Friday, May 15, 2015

AWAS!! MOHON SHARE RAMAI-RAMAI TAKTIK TERBARU PERK OSA YANG BOLEH MEMANDULKAN PEREMPUAN KEKAL SAMPAI BILABILA

penjenayah.jpg
Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah diperkosa oleh 6 orang lelaki, pada malam yang lepas, sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan tiada sehelai benang di badan mangsa.
Perempuan tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah diperkkosa berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil mencuci yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh penjenaya-penjenayah dan kemudian mencuci mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk mencuci haiwan besar seperti kuda dan sebagainya.
Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah Dating dan perkosa.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun sehinnga esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan mencuci agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perk    o  saan tersebut dan si penjenayah tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA.
Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa seumur hidup.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda-kuda liar.
Mana-mana wanita yang mengambilnya, TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI seumur hidupnya.
Si durjana pe      ro          gol, boleh memperolehi / mendapatkan dadah ini dari pusat pusat haiwan atau mana mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus dan pusat hiburan.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja yang masih sekolah.
Berwaspadalah apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai!!!!!
…..From Dr Fadli Masrakin….
——————————————————–
PESANAN KHAS DAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA,KOLEJ ATAU SEK0LAH SENDIRIAN.
###Jika anda terjumpa budak kecil sedang menangis atas jalan, yang memberi anda alamatnya dan meminta anda agar menghantarnya ke alamat tersebut. Sila bawanya ke balai polis. Tak kira apa yang anda mahu lakukan, JANGAN bawanya ke alamat yang diberikan.
###Ini adalah taktik baru untuk penjenayah merogol wanita. Sila kongsikan pesanan ini kepada semua rakan anda agar mereka boleh memberi tahu maklumat ini kepada rakan-rakan mereka dan ahli keluarga mereka. Terima kasih.
####Dari ASP MUHD SAMSUDIN ABD RAHMAN####
####D9-Bukit Aman####

12 Gambar rumah Nabi Muhammad SAW yang anda tidak pernah lihat


Ini adalah Gambar Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, dimana tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasulullah Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.


Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.


Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.


Gambar di atas ini adalah Mihrab Rasullah SAW. asalnya terletak di sebelah selatan Qubbah tempat turunnya wahyu.


Gambar di atas ini adalah Bak air yang di gunakan Rasullalah SAW untuk berwudhu yang terdapat di rumah beliau.


Gambar di atas ini adalah Masjid Imam Ali Al Uraidhi di Madinah yang telah di bongkar.


Gambar di atas ini adalah Mihrab Rasullah SAW. asalnya terletak di sebelah selatan Qubbah tempat turunnya wahyu.


Gambar di atas ini adalah tempat pemakaman keluarga Nabi SAW.


Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

Sumber : Sportmusang

Sid Vicious...Punk superstar yang mati katak!


 12 Oktober 1978

Pukul 11.00 pagi

          Kaunter Hotel Chelsea di Bandar New York menerima suatu panggilan aduan dari seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya memberitahu sesuatu sedang berlaku di bilik 100. Kerani yang menjawab talian berkenaan meminta pertolongan salah seorang bellboy yang bertugas untuk bergegas ke bilik berkenaan. Seketika kemudian, telefon meja kaunter hotel berdering semula, kedengaran suara lemah seorang lelaki berkata “Seseorang sedang sakit, perlukan bantuan..”

Pada ketika itu, bellboy yang naik ke atas tadi telah pun berada di bilik 100. Sebaik memasuki bilik 100, kelihatan darah berlumuran di kebanyakan tempat di atas katil. Bellboy berkenaan tersentap apabila dia menyaksikan seorang gadis berumur awal 20an dengan separuh bogel berlumuran darah terduduk bersandar di dalam bilik mandi.


Kepala gadis berambut blonde platinum itu tunduk menghadap lantai dengan matanya terbuka dibawah sinki. Gadis itu hanya bercoli dan  berseluar dalam berwarna hitam, kedua-duanya dibasahi dengan darah pekat yang berlajau-lajau. Di perutnya tercacak sebilah pisau setebal lima inci.

Beberapa minit kemudian, ambulans tiba bersama pihak polis. Setelah pasukan paramedik mengesahkan kematian gadis tersebut yang bernama Nancy Spungen, polis melakukan pemeriksaan sekitar bilik berkenaan dan menjumpai dadah dan alatan untuk menyuntik,  bersama-sama senjata iaitu sebilah pisau Jaguar K-11 yang dipenuhi dengan darah. Mangsa tinggal dengan teman lelakinya yang sebelum itu ditahan di laluan ruang tamu.

Pasangan ini menginap di suite mewah ala Bohemia, Hotel Chelsea di mana sering mendapat kunjungan bintang-bintang popular seperti Bob Dylan, Eugenne O’Neille, Janis Joplin, Jane Fonda serta beberapa nama besar lain lagi.


 Pasangan ini mendaftar masuk dengan menggunakan nama ‘Mr. And Mrs. John Ritchie’ walhal kedua-duanya masih belum berkahwin. Teman lelaki Nancy adalah Sid Vicious, ataupun nama sebenarnya Simon John Ritchie, superstar punk yang bermain bass untuk kumpulan muzik punk Sex Pistols.

Vicious dijumpai merayau-rayau di laluan ruang tamu, menangis, menggigil-gigil sebaik tibanya polis di tempat kejadian. Wajahnya lebam-lebam seperti dipukul dengan benda yang keras kerana bergaduh dengan seorang petugas hotel malam sebelumnya. Dia ditumbuk dan dibelasah oleh petugas itu kerana cuba menegur bunyi bising kerana pada malam itu bilik 100 berparti sehingga menganggu penginap yang lain.

 Sebelum ketibaan polis, tetamu yang menginap di hadapan bilik Vicious telah keluar melihat kejadian yang berlaku. Vicious menyatakan yang dia tidak membunuh Nancy. Dengan keadaan yang khayal, Vicious memberitahu kepada wanita di hadapan biliknya bahawa Nancy terjatuh di atas pisau. Dia mengatakan dia teramat menyayangi Nancy dan tidak akan melakukan perkara itu terhadap kekasihnya.

Walau bagaimanapun, Vicious digari dan dibawa ke balai polis dengan tuduhan membunuh kekasihnya.


Sid Vicious adalah individu gila yang paling kuat pengaruh serpihan budaya punk pada tahun 70-an. Siapa tak kenal dengan Sid Vicious? Pemain gitar bass kumpulan Sex Pistol ini merupakan ikon kepada dunia punk 70an sehinggalah sekarang.

Terlalu ramai remaja di seluruh dunia menjadikan Sid Vicious  sebagai idola mereka.     Raja penagih heroin ini atau nama sebenarnya Simon John Ritchie lahir pada 10 Mei 1957. Ibunya Anne Ritchie seorang hippie (juga penagih heroin tegar) manakala bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di istana Buckingham serta bermain muzik  semi-profesional secara sambilan di London. Walaubagaimanapun, sebaik Sid dilahirkan, kedua ibubapanya berpisah.

          Bapa kandung Sid lari dari tanggung jawab, tinggallah Sid terkontang kanting bersama ibunya. Anne memikul tanggung jawab sebagai ibu dan bapa Sid, bekerja di pub-pub sekitar London sehinggalah ke Ibiza, Sepanyol. Walaubagaimana pun, setelah pulang ke London, Anne turut berkahwin dengan beberapa lelaki lain termasuklah seorang lelaki kaya iaitu Chris Beverly sehingga mampu menghantar Sid ke sekolah swasta.

          Benci dengan persekitaran anak-anak orang kaya, Sid menjadi anak yang agak pasif tetapi liar. Dia mula bercampur dengan remaja-remaja yang rosak akhlak mereka dan terjebak dengan najis dadah. Dia membesar dengan semangat anarki disamping tabiat mencederakan diri sendiri. Semuanya gara-gara heroin. Anne bingung dengan perangai anak bujangnya itu kerana ada-ada saja hal yang dilakukan di sekolah. Akhirnya Sid berhenti sekolah dan bekerja sebagai buruh di sebuah kilang fabrik.

          Ketika zaman remaja, Sid juga pernah mengaku mempunyai nafsu seks songsang terhadap lelaki. “Saya pun tak tahu mengapa saya boleh bernafsu sebegitu, sebenarnya saya gemar bereksperimen dengan seks!” jelasnya yang pernah melakukan hubungan sejenis itu walaupun hanya selama dua bulan sahaja. Pengakuan ini berdasarkan tabiatnya yang gemar memakai pakaian perempuan semasa tidur ketika berumur 14 tahun!


MUZIK PUNK, SEX PISTOLS DAN SID VICIOUS


Kumpulan Sex Pistols sudah ditubuhkan pada tahun 1975, band ini adalah pencetus budaya punk yang bersifat anti kerajaan dan mengamalkan ideologi punk paling kuat. Hanya pada tahun 1977, Sid Vicious menyertai Sex Pistols yang kebetulan pemain bass asal kumpulan ini, Glenn Matlock mengundurkan diri.

Sebenarnya Vicious tidak pandai pun bermain bass. Vicious diterima menyertai Sex Pistols kerana perangai ‘punk’ gilanya yang ‘sejati’. Malcolm Mclaren adalah individu yang bertanggung jawab membawa Sid Vicious ke lembah kemasyhuran dan bertindak selaku pengurus band ini.

Kehadiran Sid telah membuatkan populariti band ini terus melonjak naik dan menjadi bertambah rebel. Ini kerana Sid sendiri seorang yang aggresif dan ganas sesuai dan kena dengan imej Sex Pistols. Gayanya berseluar jeans ketat dan koyak rabak, susuk tubuh kurus sehingga nampak tulang, jalan membongkok, menagih heroin, rambut tidak terurus seperti kena renjatan elektrik, berjaket motosikal yang lusuh serta pin-pin yang menjadi aksesori jaket, memakai rantai besi seperti anjing bersama-sama dengan mangga.

Sid juga banyak mempertonton aksi yang ganas semasa berada di atas pentas seperti mengkelar dada dengan pisau, vandalisme, berperlakuan jijik dengan membuat isyarat lucah serta beraksi kurang ajar seperti suka meludah dan kencing di atas pentas sehingga membuatkan Menteri Pendidikan Britain pada ketika itu melabelkan mereka sebagai 'Agen Keruntuhan Moral Masyarakat'.

Ketika itu, seluruh dunia dahagakan sesuatu muzik rock yang segar, walaupun pada dasarnya mereka hanya memainkan muzik rock yang mudah, cuma kelajuan temponya saja ditambah. Dengarkan saja lagu-lagu daripada album Nevermind The Bollocks, kebanyakannya anak-anak muda di seluruh dunia mula berfikiran haluan kiri setelah ‘karya’ yang menghasut minda dengan lagu-lagu seperti Anarchy in U.K, dan God Save The Queen. Semuanya berunsurkan hedonisme dan mengajak anak-anak muda memberontak. Dia menjadi ikon pada muda-mudi!


          KEMATIAN SID VICIOUS


 Pada suatu petang 1 Februari 1979, sebuah parti kecil diadakan di rumah kekasih Vicious iaitu Michelle Robison untuk meraikannya yang dibebaskan dari Penjara Riker’s Island kerana menyerang adik kepada Patti Smith (penyanyi punk).

          Tempoh 7 minggu pastinya begitu lama buat penagih tegar mengekang dirinya dari sebarang dadah. Malam itu Vicious menyuntik dadah seakan tiada hari esok. Pada malam itu, dia tidur bersama teman wanitanya itu dalam keadaan yang betul-betul khayal.

Keesokan harinya, Vicious tidak lagi bernyawa. Selepas bedah siasat dilakukan, laporan menunjukkan kandungan heroin yang begitu tinggi dalam paru-parunya. Jarum, sudu dan heroin dijumpai berhampiran mayatnya. Sid Vicious dikatakan menyuntik heroine asli pada dos ketiga dan dengan serta merta nyawanya turut melayang. Ya, esok memang tidak ada buatnya.


 Selepas beberapa hari kematian Vicious, ibunya terjumpa sekeping nota bertulis ; ‘kami telah membuat perjanjian untuk sehidup semati, kini giliran aku melaksanakan janji itu. Tolong kebumikan aku bersebelahan dengan cintaku. Tanamlah aku dengan jaket kulitku, jeans dan but motosikalku. Selamat tinggal! Sekian, - Sid’

Mayat Nancy ditanam di tanah perkuburan orang yahudi tetapi Vicious, bukan seorang yahudi tidak boleh dikebumikan di sebelahnya. Akhirnya mayat Vicious dibakar dan abunya ditabur di pusara kekasih cintanya itu. Matilah seorang ‘pesona punk’, anak muda yang kojol pada usia yang muda, terlalu muda (21 tahun) yang diangkat-angkat oleh pengikut-pengikut punk.



Kredit: KL Thugs


(Gambar) Cahaya biru muncul di laut China

Cahaya berwarna biru yang bersinar muncul di tepi pantai di Dalian, China Timur. Cahaya ini berasal dari alga yang bernama Noctiluca scintillans. Alga tersebut berbahaya kerana mengeluarkan toksin dan ia boleh membunuh hidupan laut lain.
 








Sumber: dailymail.co.uk

Pasang commentluv di blog.

Pasang commentluv di blog|Kenapa perlu gunakan commentluv di blog? Sebabnya mudah, aku ingin hargai mereka yang komen di blog aku dengan baca latest entry daripada mereka. Bila aku blogwalking, ada blog yang memperlihatkan entry terbaru daripada blogger yang komen. Ini pada aku, cara untuk blogger menghargai mereka yang sudi komen di blog blogger tersebut.

Aku sangat inginkan hal ini. Kerana aku juga menghargai mereka yang sudi datang dan meninggalkan komen di setiap entry ceritaejoy. Atas sebab itu, aku pasang commentluv di blog ceritaejoy. Supaya aku boleh balas semula kunjungan mereka yang sudi singgah di blog ceritaejoy.

Sebenarnya tak susah pun nak pasang. Pada awalnya nampak macam sukar, tapi kalau kita ikut satu persatu, ianya menjadi sangat mudah. Aku belajar tutorial pasang commentluv di blogspot daripada blog ariffshah. Mula memang tak menjadi, lepas dah cuba banyak kali, barulah ada dan faham. Sebenarnya, di dalam satu-satu tutorial yang dikongsikan di mana-mana blog, rajin-rajinkanlah membaca di ruangan komen. Sebabnya, di ruangan komen terdapat banyak jawapan kepada permasalahan. Kadang-kadang, soalan yang kita nak tanya pun, dah ada orang lain tanya. Jadi, jika ada masalah, cuba baca di ruangan komen.

Aku sebenarnya, mencari-cari juga respon dari mereka yang suka komen di blog ceritaejoy ni, perihal aku pasang commentluv di blog ni. Yelah, takut juga, kalau susah untuk orang komen atau bila aku pasang commentluv ni, orang jadi malas nak komen. Mungkin sebab leceh nak kena isi banyak perkara.

Tujuan aku 1 je, untuk tahu apakah entry paling latest daripada blog mereka yang komen. Ia sebagai tanda penghargaan aku kepada mereka. Jadi, sudi-sudikanlah untuk isi URL blog anda dan biarkan sebentar untuk sistem detect latest entry dari anda. Ya. Sekali lagi, aku ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah ke blog ceritaejoy. Aku sangat berharap, lepas pasang commentluv di blog ceritaejoy ni, aku akan lebih menghargai *sebelum ni pun aku hargai jugak, tapi ni lebih menghargai, mereka yang sudi singgah dan tinggalkan komen. Terima kasih sekali lagi.


Haffizul Iskandar.

Pingbusuk dengan wajah baru.

babab.net


Pingbusuk dengan wajah baru|Pingbusuk kini berwajah baru, bukan itu sahaja, nama pingbusuk kini sudah bertukar kepada babab.net. Kenapa babab? Apa yang ingin dibababnya? Hahahaha. Pingbusuk atau babab.net ini merupakan satu laman yang digunakan oleh blogger malaysia malahan blogger daripada luar negara untuk "ping entry" blog mereka dan mendapatkan traffic yang tinggi.

Aku sendiri menggunakan pingbusuk ketika berblogging. Pingbusuk atau lebih dikenali dengan nama babab ini, banyak memberikan traffic kepada blog ceritaejoy. Cuma, pada awalnya, ada sedikit masalah untuk aku ping entry di babab.net. Tetapi selepas aku hantar email kepada babab.net, barulah dapat ping entry blog aku ni.

Jika anda ingin dapatkan traffic yang boleh dikatakan tinggi, bolehlah ping entry anda di babab.net. Ianya semudah ABC. Jom meriahkan dunia blogger malaysia. Yeah!


Haffizul Iskandar.

Kelebihan kereta mewah yang tak ramai orang ketahui.

Luxury Lamborghini Spontaneously Goes Up in a Ball of Flames
Luxury Lamborghini Spontaneously Goes Up in a Ball of Flames

Luxury Lamborghini Spontaneously Goes Up in a Ball of Flames

Luxury Lamborghini Spontaneously Goes Up in a Ball of Flames

Gambar Belangkas