Sunday, May 31, 2015

Status FB Ruqayyah Farhani Cetus Inspirasi

Ruqayyah Farhani memangku jenazah Maryam Farihah untuk dikebumikan, enam hari lalu.

PETALING JAYA: Status di laman sosial, Facebook, Ruqayyah Farhani Mohd Syukry menyampaikan khabar sedih kembalinya ke rahmatullah salah seorang bayi kembarnya dengan memuatnaik gambar beliau tersenyum tanda reda ketika memangku jenazah bayi berusia 14 hari itu menjadi inspirasi kepada ribuan ibu pernah melalui pengalaman sama.

Tidak menyangka ia menjadi viral, siswazah bidang Pengajian Islam Universiti Al-Azhar yang tenang dan tabah ini menganggap semuanya berlaku dengan izin Allah SWT dan beliau terpanggil untuk terus mencatatkan pengalamannya khusus buat insan bergelar ibu.

"Status yang dimuatnaik itu untuk beritahu kawan-kawan mengenai Maryam (Farihah) yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita dan saya reda kerana Maryam pergi ke tempat yang lebih baik.

"Tetapi lebih mengejutkan apabila saya terima ribuan mesej secara peribadi daripada ibu-ibu yang menerima nasib sama kerana mereka anggap catatan saya memberi kekuatan dan semangat untuk bangkit meneruskan hidup.

"Buka sahaja dari dalam negara, malahan ada ibu dan wanita dari negara asing seperti Indonesia, Singapura dan Qatar yang mahu berkongsi pengalaman dan masalah mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada usia 22 tahun, Ruqayyah Farhani yang menggunakan namanya untuk dihubungi menerusi Facebook dan Instagram reda dengan ketentuan takdir apabila Maryam Farihah hanya dipinjamkan selama 14 hari kepadanya dan suami, Abdullah Mubarak Hasanuddin.

Lebih menyedihkan, kembar Maryam, Marsya Farihah sedang berjuang untuk hidup dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kuantan.

Bertemankan keluarganya ketika suami di perantauan menimba ilmu, ibu muda ini mengakui kata-kata semangat yang ditiupkan suami sejak kedua bayi mereka disahkan mengalami jangkitan dalam darah, serta berpegang teguh kepada ajaran agama adalah kunci kekuatan dalam dirinya.

Kata Ruqayyah Farhani, maklum balas positif yang diterima bagaikan pembakar semangat untuk beliau terus menulis dan masa yang terluang sepanjang tempoh berpantang yang kini memasuki hari ke-20 akan digunakan untuk bersama Marsya Farihah dan menulis.

Bagaimanapun, anak keenam daripada 15 beradik ini sentiasa mengingatkan dirinya supaya berpijak di bumi nyata dan tidak leka dengan perhatian yang diterima menerusi catatan alam maya.

"Pujian dan kata-kata semangat yang diberi perlu dianggap sebagai motivasi kerana perlu diingat untuk menjadi orang baik bukannya destinasi tetapi ia perjalanan dalam hidup yang perlu dilalui setiap insan," katanya yang menganggap dugaan yang dihadapi ini lebih merapatkan dirinya dan suami.

Malahan, kata pemilik nama bermaksud "ketinggian kegembiraanku" ini, walaupun suaminya di Mesir tetapi kata-kata semangat dan iringi doanya sepanjang tempoh penuh cabaran ini banyak membantu dirinya untuk terus tabah.

"InsyaAllah Isnin ini suami balik dari Mesir, jadi pertama kali kami dapat bersama untuk menziarahi Marsya dan kemudian ke pusara Maryam," katanya yang berminat berkongsi pengalamannya bukan sahaja di alam maya, malah secara bersemuka sekali gus dapat memenuhi hasratnya untuk menjadi perunding rumah tangga.



Kredit: mstar.com.my

RESTORAN MAKANAN HALAL DI ITALI

Sebagai umat Islam, saya amat particular dengan makanan yang saya makan. Saya mahu ianya halal. Halal tidak terhad kepada bebas babi dan arak sahaja, tetapi mestilah disembelih dengan cara yang betul, tidak bercampur dengan bahan2 haram, serta peralatan memasak dan menghidang yang bersih. Sebagai traveller tegar, saya memastikan saya boleh mendapatkan makanan halal. Saya tak selesa dengan cara sesetengah travellers yang memberi alasan bermusafir untuk 'sembelih ayam di meja makan dengan baca doa makan' sahaja. Dan saya juga tak mahu jadi vegetarian sepanjang melancong.

Islam adalah antara agama yang mempunyai penganut yang amat ramai di serata dunia. Saya pasti, walau di mana sahaja kita pergi, pasti ada sumber makanan halal. Mahu tak mahu sahaja untuk mencarinya!
Baru-baru ini saya dan En. Suami ke Itali. Negara mat saleh ini bukanlah lubuk orang Islam; ia lebih dikenali dunia sebagai rumah kepada paderi tertinggi kristian katolik iaitu Vatican. Namun alhamdulilllah, makanan halal mudah kami dapati sepanjang di sana.


 
Yummy!!

Di sini saya kongsikan tempat-tempat makan halal yang kami pergi untuk panduan kita bersama..

ROME

Mendapatkan makanan halal di Rome amatlah mudah. Terdapat deretan kedai makanan halal betul-betul di luar pintu stesen keretapi Roma Termini. Kalau tak salah, ada dalam 4-5 buah kedai makanan milik Indian-Muslim di sana yang menyajikan nasi beriani berlauk ayam/kambing/ikan, ayam panggang, pizza, pasta dan gelato. Harga pizza dalam Euro 7-8 bergantung kepada perisa, nampak mahal tapi sebenarnya pizzanya bersaiz besar jadi boleh dimakan berdua. Harga ini tidak jauh lari daripada harga sebiji pizza di Pizza Hut Malaysia, betul tak? Gelato di sini berharga dalam lingungan Euro 1.50 - 2.50 untuk 2 scoops. Seekor ayam panggang berharga Euro 7, ia cukup untuk dinner 2 orang.

Deretan kedai makanan halal di hadapan Stazione Roma Termini

Kalau mahukan authentic Italian dishes, bolehlah ke Luna Caprese Restaurant yang terletak tidak jauh daripada Trevi Fountain. Pemilik restaurant yang juga chef, melayan kami dengan baik walaupun kami bercakap bagai ayam dengan itik. Sehabis makan pizza margherita, dia berikan pizza coklat sebagai pencuci mulut secara percuma. Harga pizza margherita yang kami makan ialah Euro 8. Pizza dibuat fresh masa tu jugak dia tebar dan tabur bahan-bahan.

Bersama dengan tokey Luna Caprese

Semasa di Luna Caprese, kami bertanya dengan tokey tu di mana boleh mendapatkan gelato halal buatan tangan yang yummilicious. Dia memberikan direction ke kedai gelato bernama Gelateria A. Cecere yang betul-betul berada di sebelah kanan Trevi Fountain itu. Benar bagai dikata orang, gelato di Itali sememangnya lain daripada lain. Sejak merasa suapan gelato pertama di sini, kami terus menjadi penggila gelato sepanjang di Itali; setiap hari 1-2 kali membeli gelato! Harga gelato di sini agak mahal sedikit iaitu Euro 2.50 untuk 2scoops, mungkin sebab kedudukannya yang amat strategik.


FLORENCE

Florence yang terkenal dengan hasil seni lukisan dan ukiran ini juga mempunyai beberapa kedai makan halal. Kedudukannya tidaklah semudah di Rome, namun tidaklah sukar untuk dicari.

Sepanjang di Florence, kami paling berkenan dengan Madina Mediterranean Restaurant yang terletak tidak jauh daripada Ponte Vecchio. Pemiliknya berasal daripada Pakistan, mereka menyajikan makanan itali dan pakistan. Kami makan pizza dan lasagna semasa kali pertama di sana. Mungkin sifat kami yang peramah tak tentu hala, pemiliknya dengan bangga mengeluarkan sekeping gambar dari laci mejanya dan meminta kami teka siapa gerangan yang bersalaman dengannnya dalam gambar tu. Siapa yang tidak kenal dengan Yang di Pertuan Agong Malaysia iaitu Sultan Abdul Halim! Katanya, baginda sultan kerap makan di restaurantnya ini dan suka order teh tarik. Patutlah ada 'tea tare' dalam menu mereka, rupa-rupanya dimasukkan selepas beberapa kali diminta oleh Sultan dan diberitahu ia adalah minuman kegemaran orang Malaysia.

Harga sebiji pizza di sini dalam Euro 8-12 bergantung kepada perisa. Pizza amat besar, so bolehlah berkongsi. Harga lasagna alla bolognese yang kami makan berharga Euro12 sepinggan. Saya perasan yang harga tea tare kebanggaan mereka ialah dalam Euro3,  tapi kami tak beli pon. Kami memang jenis order makanan jer, sebab lebih suka minum air kosong daripada air manis. Keluar dari kedai makan boleh minum air mineral... jimat..!
 
Hiasan dalaman restoran Madina Mediterranean

Selepas bertanyakan tentang gelato halal di Florence, pemilik restoren Medina itu membawakan kami ke kedai gelato yang terletak di sebelah restorennya. Katanya gelato di sana buatan tangan yang asli dan tidak mengandungi bahan-bahan haram. Nama kedai gelato itu ialah La Strega Nocciola. Benar bagai dikata, nociolla gelato (gelato badam) mereka paling sedap! Selama di Florence, kami ke sini 3 kali!!

Posing dengan aiskrim di depan kedai gelato La Strega Nocciola

Selain daripada itu, kami juga ke kedai makan 'The Grill' milik warga arab. Ia berada dalam 5min berjalan kaki dari stesen keretapi Santa Maria Novella. Menu makanan di sini lebih kurang dengan makanan turki yang banyak menyajikan kebab, ayam panggang dan nasi arab.


VENICE

Di bandar tua atas air ini juga tidak susah untuk mencari kedai makan halal. Dalam 5min berjalan kaki dari stesen keretapi Santa Lucia terdapat kedai Quanto Basta yang menyediakan makanan halal. Kedai makan ini amat dekat dengan Hotel Florida yang kami sewa. Kami pernah makan pizza margherita dan spagetti bolognese semasa di sini. Harga sebiji pizza ialah Euro 7.50. Harga takeaway adalah Euro 1 lebih mahal daripada dine-in, so sebagai pelancong bijak, kami makan je kat situ setiap kali datang.
 
Quanto Basta juga ada menjual gelato

Tidak jauh dari Ponte di Rialto yang popular juga ada sebuah kedai makan tidak bernama milik Pakistan yang menyajikan Italian Pizza dan kebab. Harga pizza sebiji Euro 7 juga. Sama seperti di Rome dan Florence, mereka tebar doh pizza masa tu juga jadi pizzanya fresh. Saya dan suami makan pizza sekali saja di sini sebab jauh daripada hotel.  Kalau nak authentic Italian pizza, singgahlah ke sini. Pizza nya boleh tahan!

 Kedai takde nama ni diusahakan oleh orang Pakistan. Saya namakannya kedai makan no. 267


AIR MINUMAN

Di Eropah termasuklah di Itali, air paip selamat untuk diminum. So, kita leh refill botol air mineral di mana-mana paip air yang kita nampak. Suami saya minum jer air paip tu, tapi saya tidak tergamak! Sebab masa kecik-kecik dah diajar air perlu di masak pada suhu 100degC untuk mematikan kumannya, (dan tahukah anda yang bakteria e-coli jika masuk dalam air minuman hanya boleh dibunuh pada suhu 100degC ke atas?) Alhamdulillah En. Suami tidak sakit perut itu bermaksud air di sana memang selamat diminum seperti yang diwar-warkan.

Memandangkan saya hanya minum air mineral (eh… air mineral pon tak dididihkan pada suhu 100degC, kata En. Suami dengan muka puas hati bila tengok saya terkedu, tapi saya tetap berdegil takmo minum air paip), jadi kami terpaksa juga beli. Kali pertama beli di Rome Fumicio Airport harganya Euro 2.10 untuk 500ml. Haa.. Amik ko! Kemudian beli di kedai makan dapat murah sikit iaitu Euro 1.50 sebotol untuk 500ml, tapi masih terasa mahal. Kami pasti ada kedai mini market / runcit yang menjual air mineral pada harga yang jauh lebih murah. Jadi kamipun gigih mencari akhirnya berjumpa. Ye, benar seperti di sangka, harga di kedai runcit hanyalah Euro 1/botol untuk 1.5L. Tapi, paling mantap ialah harga di mini market Conad iaitu hanya Euro 0.45/botol untuk 1.5L jika beli 1 karton. So kamipun mula memborong karton demi karton sejak hari itu demi untuk berjimat. Beli dan simpan di hotel, bila perlu refill botol sendiri untuk dibawa ke mana-mana.

Conad terdapat di serata Itali, kedai ni dah macam 99speedmart di Malaysia yang menjual macam-macam benda pada harga mampu milik. Selain air mineral, kami juga membeli buah strawberi (Euro 2 untuk 1 kotak dalam 20biji) dan borong coklat di sini.


Kesimpulan..

Saya rasa puas dari segi makanan semasa di Itali. Saya dapat menikmati makanan-makanan popular dan authentic negara itu seperti pizza, pasta dan gelato tanpa ragu-ragu. Negara ini kan memang terkenal dengan makanan tersebut, kalau tak makan memanglah amat rugi.

Selain daripada itu, kami juga makan dan borong coklat dengan banyaknya ketika di sana. Memandangkan tulisan di pek coklat semuanya dalam bahasa Itali, kami telah menggunakan aplikasi Goggles untuk menterjemahkan kandungan coklat yang ingin dibeli ke dalam bahasa Malaysia. Sebagai pelancong, jangan lupa install aplikasi Goggles ini ditelifon pintar korang. 


Oh ye.. Saja nak bagitau.. Kalau ke Itali, perkara pertama yang kita akan perasan ialah kebanjiran warga Bangladesh di setiap pelusuk negara. Dengan adanya mereka, sudah pasti ada makanan halal sebab mereka Muslim! Mereka adalah antara peniaga dan penjaja, terutamanya di lokasi-lokasi pelancongan. Walaupun saya tak berapa berkenan dengan orang bangla di Malaysia, tapi semasa di sana saya rasa bangga juga melihat orang Islam menguasai bisnes-bisnes di kawasan utama di Itali.

Alhamdulillah... makanan kami di Itali amat memuaskan hati. Dalam perjalanan pulang pon kami dihidangkan dengan makanan yang sodap... ini dia!

Ikan kod dan kentang putar untuk supper di dalam pesawat MAS

Guru telan hamster hidup-hidup depan murid-murid

 
Guru Makan Hamster Mahu Ajar Murid Tentang 'Nilai Hidup'

SEORANG guru ditahan kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan berikutan laporan yang mendakwanya memakan hamster semata-mata mahu memberi pengajaran kepada murid-murid yang salah laku.

Murid-muridnya terkejut menyaksikan kejadian itu apabila guru berkenaan mengambil haiwan perliharaan tersebut dari sangkar di kelas dan kemudian menelannya hidup-hidup.

Guru berkenaan berkata, dia mahu mengajar murid-muridnya supaya menghormati hak asasi haiwan.

Susulan insiden mengejutkan itu, guru tersebut ditahan kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Media Rocket 24 melaporkan bahawa sekolah itu pada awalnya cuba merahsiakan insiden yang berlaku di Korea Selatan awal bulan ini.

Bagaimanapun, beberapa murid memberitahu ibu bapa mereka dan polis dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum guru berkenaan terpaksa membuat pengakuan.

Kata guru itu, dia memakan hamster kerana dia percaya kanak-kanak boleh berlaku kejam kepada haiwan dan tidak memahami nilai kehidupan.

Tambahnya: "Saya mengumpulkan kekuatan saya dan menelan hamster hidup-hidup untuk cuba menyampaikan dengan cara yang berbeza mengenai mengapa kita perlu menyayanyi haiwan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai pertuduhan yang dihadapi guru tersebut. - MIRROR



Sumber: mstar.com.my

Saturday, May 30, 2015

tanda-tanda Keesaan dan Kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkannya

 Kenangan di Kota Kinabalu, Sabah 
Sunset at Waterfront, KK
 Sunset from my hotel view


Morning view from my hotel window

Subhanallah, AllahuAkbar!

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yg berguna bg manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati(kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh terdapat tanda-tanda Keesaan dan Kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkannya. (Al-Baqarah:164)

AIR TERJUN DAN KOLAM RENANG SYAITAN YANG DI GEMARI PELANCONG


ZAMBIA - Di persempadanan negara Zambia dan Zimbabwe, terdapat sebuah kolam renang yang sangat ‘menyeramkan’. Sehinggakan ia dikenali dengan nama ‘Devil Swimming Pool’ (Kolam Renang Syaitan).


Ia dikenali demikian kerana kolam renang itu dianggap paling berbahaya di dunia. Bayangkan! Kolam mini semula jadi  ini  terletak tepat di ‘bibir’ air terjun Victoria dan mempunyai ketinggian 128 meter serta seluas 1.708 meter per segi.

Kolam renang  ini terbentuk akibat daripada hakisan air di kawasan itu , sehingga membentuk sebuah bulatan hingga menjadikan ia  sebuah kolam renang mini semula jadi.

DISUKAI PELANCONG!

Pada musim hujan, pelancong dilarang sama sekali untuk bermandi manda di kolam tersebut, kerana tahapnya yang terlampau berbahaya.

Namun, pada musim kemarau, iaitu antara bulan September sehingga Disember, airnya agak surut. Saat itulah kolam ini boleh  digunakan untuk berenang. Maka tidak mustahil ramai pelancong yang ‘berani mati’ untuk bermandi-manda di kolam tersebut walaupun risikonya sangat tinggi dan berbahaya.

Untuk pelancong mereka sentiasa diingatkan akan bahayanya kawasan itu, dan langkah-langkah berhati-hati perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka sentiasa selamat.


AIR TERJUN VICTORIA

Air terjun ini juga telah diwartakan sebagai taman nasional di kedua-dua buah negara di mana ia dikenali sebagai Taman Nasional, ‘Mosi-oa-Tunya National Park’ di Zambia dan ‘Victoria Falls National Park’ di Zimbabwe.

Sementara penduduk setempat memanggil air terjun ini dengan nama Mosi-oa-Tunya, yang bermaksud ‘asap yang menggelegar’, kerana arus air yang deras seolah-olah membentuk sekumpulan asap putih yang tebal.

Nama Air Terjun Victoria diberikan oleh David Livingstone, seorang penjelajah dari negara Scotland .

Menurut National Geography, pada tahun 1855, Livingstone “menemui” air terjun ini. 

Oleh kerana begitu terpesona melihat keindahan air terjun ini, lantas Livingstone memberikan nama Victoria. 

Nama Victoria diambil daripada  nama Ratu Victoria, iaitu Ratu Inggeris yang ketika  itu menjajah Zambia dan Zimbabwe.

Zirafah Hidup Dengan Leher 'Bengkang-Bengkok'


SEEKOR zirafah dapat meneruskan kehidupannya walaupun dengan keadaan tulang belakangnya berbentuk bengkang-bengkok.

Poral Mirror melaporkan haiwan itu dikatakan mengalami kecederaan dengan tengkoknya patah selepas terbabit dalam pertempuran dengan haiwan lain.

Bagaimanapun zirafah jenis Masai ini terselamat, berbanding dengan haiwan lain akan mati apabila mengalami kecederaan sama.

Seorang pemandu pelancong menjelaskan bahawa zirafah itu terselamat dari insiden itu tanpa sebarang bantuan perubatan dan hanya membiarkan ia hidup dengan mempunyai leher yang tidak kuat.

Mark, 53, seorang jurugambar profesional dan pemandu pelancong sepenuh masa hidupan liar berkata: "Saya tidak pernah melihat keadaan itu sebelum ini."

"Tetapi haiwan lain melihatnya sebagai normal dan zirafah itu kelihatan gembira."

Zirafah jantan kadang-kala akan bergaduh antara satu sama lain bagi mendapatkan perhatian zirafah betina.

Dalam pergaduhan itu akan menunjukkan siapa antara mereka yang paling kuat tetapi sekiranya mereka biasanya mati akibat leher patah.

Zirafah jenis Masai merupakan spesis zirafah yang paling tinggi dan ukuran bagi jantan boleh mencecah sehingga 5.8 meter, menjadikan mereka sebagai haiwan tertinggi di muka bumi ini.

Mark berkata: "Seorang pemandu tempatan memperkenalkan saya kepada zirafah ini sewaktu saya membawa pelanggan di Serengeti.

"Haiwan itu hidup dengan keadaan leher yang patah selepas bergaduh dengan haiwan lain kira-kira lima, enam tahun sebelum ini dan tiada pusat pemuliharaan atau bantuan doktor haiwan sejak itu.

"Saya mendapatinya sebagai sesuatu yang luar biasa apabila melihat kecacatan seperti itu buat pertama kali tetapi ia berada dalam keadaan baik.

"Walaupun zirafah jantan biasanya mendapatkan makanan dari pokok-pokok yang lebih tinggi berbanding betina kerana keupayaan mereka, tetapi haiwan ini tidak mampu berbuat demikian.

"Dia hanya mendapat makanan di bahagian lebih rendah di mana sumber makanannya lebih daripada mencukupi." - MIRROR



Sumber: mstar.com.my

Siapa Sebenarnya Pria dalam Bungkus Rokok Ini?


Yoechua.com - Rokok merupakan sebuah bahan konsumsi yang telah mendarah daging pada kehidupan orang-orang di Indonesia. Tidak hanya orang dewasa, rokok telah di konsumsi oleh anak-anak remaja  khususnya anak-anak sekolah tingkat atas walaupun sebenarnya, mereka masih belum layak untuk mengkonsumsi rokok dalam kehidupannya.



Menurut riset 51,1  Indonesia merupakan negara dengan  perokok aktif,

Gambar Belangkas