Thursday, April 30, 2015

7 ahli kongsi gelap didakwa

KLANG 30 April - Perbuatan ganas sekumpulan tujuh lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap dalam kejadian kebakaran dan pembunuhan seorang pengawal keselamatan di Bandar Bukit Raja, dua minggu lalu membawa padah apabila kesemua mereka hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.

Tertuduh-tertuduh iaitu M. Yugaraj, 23; B. Saravanan, 33; N. Mageswaran, 25; N. Yogeswaran, 22; U. Kunalan, 22; C. Reshiwaran, 22; dan E. Sasikumar, 26, kini berdepan dengan hukuman di tali gantung setelah mereka didakwa atas tuduhan membunuh Muhammad Ridzhuan Che Bai, 26.

Mengikut pertuduhan, ketujuh-tujuh tertuduh didakwa te­lah berkumpul secara haram dan membunuh pengawal keselamatan tersebut di 11-Avenue, Bandar Bukit Raja, di sini kira-kira pukul 2 pagi, 18 April lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh yang be­kerja sebagai penarik kereta, penghantar surat khabar dan pe­ngawal keselamatan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah.

Tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 16 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rizal Azani Zainal Adzam manakala tertuduh diwakili peguam bela S. Saravanan dan P. Uthayakumar.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, sekumpulan lelaki bertindak ganas menyerang tujuh pengawal keselamatan dan membakar tiga pondok kawalan, menyebabkan seorang daripadanya maut selepas ditetak dengan parang sebelum dibakar.

Kejadian itu dipercayai berpunca akibat berebut kawasan kawalan keselamatan dan enam lagi rakan setugas mangsa yang sedang membuat rondaan turut cedera parah akibat ditetak. - Utusan

'Penghendap' Buat Carian Nama Mangsa 40,000 Kali Di Google Dipenjara

Fogel (kiri) mengganggu hidup Waxman (kanan) selama 12 tahun.

SEORANG 'penghendap' yang membuat carian nama mangsanya sebanyak 40,000 kali setahun di laman web Google dipenjara kerana membuat gangguan selama 12 tahun.

Portal Mirror melaporkan bahawa Elliot Fogel, 40, bekas penerbit Sky Sports, membuat gangguan terhadap Claire Waxman menerusi panggilan telefon, kiriman kad Hari Kekasih (Valentine's Day) malah menyamar sebagai bakal bapa di pusat jagaan kanak-kanak demi menarik perhatiannya.

Dia sudah pun mendapat tiga perintah sekatan selepas lebih sedekad 'menganggu' mangsanya tetapi masih berterusan untuk berhubung.

Fogel dipenjarakan selama tiga tahun dan enam bulan untuk dua pertuduhan kerana melanggar perintah sekatan yang keluarkan pertama kali pada 2005.

Perintah itu melarangnya daripada berhubung atau menyimpan maklumat mengenai mangsa.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Fogel digelar oleh pihak pendakwaan sebagai "penghendap yang tidak akan berhenti membuat gangguan" dan dipenjarakan selama dua tahun selepas mengirimkan kad ulang tahun kepada mangsa yang menandakan enam tahun perintah sekatan dikenakan terhadapnya.

Dia membuat carian nama Waxman sebanyak 40,000 kali di laman web Google, menyamar sebagai bakal bapa di pusat jagaan kanak-kanak, memecah masuk kereta mangsa dan membuat beratus-ratus panggilan terhadap mangsa pada lewat malam.

Mahkamah Harrow Court menyifatkan Fogel sebagai seorang individu yang "kompulsif, penghendap keterlaluan yang membuatkan hidup Waxman sengsara selama 12 tahun". - MIRROR


mstar.com.my

Media, artis kutuk Jokowi

WAJAH Presiden Indonesia, Joko Widowo atau Jokowi menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar di Australia selepas mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah dadah, kumpulan Bali Nine, semalam di Cilacap, Jawa Tengah.


Daripada sembilan pesalah itu, dua daripadanya, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran adalah warga Australia manakala hukuman seorang pesalah warga Filipina, Marry Jane Veloso ditangguh selepas seorang individu mengaku menjadikannya sebagai keldai dadah.

Media berpengaruh di Australia, The Courier Mail, menampilkan foto Jokowi dengan tangan berlumuran darah sebagai simbol pasca pelaksanaan hukuman mati tersebut.

Kecaman terhadap Jokowi turut dilemparkan oleh beberapa artis band rock seperti Napalm Death, Black Sabbath dan Guns N' Roses.

Dalam satu temubual, Jokowi berkata, hukuman itu sesuai dengan kesalahan mereka jika ingin dibandingkan dengan jumlah kematian rakyat negara itu akibat dadah.

Menurutnya, kira-kira 50 rakyatnya mati dalam sehari atau 18 ribu maut dalam setahun akibat dadah.

Sementara itu, Australia memanggil balik kedutaannya di Indonesia sejurus hukuman itu dilaksanakan.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata, tindakan itu dibuat untuk satu rundingan selepas mayat dua rakyatnya dikembalikan kepada keluarga masing-masing.

Agak-agak la nak fitnah pun



Ingat puak pemuda pas lapar sangat ke duit haram tu?

Tak masuk akal harga ni



Apa nasib rakyat marhaen seperti kita ni. Menteri tak makan rasanya benda macam ni.

Bagaimana Litar Lumba Di hasilkan.

Bagaimana Litar Lumba Di hasilkan|gambar|ceritaejoy.

Kita biasa melihat kenderaan berlumba di litar lumba. Semuanya laju-laju kan? Tapi pernahkah kita terfikir, bagaimana litar lumba di hasilkan? Gambar di bawah ada menerangkan perihal ini.

This Is How They Actually Build a Race Track
This Is How They Actually Build a Race Track

This Is How They Actually Build a Race Track

This Is How They Actually Build a Race Track

Mana Pergi Semua Blogger Malaysia?

Blogger malaysia|ceritaejoy.

Aku rasa macam sunyi je harini. Tak tahu mana pergi semua blogger malaysia harini. Senyap je blog aku. Bukan sebab orang tak datang singgah kat blog aku, tapi aku tak nampak mana-mana artikel atau cerita yang aku nak baca. Biasa kalau aku bukak kat laman depan (laman yang penuh dengan blog rakan-rakan blogger malaysia) pasti akan ada cerita-cerita terbaru, tapi harini macam takda je? Hmm.

Atau aku yang tak bercampur dengan rakan-rakan blogger yang havoc? Yeker? hihihi. Pernah juga aku join group rakan-rakan yang havoc, tapi bertahan sekejap je. Bukan sebab aku yang tarik diri, tapi sebabnya aku dikeluarkan. Wahahahaha. Join group blogger tapi sebab dikeluarkan lansung tak berkait dengan blog. Itu sangat menyeronokkan! Hmm, malas nak bercerita atau nak ingat lagi pasal ni. Manusia VS kuasa.

Sebenarnya banyak group-group blogger yang ada. Yang paling aktif dan yang kurang aktif. Niat aku, selain dari menambah kawan baru, aku nak mencari ilmu dalam dunia blog ni. Tetapi, aku inginkan suatu yang bersifat sama rata. Ataupun pemimpin yang bergaul, dan bukannya mereka yang gemar memberikan arahan dan arahan. Dan semua orang perlu patuh.

Aku tahu, bukan mudah nak jumpa group macam tu, tetapi aku sangat percaya, wujud blogger semacam ini. Dan aku harus terus mencari dan mencari. (Macam rare la pulak bunyinya kan?). 

Orang cakap aku sombong. Orang cakap aku tak campur orang. Macam-macamlah. Tapi aku buat tak tahu je, bukan sebab aku poyo, sebab aku tetap dengan pendirian aku. biarlah orang cakap apa pun, janjinya hati aku senang dan selesa.

Amacam, rasa-rasanya, boleh tak aku jumpa dengan blogger malaysia yang aku maksudkan tadi?

Haffizul Iskandar.

Gambar Belangkas