Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan rasa kecewa menerusi tulisan di blog bahawa seorang rakan yang pernah dibantunya kini mengambil upah untuk memburuk-burukkan beliau.
Tanpa menamakan individu berkenaan, Mahathir berkata “bekas rakannya” itu turut memberi amaran supaya beliau berhenti menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak lagi membangkitkan skandal 1MDB. - Mkini
Friday, June 5, 2015
Zahid: Batal dialog bukan atas arahan PM atau saya
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembatalan program dialog perdana menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bukan atas arahan beliau atau Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan itu berdasarkan aspek keselamatan susulan maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang tidak diingini pada majlis bertajuk 'Nothing To Hide' itu.
"Pihak polis mendapat maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang akan menyebabkan sesuatu yang tidak positif walaupun tujuan anjuran majlis itu adalah untuk membuka sesuatu yang tidak patut diselindungkan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama ulama Hadis, di Putrajaya.
Ahmad Zahid berkata perdana menteri berdukacita dengan pembatalan dialog itu kerana beliau amat komited untuk hadir tetapi telah diberikan pandangan oleh pihak polis bahawa Najib tidak seharusnya hadir atas faktor-faktor keselamatan.
Ditanya mengenai tindakan terhadap penganjur kerana membuka dewan kepada orang ramai walaupun majlis dibatalkan serta tindakan polis menghentikan ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara pada sidang media petang ini.
"...Saya hanya menyentuh soal dasar. Soal operasi itu saya serahkan kepada ketua-ketua jabatan di bawah kementerian saya," katanya.
Pejabat Perdana Menteri dalam laman Facebooknya hari ini memaklumkan Najib tidak hadir pada program dialog di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana faktor keselamatan atas nasihat ketua polis negara.
Majlis anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) itu dijadualkan bermula pukul 10 pagi dengan wakil NGO, aktivis dan orang ramai boleh bertanya kepada Najib mengenai semua perkara termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.
Bagaimanapun pada pukul 10.30 pagi, penganjur membatalkan program itu kerana berlaku kekecohan di luar Dewan Tun Hussein Onn sehingga ada individu yang ditahan polis.
- Bernama

PM tak gembira keputusan kami, kata polis
Polis terpaksa membatalkan program perdana menteri, yang bertukar menjadi majlis dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, demi keselamatan walaupun tidak disukai oleh Datuk Seri Najib Razak.
“PM tidak gembira dengan keputusan saya tetapi demi keselamatan dan keharmonian saya terpaksa membuat pendirian dan membatalkan acara ini.
“Saya harap semua pihak yang mencintai keamanan memahami perkara ini,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Najib hari ini sepatutnya hadir dalam dialog terus terang bersama aktivis NGO dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Khalid bagaimanapun pagi ini mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.
Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.
Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan berucap sebentar kepada orang ramai sebelum diminta berhenti dan diiring supaya beredar oleh polis. - Malaysiakini
Najib hilang peluang, kata Dr Mahathir
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa kehilangan peluang berharga apabila beliau gagal muncul pada program dialog untuk menjelaskan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada rakyat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Najib hadir dan menjelaskan isu tersebut, beliau dapat memulihkan sokongan rakyat terhadapnya termasuk ahli parti.
"Dia (Najib) hilang peluang untuk memenangi semula sokongan kepada dirinya sendiri, jelaskan semua perkara, tiada duit yang hilang, apa yang hilang itu benar, sini peluangnya, tapi dia hilang peluang itu," katanya kepada pemberita selepas Dialog PM bersama NGO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas ketidakhadiran Najib pada program berkenaan skandal pelaburan oleh 1MDB anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mendakwa kegagalan Bank Negara Malaysia dalam menjelaskan 'kehilangan' dana RM42 bilion menguatkan andaian bahawa 1MDB merahsiakan sesuatu.
"Semua ini berlaku secara pelik, disembunyi, rahsia, termasuk Bank Negara berasa tidak dapat menjelaskan perkara ini kerana rahsia.
"Semua ini nampak sangat pelik, orang yang buat laporan, orang itu yang kena siasat, bukan subjek itu disiasat, orang yang buat laporan itu dianggap sebagai penjenayah. Ini pelik di negara kita tak patut berlaku," ujarnya.
Mengulas lanjut, kata Dr Mahathir lagi, kegagalan Najib itu juga tidak membantu memulihkan keyakinannya terhadap Presiden Umno itu malah jauh sekali untuk menyokongnya.
"Saya datang ke sini untuk mendengar penjelasan, saya harap penjelasan dia bagus supaya kita boleh terus sokong dia.
"Oleh kerana dia tak datang dan menjelaskan (1MDB), saya tak boleh sokong dia," jelasnya.
Ketika ditanya jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi untuk bersemuka dengan Najib secara berdebat, beliau berkata, ia peluang terbaik kepadanya.
"Kalau saya diberi peluang (debat), saya amat berbesar hati," katanya lagi. - SH

Sedihlah, undi sikit sangat kata Mat Sabu
KUALA SELANGOR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menjelaskan dakwaannya sebelum ini yang menyebut angka undian itu pelik susulan jumlahnya yang terlalu kecil.
Dengan nada berseloroh, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sempat memberitahu merasa sedih atas kekalahan itu.
"Kita sebagai orang lama... kalah itu biasa tapi undi itu sedikit sangat. Itu yang rasa sedih tu. Abang Mat ini biasa kalah biasa menang," katanya pada sidang media selepas Muktamar Pas Pusat ke-61 ditanggungkan sementara, hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan Mat Sabu tewas dengan hanya mendapat 279 undi sementara pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meraih 881 undi.
Meskipun kalah dalam pemilihan kali ini, Mat Sabu menegaskan akan tetap setiap dalam Pas.
"Saya akan bercuti sekejap... Tapi perjuangan Islam tetap saya akan teruskan.
Ketika ditanya adakah beliau akan mempertimbangkan untuk menyertai Pasma, Mat Sabu berkata, "saya masih ahli Pas... masih berada di atas pentas," katanya.
Sementara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempat 'menjawab' bagi pihak Mat Sabu ketika ditanya strateginya untuk kembali meraih sokongan perwakilan.
"Itu rahsia dia (Mat Sabu)," kata Abdul Hadi.
Malah Abdul Hadi secara tak langsung memuji Mat Sabu yang tetap menyertai muktamar meskipun tewas dalam pemilihan.
"Saya rasa pertandingan dalam parti ini tidak pelik. Dalam Pas ini, pernah orang tak dipilih dalam parti, terus tinggalkan majlis. Ini (Mat Sabu) tak tinggalkan majlis. Masih ada dalam majlis lagi.
"Dalam Pas ini pernah macam-macam. Pas dapat melangsungkan perjalanannya hingga hari ini," katanya.
Ketika ditanya perasannya kembali menerajui kepimpinan, Abdul Hadi menjawab, "perasaan saya, ini satu amanah yang mesti dilaksanakan." - SH

Gempar! Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama
Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 11.40 malam.
"Mayat wanita terbabit yang bersia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.
"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...