Friday, March 27, 2015

Vokalis kumpulan 90-an direman kes dadah

KUALA LUMPUR 27 Mac – Seorang bekas vokalis kumpulan terkenal era 90-an direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengambil dadah jenis amphetamine.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Zulyana Zollkapli di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selebriti yang baru-baru ini menjadi antara pemenang dalam sebuah pertandingan nyanyian membabitkan penyanyi ‘otai’ itu dibawa masuk ke dalam mahkamah dengan diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah reman pada pukul 11.30 pagi.

Suspek yang semakin kurus itu langsung tidak cuba menyorokkan wajahnya namun kelihatan bersahaja apabila wajahnya dirakam oleh jurugambar ketika dibawa keluar dari mahkamah pada pukul 12.30 tengah hari.

Semalam, suspek ditahan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, Hulu Kelang di sini pada pukul 9 malam.

Ketika pemeriksaan badan dilakukan, polis tidak menjumpai apa-apa barang larangan namun suspek kemudiannya dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk menjalani ujian saringan dan didapati positif dadah jenis amphetamine.

Dari Ulat Kepada Rama-Rama.

Surprise Transformation on a Home Pot Plant
Surprise Transformation on a Home Pot Plant

Surprise Transformation on a Home Pot Plant

Surprise Transformation on a Home Pot Plant

Surprise Transformation on a Home Pot Plant

Surprise Transformation on a Home Pot Plant

Surprise Transformation on a Home Pot Plant

Surprise Transformation on a Home Pot Plant

Surprise Transformation on a Home Pot Plant

Beruntunglah mereka.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Sekadar luahan hati aku semata-mata. Beruntunglah mereka yang pandai berkata-kata. Kerana kuasa kata-kata mampu mengubah hati manusia.

Pembayaran bonus dah semakin dekat. Jadi, diwaktu ini, akan ada ramai pekerja yang semakin "rajin". Akan ada ramai pekerja yang akan mendekati bos-bos, dalam usaha mendapatkan result yang terbaik dalam pembayaran bonus nanti.

Di sini, untungnya mereka yang pandai berkata-kata. Yang mana tak terdapat dekat diri aku. Aku bukan seorang yang pandai berkata-kata. Dan aku juga bukanlah manusia pembodek!

Dalam department aku, ada istemewanya. Yang mana, seorang pekerja yang inginkan keputusan yang baik, perlulah memberitahu kenapa dia perlu diberi keputusan yang baik oleh bos.

Dalam kata mudahnya, dia promote diri dia pada bos dan berikan semua alasan yang ada dan bos mesti bagi dia yang terbaik.

Di sini lebihnya mereka. Beruntung mereka yang pandai berkata-kata. Kalau kerja teruk sekalipun, kalau ayat power, mesti dapat gred tinggi.

Macamana pulak dengan orang yang tak tau nak susun ayat ni? Kalau kerja dia pun sama teruk, takpelah jugak kan? Macamana pulak kalau kerja dia lagi bagus daripada orang yang pandai susun ayat ni?

Pada aku, bos yang sepatutnya pandai menilai pekerja bawahan dia. Bukannya mendengar kata-kata pekerjanya sahaja. Akan wujud ketidakadilan di situ.

Kesian pulak pada mereka yang bertungkus lumus kerja sepanjang tahun tetapi tidak dinilai dengan baik. Beruntunglah mereka yang kerja tahapahapatah tapi boleh dapat gred yang tinggi.

Aku sangat percaya dengan rezeki yang Allah beri kepada hamba-hambanya. Kalau dah nama rezeki, tak kemana perginya.

Kalau dah menjadi hak seorang pekerja itu tetapi tidak diberi dengan baik, pasti akan balasannya. Aku cukup percaya dengan perkara semacam ini.

Apa pun, beruntunglah mereka yang pandai berkata-kata atau dalam erti kata lainnya, kuat bodek ni.

Misteri Budak 2 Tahun Di Jumpai Di Hutan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam wife aku ada cerita, perihal seorang kanak-kanak berumur 2 tahun yang hilang, ditemui di dalam hutan oleh sepasukan ahli bomba. Pagi ni, aku terbaca di dalam 1 blog yang berkongsi gambar perihal cerita ni. Misteri budak 2 tahun di jumpai di hutan.

Terdetik dalam kepala aku. Macamana kanak-kanak berumur 2 tahun boleh berada dekat kawasan yang semacam tu. Betul-betul pelik. Biasalah kan, bila kita tengok gambar atau dengar cerita yang macam tu, mesti kita akan fikir yang bukan-bukan kan?

Fikir yang bukan-bukan tu, maksudnya, mungkin juga sesuatu perkara yang berlaku kepada anak kecil ni. Yelah kecik sangat kan? Rasanya dia pun tak tahu apa yang berlaku kat dia.

Ok, apa yang ada dalam kepala aku, mestilah perkara ghaib. Aku dibesarkan dengan ilmu melayu lama. Jadi, sedikit sebanyak, pemikiran melayu lama itu wujud dalam minda aku ni.

Sungguh aku pelik. Macamana budak umur 2 tahun tu boleh berada dekat kawasan macam tu. Kalau dekat atau aku kenal, maunya aku g tanya, apa yang berlaku sebenarnya.

Apa pun, alhamdulilah, adik kecil ni selamat. Terfikir kalaulah berlaku dekat anak aku. Anak aku pun sama je baya dengan anak kecil ni.

Apa pun, alhamdulilah dan syukur anak kecil ni selamat. Terima kasih kepada anggota bomba yang pastinya bertungkus lumus di dalam operasi mencari ni. Terima kasih sekali lagi kepada anggota bomba.

Semoga ada yang merungkai misteri budak 2 tahun di jumpai di hutan ini.

Gambar di bawah adalah dari : gambar misteri budak 2 tahun boleh bermalam di dalam hutan  (Blog Mestimauu.)



Menteri Kecam Laman FB Miri Community Berhubung Dakwaan Murid Dipaksa Tukar Agama

MIRI: Laman Facebook Miri Community menerima kecaman keras daripada kerajaan negeri kerana menyiarkan tulisan yang mendakwa seorang murid perempuan berusia 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini dipaksa menukar agamanya.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata individu yang menulis catatan itu perlu bertanggungjawab mengenai tulisannya yang tidak mencermikan perkara sebenar.


Kata beliau, tulisan itu bersifat berat sebelah dan boleh mencetuskan ketegangan agama serta menghancurkan keharmonian yang wujud sejak sekian lama di Sarawak.


"Paling penting, murid perempuan itu tidak pernah dipaksa memeluk Islam, dia masih beragama Kristian, dia secara sukarela datang berjumpa guru-guru berkenaan untuk menyatakan minatnya terhadap Islam sebelum bermulanya cuti persekolahan selama seminggu baru-baru ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan murid itu, ibu bapanya dan para guru di sini, Jumaat.


Fatimah, yang juga bertanggungjaab bagi hal ehwal pendidikan di negeri ini, berkata para guru berkenaan berulang kali bertanya sama ada niatnya itu benar-benar ikhlas dan murid terbabit memberi jawapan positif, tanpa sesiapa mempengaruhi atau memaksanya menukar agama.


"Satu-satunya kesilapan para guru itu ialah mereka tidak pernah berbincang dengn ibu bapa murid berkenaan sebab dia dijaga datuknya," kata Fatimah.


Beliau berkata, murid itu turut mengaku dia berjumpa dengan guru berkenaan secara sukarela untuk menyatakan minatnya terhadap Islam.


Fatimah juga menafikan tuduhan beberapa individu melalui laman Miri Community bahawa guru berkenaan mempunyai "satu senarai panjang pelajar yang disasar untuk diIslamkan" di kawasan terpilih di sini.


Kontroversi ini timbul apabila gambar sepucuk surat aduan yang dihantar kepada pengetua sekolah itu mengenai guru terbabit dan satu salinan laporan polis mengenainya dimuatkan dalam laman Miri Community, laman facebook berasaskan komuniti untuk berkongsi maklumat tentang Bandar Raya Miri, yang mendakwa guru berkenaan memaksa murid itu memeluk Islam.


Gambar itu segera tersebar dengan meluas dan banyak pengguna internet berkongsinya hingga mendorong parti pembangkang, PKR di sini mengambil tindakan. - Bernama

Berikut adalah kenyataan media dari dua individu yang dikatakan terlibat menafikan fitnah pengislaman secara paksa seorang murid seperti yang tersebar di media sosial.

Kami, Suti Kamila Md Zain dan Nik Seri Ayu Nik Ibrahim telah membuat Laporan Polis pada pagi tadi di Balai Polis Lutong.

Laporan tersebut adalah laporan penafian terhadap laporan polis yang mengandungi unsur fitnah yang telah dibuat oleh * Anak (No Kad Pengenalan: 20*-13-*0, Tarikh Repot 25.03.2015 jam 12.18pm, No Repot: LUTONG/001631/15) di Balai Polis Lutong.

Kami menafikan sekeras-kerasnya perkara yang mengandungi unsur fitnah yang tidak benar sama sekali, yang mana di dalam kandungan laporan polis itu antara lain menyatakan seperti berikut:

1. PengIslaman * merupakan satu paksaan dan merupakan satu muslihat dari pihak kami adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana * sendiri telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam kepada rakan-rakannya di sekolah dan telah datang berjumpa dengan beberapa orang guru memohon bantuan untuk pengIslamannya secara sah mengikut saluran yang sepatutnya. Ini menunjukkan tiada paksaan dari pihak kami mahupun tipu muslihat untuk mengIslamkan * secara tidak sah. Malah beliau sendiri telah memilih nama Islam beliau iaitu Nhur Syahirrah Azhra.

2. Satu surat aduan yang mengandungi unsur fitnah yang sama dan berniat jahat terhadap kami juga telah dihantar kepada pihak sekolah kami iaitu SMK Lutong. Untuk makluman,
* sendiri telah mengesahkan kepada pihak kami bahawa sedari kecil beliau telah dijaga oleh datuknya sendiri iaitu Achu Anak Mangku dan sehingga kini masih tinggal bersama datuknya. Datuknya sendiri telah membenarkan proses pengIslaman cucunya. Untuk rekod, bahkan apa yang sebenarnya berlaku adalah datuk kepada * sendiri iaitu Achu Anak Mangku (No Kad Pengenalan: 480519-13-5231) juga sebenarnya telah secara sukarela bersyahadah dan memeluk Islam tanpa paksaan serta ingin didaftarkan pengIslaman beliau mengikut saluran yang sah melalui pihak berkuasa.

3. Pihak kami yakin dan percaya bahawa ada pihak tertentu yang mempengaruhi mereka untuk membuat pengakuan atau kenyataan sebaliknya. 

4. Kami memohon satu siasatan yang telus dan adil perlu dilakukan memandangkan laporan polis yang dibuat oleh
* dan surat aduan yang dibuat kepada pihak sekolah telah disebarkan secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial seperti Facebook, FB Miri Community dan lain-lain yang telah mengundang pelbagai kritikan tidak berasas, tuduhan melulu dan komen yang tidak sewajarnya sama sekali.

Laporan penafian ini dibuat kerana bimbang keselamatan kami akibat dari tuduhan tersebut. Emosi dan kehidupan kami sangat terganggu akibat dari dakwaan palsu dalam laporan tersebut. Marilah kita bersama-sama bersikap adil untuk menjaga keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

Sekian, terima kasih.

Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam

Pada bulan Oktober 2010, sebuah teleskop angkasa berkuasa tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di antara India dan Sri Lanka.


Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.

Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah

Masalah mental.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Terpanggil aku nak berbual perihal cerita masalah mental ni. Bukan apa, kalau kita tengok kat malaysia sekarang ni, bila berlaku kes melibatkan kecederaan atau lebih teruk lagi melibatkan kematian, pasti akan wujud kenyataan ini, "masalah mental".

Baru-baru ni pun, ada juga kes yang viral kat malaysia ni, puncanya kecik je, tapi bila semua orang dah tahu kes ni keluarlah statement masalah mental.

Sekali lagi, mereka yang terlibat akan menggunakan alasan yang sama. Ia semacam satu alasan yang kuat, dalam menangkis segala macam tuduhan dan cemuhan.

Persoalan sekarang, berapa ramai orang yang mempunyai masalah mental kat malaysia ni? Dan adakah alasan ini mempunyai "kekebalan" nya yang tersendiri?

Orang sekarang ni, normal pun boleh mengaku gila hanya untuk melepaskan diri dari dikenakan apa-apa tindakan. Kalau macam tu, ini bermakna, masalah mental ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja?

Aku terfikir, jika kes yang melibatkan mereka yang bermasalah ini, mereka akan di hantar untuk pemeriksaan lanjut di hospital. Itu mereka, bagaimana pula dengan mangsa yang terlibat?

Ini yang aku cakap, sesiapa pun boleh mengaku gila. Kena orang yang normal, di pukul atau di ancamnya orang lain, terus mengaku gila, hantar hospital, buat pemeriksaan.

Kesukaran di dalam mengenal pasti mereka yang mengalami masalah mental ini adalah mereka berada di dalam kelompok masyarakat. Dan mungkin juga di kalangan kita. Jadi mereka juga adalah manusia normal! Perlu ada pemantauan kursus untuk golongan seperti ini.

Jangan nanti, bila semakin banyak kes yang berlaku, dan kesemuanya menggunakan alasan yang sama, barulah diwujudkan perkara tertentu untuk mereka.

Tak aku nafikan, kehidupan sekarang semakin mencabar. Dan boleh dikatakan juga, ramai yang mengalami masalah tekanan hidup.

Dan bila masalah yang sebenarnya, boleh diuruskan, tetapi tidak diuruskan dengan betul, ini yang datang macam-macam masalah ni.

Aku hanyalah manusia picisan yang takut kalau-kalau masalah mental dalam kalangan masyarakat malaysia ni jadi lebih teruk. Lagi takut kalau ia berlaku dalam ahli keluarga aku.

Semoga kita semua dilindungi dari segala macam perkara yang tidak di ingini.

Gambar Belangkas