Thursday, May 14, 2015

GEMPAR!! Video Lelaki Maut Dilanggar Myvi Kuning Kini Jadi Viral Di Laman Sosial


PUTRAJAYA - Seorang pekerja Pullman maut dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi di Presint 5, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 9.33 pagi itu, mangsa, Affendi bin Aziz, 36, yang menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 maut dilanggar oleh pemandu Myvi, Noorazira binti Tajuddin, 30 di lampu isyarat simpat empat berdekatan Pullman di jalan Presint 5.


Pekerja Pullman maut dilanggar Myvi. Laporan penuh di - http://goo.gl/CJ9ffQMore: #MediaVids
Posted by My Media Hub on Wednesday, May 13, 2015
Difahamkan, pemandu kereta Myvi yang bekerja sebagai Juru-ukur Bahan itu dalam perjalanan menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah melanggar mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya, Pullman.

Mangsa yang bekerja sebagai Assistant Manager House Keeping itu, maut di tempat kejadian. Manakala pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


(3 GAMBAR) Alhamdulillah, Benarkah Stacy Sudah Memeluk Islam kini namanya Nur Aisyah Rabiah?





ooo... admin ingatkan stacy penyanyi tu... rupanya nama sama... hehehe...

Nak cari jodoh dengan cepat dan secara halal? Kami Ada Jawapannya!



PETALING JAYA: Terdapat satu cara baru untuk ‘dating’ dan ia dipanggil mencari jodoh secara cepat dan halal, dimana ianya merupakan platform untuk mencari jodoh berdasarkan sunnah di dalam Islam.
cover_photo
Tiga sahabat iairu Norhayati Ismail, Zuhri Yuhyi dan Syed Azmi Alhabshi, datang dengan idea ‘dating’ dalam masa yang singkat menurut Islam sebagai satu cara untuk membantu rakan-rakan mencari pasangan.
Norhayati, 40 tahun, berkenalan dengan suaminya menerusi online dan berkahwin dua bulan kemudian. Zuhri, 34 tahun, menemui isterinya menerusi cari jodoh manakala Syed Azmi, 38 tahun yang masih bujang, menyokong idea tersebut.
“Kami fikir jika ianya berjaya untuk kita, ia juga akan berjaya untuk orang lain, ” kata Norhayati.
Jangan risau, kerana acara cari jodoh itu menjanjikan “cara yang terbaik dan paling selamat ” untuk mencari bakal pasangan.
Menurut laman web tersebut, pihak penganjur menekankan kepentingan interaksi antara calon-calon yang diselia oleh seorang wali (penjaga perempuan), mahram (darah yang berkaitan dengan keluarga terdekat) dan seorang pengiring.
Dengan bayaran RM45, peserta yang berminat boleh terus menyertai untuk berjumpa dan mencari pasangan hidup yang sempurna.
Wali, mahram dan pengiring dikenakan RM30 setiap seorang. Penyelia akan berada di acara tersebut untuk memastikan kelakuan baik antara calon.
Speed_dating
Pasti ada yang akan berfikir bahawa acara cari jodoh ini hanya untuk mereka yang Islam, tetapi Norhayati berkata sebaliknya..
“Bagaimana jika orang bukan Islam mahu mencari seorang isteri Muslim? Kita tidak boleh menutup pintu. Atau bukan Islam mahu belajar apakah cara yang betul memikat (dalam Islam). Oleh itu, kami membuka pintu untuk sesiapa sahaja,” tambahnya lagi.
Norhayati berkata, seramai 50 lelaki dan 50 wanita terpilih akan diperkenalkan dan akan diberi tazkirah oleh pengasas iMuslim Pusat Daawah Islam, Shazly Khan, mengenai dating  atau mencari jodoh menurut Islam, di Damansara Perdana Sabtu ini .
Tambah Norhayati, sambutan yang diterima amat memberangsangkan.
“Ruangan kami adalah terhad memandangkan ini hanyalah pelancaran. Matlamat kami adalah untuk menjadi tuan rumah acara yang lebih besar pada masa akan datang. Kami mahu orang ramai memahami apa yang membuatkan kami berbeza daripada perkhidmatan mencari jodoh yang lain, ” katanya.
The Star

(3 GAMBAR) Kepada Mereka Yang Gemarkan 'Selfie",Selepas Membaca Apa Yang Terjadi Kepada Gadis Ini Mungkin Korang Akan Lebih Berhati-Hati...



Seorang remaja dilaporkan maut akibat melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi semasa cuba ber’selfie’ di atas bumbung kereta api.
Memetik laporan Metro.UK, Anna Ursu dikatakan pergi ke stesen kereta api di Bandar Romania bersama rakannya untuk merakam selfie untuk dimuat naik ke akaun Facebooknya.
Difahamkan, semasa bergambar, Anna secara tidak sengaja tersentuh kabel elektrik aktif dengan kakinya semasa berbaring di atas bumbung sebuah gerabak kereta api.
Menurut pihak berkuasa, wanita itu terbakar serta merta selepas menyentuh kabel elektrik 27,000 voltan manakala rakannya terpelanting akibat impak letupan tersebut.
PAY-Anna-Ursu
Orang awam yang berada di lokasi kejadian cuba membantu Anna dan dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Namun remaja berusia 18 tahun itu meninggal dunia di hospital berikutan kelecuran yang teruk, manakala keadaan kawan Anna pula dilaporkan semakin pulih.
Menurut saksi, dia cuba untuk menyelamatkan dua gadis itu apabila melihat mereka bermain di atas kereta api itu.
“Saya tahu ia amat berbahaya, saya menjerit tetapi mereka tidak mendengar panggilan saya,” katanya.
Selepas beberapa saat, saksi terdengar satu letupan kuat sebelum melihat Anna terbakar.
Sumber: Astro Awani

Lindsay Lohan Dekat Islam,Selalu Bawa al-Quran?


Selebriti yang sering terpalit dengan kontroversi, Lindsay Lohan menimbulkan tanda tanya apabila dilihat membawa bersama kitab suci al-Quran di Brooklyn, di sini kelmarin.

Foto itu berjaya dirakamkan setelah beliau selesai menjalani satu sesi khidmat masyarakat di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Malah, Lindsay turut dilihat menandakan muka surat bacaannya dalam al-Quran itu. Ini bukan kali pertama Lindsay yang beragama Katolik itu memuat naik gambar yang cenderung ke arah Islam dan sekali gus mengundang komen positif oleh umat Islam berhubung isu ini.

Artis berusia 28 tahun itu ketika diwawancara Oprah Winfrey mengakui kini sedang dalam proses mendalami dan mempelajari banyak agama. Selain agama Islam, beliau turut mendekatkan diri dengan Buddha dan Kaballah. "Saya seorang yang mempunyai tahap rohani yang tinggi dan akan bertambah dari masa ke semasa," katanya. Gadis kacukan Itali dan Ireland itu mula mendekatkan diri dengan perkara keagamaan setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan alkohol dan salah laku. - Daily Mail Online

(2 GAMBAR) Al-Fatihah - Nenek Siti Nurhaliza Kembali Ke Rahmatullah


Datuk Siti Nurhaliza kelmarin telah kehilangan neneknya apabila nenek yang sering dipanggil Teh Te'ek, 91, menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 12.45 tengah hari. 

Allahyarham yang meninggal dunia akibat sakit tua itu meninggalkan 57 orang cucu dan 68 orang cicit. 

Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tempoyang malam kelmarin selepas Isyak. 

Klik gambar untuk size besar
 



"Ya Allah, dikau tempatkanlah nenek ku bersama orang yang beriman... Al Fatihah," ujar Saida Tarudin dipetik sebagai berkata. 

Takziah kami ucapkan buat keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. 

Lindsay Lohan peluk Islam?


 Lindsay Lohan Pilih Al-Quran

SELEBRITI terkenal Hollywood, Lindsay Lohan dilaporkan memilih agama Islam apabila didapati memegang Al-Quran disampingnya di Brooklyn, New York pada Rabu.

Selebriti berdarah kacukan Ireland dan Itali terbabit dibesarkan sebagai seorang Katholik dan dilaporkan memegang Al-Quran selepas selesai menjalankan satu sesi khidmat masyarakat di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.


 Al-Quran yang merupakan kitab suci menetapkan gaya hidup bebas tanpa alkohol dalam Islam selain mengajar kepada cara hidup lebih sopan dan tenang.

Daily Mail Online memberitahu, ini juga bukan pertama kali selebriti tersebut menunjukkan minat terhadap ajaran agama yang lain.

Selain itu, Lindsay sebelum ini dikatakan menghadiri beberapa kelas Kabbalah (tradisi kuno agama Yahudi) dan sering digambarkan memakai gelang tangan merah Kabbalah, yang dikatakan boleh menghindari musibah yang disebabkan oleh 'mata jahat'.


Selebriti terbabit turut dilaporkan menyertai sebuah kumpulan keagamaan, 'Courtney Love Buddhist' pada 2012, sebelum akhirnya memilih Al-Quran.

Pada tahun lalu, Lindsay menyifatkan dirinya sebagai seorang yang 'lebih berohaniah' menerusi satu siri dokumentari terkenal Amerika Syarikat, Oprah Winfrey.

"Saya seorang yang mempunyai tahap rohani yang tinggi dan akan bertambah dari masa ke semasa," katanya.


Sumber: mstar.com.my

Gambar Belangkas