Sunday, May 17, 2015

AWAS!! Hati-Hati Apabila Korang Terutamanya Perempuan Upload Status Dan Gambar Di Laman Sosial



Keghairahan masyarakat hari ini berkongsi sebahagian kehidupan peribadi mereka melalui status-status di laman media sosial perlu ditapis dengan tindakan lebih berhati-hati.
Menurut pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor Al-Habshi berkata, budaya gemar memuat naik status dalam apa jua perbuatan ini didorong naluri manusia yang gemar berkongsi cerita.
Menurutnya, gejala yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini disebabkan mereka suka berkongsi sesuatu perkara tanpa mereka ketahui betapa batasan perkara itu telah merebak dan ada kalanya disalah erti sesetengah pihak hingga menjadi viral termasuk perkara remeh.
“Pada asalnya mungkin mereka berniat untuk berkongsi apa jua yang dilakukan tidak kiralah ke mana lokasi mereka pergi, tempat mereka makan atau apa sekalipun jua yang sedang dilakukan dan kesemuanya berasas pada perasaan, fikiran dan perbuatan.
“Namun, dalam hal media sosial ini boleh dikira lebih kepada soal perasaan. Mungkin mereka berasakan sukar untuk pergi ke satu-satu tempat itu atau sukar untuk makan makanan tersebut, jadi mereka muat naik lokasi percutian mereka serta juadah yang dijamu atau sebagainya.
“Jadi, mereka juga mungkin terlupa atau tidak perasan atau itu semua bukannya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Ini kerana mungkin memberi kesan kepada sesetengah individu hingga menghiris perasaan mereka yang tidak memilikinya,” katanya.
Syed Mohamed Shafeq berkata, setiap individu mempunyai pandangan positif atau negatif dalam mentafsir apa jua perkara yang dimuatnaik dalam laman media sosial ini.
“Ada benda individu itu boleh ceritakan, ada benda saya kira tidak patut diceritakan. Kadang-kala kita mungkin berpendapat hanya sebarkan satu-satu perkara itu dalam kalangan kumpulan kita sahaja, namun siapa tahu ia disebarkan ke ruang yang lebih luas di luar pengetahuan kita atas sebab tertentu.
“Sekarang ini ramai tidak perasan banyak pihak terlalu ghairah iaitu salah satu bentuk perbuatan sehingga menutup fikiran mereka untuk turut lakukan perkara yang sama (muat naik status) dan mungkin mewujudkan rasa alpa atau lalai.
“Misalnya pada satu gambar sahaja kini yang dimuat naik memberi makna yang pelbagai.
asing-masing mempunyai tafsiran yang tersendiri. Kita pula sebagai penerima tidak boleh hentikan orang berfikiran negatif,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan agar pengguna media sosial lebih berhati-hati tatkala menggunakan kemudahan media pada era globalisasi serta tidak memuat status yang tidak sepatutnya hingga memudaratkan diri.
“Saya telah nyatakan tadi bahawa naluri manusia sememangnya suka berkongsi cerita kerana perasaan seronok mereka itu atas satu-satu perkara yang dilakukan. Tetapi, terpulang pada individu lain untuk menerima rasionaliti dan pemikiran mereka sama ada positif atau sebaliknya.
“Kalau boleh janganlah sampai menyusahkan orang lain. Fikir sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu perkara itu. Sekarang ini sudah ada kumpulan ‘whassup’, dari sudut positifnya, kita dapat merapatkan hubungan sesama kita dengan berkongsi pendapat.
“Namun, perlu diingatkan supaya setiap ahli dalam kumpulan ‘whassup’ itu bertanggungjawab dan menjaga etika sebagai kawan serta tidak menyebarkan satu-satu perkara yang tidak pasti itu kepada kumpulan atau pihak yang lain.
“Pembaca perlulah mengelak menjadi penyebar berita kecuali perkara itu telah benar-benar sahih seperti telah keluar di berita atau sebagainya. Alangkah malunya jika berita itu tidak benar menyebabkan terhakisnya kepercayaan rakan kepada kita,”

5 Gambar Terlajak HOT Adik Wawa Zainal Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...



Wawa Zainal merupakan pelakon cantik yang pernah menggemparakn industri hiburan tanah air ekoran kesnya kahwin senyap-senyap dengan Aeril Zafrel dan juga kes dengan MIG.

Wawa Zainal dilahirkan dalam keluaraga campuran Melayu Brunei, Bajau dan Filipino. Keluarga Wawa Zainal juga agak besar iaitu seramai 11 orang adik-beradik dan Wawa merupakan anak ke 8.


Wawa Zainal mempunyai adik perempuan yang comel, cantik dan cun, iras-iras wajah Wawa.







Bayi kejang!

Bayi kejang|Malam tadi, tak tahu kenapa, anak aku yang no 2, yang baru berusia 28 hari kuat sangat minum susu. Sampai aku naik pelik, dah kenapa dia kuat susu ni. Wife aku pulak, tertidur, sebab dia terlalu letih menjaga dua orang anak kami. Ha, bercerita terlalu penat ni, wife aku langsung tidak berpantang. Ya! Langsung tidak berpantang, naik risau aku dibuatnya. 

Wife aku kurang susu badan. Jadi, anak kami minum susu formula. Bila wife aku tertidur, akulah yang menjaga bayi kami ni. Anak yang sulung dah senang nak jaga. Sebab dah faham apa yang kita mahukan, jadi tumpuan aku lebih kepada anak yang no 2.

Berbalik kepada cerita bayi kejang ni, mula tu, isteri aku bagi makan tepung beras kat anak kami. Sebab katanya kesian anak kami ni kerap lapar, sebotol jugaklah habis. Dah habis minum tu, dia mintak susu pulak. Aii? Biar betul?

Biasanya, sebotol tu dah kenyang dah, tapi ni lain pulak, dia mintak lagi. Aku pun bancuh la lagi. Kasi dia minum, habis sebotol. Aku ingat dia tertidur la lepas habis sebotol ni, tapi tak! Anak aku masih berjaga! Tergoyang-goyang, terkiut-kiut, ish, ini nak ajak main ke?

Rupa-rupanya nak susu lagi! Oii, dah kenapa? Ish. Aku risau kalau banyak sangat minum nanti, bayi kami ni mengah. Itu yang aku risau, Aku kejut isteri aku bangun, mana tau dia ada cara nak kasi anak aku tidur, sebab bayi kami ni dah banyak minum susu.

Wife aku bangun, dukung sekejap lepas tu nak bedung la. Waktu nak bedung tu, bayi kami menangis sekuat hati. Bayi kan, kalau dia lapar sangat, memang dia akan menangis sekuat hati, macam ada orang yang pukul dia. Wife aku pun teruskanlah nak bedung dia. Tapi bila tangisan dia jadi lebih kuat, aku pulak jadi takut.

Aku dah perasan yang anak kami ni macam merikuk. Alah, kalau terlalu sejuk, struktur badan akan jadi macam udang. ha! Itu yang aku nak maksudkan. Aku suruh wife aku dukung anak kami ni dulu, tapi dia still tak berhenti menangis. Lepas tu, wife aku baringkan balik anak kami ni.

Aku tengok anak aku ni lain macam. Ish, aku dukung la pulak. Aku tengok badan dia macam keras je. Dalam hati aku, eh, bayi aku kejang ke?? Dah sudah. Aku suruh la wife aku urutkan sambil cakap, ehh, ni kejang ni! Wife aku waktu tu, terperanjatlah! Ish, sapa yang tak risau kan? huhuhuhu.

Alhamdulilah, lepas urut-urut anggota badan bayi kami ni, semua kembali normal. Aku waktu tu, huh, tak tau nak cakap apa, mengelabah teruk! Yelah, takut jadi apa-apa kat bayi kami ni. Pagi ni aku cuba cari, apakah kebarangkalian atau punca terjadinya bayi kejang ni. Tapi sayangnya, semua blog di dalam bahasa yang sukar untuk aku fahami. Betul-betul kecewa!

Aku cuma berharap, jika ada rakan-rakan blogger malaysia yang ada pengalaman semacam aku, bolehlah kongsikan di sini. Aku nak tahu apakah penyebab kepada masalah bayi kejang ni. Takut kalau jadi lagi macam semalam. Hmm.


Haffizul Iskandar.

Taman tema konsep tropika di negara salji.

Taman tema konsep tropika di negara salji|Resort konsep tropika yang terletak di jerman ini adalah taman air tertutup yang terbesar di planet ini. Terletak di atas tapak bekas pangkalan udara tentera soviet, resort ini terletak di dalam hangar yang pada asalnya dibina untuk kapal udara rumah yang digunakan untuk menarik kargo jarak jauh.

tropical_island_resort_germany
tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

tropical_island_resort_germany

Nelayan tertangkap belut paling besar di dunia

 Panjang belut ini mencecah 20 kaki dan berat 72.5 kg. -Foto SWNS

DEVON - BRITAIN. Seorang nelayan dilaporkan memecahkan rekod dunia apabila secara tidak sengaja menangkap belut paling besar di dunia.

Menurut portal metro.co.uk Jumaat lalu, belut berkenaan yang mempunyai kepanjangan 20 kaki dan berat sehingga 72.5 kg terperangkap di dalam pukat nelayan tersebut.

Sebelum ini, seorang nelayan, Vic Evan dilaporkan menangkap seekor belut seberat 60 kg pada 1995, sekaligus mencatatkan rekod dunia pada masa itu.

Pengurus Pusat Perikanan Plymouth, Pete Bromley berkata, belut spesis Conger ini ditangkap dengan menggunakan pukat tunda oleh kapal nelayan.

“Ia telah ditangkap di persisiran Hope. Walaupun saiz dan kuasa mereka agak besar dan hebat, mereka bukan spesies ikan yang dapat berenang dengan pantas.

“Conger berpindah ke air yang sangat dalam dan mati selepas bertelur, jadi seperti semua Congers betina, ia terperangkap. Jadi ikan ini mungkin ikan betina,” katanya lagi.


Sumber: Sinar Harian

HOTEL KANIBAL HIDANG DAGING MANUSIA KEPADA PELANGGAN


Sebuah restoran hotel di Nigeria ditutup selepas didapati menghidangkan daging manusia sebagai sajian kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke restoran terbabit.


Satu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas menerima aduan daripada orang ramai yang mengadu menerima khabar angin bahawa restoran tersebut menghidangkan daging manusia kepada pelanggan mereka.

Lapor sebuah portal dari UK, polis melaporkan menemui keadaan kepala manusia yang dipotong dan disembelih dalam keadaan mengerikan selain turut menjumpai cebisan-cebisan daging manusia yang disimpan di bahagian dapur restoran.

Pihak berkuasa turut menemui sejumlah telefon bimbit dan laras senjata automatik ketika melakukan serbuan ke atas restoran tersebut.

Seorang penduduk tempatan ketika ditemui pemberita berkata, dia sentiasa menyedari aktiviti pelik yang berlaku di restoran terbabit.

“Mereka (pekerja) tidak pernah memakai pakaian yang bersih dan teratur, cara mereka keluar masuk hotel juga agak pelik. Saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di restoran tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menahan 10 pekerja yang didakwa terbabit dengan jenayah tersebut.


Gambar hiasan ini di ambil dari filem Wrong Turn yang memaparkan sekumpulan manusia yang suka membunuh dan memakan daging manusia.

Wahai saudaraku Rohingya

Astagfirullah'azim ......ampuni kami ya Allah
Kami berdosa krn membiarkan mereka bersabung nyawa krn kecetekan pemikiran kami.

Dr Maza

ROHINGYA YANG DITANGISI

Sedih atas kekejaman sikap muslim yang sanggup melihat saudara muslim mereka mati kehausan dan kelaparan. Setelah umat Islam Rohingya dibunuh dengan rakus dan kejam oleh sami-sami Buddha di bumi mereka, mereka berhijrah mencari perlindungan di negara-negara umat Islam seperti kita. Malangnya, mereka diperlakukan demikian rupa. Tanpa ada belas ehsan kemanusiaan, apatah lagi ukhuwwah keagamaan.

Sudahlah ketika ribuan mereka yang dibunuh dan disembelih oleh pengganas Buddha di Myanmar, suara negara ini tidak begitu lantang membela. Kali ini, sanggup pula melihat mereka mati dan terseksa. 

Jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai. Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan. Kita lupa bahawa, jika Allah kehendaki rezeki yang di tangan pun boleh hilang. Lihat sahaja 1MDB. Ke mana rezeki itu telah pergi. Mayat pesawat yang terhempas di lautan yang hampir yakin mati masih kita cari, sedangkan yang masih hidup di lautan kita cuba biarkan mati. Di manakah kemanusiaan kita ini?!

Sedangkan negara-negara Eropah yang tidak muslim itu pun, cuba menyelamatkan pelarian di lautan mereka, kita yang kononnya sakan 'salawat perdana' dengan ratusan ribu harga bayaran, sanggup melihat manusia mati di lautan demikian rupa kerana bimbang rezeki kita dikongsi orang. Kemudian, kita beritahu 'kita muslim terbaik'?!

Kita amat bimbang, kerakusan dan ketamakan kita ini akan mengundang bala Tuhan yang menakutkan. Jika sebelum ini beberapa petanda bala demi bala datang kepada pentadbiran negara, atas sebab musabab yang hanya Tuhan Maha Ketahui apa yang telah berlaku dalaman mereka yang berkuasa. Namun, kehilangan kemanusiaan ini dibimbangi menjemputi kemurkaan Tuhan di lautan dan di daratan. Pohon perlindungan Allah untuk sekelian rakyat yang tidak bersalah.

Tahniah Aceh atas sikap kemanusiaan anda. Anda telah menyelamatkan maruah agama di mata dunia. Ketika dunia senyum; 'lihat muslim, mereka sendiri sanggup melihat sesama mereka mati', kesanggupan Aceh itu telah melindungi maruah umat ini.


Sent from Samsung Mobile

Gambar Belangkas