Sunday, May 31, 2015

Kenapa Kita Perlu Tutup Cermin Di Rumah Apabila Berlaku Kematian?Inilah Jawapan Serta Hukumnya...



Gambar hiasan

Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahu’alam bissawab

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah

     Assalamualaikum ustaz,

    Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.

    Terima kasih.

Ini jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah,

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

Anjing Sedang Sakit Dibawa Melancong Sebelum Mati


SELEPAS mengetahui anjing peliharaannya hanya mempunyai beberapa minggu untuk hidup, pemiliknya mahu memberi haiwan kesayangannya pergi dengan tenang dan sempurna.

Jadi Thomas Neil Rodrigues mengambil keputusan membawa anjingnya, Poh melancong ke seluruh Amerika, sekurang-kurangnya bagi memberikan peluang kepada anjingnya untuk menjejakkan kakinya di Lautan Pasifik.

Rodrigues memberitahu ABC News: "Ia adalah satu perjalanan yang hebat. Saya perlu menghabiskan masa selama tujuh minggu dengan Poh.

Rodriguez memelihara Poh. 15 tahun yang diambil dari tempat perlindungan pada tahun 1999 ketika berusia lapan minggu.

"Kira-kira pada bulan Februari dia mula sakit. Saya tidak banyak melancong tetapi kami telah pulang dari satu perjalanan dan keadaannya agak teruk, " Rodriguez.

"Saya tidak pasti berapa lama dia akan hidup. Doktor tidak pasti. Andaian saya adalah bahawa saya tidak mempunyai masa yang lama untuk bersamanya dan itulah yang mendorong saya untuk membawanya berjalan-jalan."

Mereka berdua memulakan perjalanan mereka di New York di mana Rodriguez tinggal.



Kredit: mstar.com.my

Tigerair ke Ipoh



Selepas Firefly dan Malindo Air  .....
Tigerair yang merupakan sebuah syarikat penerbangan Singapura telah memulakan perjalanan Ipoh - Singapura bermula pada 29 Mei 2015....
awok dimaklumkan bahawa tiket sehala ialah RM149.00
dan boleh ditempah secara online Tigerair.com

Penerbangan sulung dari Singapura ke Ipoh pada 29 Mei 2015 yang lalu...
telah disambut oleh YB Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak....
Dato Nolee Ashilin Dato Mohamed Radzi bersama2 Pengerusi Tourism Perak Management Berhad....
YB Kamil .... diLapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh .......

dibawah ni awok letakkan Jadual Perjalanan Mingguaan Tigerair untuk rujukan kome.....








Mini Giveaway By Nuha.

Segmen : Mini Giveaway By Nuha.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Jom join dengan click pada banner di atas ya!

Segmen Blogwalking By Cik Yana.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Jom Join Dengan Click Pada Banner Di atas..:)

Isteri terkejut suaminya yang dikahwini selama 2 tahun sebenarnya seorang wanita


Maros (Indonesia): Seorang isteri terkejut dan membuat laporan polis selepas mendapati suaminya yang dikahwini selama dua tahun sebenarnya wanita.

Nurhayati, 24, membuat laporan polis kerana berasa tertipu selepas ‘suaminya’ yang dikenali sebagai Iwan, 39, sebenarnya perempuan.

Ketua jabatan jenayah polis Maros di Sulawesi Selatan, Yusrizal berkata, identiti ‘suami’ wanita itu terbongkar pada Rabu lalu selepas keluarga kedua-dua belah pihak bertemu.

Katanya, Iwan atau nama sebenarnya Juma pergi ke rumah Nurhayati di sini dengan membawa surat keterangan pernikahan.

“Juma memberitahu keluarga Nurhayati bahawa mereka sudah bernikah pada September 2013 dan perkara itu menyebabkan keluarga wanita itu berang.

“Pertengkaran yang tercetus menyebabkan Juma akhirnya mengaku dia sebenarnya wanita,” katanya.

Nurhayati yang terkejut dengan pengakuan ‘suaminya’ itu bertindak membuat laporan polis dan mendakwa Juma menipu serta memburukkan nama baik keluarganya.

“Juma turut membuat laporan polis mendakwa keluarga Nurhayati cuba menyerangnya.

“Kami menahan Juma untuk soal siasat dan pemeriksaan doktor mengesahkan suspek wanita,” katanya.

Nurhayati memberitahu dia tidak mengetahui ‘suaminya’ wanita kerana sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak pernah melakukan seks. - Agensi

Mat Sabu tekan kerjasama dalam parti, bukan kritik Hadi, tegas Khalid

Selepas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempertahankan ucapan Mohamad Sabu Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Abdul Samad pula tampil melakukan perkara yang sama, lapor Sinar Harian hari ini.

Khalid berkata, ucapan timbalan presiden parti yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu, merupakan satu penegasan mengenai pentingnya kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mahu menang.

Ia bukan satu kritikan, katanya yang sependapat dengan kenyataan yang dibuat Mat Sabu itu, yang selama ini PAS tidak boleh menang apabila bersendirian.

"Oleh itu, saya tidak lihat itu sebagai satu kritikan, tetapi sebagai menegaskan perlunya kerjasama di antara parti.

"Apa yang Mohamad tekankan ialah kerjasama dengan PR kalau mahu menang," katanya kepada akhbar itu.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menegaskan, Mat Sabu pada ucapannya itu sebaliknya memuji Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hebat dari segi ceramah, walaupun masih tidak mampu membawa kemenangan tanpa kerjasama dalam parti.

"Kelantan menang pun dengan kerjasama dengan Semangat 46. Manakala PAS menang di Terengganu dengan kerjasama PKR.

"PAS tidak cukup kuat seorang diri walaupun dengan pemimpin hebat macam Hadi," katanya mengulas ucapan yang dibuat Mat Sabu di Tumpat, Kelantan pada satu ceramah isu semasa.

Mat Sabu dilaporkan dalam ucapannya mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar PR.

"Pidatonya (Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila, kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari bila Tok Guru Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada BN).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya, kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah itu.

Turut hadir ketika itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan PAS nanti.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membawa PAS keluar daripada PR jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha parti Islam itu melaksanakan hudud di Kelantan. - TMI

Gambar Belangkas