Saturday, May 16, 2015

BIAR BETUL!! 3 Masalah Besar Yang Timbul Sewaktu Majlis Perkahwinan Lana Nordin Berlangsung

1. Lafaz Nikah David McKenzie
Walaupun ianya sudah sah diijabkabulkan dengan selafaz, tapi lafazDavis seolah kabur dan nyata dia gagap.
Jadi, kelihatan seperti sayup2 bacaan lafaz akadnya dan sememangnya tidak jelas
2. Masa Majlis Berlangsung
Kelihatan seperti kelam kabut sikit dari segi waktu aturcara majlis, khabarnya nikah pada pukul 10, tetapi 10:36 baru majlisnya berlangsung, dan rasanya seperti ada aturcara yang tidak sempat dilakukan kerana perancangan majlisnya tidak teratur.
3. Persiapan Lana Nordin
Lana Nordin mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan dirinya. kami faham ini adalah hari yang terindah, cuma disiplin sebegini tidak elok dipandang orang.Rasanya masalah ini yang menganngu aturcara majlisnya.

6 Gambar Panas Salwa Razak Berpakaian Gaun Jarang

Salwa Razak

Penyanyi terkenal, Salwa Razak telah dilihat menghadiri Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 dengan memakai gaun berwarna hitam yang agak si.
 
Susulan daripada itu, para peminat industri hiburan telah mengecam Salwa Razak kerana terlalu menonjol di bahagian da d a.
APa pun, mari kita skodeng beberapa gambar Salwa Razak yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. Salam jumaat dan ong gedek gedek

6 Gambar Salwa Razak Yang H o t

1Gambar Hot Salwa RazakGambar Salwa Razak
- See more at: http://katakcomel.my/6-gambar-salwa-razak-yang-hot/#sthash.ilDCDCOH.dpuf

BIAR BETUL!! Tahniah Nora Danish!! Dalam Diam-Diam Jer Dah Nikah..Haishhhh

gambar hiasan

Selepas Wawa Zainal dan Aliyaah... Nora Danish pun mengikut jejak mereka? Wartawan Turut Dihalau Dari Mendapatkan Penjelasan. Peminat Serang Instagram Miliknya.Rupanya kisahnya semua tuh dalam filem yang baru iaitu SuamiAkuUstaz ..Terkejut juga admin ..



#SuamiAkuUstaz



sumber

Jika Anda Pernah Kutuk Kak Ton,Kali Ini Korang Pasti Akan Menyesal Selepas Lihat 10 Gambar ANak Perempuannya!!


Jika Anda Pernah Kutuk Kak Ton, Pasti Anda Menyesal Selepas Melihat Anak Perempuannya| Baca Selanjutnya


Jika Anda Pernah Kutuk Kak Ton, Pasti Anda Menyesal Selepas Melihat Anak Perempuannya


Kuala Lumpur: Pastinya anda tidak pernah dan tidak akan sesekali lupa akan trademark Kak Ton usahawan wanita yang selalu menggunakan ayat "Cantik Tak Kak Ton". Gelombang kak ton dahulu seperti juga menyebabkan ramai yang agak sedikit menyampah tetapi kadang-kala menghiburkan masyarakat setempat. Kak Ton merupakan nama panggilan yang lebih disenangi dalam media sosial, telah memperkenalkan Jenama Beauty Umar dan Umairah, makanan tambahan yang dikatakan dapat menguruskan badan dan menstabilkan kesihatan jasmani para pengguna.

Admin juga turut memahami ramai juga yang "annoying" dengan tagline atau trademarknye itu yang bergandingan dengan syasa solero dan juga bobo. Namun begitu, kami pasti rakyat Malaysia akan melayan kak Ton dengan baik selepas melihat anak perempuannya ini. Mengapa kami berpendapat sebegini? Nah, takkan lah kami sekadar membuat andaian kosong sahaja. Mari kita lihat 10 Gambar Panas Anak Kak Ton.
Lihat 10 Gambar Panas Anak Kak Ton:-
Gambar Anak Kak Ton Bersama Amyra Rosli
Nama Sebenar dia adalah Nurain

Kami juga mendapati bahawa anak kak ton mempunyai teman lelaki yang dikenali sebagai SAM
Wuish, jangan meleleh air liur tengok kecomelan anak kak ton :p
Siapa Suruh Kutuk Kak Ton, Kan dah melepas :P
Berikut adalah gambar Nur Ain Bersama Kak Ton:-


GEMPAR!! 5 Gambar Emma Maembong Pasti Buatkan Peminat Berdarah Hidung Apabila Melihatnya!!



Pelakon terkenal dan kekasih kepada Zizan Razak, Emma Maembong telah berkongsi beberapa gambar dirinya berpeluk erat dada dengan seorang lelaki. Nampak menerusi gambar tersebut begitu intim dan mesara. Tetapi siapakah lelaki itu? Nampak erat sangat. Ha.. tentu ramai yang fikir bukan-bukan kan?

Kepada mereka yang masih tercari cari apakah jawapannya mengenai lelaki tersebut. Kalau nak tahu, itulah dia adik kesayangan Emma Maembong. Ahmad namanya. Panggilan dalam keluarga adalah Amad. Memang kacak berkulit putih gitu.




Amad ni seorang OKU. Selalu duduk atas kerusi roda. Emma Maembong tidak bersekolah demi menjaga adik kesayangannya ini. Begitu besar pengorbanan Emma terhadap keluarganya.

Mengikut sumber yang dipercayai Amad juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama. Dia juga handal melukis seperti bapa dan kesemua adik beradiknya. Jom lihat kemesraan Emma Maembong dengan Ahmad.

AYAH CHIK SEBAGAI NELAYAN, PETANI, PENTERNAK DAN PEMBURU



Ya, hobi Ayah Chik adalah memancing dan menjala. Malah sebenarnya bukan setakat itu. Dia juga suka memburu, bercucuk tanam dan menternak. Dia mahir dalam berkuda. Dia juga handal menembak. Selain dari itu, dia juga perenang hebat. Sehingga kini, usianya masih tak menghalang untuk beliau terus hidup mesra dengan alam semesta.

Selain dari memiliki sebuah bot kayu, beliau juga memiliki kebun kecil di atas bukit di Rusila. Di sana terdapat bermacam-macam perusahaan seperti tanaman sayur, pohon-pohon buah dan herba, sangkar ikan, kandang ternakan dan berbagai lagi.

Ayah Chik pernah memelihara berbagai jenis haiwan. Beliau pernah memiliki kuda, burung merak, burung unta, angsa, kambing gurun, rusa dan sebagainya. Sewaktu belajar di MDQ dahulu, saya amat suka berkunjung ke rumahnya yang dibuka setiap masa melihat ternakan peliknya itu. Di sanalah tempat pertama kali saya lihat binatang-binatang aneh dalam hidup saya.

Saya juga kerap ke bukitnya melihat ulama itu menguruskan makhluk-makhluk tuhan yang diamanahkan di bahunya. Usai solat Subuh, beliau sering kelihatan memandu sendiri kereta ke bukit untuk menyantuni alam di saat langit masih gelap. Anak-anak dan kawan-kawan sebaya adalah orang utama yang menguruskannya tika Ayah Chik tidak berkesempatan. 

Itu cerita bab darat. Bab laut lain pula ceritanya. Hidupnya memang tak boleh berpisah dengan laut. Beliau membesar dengan laut. Laut dan pantai sudah menjadi teman rapatnya. Itulah tempat beliau melepas tekanan, mengadu kepenatan, merenung visi dan mencetus ilham.

Semasa belajar dulu, saya dan kawan-kawan sering merayau-rayau di pantai selepas sesi persekolahan. Bukan sekali terserempak dengan Ayah Chik sendirian memancing di tengah terik mentari. Hanya joran dan topi tudung saji yang menjadi peneman selain baju pagoda dan kain pelikat. 

Kami pasti akan bertenggek bak anak manja di sebelahnya sambil bertanya macam-macam. Dan beliau pasti akan melayan penuh mesra alam. Memang beliau suka bercerita. 

Kadang-kadang kalau kami segan nak menyapa, beliau akan menyapa dahulu. Masih terbayang wajah yang begitu ceria dan tenang menyambut usapan angin pantai, walaupun jelas tergambar kerut di dahi memikirkan masalah umat. Ya lah, beliau waktu itu adalah seorang Menteri Besar! Seorang MB yang hidup lebih sederhana dari kebanyakan rakyat biasa.

Saya betul-betul rindu akan saat itu.

Saya masih ingat, ketika Karnival Petani, Nelayan dan Penternak yang diadakan di Hulu Terengganu, beliau menerima anugerah sebagai tokoh Petani, Nelayan dan Penternak negeri Terengganu. Sebelum mengumumkan namanya, penganjur membilang satu satu persatu bakti beliau terhadap bumi. Tak sangka insan yang dimaksudkan adalah seorang 'Tok Guru'.

Biasa selepas program-program besar atau dilanda isu-isu besar, beliau akan mengajak ke laut dalam. Berhari-hari beliau di sana. Sangat beruntung mereka yang sempat mengikutinya. Beliau seorang yang tak lokek membuka mulut. Isu yang tak akan lekang di lidah adalah isu-isu antarabangsa. Kita boleh faham peranannya membela nasib umat Islam dunia melalui pemikirannya. Lautan luas itulah saksi terpenting tubuh dan akalnya yang diwakaf untuk Islam.

Laut itu juga saksi satu nyawa telah terselamat dengan keringat beliau. Ketika sedang menjala tahun 2009, beliau mendengar hiruk pikuk manusia bertempik. Orang ramai sedang berkumpul melihat seorang lelaki sedang lemas di laut. Masing-masing tak berani membantu, hanya mampu meminta bantuan dan berdoa.

Dengan pagoda dan pelikatnya, Ayah Chik pantas turun mendekati mangsa. Laungan orang ramai yang menghalang tidak dipedulikannya. Beliau terus berenang dan menarik mangsa ke tepi. Alhamdulillah, Allah izinkan lelaki itu terus hidup dengan wasilah Ayah Chik. Saya yakin masih ramai yang ingat kisah yang mendapat liputan media ini.

Selain laut, beliau juga suka ke sungai. Tempat biasa adalah sekitar Tasik Kenyir. Yang mengiringi hanya teman-teman lama dan ahli keluarga. Dua tiga hari juga mereka berkhemah di hutan sana. 

Selain memancing dan memukat, beliau juga gemar memburu. Bidikannya memang hebat. Ikan, ayam hutan, rusa hasil tangkapannya adalah santapan 'ringkas' siri-siri perkhemahan beliau. Dengan usia yang sudah lebih separuh abad, memang ajaib melihat tenaga dan kekuatannya yang mengalahkan orang muda.

Menurut teman-teman lama sekampung, beliau dari kecil lagi memang seorang yang aktif, berani dan hebat. Dalam permaian bedil, beliau memang digeruni. Budak-budak lain biasa bersembunyi di belakang pokok, tapi Ayah Chik akan terus mara dengan bedilnya, hanya mengelak kiri atau kanan. 

Mungkin kerana 'tarbiyah' inilah, beliau tak gentar berhadapan musuh samada dalam negara mahupun antarabangsa. Pidatonya sering menggegar istana penguasa zalim. Kelibatnya sehingga hari ini ditakuti penjahat-penjahat munafiq.

Cerita bab pertarungan, saya teringat beliau pernah diserang seorang lelaki berparang dihadapan rumahnya lama dahulu. Ketika itu beliau baru pulang lewat malam bersendirian. Sebagaimana orang-orang melayu lama lain, beliau dibekalkan ilmu silat untuk mempertahankan diri. Alhamdulillah, parang di tangan musuh berjaya dijatuhkan sebelum jiran-jiran menerpa.

Catatan di atas hanya sekadar respon terhadap 'hobi' Ayah Chik yang diperkatakan kini. Kalau nak ceritakan mengenai tabiat membacanya pula, rasanya perlu sebuah artikel yang khusus. Membaca bukan lagi dianggap hobi beliau untuk mengisi masa lapang, bahkan itu adalah makanan asasi yang wajib dijadikan santapan saban hari.

Itu belum lagi cerita mengenai pidato, tulisan, ceramah dan pengalaman-pengalamannya dalam seminar, persidangan dan pembentangan dalam dan luar negara. Sejak remaja lagi, beliau sudah terlibat dalam mencerahkan alam buana dengan cahaya Islam. Sungguh bumi amat terhutang budi dengan sebatang tubuh sasa itu.

Sekiranya Tun Mahathir terkenal dengan Wawasan 2020 yang entah kemana sekarang, Ayah Chik dengan auranya telah berjaya membawa wawasan 'batas iman dan kufur' di seluruh Malaysia. Hari ini, tiada lagi orang Islam berani mendakwa diri sebagai sekularis, ataupun mempermainkan secara jelas tentang ajaran Islam.

InsyaAllah sekiranya diberi kesempatan, saya coretkan lagi kisah-kisah mengenai tokoh murabbi ummah insan satu dalam sejuta ini. Ruangan hobi dalam borang biodata diri memang terlalu kecil untuk diisi oleh beliau. Selayaknya kanvas daratan berdakwat lautan perlu untuk digunakan untuk merakam segalanya.

(Alang Ibn Shukrimun)

Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan hari ini sepakat beberapa perkara penting antara yang dinyatakan:



Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan hari ini sepakat beberapa perkara penting antara yang dinyatakan:

¤Wajib anggota PAS terlibat dengan agenda tarbiah dan bagi ahli yang ingin bertanding jawatan penting dalam parti mestilah melepasi merit usrah dan tarbiah.

¤Ulama pelapis dan Alimat digerakkan disemua peringkat dan posisi serta ruang aktiviti diperluaskan lagi.

¤Usaha kearah tatbiq syariah di Kelantan yang dibuat oleh kepimpinan Kerajaan Negeri dan parti PAS disokong dan didokong sepenuhnya oleh seluruh anggota Dewan Ulama disemua peringkat tanpa sekelumit curiga.

¤Adalah ditegaskan agar 'Kepimpinan Ulama' diteruskan tanpa ada apa-apa prangsangka dan dicadangkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden PAS adalah daripada kalangan ulama.

¤Semua ahli PAS wajib mengikut keputusan Majlis Syura Ulama dan ketetapan PAS Pusat untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PASMA. Mana-mana yang terlibat hendaklah diberi nasihat, jika tidak didengari hendaklah diambil tindakan lucut keahlian.

Gambar Belangkas