Monday, May 11, 2015

Wanita sesat hanya minum susu badan sendiri untuk hidup

 Susan O'Brien

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Seorang wanita yang sesat di dalam hutan dalam satu acara sukan terpaksa minum susu badannya untuk hidup.

Menurut laporan BBC, Susan O'Brien, 29, mengambil jalan yang salah ketika acara rentas hutan dalam perlumbaan Xterra yang bertempat di dalam hutan Rimutaka.

Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas O' Brien gagal memunculkan diri pada pagi Ahad lepas.

O' Brien yang mempunyai dua orang anak berjaya ditemui dan dibawa keluar menggunakan helikopter pada jam 11.30 pagi waktu tempatan, hari ini.

"Saya ingat saya akan mati.

"Saya dalam tempoh menyusukan anak saya jadi saya fikir, ia (meminum susu badan) akan membantu saya terus hidup," jelas O' Brien kepada wartawan.

Beliau yang juga seorang jurulatih kecergasan memberitahu, keadaan sejuk pada waktu malam memaksanya mengorek sebuah lubang dan tidur di dalamnya.

"Saya selimutkan diri saya dengan tanah dan bila saya dengar sesuatu, saya menjerit meminta tolong," akhiri beliau.


Sumber: Sinar Harian

Punca Sebenar Bayi Ini Dibuang Ke Dalam Tangki Pam Tandas Akhirnya Dijelaskan Oleh Ibu Mangsa?

 

Tampin: Bayi perempuan dipercayai berusia sehari yang masih mempunyai tali pusat meninggal dunia selepas dibuang dalam tangki pam tandas di stesen minyak di Pasir Panjang, Gemas, di sini, petang tadi.
Sumber polis berkata, bayi itu dibuang dalam tandas wanita di stesen minyak berkenaan.
10458710_895998420467177_4104705652669865571_n 11210451_895998427133843_3907127723316119205_n
Katanya, ketika ditemui pekerja stesen minyak itu pada kira-kira 5 petang, bayi berkenaan masih hidup, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran.
“Bayi itu meninggal dunia disebabkan lemas selepas dimasukkan ke dalam tangki berkenaan.
“Sehubungan itu, polis kini memburu individu yang membuang bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan bayi itu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 2:29 AM

Bayi perempuan dibuang di dalam tangki pam tandas. FOTO ihsan pembaca




sumber

GEMPAR!! (5 GAMBAR) Pasangan Kekasih Ini Kantoi Sedang Leka 'Main' Di Dataran Sebentar Tadi...


14:25hrs N9 kantoi main di dataran palma negeri sembilan tgh hari td..[流汗][流汗][流汗] .. BODOH… ORG MACAM NI LA … YG SUKA BUANG BUDAK… LG 1 BANGANG DEA… MAIN KAT TEMPAT OPEN … APEHAL ??? TAK PAHAM AKU NGAN BUDAK ² ZAMAN SKUNK… APE NK JD PUN AKU TAK TAHU…copy paste



sumber

(2 GAMBAR) Tempah iPhone 6 Tetapi Dapat .....


Tempah iphone 6, dapat biskut! Itulah nasib yang menimpa seorang pengguna yang bukan sahaja hanya berangan memiliki telefon bimbit tersebut, malah turut berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian RM890.

Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, mangsa yang mahu dikenal Nor, 40, berkata, pada pertengahan April lalu, dia ada menjalankan urus niaga membeli telefon bimbit jenama iphone 6 terpakai secara online, untuk dihadiahkan kepada anaknya.

“Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050, namun dia sendiri secara sukarela hendak memberi diskaun barang tersebut dengan harga RM1,890 sekiranya saya berminat.

“Setelah bertanyakan beberapa soalan bagi meyakinkan saya memandangkan sebelum ini anak pernah tertipu, jadi saya bersetuju kerana si penjual ini pandai berkata-kata seolah-olah sudah memiliki pengalaman yang luas,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor berkata, apabila kedua-dua pihak bersetuju, dia telah memasukkan RM300 seperti yang diarahkan kononnya sebagai bayaran tempahan dan bayaran baki perlu dijelaskan apabila barang diterima.






“Namun, semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan tersebut kononnya barang sudah dipos sebelum meminta saya memasukkan lagi RM590.

“Jadi, saya tanpa berfikir panjang, yang dengan melihat bukti gambar yang dihantar itu, saya terus memasukkan wang seperti yang diminta ke akaunnya,” katanya.

Jelasnya lagi, setelah hampir enam hari menunggu, barang yang dijanjikan pun tiba.

Namun alangkah terkejutnya Nor apabila mendapati di dalam bungkusan itu hanya ada beberapa kepingan biskut yang diletakkan di dalam kotak iphone 6 itu.

“Bagi mengaburi mata kami dan mungkin ingin menyedapkan hati, si penjual telah menggunakan kotak iphone 6, namun isi di dalam kotak tersebut digantikan kepada beberapa kepingan biskut.
“Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut, mahalnya nilai biskut ni, RM890,” katanya.

Sebaik menyedari dirinya tertipu, Nor tidak terus melatah dan cuba bertanyakan khabar barang yang ditempah itu kepada si penjual yang memperkenalkan namanya Hafriz dan berasal dari Kangar, Perlis.

“Tapi, sehingga ke saat ini saya masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, malah sehingga hari ini, dia masih lagi aktif kerana laman web dan instagram yang digunakan berurus niaga dengan saya masih lagi ada,” katanya.

Demi mempertahankan haknya sebagai pengguna dan memastikan pengguna lain tidak mengalami nasib yang sama dengannya, Nor mengambil keputusan membuat laporan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).-Sinar harian

(5 GAMBAR) Korang Pasti Terkejut Besar Apabila Tahu Rahsia Sebenar Pokok Ini!!


Sejenis pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records. kerana berbahaya, pokok ini diletakan papan peringatan yang jelas agar orang tidak menghampiri.

Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga diberi amaran untuk jarak dengan pokok itu. Buahnya mirip epal kecil, tapi hanya dengan menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU. Tidak hairanlah buah itu dinamakan manzanita de la muerte aatau buah kematian oleh Christopher Columbus.

Nicola H Strickland, perunding radiologi, pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis. "Lama-lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas," tuturnya. Kesannya berlangsung selama 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan memerlukan 8 jam untuk reda kembali ke normal.

Tidak hanya buah, getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet, dermatitis, bengkak atau luka bakar. Banyak pengembara yang mengalaminya semasa berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya. Getah dari batang yang dibawa dari titisan hujan pun juga menyebabkan luka.

Manchineel berwana hijau terang, daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap. Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas, Florida dan Caribbean. Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan buta sementara sehingga kekal. 

sumber

(4 GAMBAR) Ucapan 'Berbunga' Zamarul Khas Buat Bekas Isterinya Yang Pasti Membuatkan Anda Ternganga Apabila Membacanya!!




"Selamat ulang tahun kelahiran... buat Diana Rafar, semoga dipanjangkan umur, diperluaskan pintu rezeki dan penghijrahan ini dirahmati Allah.. Dalam meniti titian hidup ini bukan Perfect yang kita impikan tapi kesempurnaan yang wajib yang kita inginkan. 

"Be a good mother, a good wife, and good muslimah yang solehah... Happy birthday mama!" demikianlah ucapan Zamarul Hisyam buat bekas isterinya Diana Rafar. 

Zamarul dan Diana masing-masing masih mengekalkan hubungan baik walaupun mereka sudah berpisah Januari lalu. 


Walaupun punca perceraian mereka berdua belum diketahui, tetapi ramai yang dapat rasakan bahawa Zamarul masih mempunyai rasa sayang terhadap Diana. 

Selain hari lahir, Zamarul turut mengucapkan selamat hari ibu: "3 insan istimewa yang sentiasa menjadi sumber inpirasi dalam hidup aku.. Luv u all... thanks to princess Diana Rafar kerana melahirkan si kecik tu yang sentiasa membuat aku tersenyum dengan keletahnya... Selamat hari ibu to Diana Rafar". 

 





sumber

Sunday, May 10, 2015

Bilionair bawa 6,400 pekerja pergi bercuti

Pekerja Tiens dalam cubaan memecah rekod dunia untuk 'rangkaian manusia terpanjang' di dunia di Nice, Perancis. - Foto AP

CANNES - PERANCIS. Seorang bilionair warga China menempah 84 pesawat, 147 bas, 140 hotel dan lebih 4,500 bilik untuk percutian 6,400 pekerja syarikatnya, awal bulan ini.

Menurut metro.co.uk, bilionair dan CEO, Li Jinyuan dari syarikat Tiens juga berjaya memecah rekod 'rangkaian manusia terpanjang' di dunia semasa berada di Nice.

Beberapa kedai ekseklusif juga ditempah untuk supaya pekerja syarikat Tiens mambu membeli-belah dengan aman.

Pekerja Jinyuan juga dibawa ke Palais Nikaia untuk menonton persembahan kabaret, Moulin Rouge.

Difahamkan, percutian tersebut juga simbolik menjayakan kerjasama syarikat Tiens dengan kerajaan Perancis.

Selain daripada pekerja Tiens, terdapat beberapa pelancong Rusia dan Kenya menyertai rombongan tersebut.

Kesemua pekerja Tiens diberikan layanan VIP manakala pekerja terbaik diberikan layanan VVIP.


Sumber: Sinar Harian

Gambar Belangkas