Thursday, May 14, 2015

Ini fungsi sebenar lebihan lubang tali di kasut sukan


Kasut adalah satu alat yang penting ketika bersukan. Pemilihan kasut berdasarkan kepada kesesuaian pemain serta tahap kekuatan mengikat tali kasut juga sangat penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pemain sukan ketika beraksi.

Akan tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya kenapa kasut sukan anda mempunyai lubang tali kasut lebihan pada bahagian paling atas? Siakapkeli rasa anda tidak tahu.

Sebuah video di laman Youtube menunjukkan kepada penonton apakah kegunaan lubang tali kasut yang berlebihan itu.

Ia bukan semata-mata untuk memastikan kasut itu melekat di kaki, malah ia juga mampu mengelakkan kaki anda dari tercedera.

Jom saksikan video di bawah cara-cara menggunakan lubang kasut yang dikatakan itu.



Tuan Ibrahim: Jawatan presiden PAS tak kebal

Keputusan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan bulan depan membuktikan jawatan presiden PAS tidak kebal.


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persaingan itu selaras dengan konsep demokrasi yang diamalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian.

“Itu hak dia (Ahmad) untuk bertanding. Dalam PAS, sesiapa yang cukup syarat untuk bertanding kita tidak boleh nak sekat.

“Jika bertanding pastilah tujuannya untuk menang. Tetapi jika bertanding kerana ada tujuan sampingan lain atau merosakkan persepsi umum atau parti, maka itu bukan asas (untuk bertanding),” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Semalam, Ahmad Awang yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS mengesahkan akan mencabar Hadi atas alasan untuk memperkukuhkan parti.

Ini merupakan kali pertama kedudukan Hadi sebagai pemimpin PAS dicabar dalam masa 13 tahun pentadbirannya. - Mkini

Eli, Bayi Pelik Lahir Tanpa Hidung


Bayi Eli, merupakan bayi lelaki pelik yang menakjubkan kerana dilahirkan tanpa hidung.




Eli, yang dilahirkan pada 4 Mac lalu di Hospital South Baldwin, disifatkan sebagai istimewa dan comel oleh ibu bapanya,meskipun dia tidak mempunyai hidung.

Keadaan itu dikenali sebagai congenital arhinia dan berlaku hanya kepada 37 bayi di seluruh dunia dengan nisbah satu kepada 197 juta orang.

Menurut

Kenapa dia jodohku.

Kenapa dia jodohku|Ini bukan cerita novel, ataupun drama terbaru di tv, ini adalah luahan rasa aku. Yelah sekarang ni, macam-macam tajuk drama yang muncul, kadang-kadang tu, macam pelik pun ada. Hahahahha.

Kenapa dia jodohku adalah 1 soalan yang wujud dalam diri aku setelah aku mendirikan rumah tangga dan sudahpun mempunyai sepasang anak. Punca dan kenapa soalan ni wujud dalam diri aku adalah kerana, perkenalan aku dan isteri aku cumalah dalam masa yang singkat. Hati budi pun tak habis kenal lagi, tetapi terus membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Aku masih tertanya-tanya, walaupun dah hampir 3 tahun usia perkahwinan kami. Kenapa dia? Dan bukannya orang lain. Kenapa mesti dia? Kalau tanya pada kawan-kawan, jawapan mereka semuanya sama, dah jodoh kau, bersyukurlah, ada orang yang sampai ke tua takda isteri, anak lagi lah kan?

Betul, dah jadi ketentuan dia adalah jodoh aku. Tapi tak salah kalau aku nak cari jawapan kepada soalan aku tadi kan? Kenapa dia jodohku. Jenis aku, aku suka ambil masa duduk sorang diri dan mencari jawapan.

Alhamdulilah, banyak perkara yang berlaku di dalam usia perkahwinan kami selama 3 tahun ni. Ia bukanlah perkara yang mengembirakan. Dari situ, Allah mahu aku berfikir, kenapa dia menjadi jodoh aku. Dia mahu aku melihat dengan mata hati.

Benar! Perkenalan hampir berbelas atau berpuluh tahun pun, jika ia bukan jodoh kita, tak kemana perginya hubungan itu. Allah menjadikan manusia berpasang-pasang, dan menjadikan pasangan manusia itu, untuk menyempurnakan pasangan mereka. Allah tidak menjadikan seorang manusia menjadi begitu sempurna.

Itulah jawapan yang aku terima. Pasangan aku menjadikan aku begitu sempurna. Menutupi kelemahan yang ada dan menerimanya seadanya. Ada juga aku terbayangkan, jika aku dijodohkan dengan orang lain, adakah mereka mampu menerima aku seadanya?

Kehidupan rumah tangga tidak seindah yang dibayangkan. Terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi. Dan sudah pasti, ianya memberikan kematangan di dalam hubungan. Aku percaya, setiap perkara yang berlaku, pasti ada sesuatu yang ingin di sampaikan. Tapi biasalah, manusia, bila berhadapan dengan masalah, pasti wujud banyak perasaan di dalam hati. Perasaan tidak bersyukur.

Aku berterima kasih kepadamu Ya Allah, kerana mencipta diriku dan menjadikan pasangan buatku. Kurniamu dengan sepasang anak juga menjadi harta yang tidak ternilai kepada kami. Semoga hubungan kekeluargaan yang terjalin mendapat rahmat darimu Ya Allah. Amin.

*Selamat ulang tahun perkahwinan buat isteriku*

Haffizul Iskandar.

Bekas menteri lancar parti politik baharu berlambangkan Tunku

Bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini ‎melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), yang didakwanya bukan pro-pembangkang atau kerajaan.

Berwajah baharu dengan lambang berwarna merah-putih, parti itu menggunakan simbol perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangan semasa melaungkan kemerdekaan, di tengah bulatan berwarna kuning, dan bertemakan "Bersatu Maju Adil Bahagia".

"Alhamdulillah selepas bertungkus lumus lebih 2 tahun dan dengan bantuan suatu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya Ikatan sudah pun didaftar," kata Kadir merangkap presiden Ikatan, dalam ucapan perasmian di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, dengan kira-kira 300 hadirin.

Turut hadir beberapa tokoh politik dan pemerhati, termasuk Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial, Tan Sri Robert Phang dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A ‎Kadir Jasin‎.‎

"Kita bukan pro-Barisan Nasional dan kita bukan pro-pembangkang, tetapi kita pro roh pemimpin mulia yang sudah, pro-rakyat dan pro-generasi akan datang.

"Kita juga bukan parti untuk pilihan raya akan datang," kata Kadir.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu menubuhkan Ikatan pada Jun 2012, tetapi menunggu lebih 2 tahun mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pada Februari 2013, Kadir mengheret RoS ke ‎Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah mengarahkannya meluluskan pendaftaran parti berbilang kaum itu. - TMI

Mat Sabu: Pakatan lebih kuat jika adanya saya...

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin Pakatan Rakyat akan lebih kuat jika beliau terus diberi peluang berkhidmat sebagai orang nombor dua dalam parti sambil dibantu oleh rakan-rakan lain dalam PAS.


Mohamad juga berkata beliau yakin pemilihan kepimpinan parti di Kuala Selangor bulan depan akan menyumbang kepada kebangkitan gabungan pembangkang itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


"Lepas pemilihan ini, kita akan lihat Pakatan Rakyat lebih kuat sebab adanya saya di situ dan rakan-rakan lain. Kalau tidak, saya tidak akan menawarkan diri sebab saya yakin.

"Saya yakin Pakatan Rakyat akan lebih kukuh dengan adanya orang seperti saya. Kita tak kompromi soal dasar parti," katanya yang enggan mengulas tokoh mana yang akan menang bagi jawatan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahmad Awang.

Beliau menjawab soalan berkaitan tanggapan umum bahawa keputusan pemilihan bakal mempengaruhi nasib Pakatan Rakyat selepas ini, ketika diwawancara dengan Malaysiakini.

Pada masa yang sama juga, beliau menyatakan keyakinannya seratus peratus mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sejak dua penggal lalu apabila ditanya mengenai tahap keyakinannya.

"Saya yakin (mempertahankannya dengan) peratusan yang tinggi," katanya yang mesra dipanggil Abang Mat.

Diasak wartawan untuk menyatakan peratusannya, tokoh PAS berhenti sejenak untuk mencongak kekuatan sokongannya.

'Pakatan bawa perubahan'

"Seratus peratus?," tanya wartawan yang kemudiannya beliau menjawab: "Ya."

"Seratus peratus?" wartawan mengulangi pertanyaannya dengan nada teruja. Mohamad kemudiannya mengiyakan keyakinannya itu beberapa kali, "Ya, ya, ya.".

"Saya yakin perwakilan akan pilih (pemimpin) mereka yang nak pertahan dasar PAS dan juga nak bersama terus dengan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Dalam pemilihan PAS kali ini, pemimpin PAS itu berdepan dengan saingan empat penjuru dengan tiga lagi pemimpin kanan PAS turut dicalonkan mencabarnya.

Mereka ialah dua naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa. Seorang lagi ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Bagaimanapun setakat ini, ketiga-tiga pemimpin itu belum menyatakan persetujuan melawan Mohamad.

Pada masa yang sama juga, beliau bagaimanapun menganggap krisis atau kemelut dalaman PAS sebagai "perkara biasa" menjelang pemilihan parti dan optimis ia "akan beransur pulih" selepas pemilihan parti itu kelak.

Di samping itu, Mohamad berkata dalam tempoh enam bulan selepas pemilihan, akan meperlihatkan kesatuan anggota kepimpinan PAS pusat menjadi satu kumpulan "yang boleh bekerjasama" dengan parti dalam Pakatan Rakyat.

"Contohnya siapa saja di antara (pemimpin PAS) yang bertanding itu yang melihat Pakatan Rakyat itu, satu 'vehicle' yang baik untuk membuat perubahan.

"Saya tak kata bahawa Pakatan Rakyat tidak ada masalah, setiap parti ada masalah. Tapi objektif bersama yang penting. Dialog berterusan mesti jalan," katanya.

'Tak boleh gerak sendirian'

Mengulas lanjut, Mohamad, yang pernah ditahan ISA, berkata Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menawan mana-mana negeri jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan bergerak sendirian.

"Ada Pakatan Rakyat baru boleh mencapai kemenangan. Ini sudah dibuktikan di lima buah negeri. Sebab itu saya yakin, apa jua kemelut pun, akhirnya menjelang hari muktamar, perwakilan akan memilih mereka yang memelihara Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas dakwaan kempen kotor menjelang pemilihan parti, Mohamad menganggap ia "satu fenomena baru yang sementara" kerana pihak yang terbabit menyuarakan padangannya tanpa mengetahui sejarah parti perjuangan, politik negara, dan perihal kaum dan lain-lain.

Beliau turut mengulangi misi dan visinya untuk mempertahankan Pakatan Rakyat dan melebarkan pengaruh PAS kepada bukan Melayu dan Islam khususnya masyarakat Cina, India serta mahasiswa dan NGO.

Ekoran popularitinya di kalangan masyarakat Tionghua yang sangat baik, Mohamad berkata beliau sering mendapat undangan dan jemputan makan malam khususnya bersama-sama dengan mereka.

"Jiwa orang bukan Islam atau orang Islam (sendiri) melihat kebenaran, melihat soal keikhlasan, soal perjuangan. Kita kata menghormati orang yang bercakap, dan dia bersungguh dalam apa yang dia cakap. Ini lumrah manusia.

"Barangkali orang bukan Islam khasnya orang Tionghua, dia lihat saya bercakap semasa belum jadi MP, semasa jadi MP dan lepas jadi MP. Komited kita menentang rasuah penyelewengan dan penindasan itu berterusan. Tak kira kaum. Misalnya kes Teoh Beng Hock apabila dia dizalimi," katanya.- Mkini

Dua individu diculik di Sandakan

SANDAKAN - Seorang wanita rakan kongsi dan seorang pelanggan lelaki disyaki dilarikan oleh empat lelaki dari sebuah restoran atas air di sini, semalam.

Pengurus Restoran Ocean King, Chung Yung Tim, berkata rakan kongsi restoran tersebut ialah adik iparnya, Thien Nyuk Fun, 50 dan pelanggan restoran, Bernard Ghen Ted Fen berusia 36 tahun.


Dalam kejadian pukul 8 malam itu, katanya, empat lelaki berpakaian celoreng dengan dua daripada mereka bersenjata api tiba-tiba masuk ke restoran dengan menaiki tangga di tepi restoran itu.

Melihat kehadiran kumpulan itu, beliau bersama-sama pekerja dan beberapa pelanggan berjaya melarikan diri, katanya ketika ditemui di luar restoran itu.
Yung Tim berkata, selepas kumpulan lelaki itu beredar, beliau mendapat adik iparnya dan seorang pelanggan yang berada bersamanya sebelum itu dilarikan oleh kumpulan itu.

Restoran itu antara yang terkenal dengan makanan laut di bandar Sandakan dan terletak di Pasir Putih di Jalan Bokara.

Bangunan restoran terletak di atas air dan hanya terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Sandakan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi melalui Whatsapp berkata pihaknya masih menunggu laporan berkenaan kejadian itu. - Bernama

Gambar Belangkas