Tuesday, March 24, 2015

Majlis 'Kahwin Bogel' Jadi Viral


SEPULUH pasangan menyertai majlis perkahwinan dengan hanya memakai pakaian dalam dan 'menutupi' badan dengan pelbagai lukisan berwarna-warni.

Majlis yang diadakan di taman rekreasi Hangzhou Paradise pada Ahad yang dirakamkan itu kini menjadi viral di laman media sosial.

Kebiasaannya, mengikut tradisi rakyat China, 'perkahwinan bogel' adalah perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin disatukan atas dasar cinta, namun tidak mempunyai rumah mahupun kereta yang didaftarkan atas nama mereka.

Ia sebagai lambang cinta terhadap pasangan masing-masing, bukannya kerana harta benda.



Sumber: mstar.com.my

AWAS ,SEBARKAN !!! Jangan Terpedaya Dengan Lelaki Yang Menghantar Sejambak Bunga Ke Rumah Anda !!!


PERHATIAN!! Sila kunci pintu pagar rumah anda. Jangan biarkan tak berkunci.'''

Sekarang ini baru berlaku kepada kawan saya di rumahnya di Bandar Country Homes, jam 1.35 petang....

Seorang lelaki membawa sejambak bunga dan meminta kawan saya keluar dari rumah untuk ambil bunga itu. Lelaki itu kata ada orang bagi....

Bila kawan saya suruh tinggalkan je bunga itu di pagar. Tetapi lelaki itu mendesak juga untuk keluar dari rumah dan ambil bunga itu dari tangan dia....

Apabila kawan saya kata lelaki i#tu mungkin tersilap alamat, lelaki itu bertegas menafikan dan tetap mengatakan bahawa bunga itu sememangnya untuk kawan saya tu. Bagaimanapun kawan saya tetap enggan percaya dan keluar dari rumah.

Perkara yang sama juga berlaku pada sepupunya yang berada di kawasan yang sama pada jam 2.50 petang. Tetapi mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana pintu pagar berkunci.

Mungkin ini adalah taktik baru penjenayah untuk merompak....

Besar kemungkinan, jika mangsa yang terhidu bau bunga itu akan dipukau ataupun diacukan dengan senjata bahaya....

Suspek menaiki kereta BMW berwarna hijau dan kini pihak polis sedang giat mencari suspek.

Sila berhati-hati dan jangan sesekali percaya pada sesiapa, sentiasa kunci pintu dan jika dipanggil oleh orang yang tidak dikenali, eloklah jangan layan....

Sebarkan untuk keselamatan bersama.....

SUMBER

TIPS Dan PETUA Bagi Menanggalkan Kesan Karat Pada Pakaian !!!


PETUA HILANGKAN KARAT PAKAIAN !!!

Boleh cuba mana-mana cara berikut...

Cara 1:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 2:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalamair garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 3:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 4:
Sental buah belimbing buluh masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

selamat mencuba.........!!!!!!!!!!

ARTIS Terkenal Kantoi Sedang Berasmara Di Dalam Hotel ,,,Kenal Ke ??? [GAMBAR]


Dalam gosip di akhbar Harian Metro menyebut, seorang artis veteran ternampak sendiri perlakuan artis yang tidak teragak-agak dan tanpa segan silu masuk ke bilik....

Mustahil artis perempuan itu mahu membantu artis lelaki itu membetulkan cadar ataupun menukar sarung bantal kerana pihak pengurusan penginapan itu sudah menyediakan pekerja yang ramai untuk membuat kerja-kerja itu semua....

Lagipun takkan artis wanita itu sanggup menggunakan jari jemarinya yang mulus itu untuk mengemas bilik artis lelaki itu....

Khabarnya artis veteran artis veteran itu marah benar akan perlakuan tidak senonoh kedua-dua artis itu. Ia turut memalitkan arang ke wajah artis lain yang mana kalau masyarakat tahu macam gitulah perangai artis, langsung hilang hormat pada penggiat seni tanah air....

Di manakah letak­nya maruah mereka sebagai manusia sehingga sanggup melempiaskan nafsu tanpa mempedulikan orang sekeliling....

Suatu ketika dulu artis wanita itu khabarnya bakal menamatkan zaman solonya, tetapi sayang sekali jodohnya bersama buah hati tidak kesampaian dan sejak itu dia bagaikan kehilangan arah....

Masakan artis itu tidak ‘naik sawan’ kerana rakan katannya ramai yang sudah berkahwin dan ada anak...


SUMBER : http://kantoisuda.blogspot.com


Monyet Ini Dengan Selamba Melondeh Baju Awek Cun Yang Ingin Bergambar Dengannya !!! [5 FOTO]


Gambar ni ditangkap semasa awek ini ingin menangkap gambar dengan monyet jinak. Tiba tiba monyet tu melondehkan baju awek tu dan ternampaklah bu4h d4d4 awek tu.. Gatal benar Monyet tu...





UNDANG UNDANG SYARIAH ADALAH TUNTUTAN AQIDAH , MELANGKAUI SEMPADAN POLITIK

Kepatuhan kepada syariat Allah adalah tuntutan aqidah,tidak timbul sama sekali kerjasama dengan parti umno...kerjasama Kerajaan Kelantan dalam Isu Kanun Jenayah Syariah hanya kerjasama G to G bukan kerjasama antara parti.

Kanun Jenayah Syariah II telah diluluskan dalam dewan undangan negeri melalui sistem demokrasi dan mendapat sokongan penuh dari seluruh ahli dewan.

Perjuangan KJS 11ini adalah janji dalam manifesto Pas sebelum 1990 lagi dan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat.Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara antara parti parti dalam Pakatan Rakyat..

Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya DAP diharap menghormati kehendak rakyat Kelantan dan menghormati pimpinan kami...supaya kami juga menghormati pimpinan DAP...

Pakatan Rakyat perlu jelas kita mungkin serumpun tapi bukan sepohon- strategi dan kadang kadang pandangan kita adakala tak sama walaupun musuh kita sama UMNO BN.

YB Dato Seri Tuan Guru adalah presiden Pas,sebarang tindakan menghina dan menjatuhkan maruah serta memutuskan hubungan akan memberikan kesan yang sangat besar.

Diharap semua Majlis pimpinan Pakatan Rakyat bersidang segera sebelum sesuatu keputusan diambil yang bakal memberikan kesan yang cukup besar kepada masa depan perjuangan .

Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
24hb Mac 2015

Nora Danish sering terima komen lucah dari kanak-kanak di Instagram


 Komen Lucah: Nora Danish Anggap Anak-Anak Semakin Biadab

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meminta ibu-bapa agar melakukan pemantauan terhadap anak-anak mereka ketika melayari Internet termasuklah laman sosial untuk mengelak mereka menjadi biadab.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, perkara tersebut bakal mendedahkan kanak-kanak untuk menulis secara terbuka dengan komen yang biadap dan berunsur lucah.

"Saya juga mempunyai seorang anak, jangan biarkan teknologi moden membuatkan mereka menjadi biadap. Terlalu awal untuk mereka menerima benda-benda sebegini. Di Instagram banyak benda-benda lain juga, gambar lucah pun banyak.

"Kalau orang dewasa yang komen begitu, saya akan block sahaja. Tetapi ini kanak-kanak yang sangat mengecewakan saya," ujarnya seperti ditulis di laman Instagram miliknya pada pagi Selasa.

 Nora meluahkan rasa kecewanya di Instagram pagi Selasa

Nora berkata demikian kerana sering menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak di laman sosial instagram miliknya tanpa perasaan malu.

Dia yang mempunyai 1.7 juta pengikut di laman Instgram menganggap tindakannya untuk menegur perkara itu adalah sebagai satu tanggungjawab dan keperihatinan terhadap masalah tersebut.

"Setiap hari saya menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak. Jika instagram ini membuatkan mereka biadap janganlah beri mereka telefon.

"Anda mungkin tidak sedar kerana bukan anda yang menerima komen setiap hari dengan banyak," ujarnya.


Sumber: mstar.com.my

Gambar Belangkas