Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong The Reds dengan nota kurang gembira selepas tewas 1-3 kepada Crystal Palace pada perlawanan terakhirnya di Stadium Anfield.
Selepas hampir 17 tahun bersama Liverpool turun dalam 709 penampilan dengan 185 gol dan 10 trofi, pemain tengah berusia 34 tahun itu amat berharap aksi terakhirnya di Anfield dilengkapkan dengan kemenangan sebelum berhijrah ke kelab Amrika Syarikat, Los Angeles Galaxy.
Beberapa bekas legenda The Reds turut hadir pada perlawanan yang disaksikan 44,673 penyokong itu termasuk bekas pengurus, Gerard Houllier yang memberi peluang buat Gerrard menampilkan aksi pertama pada November 1998.
Bagi menghormati Gerrard, pemain kedua-dua pasukan memberi penghargaan kepadanya ketika memasuki padang ditemani anak perempuannya, Lourdes, Lexie dan Lilly-Ella.
Penyokong di tempat duduk kedua-dua pasukan juga mempamerkan mozek besar yang bagi memberi penghormatan kepada Gerrard.
Sementara itu, Gerrard berkata beliau tidak fikir akan kembali secara pinjaman selepas penampilan terakhirnya pada Sabtu.
"Saya berharap dapat kekal beraksi dalam perlawanan ini kerana hidup saya di sini setelah sekian lama dan saya amat menyukainya," kata Gerrard. - mstar.com.my

dailymail.co.uk