Sunday, May 17, 2015

Wanita Ini Dedahkan Pengalamannya Terperanjat Beruk Apabila Dilamar Suami Orang!!



“TIDAK keterlaluan jika saya katakan bahawa pejabat adalah rumah kedua kita. Sebab, di pejabatlah kita bertemu dengan ramai kawan, yang boleh kita anggap seperti saudara-mara kita sendiri. Kita bercerita tentang keluarga masing-masing dan berkongsi perasaan suka dan duka selain mencari kegembiraan bersama.

“Kerana itu apabila saya ditawarkan bekerja di sebuah pejabat besar dan ternama, saya merasa amat bertuah, kerana sebagai orang baru yang masih muda dan mentah, saya sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar orang yang lebih kanan di pejabat itu. Saya rasa bangga kerana kehadiran saya diterima baik menjadikan hubungan kami seperti satu keluarga besar di pejabat.’’ Itu permulaan cerita Ezzany Fitri dalam e-melnya.

“Tujuan utama saya memaparkan pengalaman hidup saya ini adalah untuk dijadikan panduan dan iktibar kepada kaum wanita dan lelaki yang bekerja – jangan suka mengutuk dan menuduh jika bertemu dengan kes seperti yang saya lalui. Bukan semua gadis mahu menggoda suami orang apatah lagi menghancurkan rumah tangga wanita lain. Namun apa yang terjadi bukan atas kehendak saya.

“Saya berkelulusan perakaunan dari sebuah IPTA tempatan. Umur ketika mula-mula diterima bekerja belum pun mencecah 25 tahun. Dengan kelulusan itu memang mudah saya dapat kerja, dan ditempatkan di bahagian pengurusan. Kebanyakan petugasnya terdiri mereka yang senior dan berjawatan besar serta kanan.

“Di bahagian ini memang tidak ramai petugas, selain pengurus-pengurus kanan terdapat juga beberapa orang eksekutif dan pembantu pengurusan. Oleh kerana bilangan petugas tak ramai, maka boleh dikatakan hubungan kami macam sebuah keluarga, sentiasa tolong-menolong. Sementara pekerja di bahagian lain ditempatkan di tingkat bawah.

“Walaupun saya baru bekerja tak sampai setahun, tetapi kerana akrabnya hubungan, mereka senang didekati dan menjadi tempat saya mengadu masalah kerja, dan juga peribadi. Apatah lagi kerana saya paling muda, maka ramailah yang suka berbual dengan saya dan membantu jika ada masalah.

“Walaupun tinggal bersama keluarga, tetapi mereka tidak menyekat jika saya ingin keluar makan dengan kawan, minum di kedai mamak, shopping atau bermalam sehari dua di rumah kawan. Mereka tidak tegas tetapi sentiasa menasihati. Begitu juga adik-beradik saya yang lain, kerana itu kesemua kami berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah.

“Dalam ramai pengurus kanan ini terdapat seorang yang sungguh peramah, umur awal 40-an bernama Encik Sham. Dia disenangi oleh semua kakitangan, tak kira bahagian pengurusan mahupun di peringkat bawah. Semua orang kenal dia selain dia senang bergaul dan berbual. Bila ada pertandingan sukan, dialah yang sangat popular, walaupun dia tidak aktif bersukan, tetapi dia menjadi teraju utama yang menggerak aktiviti sukan, selain tukang sorak yang handal. Lebih menarik, dia suka bergurau dan bergaul dengan pekerja lain tanpa mengira bidang pekerjaan mereka.

“Oleh kerana Encik Sham sudah berumah tangga, maka kami pekerja perempuan tidaklah begitu mengambil berat dengan gurauan dan usikannya dan anggap dia bergurau. Namun dalam bergurau ada seriusnya, dan semua kerja dia hendak cepat disiapkan tak kira masa. Walaupun terpaksa balik lambat jika hasil kerja kami tidak mencapai penilaiannya, tapi kami rela kerana beliau sentiasa membantu.

“Bagaimanapun nature of work memerlukan saya sentiasa berkomunikasi dengan beliau hinggalah suatu hari kami semua perlu menyiapkan bajet. Setelah siap, saya ditugaskan untuk melengkapkan laporan bajet untuk beliau lihat, baca dan bentangkan kepada pihak atasan.

“Setelah beberapa hari bertungkus-lumus menyediakan laporan, sebagai tanda terima kasih (alasan), Encik Sham ajak saya pergi makan malam. Mulanya, saya anggap ajakannya satu gurauan. Tetapi kerana dia bersungguh-sungguh maka saya terima pelawaannya.

“Kami makan di sebuah restoran Jepun, tidak ada apa-apa berlaku. Nasihatnya janganlah beritahu sesiapa di pejabat, nanti “kopak”, kerana terpaksa belanja makan staf lain sama. Beberapa hari kemudian dia ajak saya makan tengah hari bersama pegawai lain. Saya ikut sahaja. Tetapi untuk makan malam kemudiannya saya tolak, sebab tidak ada alasan.

“Tetapi Encik Sham tidak patah hati, dia terus mengajak hingga saya terpaksa terima. Selepas itu seminggu sekali kami mesti makan malam bersama. Kami tak bercerita, tetapi Ecik Sham banyak merenung dan memerhati bila saya bercakap. Ketika itu mulalah keluar puji-pujian membuat saya gelisah. Lebih menakutkan dia berterus terang bahawa dia ingin berkahwin dengan saya. Saya bukan sahaja tersentak, malah merasakan ada batu besar menimpa kepala saya. Ini satu malapetaka. Saya tergamam, kaku dan tidak berkata-kata.

Perosak

“Kerana terkejut tiga hari saya demam, saya tak tahu apa harus saya buat. Kepada siapa nak mengadu, dengan kawan pejabat, pasti “bom akan meletup”. Encik Sham telefon arahkan saya datang kerja katanya kerja saya tak beres. Tetapi sebenarnya dia sekali lagi melafazkan hasrat untuk berkahwin dengan saya, tetapi saya tolak.

“Kerana menolak saya diserang dengan SMS bertalu-talu. Akhirnya saya terpaksa jawab panggilan telefonnya. Katanya dia akan telefon saya jam 11 atau 12 malam dan siang hari dia akan hantar SMS, selain mahukan saya terima lamarannya. Saya serba salah. Kerana dia sudah berkeluarga. Saya tak mahu dipanggil “makhluk perosak.”

“Saya sedar hubungan ini tidak membawa saya ke mana-mana, kerana saya memang tidak mahu jadi isteri kedua, dan tidak mahu hancurkan rumah tangga yang dia bina bersama isterinya selama 16 tahun. Saya tidak tegar. Encik Sham tidak pernah putus asa untuk berkahwin dengan saya. Tetapi jawapan saya, hidup ini tidak semudah 1, 2 dan 3. Saya juga beritahu hubungan ini mesti diputuskan.

“Malangnya semakin saya mahu putuskan hubungan ini, dia sebaliknya tetapkan saya mesti keluar makan malam dengannya setiap malam Khamis. Tempatnya di restoran dan hotel eksklusif dan mahal-mahal. Malangnya, walaupun saya cuba sembunyikan hubungan kami, tetapi akhirnya dapat dicium oleh teman sepejabat. Akibatnya saya dipulaukan, diumpat keji dan dihina. Mereka jatuhkan hukum konon saya bersalah kerana memikat suami orang, tetapi tahukah mereka siapa sebenarnya yang memikat?

“Namun mereka tidak marahkan Encik Sham sebaliknya menganggap beliau seorang yang baik dan tak bersalah, sebaliknya saya yang salah. “Mentang-mentang Encik Sham lelaki, berpangkat maka dia dilepaskan? Dan saya perempuan, sekadar eksekutif muda maka saya bersalah? Saya dipulaukan, diumpat keji, dihina dan difitnah. Hinggakan pelbagai cerita tak masuk akal disebarkan dalam pelbagai versi.

“Kerana tidak tahan difitnah akhirnya saya letak jawatan seterusnya memutuskan hubungan dengan Encik Sham. Namun dia pujuk saya supaya terus bekerja. Tapi saya tolak biarlah saya berkorban demi keluarganya bahagia dan teman pejabat gembira.

“Walaupun saya kecewa dan menghadapi mental disorder dengan keputusan saya itu, tetapi saya puas hati dapat berbakti dan berjasa kepada mereka yang sering kesempitan meminta bantuan saya. Bukan mengungkit, tetapi itulah kenyataannya, saya diperlukan ketika mereka terdesak, habis sesak mereka, saya ditolak ke tepi.

“Kini saya kesepian dan bersendirian, saya hilang segala-galanya, kerjaya dan orang yang amat saya sayang. Kepada bekas rakan sepejabat, muhasabah diri sendiri sebelum menutup periuk nasi orang lain. Setiap fitnah yang anda lakukan, anda tanggunglah dosanya, kerana saya tidak akan maafkan. Kepada isteri dan anak-anak Sham, saya mohon ampun dan maaf kerana mencuri masa kebahagian anda untuk diri saya sendiri. Tetapi bukan saya yang mendahulukan, saya tidak pernah memikat suami anda.

“Nasihat saya kepada wanita bujang dan berkerjaya, hati-hati dengan lelaki yang sudah berumah tangga. Mereka ada banyak kelebihan untuk membuat anda jatuh cinta padanya. Tapi percayalah, cinta anda tidak akan kekal dan sampai ke mana pun. Ia tidak akan membuat anda bahagia selamanya.

“Kepada lelaki yang bergelar suami, jika anda mencari kebahagian di luar, fikirlah 10 kali, kerana sekali anda lukakan dan kecewakan hati wanita, peristiwa yang sama akan menghancurkan hidup anak perempuan anda satu hari nanti.

“Walaupun kini saya masih menganggur, tetapi saya bersyukur masih muda dan boleh berdiri walaupun tidak tegap seperti dulu. Peristiwa yang terjadi ke atas diri ini akan jadi pengajaran dalam hidup saya sampai bila-bila,’’ itu cerita Ezzany Fitri tentang pengalaman pahit yang dilaluinya. - UTUSAN MALAYSIA

PANAS!! 3 Gambar Fesyen Akhir Zaman Tasha Shila Selepas Putus Cinta




Selepas sekian lama kerap menerima komen negatif dari para pengikut beliau di Instagram, Tasha Shilla nampaknya hari ini seakan hilang sabar apabila mengeluarkan kenyataan membalas semua yang menegur cara pemakaiannya sekaligus.



Bukan itu sahaja, menerusi kemaskini terbaru Tasha Shilla turut mendedahkan wajah pengguna akaun di Instagram yang sering meninggalkan komen berbaur ‘nasihat’ terhadap cara beliau menjalani hidup terutamanya dalam bab pemakaian yang tidak mengikut lunas Islam.



Setakat artikel ini ditulis, sudah tiga individu didedahkan di Instagram Tasha Shilla dan ini mula mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat beliau yang mula merasakan pelakon ini tidak boleh menerima teguran atau nasihat secara terbuka.



“Saya tak marah cuma biarlah saya kongsikan bagaimana kamu tengok saya boleh tersenyum dan bahagia. Bukan senang jadi diri yg dikenali ramai lagi lagi berstatus selebriti. Selalu dihukum oleh manusia yang bijak pandai di dunia ini. Hakikatnya artis ini juga manusia seperti kamu”



“Ada hati dan perasan, kita suka cari salah artis macamlha kita baik sangat. Tak tutup aurat masuk neraka, perempuan akhir zaman, begitu skali pemikiran kalian. Ianya akan buat kamu tak pernah bersyukur. Nak sangat hati tu jadi macam artis. Jadi diri kita sendiri lebih bahagia”



“Saya TashaShilla tetap jujur menjadi diri saya, biar tak tutup aurat dikepala tapi saya menjaga aurat hati lidah mulut saya. Yakinlah semua manusia hendak ke arah kebaikan, bagi semangat kepada mereka,”
antara tulisan beliau hari ini.


Sumber : Rotikaya



7 Gambar Panas Terbaru Shafnie Zainuddin,Bekas Isteri AC Mizal Yang Pasti Buat Korang Berdarah Hidung...

Bekas model dan pengacara, Shafnie Zainuddin berjaya dalam tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah semalam bagi mengubah perintah nafkah dua anak hasil perkahwinannya dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.
Selain itu, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah juga membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000....
Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuatkuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian...
Dalam prosiding semalam, Shafnie, 38, hadir diwakili peguam syarie Azmi Rais, manakala AC Mizal, 44, gagal hadir dan peguam syarie Aishah Din memaklumkan anak guamnya sedang menjalani penggambaran sehingga Februari.... -Kosmo

Korang Pasti Terkejut Beruk Apabila Tahu Identiti Sebenar Bakal Isteri Zizan Razak Ini (11 Gambar)

Bakal Isteri Zizan Razak Ni
Setelah dihimpit dengan pelbagai dakwaan dan juga baru-baru ini dikatakan turut terpalit isu pelawak yang dikatakan kaki perempuan, Zizan razak melalui BH Plus mengakui bahawa dia akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya yang berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala terengganu.

Tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan drastik ataupun terburu-buru, Zizan memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah memikirkan usianya yang kini bakal mencecah 31 tahun pada 15 April ini.

"Ya, saya akan berkahwin Gadis pilihan saya yang juga berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun.

"Saya bukan mudah lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

"lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka lihat saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,".

bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa turut mendedahkan bahawa dia juga menderita dn hati kecil pelawak ini turut sama menangis sehinggah keadn menolak dia untuk mencri ruang dan masa sendiri untuk bernafas.

Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelihatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehinggah membuatkan hati Zizan yang sedang terluk tertambat terus.

Apa pun, inilah biodata penuh bakal isteri pelawak dan pelakon hebat ini.


Bakal Isteri Zizan Razak Ni

Bakal Isteri Zizan Razak Ni

Bakal Isteri Zizan Razak Ni


Nama: Nor Edura Diyna Binti Hisham
Umur: 24 Tahun
Agama: Islam
Asal: Kuala terengganu
Pendidikan: Mamagment And Science University (Pendidikan Awal Kanak-kanak) & UITM Terengganu (Perakaunan)
Pekerjaan: Pegawai Khidmat Sambilan di sebuah agensi kerajaan.


Sumber :kantol-suda

Luahan Sedih Hati Seorang Suami Apabila Curang Bersama Adik Ipar



SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh *** serta berbaju tidur **** masuk ke bilik saya.

Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari.

Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan ****, membuatkan saya gagal mengawal ****. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan **** dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada. Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih ****. Malah, dia mengajak saya melakukan **** walau isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk meng****a saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS **** dan ini membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan **** adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.

 SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru



5 Gambar Terlajak Panas Amyra Laro BerB OGEL Dari Rumah Ke KLCC sejurus PKR Menang PRK..Kanak-Kanak Dilarang Tengok!!

kononnya awek cun ni nak lari berb3g3l dari rumahnya hingga klcc jika pkr menang .. btw tahniah kpd pkr sebab menang smlm... janji tetap ditepati.. apakah awek itu berb3g3l ???



Gambar hiasan

GEMPAR!! Barack Obama Kantoi Tipu Dunia Isu Pembunuhan Osama?



SEORANG wartawan penyiasat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menipu seluruh dunia mengenai pembunuhan pemimpin utama al-Qaeda, Osama bin Laden.

Seymour Hersh mendakwa Obama menipu dunia mengenai pembunuhan Osama untuk memenangi populariti menjelang pilihan raya 2012.

Hersh juga menjelaskan kerajaan Amerika Syarikat telah membuat pembohongan, kenyataan salah serta pengkhianatan untuk menyembunyikan kebenaran.

Menurut artikel yang diterbitkan dalam ‘London Review of Books’, Hersh mendakwa tiada kes tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan yang dikatakan telah diserbu tentera Amerika Syarikat.

Wartawan tersebut juga mendakwa pentadbiran Obama telah berunding dengan kerajaan Pakistan yang berjaya menahan Osama bertahun-tahun sebelum ini.

Hersh juga menyatakan, tentera Pakistan telah diarah untuk menyerahkan Osama kepada Tentera Laut SEAL di kawasan kejadian.

Dalam karyanya, wartawan tersebut melabelkan kejadian tersebut sebagai pembunuhan dengan niat.

Laporan tersebut juga menerangkan, satu-satunya peluru yang dilepaskan adalah untuk membunuh Osama.

Penulis itu berpendapat Obama menyimpan kebenaran itu selama setahun sebelum pilihan raya 2012 untuk meningkatkan kempen dan memenangi pilihan raya tersebut.

Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai ‘Pegawai kanan risikan yang telah bersara’ digunakan oleh Hersh dalam artikelnya menerangkan, pihak White House terpaksa memberi gambaran bahawa misi penangkapan Osama merupakan operasi yang penting.

“Kenapa perlu membunuh Osama?

“Kisah mengenai pemimpin al-Qaeda dibuat oleh beberapa rangkaian berita untuk menunjukkan bahawa Osama merupakan isu penting negara itu.

“Pasukan SEAL sepatutnya sudah menjangkakan isu ini merupakan rekaan politik kerana ia merupakan isu menarik bagi ahli politik,” kata bekas pegawai kanan itu.

Terdapat dakwaan yang menyatakan mayat Osama tidak dikebumikan di laut sebaliknya dihantar ke Afghanistan.

Dakwaan Hersh bagaimanapun telah dinafikan oleh jurucakap pihak White House.

Jurucakap Keselamatan Negara di White House, Ned Price, berkata terdapat banyak dakwaan yang tidak berasas dan tidak tepat dalam artikel tersebut.

“Seperti yang telah kami jelaskan, maklumat mengenai operasi ini disebar terhad kepada pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat sahaja.

“Presiden telah membuat keputusan awal untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana kerajaan lain termasuk Pakistan yang hanya mengetahui tentang operasi itu setelah serbuan itu dilakukan,” kata Price.


sumber

Gambar Belangkas