Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu

Maybe it's too late, already half past three, I'm only manage to wish ALL mothers A very Happy Mothers day or SELAMAT HARI IBU ...
Anyway, BETTER LATE THAN NEVER...right? 
 Have been receiving lots and lots of Mother's Day wishes in the whassup groups since last night ..
Thank You to ALL my family and friends ...for all those beutiful words etc ..
Anyway, hopefully our appreciation and thankfulness to our mom should not be celebrated on this day ONLY... it should be celebrated ALL year round, every day... every second...

Alhamdulillah masih ada abah dan mak di kampung, abah sudah berumur 93 tahun, semua mesti dibantu, abah sudah tidak kuat lagi ... perlu mandikan, perlu disuap makan dan minum kerana mata abah sudah tidak nampak sangat, perlu pakai pampers kerana abah sudah tidak dapat mengawal apabila hendak buang air kecil atau air besar, perlu ditolak mengguna kerusi roda, abah sudah tidak kuat lagi hendak berjalan sendiri ..pendek kata kitaran kehidupan telah lengkap dan abah seperti bayi yang perlukan perhatian. Namun Syukur Alhamdulillah kerana abah masih belum nyanyuk lagi..Ingatan abah masih baik walau kadang-kala ada yang abah lupa ..
Syukur mak masih ada, walapun umur mak sudah menjangkau 70lebih, mak masih kuat semangat ..tapi kudrat mak juga kadang-kadang sudah berkurangan...mak tidak kuat hendak mengangkat abah turun naik kerusi roda semasa hendak memandikan abah ... perlu ada cucu mak yang menolong mak membersihkan abah...kadang-kala aku kasihan melihat mak ...namun itulah kasih seorang isteri..
Sehingga kini, walaupun aku dan abang serta kakak ku sudah melewati separuh abad, dan kami sendiri sudah mempunyai cucu sendiri,  tapi mak masih tidak lupa anak-anak mak...mak masih menunjukkan keprihatinan mak atas sesuatu perkara ..mak akan menalipon kami dan menasihatkan kami seperti dulu ... seperti kami masih lagi anak-anak mak yang kecil ...
Itulah ibu...walau kita sudah dewasa, tetapi di mata ibu kita, sebenarnya kita masih lagi anak kecil ibu ..sebab itu dalam Islam sangat menitik-beratkan tentang ketaatan kita kepada ibu ..dan bapa

Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.   
(Hadis Riwayat Tirmizi)
.

Saturday, May 9, 2015

Sekat penyebaran fitnah

La ni byk berita yg kita terima tp x sahih kebenarannya termasuk la hadis2 yg dicopy pastu paste tanpa ada kajian terlebih dahulu seblom disrbarkan.

Kalu pun betul,  media sosial bknlah tempat yg sesuai utk dipaparkn. Mungkin ia sbg peringatan atau amaran tp kesahihannya boleh diragui kecualilah ia disampikn oleh pihak berwajib.

Andainya ia tak benar, org yg difitnah akn menjadi mangsa yg boleh memudaratkan.

Bg menyekat suatu fitnah tersebar dgn luas, kita jgnlah sebarkn sesuatu hal buruk ttg seseorg atau apa sj yg x elok dr disebarkn. Kalu perkara baik xpa gak.

Xkirala ia org Islam atau bkn Islam mlh musuh Islam sendri jgn disebarkn yg mungkin tujuan utk melagakan atau mewujudkn ketegangan antara bangsa atau kaum shj. 

Islam pun melarang menyebarkn berita x sahih lebih2 lg dr org yg fasik.

Wallahua'lam



Sent from Samsung Mobile

PATI tengah syok layan filem lucah diberkas imigresen

 ANGGOTA Imigresen Selangor membuat pemeriksaan dalam dua operasi.

Filem lucah punya pasal...

Kajang: Seorang pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar diberkas anggota Jabatan Imigresen Selangor ketika sedang leka menonton filem lucah di kediamannya di Taman Mesra, Jalan Ehsan Setia, Batu 13 di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, lelaki berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa yang melakukan operasi di kawasan itu.

Lelaki terbabit yang bersendirian di dalam sebuah bilik diberkas untuk pemeriksaan lanjut.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Mohd Sayuti Ayub berkata, suspek kelam-kabut menutup tayangan filem lucah di televisyen menggunakan alat kawalan jauh.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen sah kerana pasport miliknya tidak mempunyai sebarang catatan perjalanan keluar masuk ke negara ini.

“Lelaki itu antara 42 individu yang ditahan dalam Ops Selera dan Ops Pintu yang dijalankandi dua lokasi di Batu 13 dan sebuah kondominium di Taman Unipark Suria, di sini.

“Kami menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kehadiran ramai warga asing di kawasan ini,’ katanya.

Beliau berkata, serbuan kedua dilakukan di sebuah kondominium di Taman Unipark Suria dan pihaknya menahan 42 warga asing membabitkan warga Bangladesh (8), Myanmar (26), Yaman (2), Somalia (2), Oman (1), Chad (1) dan Nigeria (1) berusia dari 18 hingga 44 tahun.

“Dalam serbuan itu, pihak kami mengesan beberapa warga asing menyalahgunakan kad UNHCR (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian). Mereka yang memegang kad itu tidak dibenarkan bekerja di negara ini.

“Semua individu ditahan dibawa ke depoh tahanan sementara di Kompleks PKNS Shah Alam,” katanya.


Sumber: myMetro

Tahukah Anda,Siapakah Nur Juliana Disebalik Kes Zamani?


Siapa kan Nur Juliana di sebalik kes Zamani, ramai pelayar media tertanya-tanya adakah beliau kekasih hati Penyanyi itu, seperti yang kita tahu beliau merupakan pembantu peribadi kepada Zamani.

Namun mengapa kah beliau sanggup terlibat sama dengan Zamani melakukan penggunaan najis dadah tersebut ini lah yang menjadi persoalan para pelayar media sosial.

Namun perkara sudah berlaku mereka berdua sudah pun menerima hukuman akibat kesalahan mereka di harap mereka berdua boleh memulakan hidup baru selepas ini demi masa depan mereka.

Semalam di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu menjatuhi hukuman denda masing-masing sebanyak RM5,500 terhadap penyanyi Zamani Ibrahim (Slam), 43, dan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani, 32, selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah.


Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhi hukuman itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Nur Juliana

Kedua-dua tertuduh turut dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan jika gagal membayar denda.


Mengikut pertuduhan pindaan, penyanyi itu didakwa bersama-sama memiliki heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat pada 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu.


Kedua-dua pasangan berkenaan sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut semasa dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari lalu. BS - Mstar

(6 GAMBAR) Wajah Suspek Kejam Bunuh Cekik Dan Campak Tunang Dari Jambatan


Putrajaya : Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti Cyberjaya untuk membantu siasatan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, ketika disoal siasat suspek yang juga tunang wanita itu mengaku mencampakkan mangsa dari jambatan berkenaan.

"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.




"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi di sini.


Suspek ditahan di sekitar Cyberjaya sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang 10.30 pagi tadi dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.


Mayat Rosshida Abdullah, 30 berasal dari Repek, Pasir Mas, Kelantan ditemui orang awam di bawah jambatan berkenaan kira-kira 5 petang, semalam.


Turut ditemui bersama mayat itu ialah sekeping nota yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tertekan kerana diburu along, serta beg tangan berwarna putih. - HM



sumber

Siti Nurhaliza Layan Peminat Macam Haiwan??




Siti Nurhaliza Layan Peminat Macam Haiwan??
Aakj lihat skrin shot ni dok viral di facebook.
Mohon penjelasan Siti. Manalah tahu ini palsu.
Kalau betul maka..kita patut malu punyai artis tahap reban ayam!
Menurut netizen, ianya gara gara teguran peminat kepadanya berhubung repekan beliau mengenai isu TH-1MDB
Siti juga dikatakan mula block peminat yang menegurnya di akaun twitter miliknya.



Kisah Misteri Jenayah Norita Di Bilik Mayat HKL


Ingat tak kes pembunuhan seorang wanita perlis (peragawati) yang berlaku di sebuah kondo mewah di kuala lumpur?



Wanita bernama norita samsuddin, 22, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan jejawi, perlis. Noritta dibunuh di atas katilnya pada bulan disember 2003.



TARIKH       : 5 Disember 2003

WAKTU       : Sekitar 10 pagi

LOKASI       : Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)



HARI itu genap sebulan aku menyambut hari jadiku yang ke-27. Aku tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi. Tidak ada seorang pun wartawan lain yang kelihatan. Bersama aku adalah jurugambar wanita ‘macho’, Aby Baizura Harun.



Yang kelihatan di luar bilik mayat adalah rakan-rakan sepejabat arwah termasuk kenalan rapatnya. Yang wanita pula menangis teresak-esak. Berdasarkan wajah dan pakaian teman-temannya, aku dapat agak yang si mati mungkin seorang artis atau paling kurang pun model.



Aku jadi makin tak tentu arah. Dalam benakku, kalau betullah si mati ini seorang artis atau seorang model, sudah tentu berita pembunuhan ini akan ‘meletup’. Maksud aku ’meletup’ tu bukannya sensasi, tetapi sudah barang pasti aku kena kumpul sebanyak mungkin maklumat agar laporan aku kelak tepat dan terperinci, aduh, ini semua akan memeningkan lagi otak aku.



Masalahnya, ketika itu, tak seorang pun di bilik mayat HKL mahu memberikan maklumat mengenai pembunuhan itu, jangan kata maklumat, aku tanya nama si mati pun tak de siapa yang nak beritahu.

Aku jadi makin tak keruan. Tidak lama kemudian, rakan setugas, Angelina Sinyang, menelefon aku melalui telefon bimbit.



 ” Syahril, ini cerita besar, yang kena bunuh tu katanya seorang model, itu maklumat tak rasmi yang aku terima, kau kena check, editor kita dah bising…dia tanya bila nak tulis story?,” desak Angelina.

Aku mula bengang. Aku mula maki hamun editor aku (tapi dalam hatila). Ye lah, bukan senang nak cari maklumat. Polis sendiri pun setengah mati nak menyiasat, apatah lagi aku wartawan cabuk ni, bisik hati aku.

Tidak lama kemudian ada seorang wanita pertengahan umur keluar dari bilik mayat. Tak silap aku dia adalah pembantu perubatan di situ.



 ”Sesiapa sahabat handai atau waris si mati yang hendak melihat arwah bolehlah berbuat demikian, tapi jangan lama-lama kerana mayat nak dikafankan sekejap lagi,” kata pembantu perubatan itu.

Serentak dengan itu juga masuklah teman-teman arwah ke bilik mayat untuk melihat wajahnya buat kali terakhir. Aku juga tidak melepaskan peluang ini.



Masuk saja ke dalam, aku melihat arwah terbaring di atas pengusung dan ditutup dengan sehelai kain. Kain tersebut kemudian disingkapkan hingga ke paras leher bagi membolehkan rakan-rakannya menatap wajah arwah.



Sebaik saja aku menatap wajahnya, aku tiba-tiba menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Walhal ini bukanlah kali pertama sebenarnya aku melihat mayat mangsa bunuh. Bertahun aku menjadi wartawan jenayah, mayat adalah ‘mainan’ aku, tetapi kali ini aku rasa semacam. Pilu sungguh. Mana taknya, mangsa masih muda dan seagama, tak banyak sikit pun perasaan simpati tetap wujud.



Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah ketika itu? Alhamdulilah, terus terang aku katakan. Wajahnya seperti seorang gadis yang sedang tidur saja. Tidak ada imej ‘ngeri’ seperti mana wajah mangsa bunuh yang lain.



Rambutnya ikal mayang. Kulitnya sawo matang. Si mati juga seolah-olah ‘redha’ dengan kematiannya. Pendek kata, kalau dilihat dari riak wajahnya, kita seolah-olah sukar menerima kenyataan yang arwah menemui ajal di tangan seorang pembunuh.



Selepas semua orang yang ada di situ menatap wajah si mati, pembantu perubatan tadi meminta bantuan beberapa orang lelaki termasuk aku untuk mengangkat mayat arwah dari atas pengusung ke pangkin khas untuk dimandikan.



Aku masih ingat bagaimana aku dan dua orang pemuda yang ada di situ kemudiannya menurut saja permintaan beliau. Mayat arwah kemudiannya kami letakkan di tempat yang dimaksudkan.



Sebaik saja selesai, aku terus keluar dan mula kembali mencari maklumat penting untuk dijadikan bahan berita. Aku kemudiannya menegur seorang pemuda yang aku perhatikan telah berada di bilik mayat sejak awal tadi.Aku bernasib baik. Dia rupanya teman sepejabat arwah.



Daripada beliaulah baru aku tahu nama si mati, Norita Samsuddin. Katanya Norita bertugas sebagai seorang eksekutif di syarikat tempat mereka bekerja. Secara peribadi dia agak terkejut dengan berita pembunuhan tersebut kerana Norita, katanya, seorang pekerja yang rajin dan tidak banyak ‘songeh’.



Apapun selesai masalah. Nama aku dah dapat, jawatan aku dah dapat, alamat kampung pun aku dah dapat, cuma satu saja belum…gambar mangsa. Takkan aku nak suruh Aby masuk ke dalam bilik mayat dan ambil gambar mayatnya yang tengah terbaring itu. Bagi aku ini dah menyalahi etika. Arwah juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.



Aku bernasib baik kerana Aby memberitahu yang salah seorang kawan mangsa ada menyimpan gambar arwah di rumahnya. Tanpa berlengah masa, Aby terus berkejar ke sana tanpa diarah. Dalam hati, nasib baik aku dapat jurugambar yang tahu tanggungjawabnya, boleh bertindak pantas tanpa perlu disuruh-suruh.



Menjelang tengah hari, bilik mayat mula dipenuhi wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media. Namun jumlahnya kembali berkurangan apabila masuk waktu solat Jumaat.



Aku hanya pulang ke pejabat setelah jenazah di bawa keluar dari HKL untuk dikebumikan di tanah kelahirannya di Perlis.



Cukuplah cerita aku mengenai pengalaman membuat liputan kes Norita dan aku tidak bercadang untuk menulis lagi mengenainya. Semuanya sudah selesai dan tidak perlu diungkap semula apa yang berlaku.



Aku berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Nasihat aku janganlah kita membuat sebarang andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pembunuhnya mungkin terlepas di dunia, tetapi tidak akan terlepas di akhirat.



Ingatlah, kita tidak mungkin ‘terasa’ kerana kita bukan darah dagingnya tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan Tuhan- arwah rupanya adalah adik, kakak atau anak kita sendiri, bagaimana?



Al-Fatihah buat Norita Samsuddin. Takziah buat keluarganya. Jauh di benakku aku berharap tiada lagi kes sedemikian rupa terjadi lagi. Namun kezaliman tidak terhenti di situ.



Tidak lama kemudian menyusul kes pembunuhan kejam Canny Ong, pensyarah UITM Bakaruddin Busu, kes pembunuhan isteri Raja Dihilir dan banyak lagi.



Kesimpulannya cuma satu…manusia makin gila. Aku makin buntu.



wartawan syahrilkadir





sumber

Gambar Belangkas