Tuesday, March 24, 2015

Harga Terbaru Rokok Bermula 1 April 2015!


Aku dapat Info ni daripada group whatapps rakan-rakan. Aku tidak merokok. Tetapi aku sangat terperanjat dengan harga yang tertera dekat gambar atas.

Uish, mahal jugak ye harga rokok sekarang ni. Mungkin ia biasa kepada orang lain tetapi tidak pada aku. Harga yang diberikan terasa terlalu mahal.

Aku sebenarnya, selalu jugak belek kotak rokok kawan-kawan yang menghisap rokok ni. Sahaja aku nak tengok, tak berniat nak mencuba pun. Ada juga aku tanyakan harga rokok terbaru, tetapi aku tak pernah nak ingat. Sebabnya, takde sebab untuk aku ingat. Hahahaha.

Jika begini harganya, maka tidak hairanlah mengapa ramai orang yang membeli rokok yang tidak berdaftar. Semuanya di atas faktor harga. Tetapi, bila mereka memilih untuk membeli rokok yang tidak berdaftar, maka mereka perlu memikirkan hal ini pula : Apa yang anda perlu tahu tentang rokok seludup.

Ini mungkin salah satu usaha kerajaan dalam usaha mengurangkan penghisap rokok. Tetapi, aku merasakan, wujud pertambahan yang sangat ketara kepada bilangan mereka.

Manakan tidak, penjualan rokok kepada mereka di bawah umur seperti tidak terkawal. Pernah juga aku tanyakan kepada pemilik kedai runcit, kenapa mereka tetap juga menjual rokok kepada pembeli bawah umur.

Jawapan pemilik kedai mudah je, katanya, mereka terpaksa menjual atas kerana ia juga memberi keuntungan kepada mereka. 

Antara alasan lain, mereka menjual rokok seludup atas kerana ramai yang tidak mampu untuk membeli rokok yang berdaftar atas faktor harga yang tinggi.

Ini antara faktor kenapa wujud pertambahan di kalangan penghisap rokok.

Alhamdulilah sekali lagi aku tidak tergolong di kalangan penghisap rokok walaupun ayah aku seorang yang "heavy smoker".

OUT OF THE DARK 2015


Filem seram "Out Of The Dark" arahan Lluis Quilez mengisahkan sebuah keluarga berkulit putih dari eropah berpindah ke sebuah daerah Colombia.Lakonan oleh Pixie Davies, Alejandro Furth dan Stephen Rea ini memaparkan sepasang suami isteri bersama anak mereka diganggu oleh roh kanak-kanak Colombia.Saksikan Trailer Out Of The Dark di bawah.






OUT OF THE DARK TRAILER!!

10 Bahasa Lenggok Tubuh Wanita Yang Pasti Akan Membuatkan Lelaki CAIR !!!


Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya?

Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

Peringatan dan Amaran Keras !! : Tips yang dikongsikan di sini adalah khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi anda yang belum berkahwin, anda tidak dibenarkan dan Haram sama sekali untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda belum kawin.

1. Memusing kepala dan menguak rambut

Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu.

Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir dan buka sedikit mulut

Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh

Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan.

Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi.

Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat

Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah.

Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali.

Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat

Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda.

Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda

Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik!

Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda

Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung.

Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol.

Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan

Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut....

Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat....

Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini....

9. Kekalkan minat si dia

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya.

Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati.

Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia

Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah suami anda . Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

*Tips yang last sekali tu tak payah la ikut yer !!!!

Lagi Pesawat Terhempas!

Pesawat Germanwings terhempas

Pesawat Germanwings terhempas

Marseille: Pesawat Airbus penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings terhempas di kawasan pergunungan Alps di selatan Perancis, hari ini, ketika dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Penerbangan 4U9525 itu membawa 144 penumpang serta enam kru.
Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban dalam nahas itu.

"Pesawat itu terhempas di awasan tepencil dan sukar dilalui," katanya.
Sementara itu, jurucakap perbadanan penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat A320 itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette yang terletak kira-kira 100 kilometer utara Nice, Perancis.

Pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalan ke lokasi nahas, katanya.
Sementara itu Jurucakap pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena berkata, pesawat itu berlepas dari Barcelona pada 8.55 pagi GMT (4.55 petang Malaysia).

Manakala, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Perancis, Pierre-Henry Brandet berkata, pesawat itu menghantar isyarat kecemasan pada 10.45 pagi waktu tempatan sebelum terhempas di kawasan pergunungan pada ketinggian kira-kira 2,000 meter. - Agensi

Saksikan AKSI Menarik TMJ Dan CIK PUAN KHALEEDA Sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor [ 7 GAMBAR ]


Ramai yang memang sedia maklum mengenai Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor baru-baru ini yang disambut meriah. Sempena istiadat itu juga, telah diadakan satu majlis Makan Malam yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negara serta tetamu VIP...

Untuk info, majlis tersebut merupakan satu ‘private function’ tanpa kehadiran pihak media membuat liputan....

Bagaimanapun, menerusi Instagram pemilik akaun yang dirahsiakan, gambar-gambar menarik TMJ dan isterinya Cik Puan Khaleeda, dapat dikongsikan untuk tatapan semua....

Jom tengok!!!







Syafiq Kyle DIDAKWA Memukul Uqasha Senrose Sampai LEBAM Dan Mengalami Kecederaan Di Muka !!!


PETALING JAYA: Pelakon Syafiq Kyle terkejut selepas dituduh memukul kekasihnya iaitu Uqasha Senrose kononnya sehingga wanita berkenaan mengalami kecederaan pada wajah...
Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 23, berkata, dia tidak takut dengan dakwaan tersebut kerana ia sama sekali tidak benar dan menganggap ia sebagai mengarut....
“Tidak ada gunanya saya menghabiskan tenaga dengan melayan gosip murahan seperti itu kerana saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya asas cerita berkenaan....
“Banyak benda yang tidak benar dilaporkan tentang saya dan yang terbaharu ini tiada bezanya kerana ia remah dan mengarut,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin....

Komen peminat yang mendakwa Syafiq seorang kaki pukul dan pernah bertindak memukul Uqasha.
Syafiq mengulas tuduhan dalam ruangan komen peminat menerusi artikel di portal Rotikaya yang mendakwa pasangan itu sudah berpisah dan kini Uqasha sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ben Ali...

Menerusi komen itu, peminat berkenaan melabel Syafiq sebagai lelaki dayus kerana memukul Uqasha dan mereka patut berpisah...

Dalam pada itu, Syafiq berkata, dia tidak pasti apakah motif sebenar disebalik dakwaan tersebut namun ia sama sekali tidak memberi kesan kepadanya....

Malah kata Syafiq, sepanjang bergelar artis dia tidak pernah memberi perhatian atau membaca ruangan gosip....


Syafiq menjelaskan hubungan Uqasha dengan Ben hanya sekadar kawan baik....

“Pihak yang buat dakwaan itu nampaknya tidak mengenali saya secara peribadi dan atas dasar apa dia buat dakwaan seperti itu?” soalnya....

Sementara itu, Syafiq berkata, hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dakwaan kononnya mereka sudah berpisah tidak benar....

Malah kata Syafiq, dakwaan kononnya Uqasha kini sudah menemui pengganti dengan seorang pelakon baru yang dikenali sebagai Ben Ali adalah tidak benar dan lelaki berkenaan adalah sahabat baik Uqasha...


Hubungan Uqasha dan Syafiq masih berjalan seperti biasa....

“Uqasha dan Ben sudah berkawan baik sebelum kami kenal lagi malah saya sendiri rapat dengan pemuda itu....

“Dakwaan mereka bercinta adalah tidak benar dan gosip itu saya anggap bersifat kebudak-budakkan kerana ia hanya berdasarkan telahan tanpa sebarang bukti kukuh,” ujarnya....

Dalam perkembangan lain, Syafiq berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama istimewa bersempena sambutan Hari Guru berjudul Kerana Dia Juga Cikgu untuk siaran slot Cerekarama di TV3....

Drama terbitan Langkah Karya Production Sdn Bhd itu, diarahkan oleh Keoi Khalid dan turut membariskan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Azhan Rani, Izzuan Fikri dan Mak Wan Latah. – mStar

FOTO "Kisah SEBENAR Disebalik Bayi Yang Dilahirkan Di Johor Seperti Ikan Duyung AKHIRNYA Terjawab"


Terlebih dahulu kita harus bersyukur kerana dilahirkan dengan cukup sifat serta boleh berfikir secara waras. Namun sebalik akal yang waras kita tidak dapat menggunakannya ke arah kebaikan sebaliknya kita menggunakannya untuk menyakiti insan yang lain...

Adakalanya manusia yang tidak cukup sifat mempunyai iman yang tinggi berbanding kita yang cukup sifat. Berbalik kepada tajuk diatas sekeping gambar bayi menjadi viral dilaman sosial kerana didakwa dilahirkan seperti ikan duyung...

Bayi tersebut dikatakan telah dilahirkan di Pontian Johor bharu. Namun tidak pasti samada benar atau sebaliknya jadi anda lihat sendiri gambar dibawah....



SUMBER

Gambar Belangkas