Sunday, May 10, 2015

GEMPAR!! Mayat Ini Terbang Tunjuk Siapakah Pembunuhnya (VIDEO)


 Di sebuah desa bernama "Kosar" selatan di Negara Pantai Gading terjadi peristiwa aneh, karena ada sebuah mayat yang mau dimakamkan tidak mau diangkat menuju ke pemakaman dan menyeret paksa semua pengangkat jenazah tersebut untuk menuju ke rumah pembunuhnya.



Pemasang video aneh tersebut mengatakan bahwa mayat ini meninggal karena dibunuh secara tragis dan kemudian ketika mayat akan dimakamkan tiba-tiba peti yang membungkus mayat tersebut tidak mau diarahkan ke pemakaman, malah menuju ke rumah orang yang membunuhnya.


Seperti yang akan kita lihat di video di bawah ini,kelihatan keranda  tersebut kelihatan tidak mahu menuju ke perkuburan dan memaksa semua orang yang mengangkatnya untuk menuju ke rumah pembunuhnya.

Mesti Tahu!! Hiasan Dalam Rumah Yang Dilarang Dalam Islam

sekadar gambar hiasan


Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.
Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa (Ibnu Hibban)
Manakala Allah SWT berfirman:
Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan (Surah an-Nahl : 80)
Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung.
Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.
Rasulullah SAW bersabda:
1)Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung (Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.
Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.
2) Cacatkan Angota Patung
Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad:
Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)
Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.
Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.
3) Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam
no 3 ni selalu kita buat..letak pic artis
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yang tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.
Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.
slam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.
Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.
4-Seksaan Pada Hari Kiamat
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.
Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.
Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu. (Riwayat Bukhari)
Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.


sumber

GEMPAR!! Adakah Lelaki Ini Wira Rakyat Malaysia Yang Membongkar Dokumen Sulit Tabung Haji??

Isu Tabung Haji beli tanah 1MDB menjadi semakin hangat. Kini berbalik kepada persoalan asal… Siapakah gerangan pembocor maklumat ini. Tidakkah pernah anda terfikir? Yang komfem kita ketahui, maklumat kebocoran bersumber kepada sebuah blog THEBENCHMARK ini, tetapi pasti ada orang dalam yang memberi maklumat kepada pemilik blog tersebut. Jom kita berteka teki.
00000
Sekadar Gambar Hiasan.
Since dokumen sulit itu sangat sulit dan hanya beberapa orang sahaja ada access kepada dokumen itu, maka orang-orang di bawah ini lah berkemungkinan besar yang mendedahkan dokumen itu. Takde orang lain dah. Agak-agak sapa ye? Adakah dia orang yang paling ke hadapan dalam siri pembocoran ini. Al maklum la, cerita lawak tentang… Orang yang kentut, dia yang tanya siapa kentut dan tuduh orang lain kentut hahaha.
00
002
1
2
IMG_0684
Lihat latar belakang dokumen itu, sebuah meja bergerutu. Clue tu…. Walau sesiapa pun “orang dalam” itu, beliau hendaklah dilindungi, dan kalau boleh Sultan Johor sila lah back-up (kan banyak titah baginda baru-baru ni yang kondem kerajaan memerintah). Dialah hero, dialah penyelamat Malaysia waktu ini. Di bawah ini pula akta yang boleh menyelamatkan orang yang bocor maklumat. So okay la. =)
11259440_945408725491024_5632955895273739966_n
3


Senarai Restoran & Kedai Makan Halal di Perak 2015


Dah lama tak bersiaran ni....
awok nak berkongsi dengan kome, senarai restoran dan kedai halal di Perak....
yang mendapat Sijil Halal Malaysia dari JAKIM....
serta Sijil Halal Negeri Perak dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK)

Restoran dengan Kedai Halal dah dapat......
awok akan cuba dapatkan senarai hotel serta resort di Perak...
yang mendapat sijil halal yang diiktiraf pula....
maklumlah...
bulan puasa dah dekat ni ramai yang mencari hotel yang ada bufet halal....
moh kome.... kita kongsi2 kan.....







Jutawan sorokkan peti harta karun bernilai jutaan dolar untuk dicari

NEW YORK 10 Mei – Seorang pengumpul hasil seni, Forrest Fenn mencetuskan pencarian harta karun besar-besaran selepas mendedahkan dia menyembunyikan satu peti mengandungi emas dan barangan kemas bernilai berjuta-juta dolar di kawasan Pergunungan Rocky, lima tahun lalu.


Portal Oddity Central melaporkan, setakat ini, puluhan ribu orang telah menyertai pencarian untuk menjejaki peti tersebut.

Fenn yang meminati aktiviti pengembaraan mendedahkan, dia menyembunyikan petunjuk lokasi peti tersebut dalam bukunya bertajuk The Thrill of the Chase.

Jutawan itu menyatakan, dia mendapat idea untuk menyembunyikan hartanya tersebut selepas dikesan menghidap kanser buah pinggang pada 1988.

“Apabila dimaklumkan saya mempunyai peluang tipis untuk pulih, saya terfikir cara untuk berkongsi kemewahan yang saya miliki.

“Ketika dirawat untuk penyakit ini, saya membeli sebuah peti diperbuat daripada gangsa dan mengisinya dengan pelbagai koleksi sejarah dan antik yang telah saya kumpul,’’ katanya yang kini pulih daripada penyakit itu.

Beliau berkata, beberapa orang termasuk pemberita akhbar New York Times, Douglas Preston menjadi saksi kandungan harta karun tersebut sebelum dia menyembunyikan peti berkenaan.

“Antara barangan dalam peti itu adalah 256 syiling emas, kepingan emas sebesar telur ayam, patung kecil diperbuat daripada batu jed China, artikel haiwan pra-Cloumbia, batu-batu delima, zamrud, biru nilam, dan berlian,’’ katanya.

Fenn hanya mengesahkan peti itu mungkin berada di Colorado, Montana, New Mexico, atau Wyoming tetapi orang ramai perlu mengikut petunjuk yang diberikannya untuk mencarinya.

Beliau berkata, dia tidak kisah jika peti itu tidak ditemui dalam tempoh seribu tahun. - Utusan

Kerajaan akan jelas penggunaan GST

Kerajaan akan menjelaskan penggunaan pendapatan tambahan diperoleh melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Dalam langkah memenangi keyakinan awam dalam amalan cukai yang dikritik ramai itu, Najib berkata, kerajaan akan bertindak ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan.


Kata Najib kerajaan juga akan telus dalam menguruskan pendapatan daripada GST itu.

"Kerajaan akan membentangkan butiran kepada orang ramai. Pendapatan tambahan itu akan digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam perhimpunan bulanan kakitangan awam di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Kata Najib, itulah matlamat kerajaan ketika mengutip GST. - Mkini

Buat cepat Datuk Seri...

Zam ajak rakyat sertai Dr M doa Najib berundur

Bekas  Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mengajak umat Islam di Malaysia berdoa bersama-sama Tun Dr Mahathir supaya Tuhan "membuka hati" perdana menteri meletak jawatan.

Dalam tulisan terbarunya di blog beliau, Zainuddin berkata Dr Mahathir kini berada di Makkah untuk menunaikan umrah.


Dr Mahathir, kata Zainuddin, berlepas ke tanah suci semalam.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri "bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara."

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Zam turut mendakwa mendapat maklumat semua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mengakui Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

"Terutama dalam parti sendiri," tulisnya.

Zainuddin juga meramalkan kemungkinan anggota MT Umno akan menyatakan pendirian mereka kepada Najib dalam mesyuarat badan itu petang ini. - Mkini

Gambar Belangkas