Monday, May 18, 2015

Tajuk artikel berbaur Lucah tidak dibenarkan.

Tajuk artikel berbaur Lucah tidak dibenarkan|Ya. itulah yang aku alami sekejap tadi bila aku nak ping entry aku dekat babab.net. Ish, dah kenapa? Sejak bila pulak aku dok cerita pasal lucah-lucah ni? Dah kenapa? Uhh. Babab salah ke?

Babab.net atau lebih dikenali sebelum ini dengan nama ping busuk adalah sebuah laman aggregator yang menjadi no 1 untuk aku ping entry blog. Tak pernah sebelum ini *sewaktu di pingbusuk, keluar statement yang mengatakan artikel aku berbaur lucah. Uish. Lucah??

Tetiba tadi, waktu aku nak ping entry, boleh pulak keluar ayat macam ni: Tajuk artikel berbaur Lucah tidak dibenarkan disini. Uits! Cuba korang baca tajuk ni: idea menulis vs pemalas, rasa-rasa korang, dekat mana yang ada sangkut paut dengan perkataan lucah? Ke itu memang tajuk filem 18tahun punya? Dah kenapa oii?

Ini memang pelik. Betul pelik. Aku baca banyak kali entry aku tu, sebab nak cari ayat-ayat yang dikatakan lucah, tapi tak jumpa pun? Aku dah email pada pihak babab perihal perkara ni, hanya untuk tahu ayat manakah atau tajuk manakah yang dimaksudkan. Tujuannya hanya satu, supaya aku boleh memperbaiki masalah itu secepat mungkin.

Atau korang ada terperasan, ada artikel-artikel di dalam blog ceritaejoy yang berbunyi lucah? Apapun, Tajuk artikel berbaur Lucah adalah tidak dibenarkan sama sekali yer.

Haffizul Iskandar.

Gempar! Kegiatan Pelancong Wanita Bawa Lelaki Tempatan Tidur Di Bilik Pulau Tioman Terbongkar



“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas
ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka
yang meminta saya ke bilik.

“Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar
atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah
restoran yang menyediakan minuman keras. “Ia bukannya pesta atau majlis tertentu
sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai
pengunjung tiba,” katanya.Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju
berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran
itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.

“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti
saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.

Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata
kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab
atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau ‘backpacker’.“Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang,
mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakan-
nya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.

“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak
kata orang situasi menang-menang,” katanya.Sementara itu, orang lama yang pernah
bertugassebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata
amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana
pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.

“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman,
iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu
tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.

“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika
musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil
terutama di Salang (kampung).

“Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung
selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas
cukai,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong
asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di
sesuatu tempat secara percuma atau murah.

“Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik
dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di
Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik
tidur.“Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak
saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza
dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk
mengelakkesulitan di masa depan,” katanya.


Sumber: Gempar! Kegiatan Pelancong Wanita Bawa Lelaki Tempatan Tidur Di Bilik Pulau Tioman Terbongkar - MXH 

Idea Menulis VS Pemalas!

Idea Menulis VS Pemalas|Tension tak rasanya bila idea nak menulis tu ada tapi pemalas nak menulis. Hmm. Itu yang berlaku dekat aku sekarang. Idea nak menulis tu ada, dah siapkan list keyword-keywordnya, tapi kalah pulak dengan sifat pemalas. Jadinya, aku cuma blogwalking je.

Huh! Bercita-cita nak jadi penulis, tetapi pemalas. Penulis apanya kan? Aku hairan bagaimana seorang penulis, yang mampu hasilkan sebuah buku *bukan mereka yang tahu copy paste je, menulis di dalam pelbagai keadaan. Mustahillah kan kalau waktu mereka menulis tu, langsung takda sifat pemalas yang singgah. Kan?

Sesekali, nak juga bertanya, mungkin duduk-duduk minum petang ke, sambil berbual dan "mencuri" sedikit ilmu, bagaimana menangkis sifat-sifat pemalas ni sewaktu ingin menulis. Kalau jenis copy paste senang je, cuma perlu usaha yang sedikit untuk cari bahan, copy dan pastekan ke dalam blog. Dan kemudian search semula katakunci tu dekat google dan ceritakan semula di dalam blog.

"Lihatlah blog saya, berada di muka hadapan google. Blog yang penuh dengan ilmu SEO, selepas saya praktikkan bla,bla, bla"

Bila kita click dan baca, tulisannya habis tak tumpah gaya penulisan seorang yang sememangnya pakar SEO malaysia. La, copy paste ke? Kalau copy paste, tak usahlah bercerita lebih-lebih kat blog. Hadoi!

Pernah Banyak kali aku terfikir, ada ke yang nak baca tulisan aku ni? Membebel panjang-panjang, tapi takda orang nak baca. Hahahahha. Takpelah, kalau takda orang nak baca, aku tetap juga nak menulis. Sebabnya, aku nak melatih diri aku menjadi seorang penulis, jadi kena la menulis jugakkan? Hehehehe.

Ok. Dah. Sekarang aku nak cari lagi tips, bagaimana nak menghilangkan sifat pemalas waktu nak menulis ni. Idea bukan datang selalu kan? Hehehhe

Haffizul Iskandar.

Kejam! Mayat bayi dikerat 15 dibuang dalam loji kumbahan

Bayi dijumpai dalam loji kumbahan, dikerat 15
 
 Bahagian mayat ditemui termasuk kaki tangan dan badan bagaimanapun kepala gagal ditemui.


JOHOR BAHRU - Pekerja pembersihan loji kumbahan menemui mayat bayi tanpa kepala yang dikerat 15 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara,  Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata,  pekerja pembersihan bersama tiga rakan ketika itu sedang membersihkan perangkap sampah yang dipasang di loji berkenaan.

Menurutnya, ketika sedang membersihkan kawasan itu lelaki berkenaan ternampak beberapa objek yang mencurigakan yang tersangkut di perangkap sampah.

"Lelaki itu bertindak mengumpulkan bahagian mayat ditemui termasuk kaki tangan dan badan bagaimanapun kepala gagal ditemui sebelum memaklumkan perkara itu kepada penyelia syarikat dia bekerja.

"Penemuan mayat bayi itu dimaklumkan kepada anggota polis yang bertugas di Pos Polis Komuniti, PPR Kempas Ria dan kemudiannya memaklumkan kes itu kepada Balai Polis Kempas.

"Sepasukan polis telah datang ke lokasi untuk menjalankan siasatan kira-kira jam 1.30 petang. Berdarkan siasatan awal mendapati loji berkenaan menamung kumbahan daripada empat blok yang mempunyai 1, 288 unit kediaman," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Mohd Khamsani berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan di setiap blok 17 tingkat yang mempunyai kira-kira 6, 000 penduduk bagi mengesan wanita yang baharu melahirkan anak termasuk klinik di kawasan sekitar.


Sumber: Sinar Harian

Sunday, May 17, 2015

Sampai Hati Awak Buat Macam Ni??






Sekadar Hiasan
“Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu.”
Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.

Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.

“Ibu nak balik?”

Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan.

“Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca banyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?”

Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.

“Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh.”

Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban.
Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

“Abah, peninglah tengok pusing-pusing.”

Anaknya mengomel. Mengusik hatinya.

“Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?”

Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.

Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.

Lelaki itu membulatkan tekadnya.

**

Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.

“Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita gi jumpa ibu hari ini!”

Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.

Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.

“Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja.”

Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.

“Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra.”

Anaknya bertanya,

“Siapa tu?”

Ayahnya membalas lembut,

“Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku.” Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama ayahnya.

Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy.”

“Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta.”

Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.

“Sayang abah tak?”

“Sayang sangat!”

**

Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,

“Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama.”

Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.

Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.

“Ibu, ibu!”

Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.

Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.

Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.

Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.

“Library apa di Genting Highland?!” Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.

Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.

Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.

Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!

“Ini ke perpustakaan awak tu?!”

Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.

Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.

“Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!”

Isterinya itu membalas bongkak,

“Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.

Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!

Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!”

Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya.

“Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak.” Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.

Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,

“Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!”

Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.

Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.

Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri.

Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.

Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.

Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.

“Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!”

Blogger sepenuh masa.

Blogger sepenuh masa|Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa? Seronok atau tidak menjadi blogger sepenuh masa? Apakah benar dengan menjadi seorang blogger sepenuh masa, kehidupan mereka sangat menyenangkan, menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri di rumah, bercuti kemana sahaja yang mereka inginkan, melakukan hobi mereka, dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, perkara-perkara ini sering bermain di dalam minda aku. Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa. Rasanya, bukan aku je, ramai lagi yang inginkan kehidupan seperti ini. Kehidupan yang tidak terikat dengan jam bekerja. Dapat lihat anak membesar di depan mata. Bercuti kemana sahaja yang di inginkan tanpa perlu memikirkan cuti samada diluluskan atau tidak. Ini yang ramai orang inginkan, tapi tak semua mampu dapatkannya.

Jana pendapatan dengan blog.

Blogger sepenuh masa memperolehi pendapatan dengan blog mereka. Ianya datang daripada ruangan iklan yang boleh di sewa di blog mereka. Sumber pendapatan mereka juga melalui iklan yang ada di blog mereka (Iklan yang dibayar melalui klik), pendapatan mereka juga datang daripada penjualan produk. Tak aku nafikan, blog juga mampu memberikan pendapatan yang lumayan jika pemilik blog pandai mengaplikasikan blog mereka. 

Dengar macam mudah bukan? Ianya tidak semudah seperti yang di jangka. Untuk menjadi seperti ini, blog haruslah kukuh dari segi nama dan traffic. Pendek kata, lagi ramai orang yang singgah ke blog, maka peluang untuk memperolehi pendapatan melalui blog adalah tinggi.

Perlu bekerja lebih keras?

Ini juga menjadi persoalan kepada aku. Mereka yang kerja makan gaji, masuk kerja pagi, petang habis kerja, hujung bulan ambil gaji. Bagaimana pula dengan kehidupan blogger sepenuh masa ni? Aku menjangkakan, mereka perlu bekerja lebih keras daripada biasa. Bukan mudah mencari pengiklan dan pembeli. Maka mereka perlu bekerja lebih keras. Itu yang aku fikirkan.

Ini bermakna kebebasan hidup sebagai blogger sepenuh masa tidaklah seronok seperti yang dijangka. Mesti ada banyak perkara yang perlu mereka fikirkan. Bagaimana untuk terus mendapatkan pendapatan melalui blog.

Adakah pendapatan mereka terjamin?

Soalan aku, sampai bila atau adakah sumber pendapatan itu terjamin berterusan? Aku buat perbandingan dengan mereka yang menjadikan blog sebagai pendapatan sampingan. Yang mana, mereka ini mempunyai pekerjaan yang tetap. Sumber kewangan mereka pasti ada setiap bulan. Berbanding dengan blogger sepenuh masa, mereka perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan mereka sentiasa berterusan.

Ada juga aku terfikir, kalaulah 1 hari nanti, dah takda orang yang berminat nak beriklan. Atau dah takda orang yang nak singgah ke blog, bagaimana sumber kewangan mereka ketika itu? Dah tentu sumber kewangan mereka datangnya daripada blog kan?

Ramai blogger sepenuh masa.

Sebenarnya, ramai blogger sepenuh masa kat malaysia ni. Antara yang aku kenal, ben ashaari dan Hasrul hassan. Mereka ini sudah terbukti berjaya menjadi blogger sepenuh masa. Sebenarnya ramai lagi blogger malaysia yang berjaya, cuma ini yang dijadikan contoh. Aku jika diberikan kesempatan, nak juga aku tanyakan perihal perkara ini kepada mereka. Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa, bagaimana kepayahan mengekalkan sumber pendapatan, dan adakah kebebasan kehidupan itu amat menyeronokkan?

Apa pun, tepuk dada tanya selera. Anda berhak membuat keputusan untuk kehidupan anda. Jika aku, aku memilih untuk menjadi blogger separuh masa dan menumpukan perhatian kepada perniagaan aku. InsyaAllah. Semoga ianya menjadi suatu perniagaan yang besar dan berjaya. Amin.

Haffizul Iskandar

Korang Pasti Terkejut Apabila Melihat Pencuri Kasut Di Masjid Wilayah Ini Guna Kereta Mewah (3 GAMBAR)


Hari ini terjumpa di laman Facebook apabila ada seorang lelaki bernama Ismail Bukit Mas telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki telah berjaya ditangkap kerana mencuri kasut di sebuah masjid.

Menurut pemilik gambar kejadian tersebut berlaku di Masjid Wilayah Persekutuan dan ternyata mengejutkan orang ramai kerana lelaki yang ditangkap mencuri itu mempunyai sebuah kereta mewah jenis Mercedes.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan masjid menjumpai kasut-kasut yang dicuri di dalam bonet kereta Mercedes bilik lelaki berkenaan.

Suspek dikatakan telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun waktu kejadian tidak dinyatakan. - Siakapkeli.my


Gambar Belangkas