Wednesday, March 18, 2015

FILEM SERAM "JENGKA" BERBEZA - AZIZ M OSMAN


Meskipun filem genre romantik percintaan Azura 2012 arahannya di bawah terbitan produksi sendiri, Ace Motion Pictures Sdn Bhd meraih kutipan kurang memuaskan di pawagam, namun Aziz M Osman tidak pernah mengalah.

Sebagai anak seni sejati, dia terus gigih berkarya walaupun industri perfileman tempatan kini agak merudum. Kini, Aziz akan mempertaruhkan filem baru terbitannya, Jengka.

Bergenrekan seram, filem Jengka arahan Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman itu akan menemui penonton di pawagam tanah air mulai 26 Mac ini.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem Jengka ialah Riezman Khuzaimi sebagai Basir, Ramona Zamzam (Nini) Afida Es (Mak Fida), Raja Azrey (Along), Eyka Farhana (Aqish), Jobot (Ustaz Mizi) dan Sahiddin (Nyun).

Berbicara mengenai inspirasi filem itu, Aziz, 53, berkata, semuanya berlaku secara kebetulan kira-kira lima tahun lalu.Katanya, ketika itu dia sibuk menyiapkan drama hari raya untuk TV3.

“Pada 2010, ketika terbabit menyiapkan penggambaran drama di satu lokasi, seorang lelaki datang bertemu saya dan dia menceritakan kisah ini yang didakwa berlaku pada keluarganya.

“Lelaki yang juga anak jati Jengka, Pahang itu berjaya meyakinkan saya bahawa kisah diceritakannya cukup menarik untuk dijadikan karya.

“Saya sendiri akui berminat dengan cerita itu kerana ia ada kelainan untuk dikongsi bersama penonton. Kisahnya bukan seperti cerita seram yang biasa didengar,” katanya.

Bagaimanapun, Aziz berkata, ketika itu dia tidak ghairah mahu menerbitkan filem hantu. Namun, dia tetap bercadang menghasilkan cerita itu ke layar perak.

Berbekalkan sumber kewangan yang dikumpul, pada mulanya Aziz merancang menghasilkan filem bajet kecil. Apapun, selepas melihat hasilnya dia dapati ada potensi untuk dibesarkan.

Membuat penambahan bajet pelaburan, maka terhasillah filem Jengka yang memberi ruang kepada Aziz bertindak sebagai penerbit dan penasihat cerita.

“Apapun, saya menganggap pertemuan dengan lelaki itu sebagai rezeki untuk terus menghasilkan karya baru. Pada masa sama, cerita itu ada kelainan tersendiri.

“Cerita disampaikan itu berbeza dengan kisah seram yang pernah diangkat menjadi karya filem sebelum ini. Ia lebih menjurus pada kewujudan entiti,” katanya.

Mengulas soal bajet, Aziz berkata, setakat ini, perbelanjaan digunakan untuk filem Jengka hampir mencecah RM1 juta.

Bercerita mengenai elemen entiti atau makhluk halus diketangahkan, Aziz berkata, bukan mudah sebenarnya menghasilkan filem bergenre seram atau hantu.

Katanya, filem seram menuntut seseorang pengarah itu lebih kreatif daripada pelbagai aspek seperti sudut penceritaan, teknik kamera, elemen kejutan, mendebarkan, takut dan sebagainya.

“Menghasilkan filem seram tak sama dengan karya cinta dan romantik. Biasanya dalam filem cinta, segala emosi dan perasaan digalas oleh pelakon sebagai peranan utama.

“Bagi filem seram, pengarah perlu bijak mencipta babak menarik yang mampu membuatkan penonton dapat merasai kisah penceritaan yang dimuatkan dalam karya itu,” katanya.

Menurut Aziz yang berkarya bukan untuk mengejar keuntungan, dia hanya mahu menjadi pencerita terbaik melalui karya berkualiti untuk dikongsi bersama penonton.

Sebagai penggiat seni yang tidak asing di persada industri hiburan tanah air, Aziz pernah menghasilkan karya filem hebat seperti Femina, Fenomena, XX Ray, Senario The Movie, Leftenan Adnan dan banyak lagi.

Sinopsis Filem Jengka
Filem ini berkonsepkan ‘paranormal’ menceritakan Nini yang sarat mengandung meminta suaminya, Basir menghantar dia pulang ke kampungnya di Jengka, Pahang untuk melahirkan anak.

Basir hanya mengikutkan saja kehendak isterinya dengan alasan dia pun sibuk dengan urusan kerja dan tidak boleh menemani Nini.

Kepulangan Nini di kampung diraikan keluarganya dengan mengaturkan majlis kenduri doa selamat sempena menyambut kelahiran bayi dikandung Nini.

Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan. Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’.

Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah.

Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba. Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya.

Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Nini? Adakah Nini dan bayinya selamat? Semua jawapan untuk kisah yang berlaku ini ada jawapannya dalam filem Jengka.

Diterbitkan Ace Motion Pictures, Jengka yang menjurus pada kisah gangguan entiti dan makhluk halus itu diletakkan dalam klasifikasi tontonan P13. Filem ini berdurasi satu jam 20 minit.

TRAILER JENGKA!!

Beberapa Cara Cek Fiesta Poin Mandiri


Fiesta Poin Mandiri merupakan poin yang diperoleh nasabah dari Program Mandiri Fiesta yang dihitung dari saldo rata‐rata tabungan dan transaksi lain sesuai ketentuan bank. Program ini memberi kesempatan kepada setiap nasabah yang memenuhi syarat agar berpeluang mendapatkan hadiah langsung sesuai dengan poin yang diperolehnya. Lalu apa kelebihan program Fiesta Poin Mandiri ini? Beberapa

7 Kelebihan dan Cara Cek Email Yahoo


Ada beberapa pilihan yang tersedia di internet saat anda ingin membuat account email. Salah satunya yang banyak direkomendasikan adalah Yahoo mail. Layanan email ini memiliki beberapa fitur yang tidak ditemukan pada layanan email lain diantaranya adalah :





1. Aksesibilitas

Anda dapat mengakses kotak masuk email Anda dari komputer mana pun dan kapan pun. Yang Anda butuhkan cuma username dan

4 Layanan Cara Cek Garansi Samsung


Dalam kehidupan yang serba sibuk dan serba cepat ini kadang terjadi smartphone yang anda gunakan mengalami kerusakan yang disebabkan terjatuh, tergencet, terciprat minuman kopi atau karena sebab lain. Bila sudah begitu, dipastikan kehidupan anda akan terganggu. Mungkin bisnis anda juga akan terganggu bila ponsel anda rusak. Samsung memang menawarkan ketentuan garansi standar pada perangkat

PHOTOBOOK PERCUMA YANG AWESOME

Baru-baru ni member group wasap masa zaman belajar dulu ada bagi link untuk dapatkan photobook percuma.Katanya kita hanya perlu register di www.photobook.com.my untuk mendapatkan voucher code. Lepas tu masukkan gambar2 yang kita ndak, submit, bayar kos pengeposan sahaja.. dan 2-3 hari lepas tu photobook yang awesome akan dihantar ke rumah.

Sounds good.. tapi saya blurr gak.. amende photobook tu? So sayapon google image..

 Inilah dia 'photobook'. Ia adalah koleksi gambar-gambar yang dibukukan.

Bila dah tengok inilah rupenya photobook tu, saya rasa.. wow! Biasanya pengantin je wat photobook, tapi sekarang sesapa pon boleh buat photobook. Awesome k.

 Inilah email yang saya dapat dari photobook beserta dengan voucher code.

Saya buat dengan gigihnya sehingga pukul 2am sebab menurut member saya tu, hari tersebut adalah hari terakhir promosi Free Photobook tu. Free punye pasal.. memang sanggup. Huhu..

Jumlah sebenar untuk photobook 20 pages size 6"x6" softcover ialah RM79. Tetapi, disebabkan saya ada voucher code untuk photobook percuma tu, saya masukkan je voucher code yang diberikan, dan bila ditambah dengan kos pengeposan RM8, total kos yang saya perlu bayar hanyalah RM8. Awesome..awesome..awesome..!!

Tadi masa balik keje, tengok-tengok photobook saya dah sampai. Memang pantas! Mereka gunakan GDEX untuk penghantaran. Kualiti kertas photobook amat baik. Walaupun softcover, tapi tidaklah lembek. 

Tada.. inilah photobook yang saya usahakan sampai kul 2am tu..

Kualiti kertas kilat yang cantik!

Saya rasa promosi ni dah abis, tapi saya tak pasti. Korang leh tengok sendiri di website photobook ye. Pada pendapat saya, photobook ni amat sesuai untuk dijadikan travel photobook. So, bila rasa nak belek2 kenangan indah semasa bercuti, leh baca photobook. Mudah.. takyah nak onkan PC atau henfon. Leh susun kat rak buku jadi koleksi percutian. Best, kan..?

********************************************************************************

Note : Saya promote photobook ini tanpa mendapat sebarang commission tau. Saya gembira dengan hasil photobook yang saya dapat, sebab tu saya tergerak hati untuk masukkan entry ni.. sebagai ucapan terima kasih kepada depa.




Hari mengundi PRK DUN Chempaka cuti peristiwa

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka Ahad ini adalah cuti peristiwa.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata ia bagi mengelak kesulitan dan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat ketika keluar mengundi.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan pembuangan undi pada hari berkenaan," katanya.

Rahsia Jualan Produk Jutaan Ringgit.

Rahsia berniaga.

Apakah rahsia jualan produk jutaan ringgit? Ini yang selalu bermain di dalam fikiran aku. Bagaimana mereka mampu menjual produk yang harganya bukan ratus, bukan ribu, tapi jutaan ringgit.

Aku memerhatikan setiap gerak geri mereka. Dalam usaha aku mencari, apakah rahsia mereka, berjaya menjual produk jutaan ringgit. Inilah rahsia berniaga.

Dalam pemerhatian aku. Kadang-kadang tu, bahasa mereka tak fasih mana pun. Terkadang tu, bahasa yang digunakan, tak langsung menerangkan apa yang ingin mereka maksudkan. Sampai kadang-kadang tu, kena guna bahasa isyarat. *ok, ini aku sengaja bohong.

Tapi, mereka mampu menjual produk mereka. Apa rahsia jualan produk jutaan ringgit ni?

Di syarikat tempat aku bekerja sekarang, majoriti pembekal kepada syarikat ini adalah daripada mereka. Kenapa dan bagaimana mereka mampu bertahan lama di dalam perniagaan ni?

Sepanjang pemerhatian aku, akhirnya aku dapat selongkar apa yang menjadi rahsia mereka selama ni. Rahsia berniaga yang dah lama mereka praktikkan. Rahsia jualan produk jutaan ringgit.

Rahsia mereka adalah, mereka sebenarnya bukan menjual produk! 

Dah kenapa kan? Dah tu, mereka jual apa?

Mereka menjual IMPAK daripada produk tu. Ha. Impak!

Inilah rahsia yang mereka pegang daripada dulu. Inilah rahsia jualan produk jutaan ringgit. Katakan mereka ingin menjual mesin pembuatan. Fokus utama mereka adalah, mengurangkan tenaga kerja manusia dan memaksimumkan pengeluaran syarikat.

Impak daripada jualan produk ini adalah, syarikat mampu mengurangkan belanja pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja tetapi memperoleh keuntungan berganda daripada pembelian produk ni.

Selain daripada tu, mereka memberikan "Perkhidmatan selepas jualan" class A! Dan perkhidmatan mereka adalah PERCUMA.

Syarikat dah mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembelian produk mereka. Dan jika mereka memberikan perkhidmatan "berbayar", ia pasti akan menjadikan penjualan produk yang pertama dan terakhir daripada mereka.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nampak, bagaimana mereka mampu menjual produk jutaan ringgit. Tapi inilah antara rahsia berniaga mereka. 

Rahsia jualan produk jutaan ringgit. Apa pula pendapat korang? Sila komen di bawah yer. :)

Gambar Belangkas