Wednesday, May 13, 2015

(3 GAMBAR) Harapkan Muka Jer Cantik Tetapi...



Salam semua. Disini saya ingin berkongsi penipuan pembelian online melibatkan pembelian tudung Aidijuma dari Noor Shazwani @ Princess Sania. Beliau masih berhutang RM249 dengan saya dah telah byk kali mungkir janji dan menipu dlm transaksi.

Setiap kali dia kata dah transfer refund, tapi duit tak masuk-masuk. Pernah sekali saya tunggu dia di KL kata kakak dia nak dtg refund namun habuk pun tak ada. 6 jam saya bazirkan masa saya menunggu di KL akhirnya jadi mangsa penipuannya.

Call tak pernah angkat. Telah hampir sebulan saya ditipu dgn mcm2 alasan bodohnya. Saya dibudak2an. Sekejap kata mak meninggal. Sekejap kata dah terpakai duit. Sekejap kata kakak dah transfer, sekejap kata dia dah transfer, sekejap kata tunggu gaji. Mcm2.

Nak cerita pun malu. Hari demi hari kata nak refund sampai skrg pun belum langsai. Saya dah melaporkan pada suaminya tetapi tiada tindakan. Semua bukti transaksi ada pada saya. Semua transaksi bank kedalam akaun beliau juga ada dlm simpanan saya. Kawan2 disini jaga2 sampai ditipu olehnya. Sapa yg kenal dia boleh beritahu dia saya dah up maklumat ni. Harap maklum. Wasalam.

" Bertudung Tak Semestinya Baik, Tapi Yang Baik Tak Semestinya Bertudung "



sumber

Lelaki Ini Sedar Isterinya Telah Bermain Kayu Tiga Secara Diam.Dia Buat Kejutan Hari Jadi Kepada Isterinya Yang Tidak Mungkin Mampu Dilupakan Seumur Hidupnya...


Aku dapat rasa isteriku menipu dan curang dibelakangku. Setiap kali dia memegang handphone, dia akan senyum seorang diri dan bila ditanya dia mengatakan bahawa dia sedang bermesej dengan ibunya. Nampak pelik bukan.

Dia juga selalu sangat balik lewat ke rumah katanya banyak kerja di tempat kerja. Bila aku menelepon kawan sekerjanya, rakannya memberitahu dia telahpun balik tepat pada waktu habis office hour.

Kejadian yang paling pelik yang berlaku adalah ketika dia bangun pukul 11:30 malam dan ingin keluar katanya ingin membeli susu. Dan dia tidak kembali sampailah pulul 2 pagi.

Aku biarkan sahaja, kerana aku ingin mencari bukti kukuh untuk aku berikan kepada peguamku disamping untuk berikan aku masa mencari tempat tinggal yang baru.

Aku mengambil keputusan untuk melakukan kejutan pada harijadinya dan aku akan hentikan semua ini pada hari tersebut. Biar ianya menjadi majlis harijadi yang dia tak akan lupa sampai bila-bila.

Dalam beberapa hari sebelum hari jadi nya, aku memberitahu yang aku merancang parti untuk dirinya. Tetapi dia menolak malah di mengarahkan aku untuk pergi ke rumah kawan dan bergembira bersama kawan sementara itu dia kena melakukan banyak kerja. Alasan lain yang diberikannya adalah dia tidak mahu diingatkan bahawa dia sudah berumur.

Tahap klimaks aku betul-betul yakin dia curang kepadaku apabila aku menemui minuman dan 2 gelas di dalam alammari pakaian.

Maka pada hari jadinya aku berupra-pura pergi ke luar kota bersama kawan. Apa yang aku lakukan adalah, aku menghubungi mak mertua , ayah mertua , iparku, serta kawan-kawan isteriku untuk memberikan kejutan terus ke rumah.

Aku memberitahu supaya mereka memberikan kejutan harijadi yang terbaik. Berjalan masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan tanpa didengari.

Maka hari itu tiba, mak mertua ku membawa kek dan orang lain membawa barangan kejutan parti harijadi. Kami perlahan-lahan masuk ke dalam rumah, dan apabila tiba di depan pintu , kami menolak daun pintu dan menjerit..

"SUPRISE!!!"

Betapa terkejutnya mak mertua , ayah mertua dan orang lain kerana mendapati isteriku dalam keadaan bogel bersama orang lain.

Ayah mertuaku menjerit begitu juga dengan orang lain.

Lelaki di dalam bilik tersebut cepat-cepat memakai pakaian dan berlari keluar. Dan akhirnya, berakhirlah kisah hidup aku dengan isteriku dengan keadaan isterku akan mengingati detik ini,

Rita Rudaini : Betul Ke Dia Tak Mampu? Bukankah Kehidupan Dia Cukup Mewah


Meskipun Aidil Zafuan telah memberitahu beliau tidak mampu untuk membayar tuntutan mutaah RM 300,000, bekas isterinya Rita Rudaini tetap mahu Aidil untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana pemain bola sepak itu lebih daripada mampu untuk berbuat demikian.



Luahan hati Rita itu dikeluarkan selepas Aidil membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai banyak lagi tanggungjawab lain selepas berkahwin dengan Zarema Zainal dimana mereka kini mempunyai seorang anak lelaki dan tidak dapat memenuhi permintaan Rita.
Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram.
Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lagi.
Buat Rita alasan yang diberikan oleh Aidil amat berat sebelah dan beliau akan berjuang untuk menegakkan maruah kaum wanita yang teraniaya.
Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat. Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu.
Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan perjuangkan semua ini. Tak kiralah orang nak keji saya itu dan ini. Saya ada alasan konkrit.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan tanggal 25 Mei ini untuk sambungan perbicaraan tuntutan mengikut seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Seorang Suami Mundar Mandir Menantikan Isterinya Yang Sedang BERSALIN...Jururawat Keluar Dan ... (SILA SEDIAKAN TISU)!!

Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

111
Sekadar Gambar Hiasan

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..
Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.
Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.
Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.
Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.
Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.
‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’
Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..
‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’
Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..
Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.
1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.
‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.
Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..
‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’
‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’
Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.
Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.
‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.
Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.
‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.
‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’
Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.
Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan
‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.
P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.


(4 GAMBAR) Anda Pasti TERKEJUT BERUK Selepas Lihat Apa Yang Telah Dilakukan Kepada Wanita Ini!!


Tidak ada parti yang lengkap tanpa lampu disko. Begitu juga dengan majlis pengebumian Miriam Burbank, 53, turut dilengkapi dengan lampu berkenaan. Miriam meninggal dunia pada 1 Jun lalu. Apabila pengurus rumah mayat di Charbonnet bertanya kepada dua anak perempuannya mengenai kegemaran ibu mereka, kedua-duanya memutuskan mereka mahukan upacara pengebumian yang menggambarkan kehidupannya yang sentiasa riang.
Kedua-dua anak Miriam mengilhamkan konsep menarik itu dengan meletakkan mayat ibu mereka seolah-olah seperti berada di satu parti, dengan dia duduk, menghisap rokok dan minum arak sementara lampu disko menerangi bilik itu. Untuk memberi penghormatan kepada minat Miriam kepada pasukan bola sepak New Orleans, kukunya diwarnakan hitam dan emas – warna jersi pasukan berkenaan.
Menurut media, anak Miriam berkata, anggota keluarga lain turut menggemari idea itu, kerana menganggap ia ucapan perpisahan yang sesuai untuk ibu mereka. via Dairishare.sumber
2
3
4

JANGAN SENTAP!! 6 Sebab Drama ‘Hati Perempuan’ Buat Kami Menyampah & Muak Setiap Petang..



1. Sikit-Sikit Merajuk. Seriouslah ada perempuan yang macamni?

Adoiyai. Tengku Zaril tu layan punyalah bagaikan princess, tapi Yuhanis ni terlebih mengada pula! Hal kecil pun nak dijadikan isu.
Well, pada kami drama ni sedikit sebanyak macam downgrade kaum wanita pun ada bila banyak menunjukkan betapa ‘insecure’nya Yuhanis tu.

2. Ramai Wanita Jelmaan Yuhanis Akan Muncul

Beranganlah kau! Itu semua drama. Ayat itu harus dilemparkan kepada gadis-gadis yang akan memperagakan pakaian persis Yuhanis ( contohnya: bawal satin) dan menunggu Tengku melamarnya. Eh. Back to reality please!

3. Gadis Mula Idam Lelaki Se’perfect’ Tengku Zaril

Woi! Mana ada lelaki yang punyalah sabar nak layan perangai terlebih sentap wanita macam Yuhanis tu. Silap-sila jadi andartu la kau….

4. Ayahanda?

Erm..Kami rasa secara realitinya jika memang ada keturunan raja pun jarang memanggil ayah mereka dengan panggilan ayahanda. Kecuali kalau Ayahanda kawasan. Hiks. Takpelah. Bagilah dia feeling sikit.

5. Jalan Cerita Persis Program Kitar Semula


Mungkin anda mempunyai pendapat yang lain. Tapi, bagi kami drama ini tak mampu untuk memberikan apa-apa suntikan elemen baru dalam penceritaan.
Suka, gaduh, gembira, suka balik lepastu gaduh balik. Eh, macamtu je ke kehidupan sebenar kita eh?

6. Ada Beza Hati Muslimah dan Hati Wanita

Malas cakap banyak, baca je bawah ni….

Inilah 3 Umat Sebelum Nabi Adam Yang Mesti Anda TAHU!!


BAHAWA BANGSA ATLANTIS ATAU PUN DINASTI RAMA BUKANLAH DARI RAS MANUSIA KETURUNAN ADAM DIALAH YG DI NAMAKAN 3 UMAT TERDAHULU SEBELUM NABI ADAM YAITU: Banul JAN Banul BAN DAN IJAJIL DARI GOLONGAN JIN YG TERAKHIR MALAH BERBADAN DAN BERDARAH DARI GOLONGAN 3 UMAT TERDAHULU ITULAH BUMI INI PERNAH MENGALAMI 3X KIAMAT mungkin dalam hati pembaca pernah terpikir Siapakah Makhluk Sebelum Adam? Menurut kepercayaan (Muslim) merujuk: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" Sebelum nabi adam turun ke bumi diceritakan bahawa yang menduduki bumi ini adalah bangsa jin yang dikelompokan menjadi abal jan dan Banul jan. 2 kelompok tersebut bertempur sehingga tidak pernah berbaik, kemudian malaikat menanyakan kepada Allah apa akan membuat orang untuk menjadikan khalifah dibumi yang selalu melakukkan (pertumpahan darah), akhirnya Allah memerintah yang bernama 'azazil yang memimpin para malaikat jibril mikail izrail dan malaikat yang lain, untuk mendapatkan abal jan. dan banul jan dibumi ini, kemudian setelah ditaklukan akhirnya Allah menciptakan nabi Adam, diantara' azazil, malaikat dan adam diberikan ilmu oleh Allah kerana tujuannya untuk menjadikan khalifah dibumi, setelah diuji ternyata yang lulus dari ujian tersebut adalah nabi Adam akhirnya semuanya diperintah Allah untuk sujud penghormatan kepada Adam akhirnya semuanya sujud kecuali 'azazil (bangsa Iblis) mereka sombong dan membangkang. manusia tidak diciptakan dibumi, tapi manusia dijadikan khalifah di bumi, sebagai pengganti tentunya ada yang di ganti, seperti Adam bukan makhluk pertama dibumi, dan Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk di bumi, iaitu abal jan dan Banul jan, mereka itu adalah penghuni bumi sebelum manusia. Bentuk basyariahnya tak jauh berbeza dengan manusia, maka anda boleh buktikan bahawa makhluk selain manusia, punya badan yang sama seperti manusia, yaitu Banul jan, anak turun Jin, juga Banul ban anak turun dedemit, maka ketika bumi dirosak oleh mereka, mereka diusir bahkan dibasmi oleh malaikat, hingga mereka berlari tercirit-birit dan mencari tempat yang jauh dari anak Adam. Berdasarkan fosil-fosil yang ditemui, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka seperti manusia, tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih primitif. Otak mereka lebih kecil. Oleh kerana itu, kemampuan mereka berbicara sangat terbatas karena tidak banyak suara vowel yang mampu mereka bunyikan. Kumpulan ini dinamakan Neanderthal. Kemudian datanglah manusia Adam yang diklasifikasikan sebagai Homo Sapiens. Menurut Wikipedia, Homosapiens mula ada kira-kira 200 ribu tahun lalu. Sedangkan Neonderthal ada sehingga 130 ribu tahun dulu, kemudian ia lenyap. Ada juga teori yang mengatakan Neonderthal lenyap sebelum Homosapiens muncul. Tapi yang pasti, Homosapiens bukanlah evolusi dari Neanderthal. Neanderthal hanyalah makhluk seakan manusia yang telah ada sebelum kita (manusia Homo sapiens) ada. Mungkin tidak ada fakta konkrit dalam membicarakan isu ini. Kebanyakan teori berdasarkan sumber fosil. Namun yang paling penting mungkin  bagi yang Muslim kita percaya ada makhluk sebelum Adam yang saling membunuh. Ada yang mengatakan mereka adalah dari kaum jin. Ada juga yang mengatakan bahawa ada 3 umat yang utama sebelum Adam. Dua diantaranya dari kaum jin. Sedangkan kaum yang ketiga adalah dari golongan yang berbeza dari Jin, karena mereka ini berdarah dan berdaging. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai "man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa ': golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah" seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. Ini pendapat yang dilontarkan oleh Al-Maqdisi . Sesungguhnya manusia yang pertama kali di jadikan oleh Alah SWT adalah "ADAM AS". Beliau di jadikan dari tanah yang di bentuk manusia, lalu di tiupkan rohkepadanya lantas jadilah berupa manusia (berupa darah, daging, ruh) berupa Nabi Adam As. Sebelum ADAM wujud Sebelum Allah SWT mewujudkan Nabi Adam As (manusia pertama) Allah SWT sudah menjadikan dua mahkluk yang berakal, berupa: 1. Mahkluk yang berupa malaikat 2. Mahkluk yang berupa Banul-Jan / Iblis Adapun asal mula kejadian kedua mahkluk tersebut adalah: Malaikat: di jadikan dari Nur (cahaya) yang suci yang berupa ruh dan akal tidak ada syahwatnya. Kerena itu malaikaa tidak makan, minum dan juga tidak beristeri (lain dengan manusia), hidup malaikat semata-mata hanya melaksanakan perintah Allah SWT, laiya tidak di laksanakan. Banul-Jan: Dijadikan dari api. Berbentuk sebagai manusia memerlukan makan, minum dan beristeri dan juga mempunyai keturunan yang banyak sekali. Sedangkan untuk asal mula Nabi Adam As. dijelaskan dalam sebuah ayat (S.Al Hijr: 28, dan S. Shood 71-72), yakni: Sesungguhnya Allah swt.berfirman kepada para malaikat untuk membuat manusia yang asal mula kejadianya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang di beri bentuk. (S. Al. Hijr: 28) Atau kejadian manusia itu dari tanah. (Shood ayat 71-72) Sesudah diberi ruh (nyawa) kemudian hidup dengan daging, darah dan tulang. Sesudah Nabi Adam As. wujud, maka Allah swt. memerintahkan pera malaikat intuk bersujud kepada Nabi Adam As. Semua para malaikat sama melaksanakan sujud kecuali iblis yang menolak perintah Allah swt, Untuk bersujud pada Nabi Adam As. Kerana Iblis bersifat takbur, sombong dan merasa lebih mulya daripada Nabi Adam As, Sebab dijadikan dari api sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Kerana itu iblis termasuk golongan orang kafir, Karena itu Allah mengusirnya dari syurga. Adapun sujudnya para malaikat pada Nabi Adam As. tadi bukanlah sujud ibadah sebagaimana sjudnya orang solat, tetapi sujud Ta'ata tau tunduk memuliakan atau menghormati Nabi Adam As. Kerana Nabi Adam As, mempunya ilmu pengetahuan dari Allah Awt. sehingga boleh menberi nama pada barang-barang yang di tanya pada pada Adam. sedangkan malaikat tidak mengetahuinya. Allah berfirman dalam (surat Shood 71-72). Artintya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku mencipatakan manusia dari tanah, maka apabila telah aku sempurnakan kejadiannya dan kutiupakan kepadanya Ruh (ciptaanku) ku. hendaklah kamu tersungkur dengan sujud kepadanya. Allah swt. Berfirman dalam (Surah Al A'raf Ayat 11): Artinya: Sesunggunya kami telah menciptakan kamu (Adam) lalu kami bentuk tubuhmu, kemudian kami katakan kepada para malaikat: bersujudlah kamu kepada Adam, maka mereka sujud kecuali Iblis, dia tidak termasuk mereka yang sujud. Allah bertanya pada Iblis apakah yang menghalang dirimu untuk bersujud kepada (Adam As) di waktu aku menyuruhmu? Iblis menjawab: saya lebih baik daripada Adam, engkau menciptakan aku dari api, sedang dia (Adam) engkau ciptakan dari tanah, maka Allah swt. Berfirman dalam (Surat A'raf ayat 13): Artinya: Allah swt berfirman, turunlah kamu dari Syurga itu, kerana kamu tak sepatutnya ada sifat sombong didalam dirimu, maka keluarlah. sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina. Sesudah keadaan Iblis di keluarkan oleh Allah dari Syurga, Maka Iblis meminta pada Allah agar umurnya di panjangkan (tidak mati) hingga datangnya hari kiamat (rosaknya semua mahkluk). Iblis mengancam kepada Nabi Adam dan anak cucunya, akan di pujuk rayu dan disesatkan, dari jalan (tuntunan) yang benar, sehingga tidak ada yang (ta'at) mengikuti perintah Allah swt, dan menjauhi semua larangannya sehingga Iblis dan Syaitan bertujuan membuat dengan bermacam -macam cara dari segala urusan, baik dari arah (sebelah) kanan, kiri serta arah muka dan belakang, sampai mengikuti pujuk rayunya serta menjadi temanya hingga boleh masuk bersama-sama ke dalam siksa Allah swt ke Neraka. Kerana itu Allah memberikan perjanjian kepada Adam (anak cucunya) siapa yang mengikuti tingkah laku syaitan / iblis, maka dia menjadi temanya dan nantinya akan aku masukan, iaitu Neraka (tempat Iblis dan teman-temannya). Sesuai dengan firman Allah swt. (Surah Al-A'raf: 16) Artinya: Dia menjawab, kerana engkau telah menghukum kami tersesat, maka kami akan benar-benar (menghalang) mereka dari jalan (agama) engkau yang lurus. Kemudian saya kan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang merakam dari kanan dan dari kiri mereka, dan mereka tidak akan mendapatkan mereka bersyukur (taat) maka Allah berfirman keluarlah kamu dari syurga itu. Sebagai orang terhina dan terusir, barang siapa diantara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan mengisi neraka jahanam dengan kamu semuanya. - sumber

Gambar Belangkas