Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.
Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang.
Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".
Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.
Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata: "Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini.”
Selepas itu, berlaku tolak-menolak apabila lelaki tersebut cuba untuk merampas sepanduk kumpulan terbabit.
Keadaan bertambah kecoh apabila sekumpulan penduduk kampung yang berada di kedai makan di seberang jalan turut mengerumuni kumpulan tersebut dan menghalau mereka.
Salah seorang lelaki tersebut kemudian mengambil pembesar suara daripada Azmi sebelum menghempaskannya ke jalan raya.
Azmi kemudian meminta kumpulannya berundur dan pergi ke tempat lain selepas melihat penduduk kampung semakin berang dengan kehadiran mereka.
Dakwaan sabotaj
Selepas kira-kira 10 minit, Azmi bersama kumpulannya kemudian beredar daripada kawasan tersebut.
Selepas itu, ketika ditemui pemberita, bekas setiausaha agung PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah yang turut berada di tempat kejadian memberitahu, mereka menghalau kumpulan terbabit bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
Abdul Razak mendakwa, kumpulan tersebut bukan pengundi di Permatang Pauh dan sengaja datang ke kampung Kubang Semang untuk membuat "kacau" di kawasan kubu kuat Pakatan itu.
'Mereka bukan orang sini, mereka orang Bagan. Mereka tak mengundi di sini. Saja datang nak sabotaj (PRK Permatang Pauh).
"Ini (Kubang Semang) kubu PAS, kubu Pakatan. Tak perlu nak buat di sini," katanya.
'Jangan undi parti tolak hudud'
Sementara itu, dalam kenyataan media yang diberikan kepada pemberita, Azmi berkata tujuan himpunan pada hari ini untuk mengajak seluruh pengundi Permatang Pauh tidak mengundi parti yang menolak hudud.
"Kami mengajak seluruh pengundi P44 agar tidak memberi undi kepada penentang hudud. Kami berpendirian bahawa penentang hudud adalah penentang Allah seperti wasiat almarhum Datuk Fadzil Noor, mantan presiden PAS pada 1994," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, kumpulan sama mengadakan perhimpunan di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan AMK berkaitan hudud. - Mkini
Wednesday, May 6, 2015
Cuba selfie, peminat 'makan' siku Mike Tyson
Sedutan rakaman peminat disiku Mike Tyson.
SEORANG peminat bekas peninju terkemuka, Mike Tyson disiku beberapa kali selepas beliau dirakam cuba memeluk ahli sukan kontroversi tersebut untuk tujuan selfie.
Melalui sebuah rakaman media sempena pertandingan tinju Floyd Mayweather-Manny Pacquiao minggu lepas, Tyson yang sebelum ini terkenal dengan sifat agresifnya di atas gelanggang menyiku peminat lelaki yang tiba-tiba datang memeluknya.
Menurut The West Australian, benar Mike Tyson sudah berubah selepas berlaku kes jenayah, bangkrap, kokain dan alkohol, namun dia juga seorang bekas peninju.
Video tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube menarik perhatian lebih 50,000 pelayar.
"Lelaki tersebut patut minta kebenaran sebelum peluk bekas peninju," kata Setgaurus.
"Jangan datang memeluk Mike Tyson dengan tiba-tiba," ujar Ramchandan.
Sumber: Sinar Harian
Melalui sebuah rakaman media sempena pertandingan tinju Floyd Mayweather-Manny Pacquiao minggu lepas, Tyson yang sebelum ini terkenal dengan sifat agresifnya di atas gelanggang menyiku peminat lelaki yang tiba-tiba datang memeluknya.
Menurut The West Australian, benar Mike Tyson sudah berubah selepas berlaku kes jenayah, bangkrap, kokain dan alkohol, namun dia juga seorang bekas peninju.
Video tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube menarik perhatian lebih 50,000 pelayar.
"Lelaki tersebut patut minta kebenaran sebelum peluk bekas peninju," kata Setgaurus.
"Jangan datang memeluk Mike Tyson dengan tiba-tiba," ujar Ramchandan.
Sumber: Sinar Harian
Kisah Benar Pengalaman Memandikan Mayat Pelacur Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua!!
Terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya ketika zaman Imam Malik. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.
Ketika mayatnya mahu dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.
Semua penduduk dan ulama’ menjadi kecoh dengan perkara tersebut. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.
Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.
“Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?”
Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menyatakan dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :
“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati”.
“Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zi#n@) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zi#n$a tanpa mendatangkan 4 saksi,” kata Imam Malik.
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah s.w.t. terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
(Foto) Nor Artikah Alias, Mangsa Kebakaran Moscow Meninggal Dunia
Seorang pelajar Malaysia yang cedera dalam kebakaran asrama 22 April lalu, meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan hari ini.
Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Francisco Munis, ketika dihubungi, berkata pelajar itu, Nor Artikah Alias, 25, meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sklifosovskogo kira-kira jam 2.30 petang (waktu Moscow).
“Pihak kedutaan sedang membantu keluarga mangsa dengan menghantar jenazah pulang ke Malaysia. Keluarga mangsa juga telah berada di sini sejak Sabtu lalu,” katanya.
Katanya, Atikah yang juga penuntut tahun akhir Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Russia (RNRMU) itu turut melecur 30 peratus di muka, tangan dan kaki Atikah antara 24 pelajar Malaysia yang terbabit dalam kebakaran penginapan universiti itu pada kira-kira 11.30 malam, 22 April lalu.
Tuesday, May 5, 2015
Gambar Selfie Awek Melayu Bertudung Berani Pamer Aset Di Twitter (8 Foto)
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah.
Ini kerana dosa melakukan maksiat dan dosa tidak menutup aurat adalah dua hal berbeza.
Begitu pun apabila sudah mengenakan tudung yang membawa imej seorang perempuan beragama Islam, maka pikullah tanggung jawab itu sebaiknya.
Jika tidak ia boleh dikira menjatuhkan maruah agama suci ini apatah lagi diri sendiri.
Inilah yang boleh dikatakan terhadap tindakan seorang remaja dipercayai mahasiswi Indonesia yang gemar memuat naik gambar b@gel di laman sosial namun tudung kepala tidak pula ditanggalkan.
Allah Bayar Tunai !!! 37 Orang Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Bertukar Jadi Monyet Dan Babi
Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.
Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.
Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu....
Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya....
Seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.
Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru....
Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah....
Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat....
Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai....
Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah....
Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan....
Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tenggelam sekelip mata. Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan....
Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi. Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan....
Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan....
Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah....
WaAllahuAlam….
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...