Sunday, May 10, 2015

Tabung Haji: Mufti Perlis desak mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa supaya pihak yang terbabit dalam urusan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dibawa ke mahkamah pengadilan.

Dalam tulisan di laman Facebook peribadinya, Dr Mohd Asri berkata satu perbicaraan yang mengembalikan hak rakyat jelata hendaklah dilaksanakan.


Katanya, golongan agama tidak boleh mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini kerana apa yang berlaku boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini.

"Di sinilah tanggungjawab amar makruf dan nahy munkar mesti ditunaikan.

"TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," tulis beliau.

Dr Mohd Asri berharap semoga satu siasatan telus yang dapat membawa pihak yang mengkhianati amanah rakyat ke muka pengadilan. - Astro Awani

Our First Bloggers Gathering

Here I am again writing my third post after 6th May 2015...

Just remembering down memory lane...our first bloggers meeting ...


Masih terbayang pertemuan kali pertama dengan bloggers .. hati berdebar-debar ..kerana masih ramai yang belum kenal di alam realiti ,... masih sama ke seperti wajah di dalam blog? Bagaimana suara mereka? They all kenal ke saya? Pelbagai pertanyaan bermain di fikiran ..

Akhirnya semuanya dalam sejarah ...tapi beberapa orang makcik bloggers telah kembali semula berblogging starting 6th May 2015 ...menyahut seruan Kak Teh Choc-a-Blog ...

Kak Elle - My Daily Happenings
Tulipurple
Kak Anie - Coretan Warna-warna Kehidupan
CikMilah - Kitchen Tales
pB @Aida - Life is Drama and This is My Drama
Kak Ezza - Bicara Haati MuffinBiru
Kak Nong - Reflections of My Life
Mas
Dodie
and the one and only kumbang  ... hehehe
Abah Zino - Kaki Terus Melangkah

Paling tidak dilupakan..our organizer ....
 Lina Badi @ ummi365. I think she has changed her blog to private access ... so cannot visit her blog anymore ..
in FB she goes under the name Elayna Srm or her biznez "Kewl Cotton"

and one of us telah dijemput oleh Allah terlebih dahulu ...

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Dalilah Tamrin @ Raden Galoh - bila saya cuba search her blog, One Breast Bouncing, masih ada seseorang yang update blog Allahyarhamah..

Najib: Saya tak akan tunduk tekanan letak jawatan

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
    


Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
  
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di Tawau hari ini.
  
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
  
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota Umno dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
  
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".             
  
Baca falsafah Bugis

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
  
Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di Tawau dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
  
"Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.
  
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.
  
"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.
  
"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Jawapan Dr M berbelit-belit
  
Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.
  
Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.
  
Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.
  
"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.
  
"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.
  
Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.
  
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.
  
-Bernama

BIAR BETUL!! Pemandu Di London Kemalangan Gara-Gara Che Ta? (9 Gambar)



Memetik daripada sumber slot Cik Pang di Harian Metro, pada awalnya dia hanya bergambar biasa-biasa. Kemudian jurugambar teringin mengambil gambar Che Ta di atas tembok berdekatan Marble Arch.
Demi mendapatkan hasil terbaik, Che Ta gigih memanjat tembok berkenaan walaupun waktu itu dia memakai kasut tumit tinggi lima inci. Apabila berdiri di atas tembok sekaligus perkara tersebut menarik perhatian orang ramai termasuklah pemandu di jalan raya ketika itu.
Ketika sedang bergaya di atas tembok, mereka terdengar bunyi dentuman kuat datangnya daripada kenderaan yang berlanggar. Katanya, pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu menyatakan dia tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu asyik memandang Che Ta di atas tembok.
Hebat juga penangan Che Ta ya di luar negara. Apa pun, semoga percutian Che Ta bersama keluarga ke Switzerland ketika ini baik-baik belaka hendaknya. Awas ya pemandu di luar sana.credit rotikaya








Kisah Sebenar Seorang Janda Anak 4 Dibunuh Guru Agama


Usaha seorang bapa untuk mencari anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin berakhir dengan kejadian menyayat hati apabila dia menjumpai wanita itu mati dibunuh di depan sebuah sekolah agama di Kuala Kubu Bharu dekat sini semalam.


Mangsa yang merupakan seorang janda anak empat, Nur Salina Nazir, 34, ditemui bapanya, Nazir Ramli, 67, kira-kira pukul 9 pagi semalam dalam kea­daan terlentang tidak bernyawa di dalam kereta Proton Wira miliknya dengan kesan tujuh tikaman pada anggota badan.

Menurut abang mangsa, Nor Salizam Nazir, 40, adik bongsunya itu yang membuka perniagaan online dikatakan keluar dengan kekasihnya pada malam kelmarin untuk menghantar barang tempahan kepada pelanggan tetapi dia tidak balik ke rumah selepas itu.

Katanya, selepas gagal menghubungi Salina menerusi telefon bimbit, bapanya bertindak mencari mangsa dengan berjumpa kekasihnya itu yang bekerja sebagai guru agama di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu.

“Ayah akhirnya jumpa Salina dalam keadaan tidak bernyawa di dalam keretanya sebelum dia pergi membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh semalam.

Menurut anak saudara mangsa, Ainaa Syafiqah Shamsudin, 24, Salina dijangka melangsungkan perkahwinan dengan lelaki bergelar ustaz itu pada 6 Jun depan selepas dua tahun bercerai dengan bekas suaminya.

“Keluarga kami baru sekali bertemu suspek iaitu pada bulan lalu untuk membincangkan hal perkahwinan mereka berdua.

“Persiapan untuk perkahwinan itu sudah hampir siap apabila baju pengantin dan pelamin sudah ditempah. - Kosmo!

Guru agama diberkas :-

Susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa. - BERNAMA

Motif :-

"Soal siasat mendapati suspek yang berusia membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya," katanya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang. Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, katanya. - MalaysiaKini

Bukti telah ditemui :-

Sebilah pisau memasak bersaiz kecil yang digunakan untuk membunuh seorang janda anak empat di hadapan sebuah sekolah agama di Kuala Kubu Bahru berjaya ditemui pihak polis semalam.

Suspek lelaki bekerja sebagai guru agama dipercayai mencampakkan pisau digunakan untuk menikam mangsa di belukar berhampiran kawasan Sungai Tua Ulu Yam di sini iaitu kira-kira 30 kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Difahamkan pisau itu dijumpai jam 12.30 tengah hari semalam, hasil operasi bersama membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dibantu masyarakat Orang Asli Sungai Tua.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Suparamaniam berkata, alat khas pengesanan logam turut digunakan dalam pencarian senjata itu berikutan keadaan lokasi dipenuhi belukar.

“Lokasi senjata itu dibuang diperoleh berpandukan soal siasat terhadap suspek. Pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kes itu sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Penemuan pisau itu dijangka dapat membantu siasatan kes bunuh berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam. - Harian Metro

Sambutan Hari Ibu dalam Islam....

Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Entri ini ditulis sempena Hari Ibu..Sekarang ni bermacam-macam sambutan seperti hari ibu, hari ayah, hari kanak-kanak, hari guru, hari buruh, hari wanita dan bermacam-macam hari boleh check kat internet..

Sebenarnya hari ibu bukan sahaja disambut pada hari ini tetapi tiap-tiap hari adalah hari ibu..Dan kita sebagai anak patut menghormati dan menyayangi ibu selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Hukum Sambutan Hari Ibu

ISU:
Mohon pencerahan mengenai sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?

PENJELASAN:
Prinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus.
Dalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu.



Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang.
Walaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur’an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat “Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa” (al-Nisa’ 4:36 dan juga Isra’ 23-24)

Nilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Surah Luqman: 14) Sementara hadis nabi menyebut “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua”(Hadis riwayat Tirmizi).

Wallahu a'lam.
Artikel dipetik dari Majlis Fatwa Kebangsaan.

‘Ada sebab saya baling kasut ke arah Bush’

 
BAGHDAD - IRAQ. Wartawan Arab, Muntadhar al-Zaidi yang pernah mencetuskan kontroversi dengan membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush tampil menjelaskan rasional tindakannya itu.

Al-Zaidi berkata, beliau bertindak demikian kerana merasakan Bush telah membuat penipuan kepada rakyat Iraq, lapor agensi berita Russia, Anissa Naouai.

“Saya (al-Zaidi) melakukannya kerana pembunuhan lebih 1.5 juta rakyat Iraq dan lima juta lagi kehilangan tempat tinggal.

“Lebih lima juta kanak-kanak menjadi anak yatim dan lima juta wanita menjadi balu.

“Ia sebagai tambahan kepada kecurian sumber asli Iraq, kemusnahan dan perpecahan di negara ini,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik ketika membuat lawatan perpisahan ke negara teluk itu pada 2008.

Ketika Bush sedang berucap, tiba-tiba al-Zaidi berteriak dalam bahasa Arab: “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

Sementara ketika ditanya, adakah tindakan spontan itu dilakukan kerana didorong desakan emosi, dia menafikan perkara itu.

“Perkara itu dirancang terlebih dahulu oleh saya,” katanya.

Akibat tindakannya itu, akhirnya al-Zaidi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, tetapi kemudiannya dikurangkan menjadi setahun.


Sumber: Sinar Harian

Gambar Belangkas