Thursday, June 4, 2015

Bocah Ajaib, Usia 11 Tahun Sudah Mengantongi Tiga Gelar Sarjana


Yoechua Blog - Sarjana merupakan gelar yang di dapat seseorang setelah menempuh pelajaran dijenjang perkuliahan. Banyak orang yang memimpikan ingin mendapat gelar sarjana, bahkan ada yang masih duduk dibangku kuliah meski usia mereka sudah tidak muda lagi. Dengan ilmu dan pelajaran yang tidak mudah, membuat sebagian orang juga bisa putus kuliah dan lebih memilih untuk bekerja. sebenarnya jika

Adidas sedia but istimewa untuk Messi

    But MESSI15 oleh Adidas

PENGELUAR barangan sukan Jerman, Adidas mendedahkan sepasang but istimewa yang khas dihasilkan untuk pemain bolasepak terhandal, Lionel Messi.

Menurut Adidas, but MESSI15 tersebut telah direka oleh Messi sendiri.

Beberapa bahan khas jugu turut dipilih sendiri oleh  Messi supaya but berkenaan dapat 'bersaing' dengan kehebatan bintang bolasepak dari Argentina tersebut.

MESSI15 akan dilengkapi teknologi messiFRAME yang memberikan padanan tepat dan selesa, messiPRINT untuk bentuk menarik dan messiGAMBETRAX akan memberikan kelebihan aerodinamik kepada pemakai.

But tersebut yang digelar 'but paling hebat sepanjang zaman' akan digunakan buat pertama kali oleh Messi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Berlin pada 6 Jun nanti.



Sumber: Sinar Harian

Lelaki main gitar ketika otak dibedah

Anthony Kulkamp Dias bermain gitar untuk membantu dirinya berjaga sepanjang pembedahan otak.

SANTA CATARINA - BRAZIL. Seorang lelaki bermain gitar demi 'memaksa' dirinya berjaga sepanjang proses pembedahan otak untuk mengeluarkan tumor beliau, minggu lalu.

Menurut laporan Telegraph, Anthony Kulkamp Dias, 33, diberikan anastetik, tetapi 'bermain gitar' lebih membantu dalam proses 'cerebral monitoring'.

"Cerebral monitoring penting untuk mengelakkan kecederaan berlaku pada kawasan melibatkan deria, pergerakan dan percakapan," kata jurucakap hospital Conceicao.

"Perbuatan Dias mengejutkan, tetapi pembedahan tetap dijalankan," tambah jurucakap tersebut.

Menurut Dias, beliau memainkan enam lagu pada satu-satu masa.

"Tangan kanan saya sedikit lemah kerana melibatkan kawasan otak yang mereka (doktor) sedang bedah," kata Dias ceria.

"Jadi saya berhenti dan berehat. Saya sambung (bermain gitar) dan saya juga berbual dengan doktor," jelasnya yang juga merupakan seorang pemain gitar profesional.

Untuk rekod, pembedahan tersebut merupakan pembedahan ke-19 yang melibatkan celebral monitoring.

Dias dibenarkan keluar dari hospital semalam.



Sumber: Sinar Harian

Dron pantau pelajar tiru peperiksaan


LUOYANG - CHINA. Pelajar yang berniat untuk meniru semasa peperiksaan harus melupakan hasrat mereka kerana pihak berkuasa tempatan telah meluluskan undang-undang baru untuk menggunakan dron bagi  memantau aktiviti peniruan semasa pemeriksaan kemasukan ke universiti.

Menurut laporan China Daily, kenderaan udara tanpa pemandu itu mempunyai radius penerbangan satu kilometer dan boleh berlegar 500 meter dari atas tanah selain boleh mengimbas 360 darjah dan mampu mengimbas isyarat daripada alat-alat elektronik yang dilarang dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Jurutera projek, Bai Yujun berkata walaupun ia kelihatan seperti dron yang biasa digunakan, alat ini lebih selamat dan lebih stabil.

"Ia boleh berada di udara selama setengah jam, mampu menahan angin yang kuat, dan pendaratan automatik untuk keadaan tertentu," katanya.

Pihak berkuasa meluluskan undang-undang ini berikutan peningkatan kes penipuan yang berlaku dalam peperiksaan "gaokao" iaitu sebuah peperiksaan rasmi untuk kemasukan ke universiti.

Malah lebih daripada 80 pegawai pendidikan, guru, pengawas peperiksaan, pelajar dan ibu-bapa dikenakan hukuman di atas kesalahan bersubahat dalam aktiviti peniruan dalam peperiksaan ini.

Selain pesawat antipenipuan, antara peraturan baru yang diperkenalkan tahun ini, pelajar hanya dibenarkan membawa kad pengenalan pelajar ke dalam dewan peperiksaan.

Pelajar di wilayah ini menghadapi tekanan kuat dalam memperoleh markah yang baik kerana ia penentu penempatan ke universiti.




Sumber: Sinar Harian

Lima orang ini membedah dirinya sendiri tanpa bantuan doktor

 1. Dr. Jerry Nielsen

Dr. Jerry Nielsen adalah seorang ahli perubatan dengan pengalaman bedah yang cukup tinggi. Pada tahun 1988, dia diutus untuk pergi Ke Amudnsen-Scott, di Kutub Selatan. Ketika  menjalankan misi itu, dia menjadi satu-satunya doktor yang ada di Kutub Selatan sepanjang musim sejuk.

Pada awal Februari 1999, Dr. Jerry mendapati bahawa dia mempunyai kanser di dada kirinya. Selepas menghubungi rakannya di Amerika Syarikat, akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan kanser pada dirinya sendiri. Dia memimpin pembedahan, dibantu oleh jururawat yang ada di sana. Selepas membuang sel kanser, Dr. Jerry pun melakukan kemoterapi pada dirinya sendiri. Kisah inspirasi doktor ini telah dicurahkan dalam buku dan dijadikan filem.

Dr Nielsen meninggal pada 23 Jun 2009.


 2. Dr Evan O’Neill Kane

Dr. Kane adalah seorang professor perubatan yang sangat berpengalaman dan dihormati di bidangnya. Dia juga menjadi ketua doktor bedah di Hospital New York City 's Kane Summit. Dr. Kane ingin membuktikan kepada dunia, bahawa pembiusan total tidak diperlukan dalam pembedahan minor.

Untuk membuktikan kebenaran ucapannya itu, Dr. Even melakukan pembedahan ke atas dirinya sendiri. Bahagian perutnya dibius, manakala bahagian kepala dan tangannya berfungsi normal. Beliau mula melakukan pembedahan apendiks dengan menyayat perutnya sendiri. Ketika operasi tengah berlangsung, dia dibantu oleh tiga doktor lain yang berperanan sebagai pembantu.


 3. Sampson Parker

Parker adalah seorang petani jagung asal South Carolina. Pada September 2007, Ketika memasukkan jagung-jagung ke mesin perelai jagung, ada sesuatu tersangkut sehingga mesin tersebut berhenti. Parker memasukan tangannya ke mesin untuk membuang benda yang tersangkut itu. Sarung tangannya tersangkut dan akhirnya lengannya masuk ke dalam mesin itu.

Parker meminta tolong, namun tiada sesiapa di ladangnya. Sementara mesin perelai jagung itu terus berjalan dan terus menarik tangannya sehingga hampir mencapai siku. Tanpa berfikir panjang, Parker mengambil pisau dan memotong tangannya sendiri. Ketika dia kesulitan untuk memotong tulangnya, dia bergantung kepada berat badannya untuk mematahkan tulangnya.


 4. Dr Leonid Rogozov

Dr. Rogozov adalah seorang doktor Kesatuan Soviet yang ditugaskan ke Antartika ketika berumur 27 tahun. Ketika sedang menjalankan tugas di sana, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan ususnya. Tetapi dia adalah satu-satunya ahli perubatan di sana dan dia tidak boleh minta tolong pada sesiapa.

Akhirnya dia melakukan pembedahan terhadap ususnya sendiri. Dia melakukan pembedahan yang menyakitkan itu selama dua jam. Dr. Rogozov berjaya dalam pembedahan itu dan sembuh tiga minggu kemudian.


5. Ines Ramírez

Ramirez adalah seorang ibu tujuh anak. Dia tinggal di salah satu desa terpencil di Mexico di mana hanya terdapat 500 penduduk dan satu sambungan telefon. Ketika kandungannya sampai pada bulan kesembilan, Ramirez merasa dirinya akan melahirkan.

Namun, ketika itu dia bersendirian di kampungnya itu manakal para jiran tetangga sibuk di ladang masing-masing. Ramirez cuba meneran dan melahirkan secara normal, namun bayinya  tidak mahu keluar. Akhirnya, Ramirez mengambil pisau dapur sepanjang 13 cm dan melakukan pembedahan caesarean terhadap dirinya sendiri. Dia berjaya melahirkan anak lelaki yang sihat, tanpa bantuan perubatan sama sekali.

Kemungkinan besar Dr Mahathir akan sertai forum bersama Najib, kata pembantu

Tun Dr Mahathir Mohamad "berkemungkinan besar" bakal berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam forum yang akan berlangsung esok, kata pembantunya.

Sufi Yusoff ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, tiada jemputan rasmi dihantar pihak SukaGuam selaku penganjur forum tersebut, sebaliknya hanyalah jemputan terbuka sekali gus tidak memerlukan Dr Mahathir untuk menyatakan secara rasmi berkenaan kehadiran beliau.

"Berkemungkinan besar beliau akan hadir," kata Sufi.

Penganjur forum "Nothing to Hide" SukaGuam, berkata pihaknya masih menantikan pengesahan rasmi daripada Dr Mahathir yang dikatakan akan turut menyertai forum tersebut.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat memberitahu The Malaysian Insider, beliau dimaklumkan persetujuan mantan perdana menteri untuk forum berkenaan hanya melalui laman sosial.

"Pengesahan Tun belum dapat, kita hanya tahu melalui Twitter. Kita tunggu yang rasmi," katanya, merujuk kepada Dr Mahathir ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Kita nantikan esok kedua-dua pihak hadir. Ia akan menjadi titik mula kepada perungkaian persoalan yang berbangkit," katanya.

Penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail di laman Twitter miliknya memuat naik status: "@ashwadismail: Pegawai Khas kpd Tun Dr M sahkan Tun akan hadir 'Nothing to Hide' Dialog PM bersama NGO anjuran SukaGuam."

Najib sebelum ini turut dilaporkan mengesahkan kehadirannya pada forum tersebut, yang akan berlangsung pada pagi Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - TMI

Perwakilan PAS mengundi, keputusan malam ini

Proses pengundian untuk memilih pucuk pimpinan PAS di muktamar parti itu yang ke-61 sedang berlangsung.


Kali ini kedua-dua jawatan tertinggi - presiden dan timbalan presiden PAS - dicabar serta pemilihan bagi jawatan naib presiden dan 18 anggota jawatankuasa kerja pusat.

Persaingan kali ini dilihat sengit dengan kumpulan ulama diketuai oleh penyandang jawatan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicabar oleh Ahmad Awang dari kumpulan pro-Pakatan Rakyat.

Seramai 1,189 perwakilan dijangka mengundi berdasarkan kepada chai (senarai) calon, yang memperincikan calon dari kedua-dua kumpulan tersebut.

Senarai itu dipercayai turut dipengaruhi oleh keputusan pemilihan pucuk pimpinan Dewan Pemuda, yang menyaksikan ia dikuasai oleh kumpulan pro-ulama.

Pengarah pilihan raya PAS, Asmuni Awi memberitahu Malaysiakini bahawa paling awal keputusan akan diketahui pada jam 10 malam ini. - Malaysiakini

Gambar Belangkas