Monday, May 4, 2015

Post Pertama 2015

Wehuuuuu.....

Ehem ehem...

Assalammualaikum...

Saja nak try skill tulis kat blog. Takut da lupa cara je. Al maklum la da lama sangat kan tak update... Ni serius lama... Masuk blog ni pun da terbatuk-batuk... banyak nouu habuk nye... Cite sebenarnye, lepas pindah umah ni, kitorang tak pasang-pasang internet lagi. ABN Access ni takmo pasang ke kt area umah Mrs. Yan nieh... Box ngan kabel da ada lama dah... Nak pasang UNIFI tuh macam 'berbaloi' sangat rasanya... Nak pakai data mobile internet kang rugi... Nak pakai internet kat ofis lak sekarang ni macam tak sempat nak godek-godek tenet sangat... Busy sangat ke macam mana pun tak tau la... Ker macam mana cite sekarang nieh... Takpe, akan diusahakan nanti macam mana.. Tempat makan pun dah banyak yang ktorang p... Sampai da lupa cite pasal makanan tu dah pun... wink wink wink :) Oppsss, gambo pengantin pun banyak lagi tak update. Mr Aid tu pun maleh baq ang nak update gambo pengantin kat fb page SnappySmoothie... Cett betullah...

Papepun, tok entry pertama tahun 2015, kami dari SnappySmoothie mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun baru memberi sinar dan semangat baru dalam perjalanan hidup kita semua... Amin... ( Sila terima kenyataan ye, kita anggap jela bulan Mei ni adalah bulan pertama dalam 2015)

with love,
Mrs. Yan SnappySmoothie



Niat curi Ferrari terbantut kerana kehabisan petrol


WEST YORKSHIRE - BRITAIN. Hasrat dua orang lelaki untuk mencuri dua buah kereta mewah Ferrari terbantut selepas terpaksa meninggalkan kereta itu kerana kehabisan petrol.

Michael Jefferson, 29, bersama rakan subahatnya, mencuri dua kereta GTO250 yang dianggarkan berharga £60,000 (RM241,000) di sebuah pameran kereta di Brighouse, West Yorkshire. 

Namun cubaan untuk membawa keluar kereta tersebut gagal selepas bekalan petrol yang dibawa mereka tidak mampu untuk mengerakkan kereta terbabit.

Memetik laporan Metro.uk, Michael  kini dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 2 bulan atas kesalahan mencuri dan pecah masuk. -  




Sumber: Sinar Harian

Identiti Yana Familia Myvi Club FMC Malaysia Tersebar.

Yana Familia Myvi Club FMC Malaysia|Siapa Yana|ceritaejoy.


Betul-betul viral kan yana ni. Aku sebenarnya pun tak tahu siapa yana ni, Tapi bukak je FB, dalam whatapps banyak cerita pasal yana ni. Oleh sebab keinginan yang kuat untuk tahu siapakah yana ni, aku pun search la. Owh, sebelum aku lupa, ini adalah isu terbaru dekat malaysia, mengenai kemalangan yang melibatkan kematian berpunca daripada beberapa pemandu kereta Myvi yang dikatakan berlumba. Ini yang rancak diperkatakan ye, apa pun, biarlah pihak polis malaysia yang menjalankan siasatan. 

Ok, berbalik kepada cerita asal aku tadi, siapa yana, aku cuba search dan akhirnya aku jumpa jawapannya. Inilah Identiti Yana dari Familia Myvi Club FMC Malaysia.


Nama Penuh: Miana Haina

Nama Popular: Yana FMC

Jawatan: Jurucakap (MC) Kelab Familia Myvi Club FMC Malaysia

Asal: Gombak/ Sabak Bernam Selangor

Jawatan Politik: Ahli Puteri UMNO

Nombor Plat Myvi: WPT 8530

No Ahli FMC: FC 102

Lesen: P (Pemandu Percubaan)

Jumlah Tunggakan Saman: RM1930

Facebook Rasmi Yana: https://www.facebook.com/Familia-Myvi-Club-Official


Dan ini adalah punca sebenar kenapa nama Yana menjadi viral.


Statement yang mengaitkan "Orang dalam" yang boleh membantu mereka terlepas daripada tindakan undang-undang.


Selain daripada isu-isu yang dinyatakan di atas, isu saman juga memeranjatkan ramai orang. Hmm, pelik juga ek, macamana boleh hidupkan roadtax dengan insurans dengan saman sebanyak ini?



Sebenarnya banyak persoalan yang timbul. Banyak perkara yang memerlukan perjelasan lanjut. Apa pun, biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan. Janganlah kita membuat hukuman sendiri. Bukan apa, takut nanti, lain yang pihak polis cari, kita pulak yang disabitkan dengan pelbagai kesalahan.

Alfatihah kepada keluarga mangsa dan semoga Allah melindungi anak mangsa. Amin.

Haffizul Iskandar.

Punca Lana Nordin Mempercepatkan Dan Merahsiakan Perkahwinan


SEBELUM ini pelakon seksi Lana Nodin membuat pengumuman dalam satu sidang akhbar mengatakan majlis perkahwinannya kelak akan berlangsung di Hotel Istana namun di saat-saat akhir, pihaknya telah menukar lokasi bagi meraikan hari bahagianya itu.

Ini kerana menerusi sahabat baiknya, Lana telah berjaya mendapatkan tajaan daripada Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.

Memetik Berita Harian, Lana berkata, “biarpun perubahan ini berlaku pada saat akhir, saya tetap menerima ini semua dengan hati terbuka. Lagipun tajaan ini lebih baik selain lokasi yang strategik. Malah tema perkahwinan moden ala Inggeris juga boleh direalisasikan di sini.”

Lana akan bernikah dengan jejaka kelahiran Amerika Syarikat, Daud McKenzie pada 15 Mei ini.

Menariknya majlis perkahwinan Lana kelak 90 peratus mendapat tajaan daripada pelbagai pihak yang sudi menajanya. – MYNEWSHUB.CC

Page Dayak People Educated Banyak Menghina Islam



Korang boleh tengok komen dan status dalam page tersebut.

Majoriti menghina agama islam yang suci. Boleh menimbulkan ketegangan agama di sarawak.

Harap polis boleh ambil tindakan.

Assalamu'alaikum

Assalamu'alaikum wrt wbt semua....

Bertemu kembali di tahun 2015! Nantikan esok 6 Mei 2015 ...

Ingin Jadi Seperti 'Incredible Hulk', Ahli Bina Badan Suntik Lengan Dengan Minyak, Alkohol

 (kiri) Badan Alves sebelum disuntik 'synthol' dan (kanan) badannya dengan otot-otot yang mengeras seperti batu.

SEORANG ahli bina badan yang ingin kelihatan seperti 'Incredible Hulk' mengambil risiko terhadap nyawanya sendiri dengan menyuntik minyak dan alkohol ke dalam lengannya sehingga menyebabkan kedua-dua tangannya nyaris dipotong.

Bapa kepada seorang anak itu, Romario Dos Santos Alves, 25 menggunakan bahan campuran minuman keras yang berbahaya atau 'synthol' ke dalam otot lengannya sehingga ia berukuran 25 inci namun dia kini berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius.

Bekas pengawal peribadi itu berkata, penggunaan sintetik 'synthol' itu telah menjejaskan tahap kewarasan dan mengancam nyawa apabila dia cuba untuk membunuh diri semasa isterinya sedang mengandung enam bulan.

Dia berkata, ototnya yang membengkak itu menakutkan kanak-kanak di kampung halamannya di Caldas Novas di Brazil dan mereka menggelarkan dirinya sebagai 'binatang' atau 'raksasa'.

"Jika anda ambilnya sekali sudah tentu akan ada kali kedua, ia akan jadi ketagih," katanya.

"Doktor ada beritahu saya mereka perlu potong kedua-dua tangan saya. Mereka kata semua otot saya mengeras.

"Saya mahu orang lain tahu bahawa tindakan ini berbahaya. Saya boleh mati hanya kerana saya mahu otot yang lebih besar. Ia sia-sia."

Alves mula ketagih dengan dadah selepas berpindah dari kampung halamannya ke Goiania di Brazil, tiga tahun lalu.

Katanya: "Saya ada melihat beberapa lelaki berbadan besar di gim yang mempunyai lengan yang besar dan saya mula berkawan dengan mereka.

"Mereka memperkenalkan saya dengan 'synthol' dan saya teruja dengan kesannya sehingga membuat saya tidak dapat mengawal diri.

Alves kemudiannya mula mencari jalan yang lebih berbahaya dengan menyuntik minyak ke dalam badannya.

"Otot-otot saya mula mengeras sehingga saya sendiri tidak dapat menyuntik lengan saya mengeras seperti batu," tambahnya.

"Selepas itu saya mengambil keputusan membeli jarum khas untuk menyuntik.

"Jarum jenis ini digunakan kepada lembu, tiada jarum yang lebih kuat lagi. Saya tahu ia kelihatan bodoh tetapi saya perlu membuat suntikan 'synthol'."

Malah dia memperdayakan isterinya, Marisangela Maringo, 22, untuk menyuntik badannya dengan minyak di beberapa bahagian yang tidak boleh dicapainya.

"Saya beritahu dia tak ada masalah dengannya, saya kata ia akan disingkirkan daripada badan dalam masa singkat.

Bagaimanapun isterinya meminta dia memilih antara dua sama ada mahu terus mengambil 'synthol' dan memutuskan hubungan mereka selepas menyedari perkara yang sebenar.

"Dia beritahu saya jika saya mula gunakan 'synthol' lagi atau apa-apa sahaja serupa denganya, dia akan meninggalkan saya," katanya.

"Ia merupakan waktu yang paling sukar dalam kehidupan kami kerana saya tertekan dan saya dibuang kerja kerana mahu membunuh diri," katanya.

Biseps Alves semakin membengkak sehingga berukuran 25 inci tetapi respons daripada orang ramai mengatakan tahap kewarasannya semakin merosot.

"Saya memutuskan untuk memperbetulkan cara saya dan saya tidak lagi mengambil sebarang dadah. Kami telah melalui waktu yang amat sukar dan hampir berputus asa," katanya.

Bahan yang disuntik ke dalam badannya sebelum ini kemudiannya menyebabkan rasa sakit berlarutan dan dia hampir mengalami kegagalan buah pinggang kerana kandungan toksin di dalam minyak yang diambil.

Seorang doktor memberitahu bahawa tindakannya itu akan menyebabkan kedua-dua tangannya akan dipotong.

"Isteri saya menangis selepas saya pergi ke hospital untuk rawatan pada pukul 5 pagi," tambahnya.

"Doktor beritahu sama ada otot saya akan terus mengeras atau tangan saya perlu dipotong.

"Bagaimanapun, saya bersyukar kepada Tuhan selepas doktor beritahu bahawa tangan saya tidak perlu dipotong, sebaliknya mereka hanya perlu membuang semua bahan 'synthol' yang mengeras dalam lengan saya."

Alves masih bercita-cita untuk menjadi seorang ahli bina badan yang profesional tetapi mahu mengamalkan cara yang sepatutnya.

"Saya masih rasa mahu mengambil 'synthol' tetapi saya tidak mahu mengambilnya lagi.

"Saya begitu menyesal. Cita-cita saya masih mahu menjadi seorang ahli bina badan tetapi perjalanan saya masih panjang untuk ke arah itu.

"Saya tahu saya akan mencapai hasrat itu suatu hari nanti," katanya. - MAIL ONLINE


mstar.com.my

Gambar Belangkas