Friday, May 8, 2015

1MDB bakal beri kesan buruk terhadap Umno, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini secara terbuka mengkritik cara kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangani, dengan berkata isu itu sangat serius dan bakal menjadi parah.

Bercakap pada wartawan yang bersamanya dalam rombongan rasmi ke Milan, Itali, timbalan perdana menteri itu berkata isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh semalam.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana menjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai ketika berkempen.

"Saya tidak tahu apa nak cakap apa.

"Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Muhyiddin, merujuk bekas perdana menteri yang sejak kebelakangan ini mengasak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berkenaan 1MDB.

"Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat," kata Muhyiddin.

Tambahnya, perkara itu makin melarat dan bakal memberi kesan buruk bukan sahaja ke atas rakyat tetapi juga Umno.

Dr Mahathir, perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini, mengkritik 1MDB dan menggesa perdana menteri untuk meletakkan jawatan susulan cabang pelaburan negara itu "kehilangan dana".

Katanya, beliau tidak akan memaafkan Najib berhubung hutang sebanyak RM42 bilion yang ditanggung 1MDB dan menimbulkan kebimbangan ke atas urus niaga 1MDB, termasuk pembelian beberapa aset dan tanah milik kerajaan.

Muhyiddin juga pernah mengulas tentang 1MDB sebelum ini.

Pada 6 Mac lalu, beliau berkata dana awam tidak boleh digunakan untuk menyelamatkan 1MDB, sambil menambah ahli lembaga pengarah syarikat itu juga perlu bertanggungjawab jika terdapat salah laku.

Beliau juga berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara boleh memulakan siasatan mereka sendiri ke atas syarikat pelaburan strategik itu dan mengingatkan pengurusan 1MDB supaya memastikan setiap perancangan yang dicadangkan tidak meletakkan kerajaan dalam "keadaan tidak stabil".

Dalam kontroversi terbaru terhadap 1MDB, Tabung Haji, badan pengelola dana simpanan umat Islam untuk ke tanah suci Mekah, semalam mengesahkan sudah membeli sebidang tanah daripada projek Tun Razak Exchange bernilai RM188.5 juta yang didakwa mendapat "potongan" harga.

Tabung Haji merancang untuk membina sebuah menara kediaman di kawasan berkenaan.

"Pelaburan itu adalah keputusan komersial yang sesuai dengan selera risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya," kata ketua pegawai eksekutif Tabung Haji Datuk Johan Abdullah dalam satu kenyataan ringkas selepas pendedahan dibuat berhubung pembelian tanah itu oleh sebuah blog yang tidak dikenali. - TMI

3 'pegawai TH' dikenal pasti ada kaitan dengan 1MDB

Tiga pegawai kanan Tabung Haji dikesan terlibat langsung dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang terpalit kontroversi berkaitan beban hutang.


Ia sekali gus membangkitkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urus niaga antara dua badan itu.

Semalam, Tabung Haji mengakui mendapatkan sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan jumlah RM188 juta.

Perkara itu menimbulkan kontroversi kerana 1MDB mendapatkan tanah untuk projek itu daripada kerajaan persekutuan dengan harga jauh lebih murah berbanding nilai pasaran.

Susulan itu, pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Pemuda Umno sendiri membangkitkan persoalan berkaitan konflik kepentingan dalam isu itu.



Tan Sri Ismee Ismail

Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji ini turut berada dalam lembaga 1MDB.

Datuk Johan Abdullah

Timbalan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji turut mempengerusikan anak syarikat 1MDB Edra Global Energy Sdn Bhd.

Edra memiliki aset tenaga Powertek (sebelum ini Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.

Datuk Abdul Samad Alias

Abdul Samad terlibat dalam panel pelaburan Tabung Haji. Beliau turut berada dalam lembaga 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - Mkini

Tun M: Batal segera pembelian tanah 1MDB

SHAH ALAM – “Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga!” demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kontroversi terbaharu berhubung pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau membidas tindakan TH yang menggunakan caruman orang awam untuk membeli tanah yang hanya 1.5 ekar Tun Razak Exchange (TRX) tapi membayar pada kadar hampir dengan harga 70 ekar tanah yang dibeli 1MDB sebelum ini.



“Wang tabung haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.


“Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk ‘bail out’ (pemulihan) hutang 1MDB. Tanah TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar.

“Sekarang TH membeli satu 1.5 ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan Bumiputera. Tetapi 1MDB telah mengetepikan projek ini,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya Chedet.com, hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TTRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Dalam tulisan sama, Tun Mahathir mengingatkan Tabung Haji bahawa wang yang disimpan orang ramai dengan harapan ia diurus dengan baik tetapi malangnya ia digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

“Tiada ada negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerjakan haji dari Malaysia dengan tabung hajinya. Wang yang ditabung sejak ditubuhkan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

“Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya? Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion Ringgit.

“Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga,” tegasnya.

Beliau juga sempat memberi amaran kepada Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menyiasat dan melaporkan gejala-gejala rasuah yang berlaku serta buktikan beliau turut melesapkan duit kerajaan sepanjang pemerintahannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

“Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low (ahli perniagaan) dan Riza Aziz (anak tiri Najib) jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melaporkan diisytiharkan muflis dan rumahnya telah digeledah.

“Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah,” tegasnya.

Sebelum ini, Tunku Aziz mengkritik skandal kewangan yang berlaku dalam tempoh 20 tahun Tun Mahathir berkhidmat. - SH

Berapa gaji ceo tabung haji? Mak cik pak cik tahu?



Jika kamu melakukan perkara yang salah, kami tak halalkan duit yang kamu makan minum tersebut.

Bocah Ini akan Meninggal karena Debu , Mengapa?


Yoechua.com - Tidak semua anak dapat merasakan bahagianya bermain dengan teman sebayanya, bukan karena di benci atau di jauhi melainkan ruang lingkup bermain yang terbatas seakan-akan menjadi momok bagi alex Hannard. Ia adalah salah satu dari ribuan orang yang memiliki nasib yang tidak begitu baik dengan teman-teman sebayanya.



Alex adalah seorang yang memiliki penyakit yang aneh yang

Trend baru, wanita rogol lelaki untuk dapatkan air mani

Gambar hiasan

AFRIKA SELATAN: Trend wanita merogol lelaki semakin menjadi-jadi di negara itu dengan kes terbaru melibatkan tiga orang wanita menculik lelaki, merogol dan melarikan air mani lelaki tersebut.

Mangsa yang berusia 33 tahun diculik oleh tiga wanita berkenaan ketika menunjukkan arah kepada tiga wanita terbabit dengan menaiki sebuah kenderaan mewah jenis BWM.

Menurut laporan, wanita-wanita itu mengacukan pistol kepada lelaki berkenaan dan memaksanya masuk dalam kenderaan sebelum merogolnya.

Namun lelaki tersebut tidak berahi dan telah diberikan sebotol air tanpa ketahui isi kandungannya untuk diminum.

Setelah berjaya merogol dan mendapatkan air mani dari lelaki berkenaan, mereka kemudiannya memasukkan lelaki itu ke dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 500 kilometer dari tempat ia duculik dan melarikan diri.

Selain itu kejadian yang sama juga telah berlaku di Gauteng. Sekumpulan wanita dilaporkan merogol lelaki-lelaki di kawasan itu juga dipaksa meminum air tersebut.

Insiden-insiden ini telah membingunkan pihak berkuasa yang mana motif kegiatan curi air mani itu masih dalam siasatan. — Siakapkeli.my

Mahathir Ulas Isu Wang Tabung Haji



Daripada blog chedet

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah.

Dr Mahathir Mohamed

Gambar Belangkas