Sunday, May 17, 2015

Social Book

Cipta album gambar atau buku sosial sebagai kenangan.
Special offer -25% + free shipping

Electric Gun

Cheetah 10-Million-Volt Stun Gun Flashlight
The Defender Cheetah Stun Gun is one of the most powerful stun guns you'll find! This stun gun offers 10 million volts of shocking power and a convenient 380 lumen LED flashlight. Includes an interior rechargeable mechanism, so no batteries are required.
10 million volts of shocking power 380 lumen LED flashlight Interior rechargeable mechanism Shark-teeth prong technology Aircraft grade Aluminum construction 9 1/2" long x 2" wide

PAS BERKOCAK ANGKARA BEBERAPA EKOR ANAI-ANAI




Benar sekali. Pertembungan dalam PAS memang berlaku. Ia bukan sekadar pertembungan antara individu, jauh sekali antara blok Ulama dan Profesional seperti yang digembar gemburkan. Ada agamawan yang tidak memperjuangkan aspirasi Ulama lain, dan ada profesional lain yang mendokong aspirasi ulama.

Lalu apakah hakikat sebenar pertembungan yang berlaku dalam PAS ini?

Untuk memahami hakikat ini, kita perlu membelek kembali lipatan sejarah sedari penubuhan PAS. Penubuhan Parti Islam Semalaysia ( dahulunya Parti Islam Se-Tanah Melayu) adalah kesinambungan daripada gerakan-gerakan islam sebelumnya ditanah melayu seperti Sarekat Islam dan Hizbul Muslimin Malaya.

Gerakan-gerakan islam ini pula ditubuhkan bertujuan untuk menggalas peranan khilafah setelah pemerintahan Khilafah Uthmaniah Turki dilemahkan oleh kuasa imperialis barat. Walaupun kuasa politik islam hilang, tugas menjaga kepentingan umat islam seperti pendidikan, dakwah, amar makruf nahi mungkar, jihad, kebajikan dan sebagainya tidak berakhir begitu sahaja.

Ulama' mujaddidin waktu itu berijtihad bahawa untuk mengembalikan semula khilafah islamiah dan membawa gagasannya, tidak dapat tidak perlunya kepada kuasa politik, lalu mewajibkan gerakan islam mendaftarkan diri sebagai sebuah parti, maka tertubuhlah PAS.

Perlu disedari walaupun PAS itu adalah sebuah parti politik, ia bukan semata-mata berpolitik, tetapi hakikatnya sebuah 'gerakan islam' yang turut menggunapakai wasilah selain politik dalam usaha meneruskan kewajipan-kewajipan islam. Orientasi sebenar PAS adalah tarbiah (pendidikan), dakwah, dan siasah (politik).

Konflik awal telah berlaku dalam PAS yang terkeliru dengan nama PAS yang didahului dengan perkataan 'parti'. Tidak sedikit yang memahami perjuangan PAS adalah sekadar terlibat dalam bidang politik. Ramai juga yang beraliran kiri menyertai PAS sebagai proksi untuk menghapuskan aliran liberal bawaan british yang memonopoli kerajaan waktu itu.

Setelah beberapa dekad, usaha memurnikan pemikiran sebegini telah berhasil. Penubuhan Majlis Syura Ulama' hasil desakan kepimpinan Dewan Pemuda di zaman Dato' Mustafa Ali berjaya memahat wawasan pengasas PAS terdahulu dalam jiwa-jiwa ahli.

Zaman itulah kita boleh melihat agenda tarbiah merupakan makanan asasi bagi ahli. Cawangan subur dengan usrah. Masjid dan surau dimakmurkan. Institusi pendidikan daripada peringkat pra-sekolah hingga sarjana tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ahli-ahli sanggup berjalan melewati kilometer untuk mendengar amanat-amanat tuan guru dan ulama'. Prestasi ukhuwwah, pengorbanan, thiqah dan wala' berada tahap tertinggi yang pernah dicapai.

Aura ini tidak hanya berlaku dalam masyarakat biasa. Ia turut terbias ke universiti dalam dan luar negara. Mahasiswa begitu pro-aktif membawa kesedaran tarbiah walaupun bukan dalam aliran agama. Kegemilangan zaman ini telah melahirkan tokoh-tokoh politik negara yang ada sekarang. Di luar negara, mahasiswa Timur Tengah dan Barat juga tidak terkecuali.

Walaupun kesedaran islam ini begitu pesat, ia tidak dapat lari pertembungan pendapat. Selain daripada ahli PAS, kebanyakan mahasiswa dan pemikir berpendapat politik demokrasi Malaysia bukanlah ruang yang baik untuk islam. Bahkan ramai juga yang berpendapat menyertai politik adalah satu bidaah yang tidak diharuskan agama. Antara kumpulan yang tidak sependapat dengan ijtihad PAS ini diperingkat awalnya adalah ABIM, IRC dan kumpulan ekstremis yang mengamalkan pendekatan muwajahah bilquwwah.

Apabila generasi idealistik ini tamat pengajian dari kampus, mereka membaca suatu hakikat baru apabila menempuh medan masyarakat, iaitu perlunya pengaruh politik dalam menyebarkan idea mereka kepada umum.

Ringkas cerita merekapun membuat permohonan untuk menyertai PAS yang dahulunya dianggap 'musuh ketat' dari sudut fikrah. Kepimpinan PAS begitu mengenali individu-individu yang berada dalam jemaah yang bertembung dengan fahaman PAS ini, tetapi dasar keterbukaan PAS dalam menerima ahli membuatkan kepimpinan meluluskan jua permohonan ahli mereka. Kepimpinan waktu itu bersangka baik bahawa mereka akan mengikut sesi pentarbiahan PAS dari bawah kembali untuk memahami hakikat perjuangan gerakan tersebut.

Namun ia bukanlah seperti yang diharap. Mereka yang sebelum ini telah melalui percambahan fikrah dari anutan sebelumnya cukup payah menundukkan diri menerima konsep yang dibawa PAS. Pada mereka, PAS tidak lain melainkan sebuah parti yang berjuang demi kuasa politik sama seperti parti-parti yang lain. Mereka juga menghantar wakil untuk berada dalan parti-parti politik lain termasuk UMNO, dan terkini PKR.

Lalu perjuangan mereka didalam PAS tidak lain selain memastikan PAS berjaya di persada politik, secara tidak langsung mengepikan aspek tarbiah dan dakwah. Mereka seolah-olah meletakkan kuasa politik sebagai syarat utama sebelum dakwah dan tarbiah. Selagi kuasa belum diperoleh, kerja tarbiah dan dakwah kepada masyarkat tidak menjadi wajib selain kepada ahli mereka sendiri.

Apabila golongan ini berada dalam PAS, mereka sedaya upaya meraih sokongan ahli supaya diangkat menjadi pemimpin parti. Ditambah dengan sikap tawadhu' sesetengah pemimpin dari kalangan agamawan, kerja-kerja pendakian mereka untuk ke kemuncak jawatan bertambah mudah.

Bermulalah zaman malap bagi sebuah gerakan islam induk Malaysia. Tarbiah tidak lagi menjadi agenda wajib cawangan. Dakwah pada rakyat bukan lagi suatu kelaziman. Ceramah-ceramah umum tidak lagi bercakap soal iman, syurga neraka, ayat-ayat Quran hanya sekadar pembuka majlis, sirah-sirah anbiya' sudah dianggap suatu retorik yang membosankan. Core businessnya hanya bercakap soal strategi politik, pendedahan urus tadbir kerajaan, isu-isu semasa dan sewaktu dengannya.

Alhamdulillah, ada yang menyedari perkara ini. Gerakan memperbetulkan kembali allignment perjuangan mula dipergiat. suara-suara mengadu ketandusan tarbiah bergema dalam siri-siri muktamar dan ijtima negeri. Peranan ulama' kembali didamba bagi meniupkan angin kesedaran islam yang hampir menyembah bumi.

Bermulalah pertembungan apabila 'orang baru' dalam PAS itu tidak senang dengan kesedaran ini. Maka wujudlah program-program membawa dua fikrah berbeza ini kepada masyarakat terutamanya ahli PAS. Program semakin rancak menjelang pemilihan parti. Ada yang mengimport pemain-pemain luar parti untuk membantu merelevankan gagasan yang dibawa. Taktik kotor dan sabotaj juga terpilih menjadi senjata untuk bertahan dan menyerang.

Untuk kembali pada landasan asal, tarbiah adalah bengkelnya. Hidupkan kembali usrah, liqa fikr, tamrin, nadwah dan sewaktu dengannya. Itulah paksi syakhsiah muslim sejati.

Ada yang menafikan perkara ini. Mereka lihat realiti PAS semakin gagah mendaki ke puncak politik. Sokongan pihak luar semakin bertambah, keahlian berduyun-duyun. Kerusi-kerusi DUN bertambah setiap kali PRU walaupun diakui tarbiah semakin pupus. Bagi mereka tarbiah bukanlah faktor utama kekuatan PAS.

Benar, PAS akan tetap gagah sebagai sebuah parti politik tanah air. Tapi sebagai sebuah gerakan islam, PAS amat tenat. Aspirasi politik semakin utuh, tapi kesedaran islam semakin luruh. Peranan khalifah yang mati tidak lagi diwarisi. Yang diperjuangkan sekarang hanyalah kuasa, kuasa dan KUASA!

Jika tiada sebarang langkah untuk memandang cermin sisi dan belakang diambil, kemungkinan gerakan islam ini akan terus mati.

Justeru itu memahami susur pertembungan secara adil adalah perlu. Ia bukan melibatkan perbezaan profesion semata-mata. Ia adalah pertembungan fikrah! Antara fikrah sebuah gerakan, dan sebuah parti.

Disebelah pihak memang meletakkan ulama' sebagai pemuka hadapan, disamping tidak melupakan peranan profesional lain dibelakang. Di sebelah pihak yang lain juga melibatkan peranan ulama', tetapi lebih sekadar tempat bertanya apabila berhadapan pihak satu lagi.

Pertembungan ulama profesional hakikatnya tidak wujud. Ia hanya dicipta untuk memburukkan golongan yang ingin mengembalikan asolah dakwah, seolah-olah pendokong Ulama tamakkan jawatan. Sebelum pemilihan 2011, agamawan dan profesion bekerja secara kolektif di bawah kepimpinan yang satu. Tiada blok profesional yang tidak sebulu dengan ulama'. Pernah ketiga-tiga Naib Pres, bukan dikalangan ulama', tetapi itu tidak menjadi isu kerana yang bukan ulama' bersama membawa aspirasi asal.

(Alang Ibn Shukrimun)

Pasukan Iblis dalam Perang Badar

Setelah Allah memerintahkan orang-orang mukmin untuk ikhlas dalam berjihad di jalannya dan banyak berzikir menyebut nama-Nya, maka Allah S.W.T melarang mereka bersikap menyerupai perbuatan orang-orang musyrik yang keluar dari negeri mereka dengan langkah-langkah yang angkuh menolak perkara yang hak serta melakukan riya', yakni bersikap sombong dan takabur terhadap orang-orang mukmin. 

Ketika dikatakan kepada Abu Jahal, "Konvoi kafilah Quraisy telah selamat (dari penghadangan pasukan kaum mukmin), maka kembalilah." lalu Abu Jahal berkata. "Tidak, demi Allah, kami tidak akan kembali sebelum sampai di mata air Badar, lalu menyembelih unta dan minum-minum khamr serta mendengarkan nyanyian para biduan yang menyanyi untuk kami. Kemudian kelak orang-orang Arab semuanya akan membicarakan perihal kekuatan kami pada hari itu untuk selama-lamanya."

Tetapi kenyataannya terbalik, tidaklah seperti yang dia duga, kerana ketika mereka sampai di mata air Badar, ternyata mereka mendatangi air yang panasnya bergolak dan mereka dimasukkan ke dalam sumur Badar dalam keadaan terhina, kecil lagi celaka kerana dimasukkan ke dalam azab.

Muhammad ibnu Ka'b mengatakan bahawa ketika kaum Quraisy keluar dari Mekah menuju Badar, mereka keluar dengan membawa para penyanyi dan alat-alat muzik. Maka Allah S.w.t. menurunkan firman- Nya;
"Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya' kepada munusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan." {1}
Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan; "Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadap kalian pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian. "{2}, hingga ke akhir ayat. 

Syaitan laknatullah menjadikan mereka memandang baik niat dan kedatangan mereka itu, dan memberikan semangat kepada mereka melalui bisikannya bahawa tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan mereka pada hari itu. Syaitan pun melenyapkan rasa takut dari mereka kerana mereka merasa khuatir bila kampung halaman mereka yang ditinggalkan akan diserang oleh Bani Bakar. musuh mereka. Maka syaitan berkata kepada mereka, "Sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian." 

Demikian itu terjadi setelah syaitan menyerupakan dirinya dengan rupa Suraqah ibnu Malik ibnu Ju'syum. pemimpin Bani Mudlaj. orang yang disegani di kawasan itu. Padahal semuanya itu adalah perbuatan syaitan belaka, seperti yang disebutkan oleh Allah S.W.T dalam firman- Nya;
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkit-kan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." {3}
Ibnu Juraij mengatakan bahawa Ibnu Abbas mengatakan sehubungan dengan makna ayat ini, "Ketika Perang Badar terjadi, iblis bergerak dengan membawa panjinya beserta pasukannya bersama pasukan kaum musyrik. Lalu iblis membisikkan ke dalam hati pasukan kaum musyrik bahawa tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkan mereka, dan sesungguhnya dia adalah pelindung mereka." 

Ketika mereka bersua dengan pasukan kaum muslim dan syaitan melihat bala bantuan para malaikat di pihak pasukan kaum muslim, "syaitan itu berbalik ke belakang (mundur)." {4}

Syaitan itu lalu mundur melarikan diri seraya berkata, seperti yang disebut oleh firman-Nya;
"Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat." {5}
Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari lbnu Abbas, bahawa iblis datang pada hari Perang Badar bersama pasukan syaitan yang dibawanya, sedangkan panjinya dia sendiri yang memegang. Iblis saat itu menyerupakan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari kalangan Bani Mudlaj, iaitu dalam rupa Suraqah ibnu Malik ibnu Ju'syum. Lalu syaitan berkata kepada kaum musyrik, "Tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkan kalian pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian."

Tetapi ketika kedua belah pihak berdepan, Rasulullah S.a.w mengambil segenggam pasir dan melemparkannya ke arah wajah orang-orang musyrik, maka mereka mundur ke belakang. Dan Malaikat Jibril a.s. datang mengejar iblis. Ketika iblis melihatnva (saat itu tangan iblis memegang tangan salah seorang dari pasukan kaum musyrik), maka dengan serta merta iblis menarik tangannya, lalu lari bertempiaran bersama pasukannya. Maka lelaki yang dipeganginya itu berkata. "Hai Suraqah, bukankah kamu tadi mengatakan bahawa kamu adalah pelindung aku?" Iblis berkata yang seperti dalam firman-Nya;
"...sesungguh-nya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras siksa-Nya." {6}
Demikian itulah yang terjadi ketika syaitan melihat para malaikat. {7}


[via]
_____________________________________
1. QS al-Anfal: 47
2. QS al-Anfal: 48
3. QS an-Nisa: 120
4. QS al-Anfal: 48
5. QS al-Anfal: 48
6. QS al-Anfal: 48
7. Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Anfal, ayat 47 - 48 oleh Ibnu Katsir

AWAS!! 5 Minuman Manis Pembunuh Di Malaysia



Setiap kali anda keluar bersama rakan-rakan, sama ada mengopi atau mengeteh, pernah atau tidak anda perasan minuman yang anda pesan kadang-kala melibatkan kandungan gula yang tinggi.
Mungkin kerana anda sukakan minuman tersebut membuatkan anda tidak sedar bahawa pengambilan yang kerap akan membuatkan anda menderita di hari tua atau memudaratkan.
1. Teh Tarik
5 Minuman Manis Pembunuh Di Malaysia - VITDAILY20150517_3865
Jika mamak buat teh tarik kurang manis, anda siap panggil semula supaya bagi manis betul-betul. Pengambilan teh tarik yang tidak terkawal merupakan penyumbang utama diabetes.
2. Minuman Tenaga Extra Joss
5 Minuman Manis Pembunuh Di Malaysia - VITDAILY20150517_3866
Ini biasa mana-mana kedai buat pun, bukan main lagi dia punya manis. Malah ada yang minum kata, tidak mengapa ia manis kerana ia bagi tenaga. Tenaga apa jika lepas makan anda balik rumah kemudian tidur.
3. Kopi 3 in 1
5 Minuman Manis Pembunuh Di Malaysia - VITDAILY20150517_3870
Pengambilan kopi 3 dalam 1 memang memudahkan dan menjimatkan masa kerana tidak perlu tambah gula tapi tahukah anda bahawa kopi pracampuran boleh menjadi penyumbang kenaikan berat badan yang seterusnya membawa kepada masalah lain?

4. Minuman Berkarbonat
5 Minuman Manis Pembunuh Di Malaysia - VITDAILY20150517_3867
Pelbagai pilihan minuman berkarbonat anda boleh lihat dipamerkan di setiap pasaraya mahupun restoran atau kedai makan. Semuanya nampak sedap sehinggalah anda sendiri disahkan menghidap kencing manis.
Anda sendiri tahu bukan sebanyak mana kandungan gula di dalam setiap tin minuman berkarbonat?
5. Jus Buah
5 Minuman Manis Pembunuh Di Malaysia - VITDAILY20150517_3868
Jus dengan rasa buah sebenar? Kenapa anda tidak makan sahaja buah terus? Ini pasti anda sendiri tidak nafikan betapa manisnya jus yang terdapat di dalam kotak mahupun tin.
Apa yang kami kongsikan dengan anda hari ini bukanlah tidak boleh minum langsung, tetapi berwaspada dan biarlah tidak terlalu kerap.
Jika anda ada cerita di sebalik minuman manis ini, boleh kongsikan bersama kami di ruangan komen. Jika anda mahu lihat donut dan aiskrim bersatu, anda boleh layan video pendek di atas.

4 Gambar Remaja Perempuan Terima AZAB Serta Merta Selepas Persendakan Al-Quran!!


Fuhhh! Kali ini penulis ingin kongsikan satu berita atau isu yang agak-agak kontroversi dan yang penuh dengan konflik. Sebelum perbincangan dan huraian yang selanjutnya, terlebih dahulu penulis ingin tegaskan di sini adalah perkara ini masih belum disahkan akan kepastiannya sama ada betul-betul berlaku atau hanya rekaan sahaja atau hanya propaganda sesetengah pihak dengan propaganda tertentu.
Namun begitu, apa yang pasti adalah mereka yang ingin mencabar kuasa Allah SWT pasti akan dibalas dengan azab seksa jika tidak di dunia sudah pasti di hari pembalasan kelak. Penulis mendapat cerita ini menerusi seorang rakan di aplikasi WeChat yang mengongsi berita ini. Berita yang agak simple dengan dua keping gambar sebelum dan selepas namun kita perlu berhati-hati dalam menerima kebenaran akan perkara ini.

Jika sebelum ini berita tentang seorang lelaki yang berubah menjadi makhluk ngeri kerana berniat untuk kencing di atas al-Quran telah terbukti palsu kerana lelaki tersebut hanya memakai kostum Hari Halloween. Dan orang lain telah memanipulasikan gambar tersebut dengan berita palsu yang mengaitkan dengan agama Islam dengan motif yang tidak diketahui.



Kali ini, berita tentang seorang wanita yang meletakkan helaian dari al-Quran yang terdapat ayat-ayat suci al-Quran di dalam seluar dalamnya. Pada akhirnya, gadis tersebut menerima azab ngeri dengan kemaluannya menjadi besar dan begitu ngeri sekali sebagaimana gambar di atas. 

Walau bagaimanapun, pada era globalisasi yang serba canggih ini tidak dapat dinafikan bahawa foto tersebut telah disunting. Tambahan pula, aplikasi mengedit gambar sudah begitu maju di tambah lagi dengan kemajuan komputer dan telefon pintar.

Semoga artikel ini memberi iktibar kepada kita bahawa sesiapa yang cuba mencabar kuasa Allah SWT pasti akan dibalas dengan azab seksa dari Allah SWT tidak kira sama ada berita ini benar atau tidak tetapi azab seksa kepada hambanya yang mencabar kuasa Tuhan adalah pasti.

Kisah Sebenar Seorang Mekanik Putus Tunang Yang Mendapat Lebih 1600 Share Di Fesbuk



"Kau okay ke?"

Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,

"Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.

Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain."

Aku terkejut.

"Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau."

"Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni."

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

"Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku. 

Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku. 

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain. 

Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy. 

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan."

Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

"Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup. 

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?"

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

"Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita. 

Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih."

Aku pun sebak dengar ceritanya. 

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan. 

Gambar Belangkas