Monday, May 11, 2015

Babi hutan masuk bandar bikin gempar

 Gambar hiasan

Hong Kong: Seekor babi hutan liar yang tersesat masuk bandar menimbulkan panik orang ramai apabila memasuki kedai, menyebabkan kakitangan dan pelanggan bertempiaran keluar, kata pihak berkuasa semalam.

Insiden itu berlaku apabila babi hutan betina yang seberat 25 kilogram dan sepanjang 0.91 meter memasuki kedai pakaian kanak-kanak di gudang beli-belah yang dipenuhi pengunjung di daerah Chai Wan lewat kelmarin.

“Polis terpaksa dipanggil dan apabila anggota kami tiba, semua kakitangan serta pelanggan dikeluarkan dari bangunan.

“Haiwan berkenaan kemudian cuba mencari tempat persembunyian di tingkat atas,” kata jurucakap polis.

Sekurang-kurangnya 10 pegawai cuba menenangkan babi hutan berkenaan selepas ia memasuki kedai berikutnya dan menggigit patung di situ.

Haiwan itu akhirnya berjaya ditembak dengan ubat penenang dan dibawa untuk pemerhatian. Ia dijangka akan dilepaskan di hutan nanti.

Menurut media, insiden ini serangan kali kedua membabitkan babi hutan.

Sebelum ini babi hutan dilihat berada di dalam kolam di taman awam di Tsuen Wan.

Walaupun Hong Kong padat dengan bangunan pencakar langit, 40 peratus daripadanya adalah taman negara dan hutan simpan.

Ia bukan perkara asing bagi haiwan liar untuk memasuki bandar seperti ular sawa. - AFP


myMetro

Kuliah maghrib

Sahabat nabi yg dijamin syurga, saidina Umar Al Khattab. Teriak di mlm hari krn takut kpd Allah. Kita duk teriak tgk hinustan, tp x teriak krn dosa kita kpd Allah.

Umar x lena siang krn tkt urusan khalifah x selesai dan mlm x lena krn tkt tertinggal ibadat mlm.

Beliau berjln mlm terdgr teriakan dr sebuah rmh krn lapar. Beliau kembali ke baitul mal, ambik mknn dn tanggung sendri ke rmh tersebut. Menolak bantuan dr pengawalnya krn xkn pembntunya akn menanggung dosanya kelak. Uli dan msk dan bg mkn pd penghuni rumah tersebut.

Penyakit umat akhir zaman, buat xtau solat ke x. Pesan nabi brgsiapa meringn2kn solat akn diberi 15 azb dunia + akhirat. 

Jadilah org berilmu, xbleh, jdlah org yg menuntut ilmu mesti ada pen, kitab dan kertas. Kalu xdak nauzubillah. Tuk guru Ambik kitab hempok ataih kepala.

6seksaan d dunia  1. hidup x berkat 2. hlg rezki, papa, bernega x ky2 3. hlg tanda org soleh pd wajah 4. Bkn dr golongn islam 5. Tak dpt phl ibadat lain 6. Doa x d angkt x makbul

3 seksaan nk mati  1. mati dlm keadaan x baik atau maksiat (org yg mudhkn solat minum arak derhaka sakiti hati sesama muslim cakap ketika azan )  2. Mati dlm kelaparan 3. mati dlm dahaga 

3 seksaan dlm kubur sempit gelap malaikat seksa sampi kiamat ular bengis ( mata dr api neraka kuku besi pnjg sehari perjlnn ) seksa krn tinggal solat

3 seksaan d hr kiamat. Seksaan malaikat berantai.... di sula dgn rantai besi


Elak ank zina. Azan iqamah ketika lahir
Surah al ikhlas alfatihah

SETAN assibian - hasut  buat maksiat

Maaf jika ada kkurgan 
Xleh jd reporter

Wallahu'alam

Sent from Samsung Mobile

Bicara Negara - Tun Dr Mahathir Mohamad



Berkebetulan Mantan PM kita akan berada di Ipoh pada 16 Mei 2015 ni...
jadinya awok nak menjemput kome semua ....
taki kira dari apa pegangan politik kome...
untuk sama2 meluangkan masa ke program Bicara Negara ........
yang akan diadakan di Hotel Tower Regency, Ipoh....
errr....dekat beno dengan opis awok ni....

apa yang penting.....
program ini adalah masa untuk kita mendengo perkembangan terkini dalam negara.....
moh kome..... ini bukan blog politik ye!!!

Rumah pokok yang tenang tetapi menyeramkan.

Rumah pokok yang tenang tetapi menyeramkan|Tree house|gambar.

Sebuah rumah kecil telah dibina di atas bukit-bukit Tiavi, Samoa dan adalah yang pertama di seluruh Pasifik Selatan. Resort ini mempunyai Wi-Fi, perkhidmatan dobi dan kedai kopi dan ia adalah tempat percutian desa untuk sesiapa yang mencari percutian yang santai. Yang menjadikan ia seram di mata aku adalah, bentuk pokok yang digunakan untuk membina rumah ini, sama seperti pokok yang selalu digunakan untuk cerita seram di malaysia ni. Nampak tak pengaruh filem dalam minda aku tu?

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”
Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Now You Can Holiday in the Trees at This One-of-a-kind “Treesort”

Berbisik dengan uzair

Assalammualaikum..
 
Instragram, facebook...penuh dengan gambar uzair je. Dalam blog pun nak je ummi ni bercerita pasal uzair. Yelah, memang uzair pun yang membahagiakan ummi sekarang ni. Mesti la ummi nak bercerita yang bahagia2 jeee..
 
Bagi saya, saya rasa sangat bertuah bila dapat uzair. Bukan saya je, orang sekeliling pun cakap macam tu. Ada juga yang tanya saya, macam mana buat dia jadi baik sangat ni? Heheheee.... soalan macam tu la yang susah sangat nak jawab. Saya rasa uzair ni semulajadi jenis senang dijaga, mudah senyum, tak banyak songeh. Rezeki saya.
 
 
 
Tapi, saya ada juga amalkan petua2 yang saya baca.
 
Masa dia tidur, saya akan bisikan al-fatiha kat telinga dia,
lepas tu saya akan bisikan supaya dia jadi anak yang soleh.
 
Macam2 saya bisikan.
 
Hampir setiap hari juga saya akan bisikan 'uzair, ummi sayang uzair sampai ummi mati, nanti dah besar, masa ummi bagitau yang uzair ni anak angkat, uzair jangan marah2 ye sayang. Ummi cuma tak lahirkan uzair je, tapi semua benda yang lain ummi yang buat. Nanti kita hidup bahagia sama2 ye'
 
Dan selalunya, uzair akan buat bunyi 'eemmm' lepas saya cakap macam tu.
 
 
Sebenarnya, apa yang saya buat ini ialah untuk kekuatan saya sendiri. Tahu tak betapa kelunya saya untuk bercakap sebegitu. Berat! Walaupun uzair masih baby, tak faham apa2, tapi untuk diucapkan perkataan 'anak angkat' itu....berat! Sebab tulah, saya bercakap setiap hari. Alah bias tegal biasa. Dengan harapan nanti besar, dia boleh terima dengan hati yang tenang dan relex.
 
Saya nak dia rasa ok je jadi anak angkat ni. Tak ada bezapun. Insyallah.
 
Insyallah....saya akan didik dia dari kecil untuk biasa dengan semua ini. Persiapan untuk jati diri dia. Nanti bila kawan2 ejek pasal anak angkat, taklah dia rasa rendah diri. Nak bina kekuatan diri dari awal bukan mudah, sebab saya sendiri pun taklah sekuat mana. Demi anak..
 
  
 
 
Lagipun saya ada juga terima nasihat dari kawan yang statusnya anak angkat. Dia sendiri cakap, baik bagi tahu dari kecil dan biasakan dengan status tu, so takdelah nak sentap2 bila dah besar dan faham semua ni. Harapnya uzair pun macam tu.



Uzair sayang, malam ni ummi bisik lagi yeee.. ;)

 

Lebih 1,000 Pati Rohingya, Bangladesh Dibuang Di Perairan Langkawi

Sebahagian daripada lebih 1,000 Pati warga Bangladesh dan Myanmar Rohingnya termasuk wanita dan kanak-kanak yang ditahan di perairan Langkawi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di Langkawi, Selasa. Foto BERNAMA

LANGKAWI: Kumpulan penyeludup manusia di Thailand 'membersihkan' khemah pelarian di selatan negara itu berikutan pihak berkuasa melancarkan operasi membanteras aktiviti berkenaan secara besar-besaran.

Sekurang-kurangnya 1,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) dibuang di perairan Langkawi selepas mereka ditahan di hutan Thailand selama beberapa minggu.

Kesemua Pati dibawa dengan menaiki bot dan ditinggalkan di perairan Langkawi selepas perjalanan selama sejam dari Satun di selatan Thailand.

Dipercayai ia merupakan ketibaan pati yang terbesar di Malaysia dan mungkin disebabkan oleh tindakan kerajaan Thailand yang membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan kem pelarian di sempadan Thailand-Malaysia.

Kumpulan pertama Pati warga Myanmar Rohingnya dan Bangladesh ditemui di pantai Kuala Muda di Padang Matsirat di sini pada pukul 12.30 pagi Isnin selepas bot mereka mengalami masalah akibat ombak besar di perairan itu pada pukul 10.30 malam Ahad lalu.

Satu kumpulan lagi ditemui menuju ke muara sungai Kuala Temeyong di sini pada pukul 2.30 pagi Isnin, kira-kira 10 kilometer dari lokasi pertama.

Sumber berkata, mereka diarahkan untuk terjun ke sungai dan berenang ke pantai.

Kesemua Pati yang ditemui berada dalam keadaan basah, penat dan kelaparan. Kebanyakan mereka berkaki ayam dan ada segelintirnya hanya memakai kain sarung tanpa berbaju.

Difahamkan antara mereka meninggal dunia kerana sakit dan kebuluran dan mayat mereka dibuang ke laut.

Terdapat penduduk tempatan yang menawarkan mereka roti dan air.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Harrith Kam Abdullah berkata, polis menemui 1,051 Pati warga Bangladesh dan Rohingya pada Isnin.

Mereka terdiri daripada 463 warga Rohingya - 103 wanita dan 61 kanak-kanak serta 588 warga Bangladesh.

"Kita percaya mereka berlepas dari negeri Rakhine di Myanmar dan warga Bangladesh pula melalui sindiket tempatan mereka. Mereka dibawa ke Malaysia melalui Thailand.

"Mereka berada di Thailand untuk beberapa lama sebelum dibawa ke perairan Langkawi," katanya pada Isnin.

Harrith Kam berkata, polis akan menjejaki lebih ramai Pati yang tiba di Langkawi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan para nelayan turut bekerjasama untuk memantau sebarang kehadiran Pati.

Dilaporkan Pati itu datang ke Malaysia selepas ditipu sindiket yang menjanjikan mereka dengan pekerjaan.

Pihak berkuasa Thailand memulakan operasi membanteras aktiviti itu secara besar-besar selepas penemuan kem pelarian dan kubur besar dengan 33 mangsa pemerdagangan di selatan Thailand sejak 1 Mei lalu.


Sumber: mstar.com.my

BENARKAH IA (ALIEN) WUJUD ATAU SEKADAR REKAAN?


NEW MEXICO 11 Mei - Dua keping gambar yang diambil oleh seorang ahli geologi, menjadi bahan bukti penting menyatakan bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas di Roswell, di sini pada tahun 1940-an, dinaiki oleh makhluk asing.


Laman web Inquisitr melaporkan, gambar yang memaparkan sebahagian daripada bentuk badan makhluk asing itu diambil oleh Bernard Ray sekitar tahun 1947 hingga 1949 dengan menggunakan filem Kodachrome.

Pakar UFO mengesahkan, gambar tersebut tulen dan tidak wujud sebarang unsur penipuan selepas menjalankan kajian selama lima tahun.

“Kami percaya gambar ber­kenaan adalah tulen kerana pada masa itu lakaran makhluk asing masih belum wujud dan tidak mungkin manusia boleh memikirkan cara menghasilkan model sedemikian.

“Ini jelas menunjukkan memang wujud perhubungan antara makhluk asing dengan Bumi sejak dahulu lagi,” kata pakar UFO Mexico, Jaime Maussan ketika menjadi pengacara dalam rancangan Be A Witness, yang memaparkan imej makhluk asing berkenaan kepada umum buat pertama kali di National Auditorium, baru-baru ini.

Kata Maussan, gambar tersebut dijumpai di dalam kotak yang dipenuhi dengan gambar-gambar lama di rumah loteng milik Ray di Arizona, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pengkaji dan penulis buku UFO terkenal, Richard Dolan tidak setuju dengan keputusan kajian berkenaan dengan berkata, foto tersebut perlu dianalisis dengan lebih mendalam kerana bukti bergambar tidak memberi maklumat yang jelas.

Gambar Belangkas