Saturday, May 9, 2015

3 Gambar Kenderaan Mewah Johan Raja Lawak Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua Akhirnya DIDEDAHKAN!!


#Hadiah-hadiah kemenangan Johan sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit dan itu belum lagi gaji di Era FM dan juga kerja yang lain. Malah rezeki Johan yang terbaru “Mahkamah Arah Pihak Produksi Bayar Johan RM170,100 Dengan Segera“. Memang kaya la si Johan ni nanti.

Dengan kejayaan dan betapa murahnya rezeki Johan Raja Lawak ini, ramai yang tak sangka kenderaan yang dinaiki oleh Johan untuk pergi ke kerja di Era FM.

Ramai yang menyangka Johan menaiki kereta mewah, namun beliau hanya menaiki motor ke tempat kerja. Mungki nak cepat sampai ke tempat kerja dan mengelakkan kesesakan lalu lintas di samping berjimat. hehe apa pun kenderaan yang di naiki pastikan ianya selesa.





sumber

2 beradik temui peti harta karun milik lanun

 Foto: Upi.com

Dua beradik dari Florida, Amerika Syarikat, Mike dan Maria Lopez menemui peti harta karun di bahagian loteng rumah datuk mereka di Tampa, Florida.

Di dalam peti tersebut terdapat beberapa syiling lama, potongan tangan yang telah diawet, peta Sungai Hillsborough dan cincin bertuliskan, Gaspar melingkar di salah satu jari di tangan tersebut.

Mike Lopez mengatakan, datuk dan neneknya, Eve dan Ernesto Lopez sering bercerita mengenai penemuan harta karun milik lanun lagenda Jose Gaspar, yang beroperasi di pantai barat Florida dari akhir abad ke-18 hingga awal abad ke-19.


Kedua beradik itu membawa penemuan mereka kepada Rodney Kite-Powell, kurator Pusat Sejarah Tampa Bay, .

Setelah meneliti barang milik Lopez bersaudara itu, Kite-Powell mengesahkan bahawa wang syiling Sepanyol yang berada di dalam peti harta karun itu adalah palsu.

"Ia sedikit nipis jika dibandingkan dengan syiling Sepanyol atau syiling-syiling lama pada umumnya. Secara umumnya syiling lama jauh lebih tebal," tutur Kite-Powell.

Manakala peta Sungai Hillsborough yang ada di dalam peti harta karun itu menurutnya berasal dari tahun 1920 hingga 1930-an.

Ujian lebih lanjut akan dilakukan terhadap potongan tangan yang dijumpai di dalam peti harta karun, untuk memastikan ke otentikannya.

Adik beradik Lopez pula merancang untuk menyimpan harta karun yang mereka temukan tersebut.



Sumber: Tribunnews.com

(Video) Saya lagi bagus dari Pak Lah dan Anwar, kata Ibrahim Ali


Rezekiku Rezekimu

Assalamualaikum wbt....

Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendri.

Sesungguhnya ajal maut jodoh dan rezeki ditentukan oleh Allah. 

Tp kita x thu bl kt akn mati,sapa jodoh kita, dan byk mn rezki kita. Maka sebab itu kita perlu berusaha mencarinya sehingga ke akhirnya.

Sebb itu perlu kita menuntut ilmu supaya kita faham soal rezki, ajal dan jodoh. 

Rezeki bkn sekadar gaji malah kesihatan, ank isteri, sahabat segala perkara yg baik yg kita perolehi samada percuma atau dgn berusaha mendapatknnya seperti udara yg kt sedut setiap hr.

Begitu juga jodoh, kena cari. Kalu xjumpa adakh Allah yg salah? Tidak, sbb jodoh dah ditetapkan tp kita x thu duk d mn. Yg thu hanya Allah. Kenapa x tanya Allah atau minta Allah bg petunjuk.

Begitu juga ajal, kita x thu tp kita perlu sentiasa bersedia dgn bekalan, amalan soleh dan istighfar selalu. Mohon kesudahan yg baik. Pd ms yg sama ki juga sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri kita dan tidak boleh membunuh diri sendri atau org lain.

Wallahu'alam








Sent from Samsung Mobile

(Video) Negara Kekurangan Zulkifli Haron


Langkah Tabung Haji jual semula tanah menjengkelkan, permainkan rakyat, kata PAS

Susulan keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) menjual semula tanah yang dibeli dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di projek Tun Razak Exchange (TRX), Datuk Husam Musa bertanya sama ada langkah itu diambil semata-mata atas nasihat perdana menteri (PM).

Naib presiden PAS itu berkata, penjelasan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung perkara itu pada satu sidang media pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.

"Kononnya bagi menghormati perasaan pencarum, tanah berkenaan akan dijual dalam 1 atau 2 minggu ini dengan keuntungan RM5 juta.

"Katanya, atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diterimanya pagi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini, sambil mengingatkan yang Najib juga pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

"Pada masa sama, penjualan itu diluluskan TH walaupun pada asalnya ia enggan menjual tanah berkenaan," katanya mengulas kenyataan Azeez yang tanah yang dibeli pada harga potongan RM188.5 juta itu akan dijual bagi menjaga sensitiviti pendeposit TH.

Husam berkata, pengumuman Azeez itu menimbulkan banyak persoalan, termasuk berhubung integriti TH dan kredibiliti ahli Parlimen Baling itu.

"Bilakah mesyuarat lembaga yang meluluskan penjualan itu bersidang? Jika sebelumnya ia enggan menjual, tetapi selepas mendapat nasihat perdana menteri pagi ini, ia mengubah pendiriannya dengan bersetuju menjual.

"Jika bersidang, adakah dalam tempoh sesingkat itu, 1 kertas yang lengkap sebagai asas pertimbangan keputusan dibuat dapat disiapkan?

"Adakah dengan ‘nasihat perdana menteri’, sebuah lembaga boleh menukar keputusannya sebegitu mudah?

"Jika itu kedudukan TH, bagaimana kita boleh meyakini ia membuat keputusan pembelian itu sebelum ini tidak semata-mata hanya atas ‘nasihat perdana menteri’?" soalnya.

Husam berkata, rakyat Malaysia kecewa dengan “penjelasan” TH hari ini yang disifatkannya hanya satu pengesahan yang ia melaksanakan “tugas sucinya” membayar RM188.5 juta kepada 1MDB.

Beliau dipercayai merujuk tindakan TH yang dianggap menyelamat atau “bailout” 1MDB.

"Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf.

"Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa perjanjian jual beli itu dimeterai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan.

"Juga isu lain yang terdapat dalam dokumen yang dibocorkan," katanya merujuk dokumen yang didedahkan sebuah blog yang dikenali sebagai "The Benchmark".

Pada masa sama, Husam juga menulis surat terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, meminta beliau “menyelamatkan TH” sebagai menteri bertanggungjawab hal ehwal agama.

Beliau memohon Jamil mengambil langkah membatalkan transaksi antara TH dan 1MDB tersebut, menamatkan perkhidmatan Azeez dan merombak semula seluruh ahli lembaga dan pengurusan kanan yang terlibat dengan transaksi itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, keputusan menjual balik tanah 1MDB itu "sangat menjengkelkan" kerana katanya, TH perlu membatalkan pembelian tanah dan bukan menjualnya kepada pihak lain.

"Rakyat marah kerana duit TH disalurkan kepada 1MDB yang bermasalah apabila mereka di TH yang membuat keputusan membeli tanah daripada 1MDB juga memegang jawatan penting dalam 1MDB.

"Menjual tanah kepada pihak lain bukanlah penyelesaian dan tidak akan dapat menutup bangkai hutang 1MDB.

"Kerana, ini bukan tindakan pembetulan, ini tindakan menutup kesilapan tanpa memikirkan bagaimana perkara ini boleh dielak daripada berulang," katanya dalam satu kenyataan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mahu isu itu segera dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan demi kepentingan hak rakyat.

Katanya, perdana menteri sendiri harus menjelaskan kepada semua ahli Parlimen berhubung perkara itu dan membentangkan hasil bedah siasat terperinci terhadap audit kewangan 1MDB.

"Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi dengan isu 1MDB ini serta terus menanggung beban pelbagai salah urus tadbir kewangan yang pernah berlaku sebelum ini.

"Langkah sumbang TH dan 1MDB ini bakal mengundang malapetaka besar bagi negara lantaran ketidakpedulian kerajaan terhadap teguran Jabatan Audit Negara selama ini.

"Apatah lagi yang terpalit dalam isu ini ialah Tabung Haji yang selama ini diyakini rakyat jelata untuk tabungan khas mereka," katanya. - TMI

Hukum Berpuasa dalam Islam

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Tujuan entri ni dibuat sebab tengah mencari hari yang diharamkan berpuasa sebab ada sorang pak cik ni bertanyakan kepada saya  hari apa yang diharamkan berpuasa ..So dah alang-alang mencari  ni  saya kongsikan puasa sunat yang elok diamalkan dan puasa yang diharamkan di blog ini sebagai ILMU..lagipon puasa Ramadan semakin menghampiri kita...


Puasa Sunat yang elok diamalkan

Puasa Isnin dan Khamis
Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

Puasa tiga hari setiap bulan
Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Puasa pada hari Arafah
Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

Hari kelapan Zulhijjah
Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.


Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)


Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

   Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
   Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
   Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
   Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)


Hari haram berpuasa sunat

Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban

Petikan dengan izin daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya. Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd itu ditulis oleh Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Gambar Belangkas