Sunday, May 17, 2015
Cerita Sebenar Yang Mesti Anda Tahu Kes Gadis Maut Akibat Produk kecantikan Shaklee,Qu Puteh Dan Aura White Terbongkar Akhirnya!!
berita kematian seorang pelajar Kolej Kejururawatan di Ulu Kinta, Perak heboh diperkatakan di media sosial gara-gara ada yang mendakwa Allahyarhamah meninggal dunia akibat pengambilan makanan kecantikan yang berlebihan.
Lebih sensasi ada yang mendakwa gadis ini mengambil produk Shaklee, Qu Puteh dan Aura White secara serentak.
Dakwaaan itu sekali gus memberi tamparan hebat dan menimbulkan keresahan kepada ketiga-tiga jenama baik pengeluar, penjual dan pengguna.
Bagaimanapun, tampil individu yang mengenali Allahyarhamah menafikan spekulasi yang bertiup kencang tersebut.
“Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatutnya terhadap student nurse KSKB Ulu Kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menghentikan perbuatan tersebut. Jangan kita share benda yang kita tidak pasti. Jika tuan/puan nak kepastian, boleh berhubung dengan saya,” kata Nazri Omar.
Menurut Nazri, apa yang tersebar di media sosial adalah salah faham semata-mata.
“Salah jangkaan itu. Sebenarnya berlaku pendarahan dalam otak yang pakar sendiri tak boleh buat apa-apa kerana risikonya amat tinggi.
“CT scan yang dibuat semalam juga menunjukkan ada ICB (intracranial bleed).
“Pasal supplement semua itu salah sebab arwah dulu selalu kena migrain sejak masuk kolej.
“Dianogsis terakhir massive ICB with extradural hamorraghe,” jelasnya.
Kesimpulannya, kisah tentang punca kematian akibat memakan produk kecantikan adalah bohong semata-mata.
Apa pun, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat gadis ini. – mynewshub
credit
Restoran Ini Hidang Daging Manusia?Biar Betul!!
Satu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas menerima aduan daripada orang ramai yang mengadu menerima khabar angin bahawa restoran tersebut menghidangkan daging manusia kepada pelanggan mereka.
Lapor portal Metro. co.uk, polis melaporkan menemui keadaan kepala manusia yang dipotong dan disembelih dalam keadaan mengerikan selain turut menjumpai cebisan-cebisan daging manusia yang disimpan di bahagian dapur restoran.
Pihak berkuasa turut menemui sejumlah telefon bimbit dan laras senjata automatik ketika melakukan serbuan ke atas restoran tersebut.
Seorang penduduk tempatan ketika ditemui pemberita berkata, dia sentiasa menyedari aktiviti pelik yang berlaku di restoran terbabit.
“Mereka (pekerja) tidak pernah memakai pakaian yang bersih dan teratur, cara mereka keluar masuk hotel juga agak pelik. Saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di restoran tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, pihak berkuasa menahan 10 pekerja yang didakwa terbabit dengan jenayah tersebut.
Gambar perkuburan kereta yang tak laku dijual
Di sinilah ribuan kereta yang tak laku di pasaran disimpan...
Sheerness, United Kingdom
Swindon, United Kingdom
Baltimore, Maryland, U.S.A
Nissan test track in Sunderland United Kingdom
Sunderland United Kingdom
car park in Spain
at the port of Valencia in Spain
St Petersburg, Russia
Upper Heyford, Bicester, Oxfordshire
Royal Portbury Docks, Avonmouth, near Bristol in the United Kingdom
Kredit: http://imgur.com
Saturday, May 16, 2015
Punca Sebenar Nina Iskandar Kini Sudah Tidak Bertudung Bongkar!!
ramai yang tertanya2 sebab nina iskandar kini tidak berhijab... admin pun tertanya2 jugak... oklah jom baca artikel selanjutnya apa kata tuan badan..
baca artikel selanjutnya di beautifulnara.com
PANAS!! Gambar Busana Ketat Melekat Eina Azman Yang Terlajak Jarang Nampak Bentuk Wajah Jadi Kritikan Ramai Peminat
Gambar Busana Ketat Eina Azman Yang Tembus Pandang | Berdasarkan pemerhatian daripada mata kami yang agak rabun ini, warna rambut Eina Azman sekarang ini ialah warna kuning. Sudah pasti ia bukan warna yang asli sebaliknya diwarnakan oleh pelakon itu sendiri.
Rupa-rupanya Eina Azman tidak dapat menukar warna rambutnya kepada warna asal kerana terikat dengan kontrak. Kontrak apa? Mungkin kontrak lakonan, mungkin kontrak produk kecantikan atau kontrak pewarna rambut.
Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Eina Azman ini, pelbagai kritikan, kecaman dan juga rasa kurang puas hati telah diluahkan oleh para pengguna laman sosial. Pelbagai persoalan dikemukakan malah ada yang menyentuh hal keagamaan seperti solat dan mandi junub.
- See more at: http://katakcomel.my/gambar-busana-ketat-eina-azman-yang-tembus-pandang/#sthash.1RjKNEVm.dpuf
MESTI TAHU!! 8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia!!
Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ramai Tak Tahu !! Inilah 8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia !!. type='html'>
8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia
Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.
Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.
Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.
1) Fifty Shades Of Grey
Filem yang diangkat dari sebuah novel popular ‘Fifty Shades of Grey’ ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.
2) Sex Tape
Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.
3) The Wolf Of Wall Street
Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F**K’ paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.
4) The Raid 2 : Berandal
Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans “The Raid: Redemption” pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu “The Raid 2: Berandal” ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.
5) NOAH
Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.
6) I Spit On Your Grave
Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.
7) Dukun
Filem seram tempatan “Dukun” arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. “Dukun” merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.
8) Banglasia
Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem “Banglasia” telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.
Malah “Banglasia” turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...