketika ditanya mengenai status PAS di Pulau Pinang dan Selangor.
- Malaysiakini

Gambar Belangkas