Wednesday, May 13, 2015
Misi Cari MH370 Tetapi Apa Yang Dijumpai Ini Pasti MENGEJUTKAN Anda Semua!!
Usaha mencari penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lautan Hindi telah membawa kepada penemuan sebuah kapal karam yang belum pernah diketahui, oleh itu pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mencari pesawat MH370 akan membuat siasatan sekiranya kapal tersebut berada dalam zon carian mereka.
Pasukan pencarian yang diketuai oleh Australia menjalankan operasi di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat tersebut yang hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.
Menurut maklumat yang diterima mengenai operasi itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, terdapat pantulan cahaya kecil di dasar laut yang memerlukan pemeriksaan rapi.
Data dari sonar imbasan resolusi tinggi yang menggunakan kenderaan dalam air berautonomi mendedahkan objek tersebut mungkin hanya bersaiz seperti bola kriket yang berada kira-kira 3,900 meter(12,795 kaki) di bawah air.
Walaupun serpihan tersebut kelihatan seperti suatu benda buatan manusia, ia dilaporkan tidak mempunyai ciri-ciri seperti serpihan pesawat jadi pihak berkuasa terpaksa menggunakan kamera untuk melihat serpihan tersebut dengan lebih jelas.
Pengarah operasi pencarian MH370, Peter Foley berkata ia merupakan satu penemuan yang menarik tetapi ia bukanlah apa yang diingini.
Imej yang diterima menunjukkan sebuah sauh, dan beberapa objek lain yang dikatakan buatan manusia.
Foley juga menjelaskan, operasi ini tidak akan dihentikan kerana kehilangan pesawat tersebut masih lagi menjadi misteri.
"Jelas sekali, kami berasa kecewa kerana ia bukanlah serpihan kapal terbang tetapi kami sentiasa realistik tentang kemungkinan akan menjumpai sesuatu.
"Operasi ini menjadi bukti bahawa sistem, ahli pencarian, dan peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik dan ini juga menunjukkan kami akan menemui serpihan pesawat sekiranya ia berada di dalam kawasan carian," kata Foley.
Pencarian pesawat tersebut telah menjadi sesuatu yang kompleks dan Australia memberi tumpuan kepada kawasan terpencil di Selatan Lautan Hindi yang terletak jauh dari pantai barat yang meliputi 60,000 kilometer persegi (23.166 batu persegi).
Kisah sebenar Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei
Kisah Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei. You Won’t Believe of What She Did?
Sambungan dari entry Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu | Anak-Anak Menjadi Mangsa agak terkejut dengan komen yang diberikan di entry itu. Komen oleh Anonymous dan sesetengah pengomen yang lain. Saya andaikan pengomen ini datangnya dari :
Brunei dan Malaysia based on Histats ini
Inilah antara komen mereka Kenapa/Sebab/Punca Azrinaz Mazhar diceraikan Sultan Brunei :
1) Anonymous said…
Tak kesian pun.. she deserved it.. after all the prosperity were given to her..itu lah… Allah nak tunjuk niat sebenar seseorang itu. Tak bersyukur atas limpah yg diberi… you wont believe of what she did.
2) Anonymous said…
jgn hina sultan kmi.kmi sndiri nda penah hina bginda..ceta cerai ne kmi lbih tau n yg lbih tahu Allah n sultan ja lh..bkn nya sultan brunei mngabai kn tanggung jwb..jgn lh tamak klu kawin sma kerabat..anak2 dia ttap lh ada nafkah,nda lh sultan kmi 2 jahil dlm agama. k peace no war please..nnti2 kmu tau lh ceta nya nnti 2..
3) suria said…
actually aura-aura cerita tentang azrinaz dah memang heboh kat brunei since early this year… diorang tak berani cakap cuz kat brunei ahli KDN tak kasi sebar2x cerita.. so banyak spekulasi keluar..entah mana betul mana salah.. but bila ada pengumuman di buat kat tv brunei.. orang brunei dah memang target sultan nak umum tentang cerai cuz heboh kat fb and twitter before berita di siarkan pukul 8 semalam
some said, azrinaz copy tandatangan sultan, curi barang kat istana, tamak, ada scandal dengan someone.. but biasalah cerita2x orang.. tak tau mana yang betul
some said, azrinaz copy tandatangan sultan, curi barang kat istana, tamak, ada scandal dengan someone.. but biasalah cerita2x orang.. tak tau mana yang betul
4) Anonymous said…
Bukan mudah menjadi seorang sultan .Walaupun kaya,mewah dan semua kemahuan dipenuhi, namun semua perkara juga menjadi bualan.
dengar citer bekas isteri gila harta & mengambil brg tanpa izin sbb tu Sultan tak suker..
Saya tidak berani untuk membuat andaian. Sebagai seorang Sultan/Pemerintah negara saya rasa dia tentu ada sebabnya yang tersendiri. Lambat laun perkara sebenar akan diketahui juga kan bak kata pepatah Bangkai Gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Jadi, kita tunggu dan lihat la saja.Bukan mudah menjadi seorang sultan .Walaupun kaya,mewah dan semua kemahuan dipenuhi, namun semua perkara juga menjadi bualan.
Tidak mudah juga menjadi Isteri kedua Sultan. Banyak peraturan yang perlu diikuti. Saya tidak mahu menuding jari kerana tiada bukti yang sah siapa yang betul ataupun salah. Wait and See, kebenaran dan sebab sebenar pasti muncul nanti.
baca link di bawah kalau nak tahu
sumber
http://www.murai.com.my/berita/luar-negara/article/articleid/353548/sebab-apa-sultan-brunei-ceraikan-azrinaz
http://my-sensasi.blogspot.com/2010/07/ex-wife-sultan-brunei-azrinaz-mazhar.html
http://www.murai.com.my/berita/luar-negara/article/articleid/353548/sebab-apa-sultan-brunei-ceraikan-azrinaz
http://my-sensasi.blogspot.com/2010/07/ex-wife-sultan-brunei-azrinaz-mazhar.html
walau apa pun cik puan sangat penyayang orgnya
baca di bwah
Walaupun kejauhan bekas personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim sempat meluangkan masa bertemu kedua-dua anaknya iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Kami lihat menerusi instagram miliknya baru-baru ini mendapati Azrinaz memeluk erat kedua-dua anaknya dalam keadaan yang gembira dan senyuman yang melebar.
Telatah anak-anaknya juga membuatkan ramai ‘followers’ yang memberi pujian dan mengatakan Azrinaz seorang ibu yang penyayang dan ‘look stunning’.
Ada juga yang mendoakan kesejahteraan anak-anaknya agar dapat meneruskan kehidupan dengan harmoni dan bahagia.
Jadi dengan kesempatan ini, jom kita lihat beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Azrinaz, wajah terbaru anaknya itu - Murai Batu.sumber
(3 GAMBAR) Harapkan Muka Jer Cantik Tetapi...
Salam semua. Disini saya ingin berkongsi penipuan pembelian online melibatkan pembelian tudung Aidijuma dari Noor Shazwani @ Princess Sania. Beliau masih berhutang RM249 dengan saya dah telah byk kali mungkir janji dan menipu dlm transaksi.
Setiap kali dia kata dah transfer refund, tapi duit tak masuk-masuk. Pernah sekali saya tunggu dia di KL kata kakak dia nak dtg refund namun habuk pun tak ada. 6 jam saya bazirkan masa saya menunggu di KL akhirnya jadi mangsa penipuannya.
Call tak pernah angkat. Telah hampir sebulan saya ditipu dgn mcm2 alasan bodohnya. Saya dibudak2an. Sekejap kata mak meninggal. Sekejap kata dah terpakai duit. Sekejap kata kakak dah transfer, sekejap kata dia dah transfer, sekejap kata tunggu gaji. Mcm2.
Nak cerita pun malu. Hari demi hari kata nak refund sampai skrg pun belum langsai. Saya dah melaporkan pada suaminya tetapi tiada tindakan. Semua bukti transaksi ada pada saya. Semua transaksi bank kedalam akaun beliau juga ada dlm simpanan saya. Kawan2 disini jaga2 sampai ditipu olehnya. Sapa yg kenal dia boleh beritahu dia saya dah up maklumat ni. Harap maklum. Wasalam.
" Bertudung Tak Semestinya Baik, Tapi Yang Baik Tak Semestinya Bertudung "
sumber
Lelaki Ini Sedar Isterinya Telah Bermain Kayu Tiga Secara Diam.Dia Buat Kejutan Hari Jadi Kepada Isterinya Yang Tidak Mungkin Mampu Dilupakan Seumur Hidupnya...
Aku dapat rasa isteriku menipu dan curang dibelakangku. Setiap kali dia memegang handphone, dia akan senyum seorang diri dan bila ditanya dia mengatakan bahawa dia sedang bermesej dengan ibunya. Nampak pelik bukan.
Dia juga selalu sangat balik lewat ke rumah katanya banyak kerja di tempat kerja. Bila aku menelepon kawan sekerjanya, rakannya memberitahu dia telahpun balik tepat pada waktu habis office hour.
Kejadian yang paling pelik yang berlaku adalah ketika dia bangun pukul 11:30 malam dan ingin keluar katanya ingin membeli susu. Dan dia tidak kembali sampailah pulul 2 pagi.
Aku biarkan sahaja, kerana aku ingin mencari bukti kukuh untuk aku berikan kepada peguamku disamping untuk berikan aku masa mencari tempat tinggal yang baru.
Aku mengambil keputusan untuk melakukan kejutan pada harijadinya dan aku akan hentikan semua ini pada hari tersebut. Biar ianya menjadi majlis harijadi yang dia tak akan lupa sampai bila-bila.
Dalam beberapa hari sebelum hari jadi nya, aku memberitahu yang aku merancang parti untuk dirinya. Tetapi dia menolak malah di mengarahkan aku untuk pergi ke rumah kawan dan bergembira bersama kawan sementara itu dia kena melakukan banyak kerja. Alasan lain yang diberikannya adalah dia tidak mahu diingatkan bahawa dia sudah berumur.
Tahap klimaks aku betul-betul yakin dia curang kepadaku apabila aku menemui minuman dan 2 gelas di dalam alammari pakaian.
Maka pada hari jadinya aku berupra-pura pergi ke luar kota bersama kawan. Apa yang aku lakukan adalah, aku menghubungi mak mertua , ayah mertua , iparku, serta kawan-kawan isteriku untuk memberikan kejutan terus ke rumah.
Aku memberitahu supaya mereka memberikan kejutan harijadi yang terbaik. Berjalan masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan tanpa didengari.
Maka hari itu tiba, mak mertua ku membawa kek dan orang lain membawa barangan kejutan parti harijadi. Kami perlahan-lahan masuk ke dalam rumah, dan apabila tiba di depan pintu , kami menolak daun pintu dan menjerit..
"SUPRISE!!!"
Betapa terkejutnya mak mertua , ayah mertua dan orang lain kerana mendapati isteriku dalam keadaan bogel bersama orang lain.
Ayah mertuaku menjerit begitu juga dengan orang lain.
Lelaki di dalam bilik tersebut cepat-cepat memakai pakaian dan berlari keluar. Dan akhirnya, berakhirlah kisah hidup aku dengan isteriku dengan keadaan isterku akan mengingati detik ini,
Rita Rudaini : Betul Ke Dia Tak Mampu? Bukankah Kehidupan Dia Cukup Mewah
Meskipun Aidil Zafuan telah memberitahu beliau tidak mampu untuk membayar tuntutan mutaah RM 300,000, bekas isterinya Rita Rudaini tetap mahu Aidil untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana pemain bola sepak itu lebih daripada mampu untuk berbuat demikian.
Luahan hati Rita itu dikeluarkan selepas Aidil membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai banyak lagi tanggungjawab lain selepas berkahwin dengan Zarema Zainal dimana mereka kini mempunyai seorang anak lelaki dan tidak dapat memenuhi permintaan Rita.
Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram.Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lagi.
Buat Rita alasan yang diberikan oleh Aidil amat berat sebelah dan beliau akan berjuang untuk menegakkan maruah kaum wanita yang teraniaya.
Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat. Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu.Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan perjuangkan semua ini. Tak kiralah orang nak keji saya itu dan ini. Saya ada alasan konkrit.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan tanggal 25 Mei ini untuk sambungan perbicaraan tuntutan mengikut seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Seorang Suami Mundar Mandir Menantikan Isterinya Yang Sedang BERSALIN...Jururawat Keluar Dan ... (SILA SEDIAKAN TISU)!!
Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.
Sekadar Gambar Hiasan
Sekadar Gambar Hiasan
Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..
Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.
Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.
Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.
Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.
Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.
‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’
Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..
‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’
Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..
Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.
1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.
‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.
Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..
‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’
‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’
Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.
Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.
‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.
Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.
‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.
‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’
Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.
Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan
‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.
P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...