Tuesday, March 17, 2015
Hijab Mata Anak Kecil.
Anak kecil di ganggu jin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pagi tadi aku berbual dengan rakan sekerja aku. Semalam dia cuti kerana anaknya demam panas. Dari cerita rakan-rakan lain, sahabat aku ni ada bawa anaknya ke klinik. Tetapi doktor yang merawat mengatakan anaknya tidak ada apa-apa penyakit. Hmm, badan panas tapi doktor cakap takda apa-apa. Pelik tak? Jika tidak ada apa-apa, ini mungkin berkaitan dengan hijab mata anak kecil yang terbuka.
Apa itu hijab mata yang terbuka? Dari fahaman aku, ia adalah suatu keadaan dimana mereka yang mengalaminya mampu melihat "kehidupan" lain selain manusia. Dalam ayat mudahnya, mereka mampu melihat jin,syaitan dan juga makhluk lain selain manusia.
Dari cerita dari mulut ke mulut, ada 1 kisah lama, yang mana seorang gadis yang hijab matanya terbuka, selalu memberitahu akan makhluk-makhluk yang berada di sisi manusia. Agak-agaknya, jika beliau beritahu kepada anda:
Eh, apa kat sebelah kau tu, kenapa rupa dia seram sangat?
Apakah perasaan anda ketika itu? Mesti seram sejuk kan? Inilah yang dimaksudkan dengan hijab mata yang terbuka. Kebolehan melihat makhluk halus.
Berbalik semula kepada cerita rakan aku ni, kebiasaannya, jika doktor yang merawat mengatakan anaknya tidak ada apa-apa penyakit, ia pasti berkaitan dengan gangguan jin atau syaitan.
Hijab mata anak kecil kebiasannya juga masih terbuka. Sebab itu, pesan orang tua-tua, jangan di bawa anak kecil ke tempat yang bukan-bukan, ini kerana mereka "mampu melihat" apa yang tidak mampu dilihat oleh orang dewasa.
Bila aku tanya pada rakan aku ni, memang betullah apa yang aku sangkakan. Memang anaknya kena gangguan. Anak dia sering meracau di tengah malam dengan kata-kata:
Jangan ganggu kita lah, jangan usik telinga kita la, ayah! ada syaitan kacau!
Ish, aku tanyakan juga, kalau-kalau dia ada bawa anak dia ke tempat yang bukan-bukan. Rupanya, memang dari dalam perut lagi dah kena gangguan semacam tu. Rasanya tak perlulah aku bercerita tentang tu.
Disini, ibubapa memainkan peranan yang sangat-sangat penting. Dari cerita rakan aku ni, beliau tak percaya pada mulanya, dan beranggapan anaknya sekadar bergurau.
Tetapi tidak! Memang benar, anak kecil boleh di ganggu oleh syaitan dan jin. Dan ianyanya hanya boleh dirawat dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran dan juga melalui perubatan islam.
Itu sebab orang cakap, sebelum masuk rumah, mestilah dimulakan dengan bismillah. Dan juga kalau boleh keraplah azan dan solat berjemaah di dalam rumah. InsyaAllah, terhindar dari gangguan jin dan syaitan ni.
Apa pun, Allah lebih mengetahui segalanya. Wallahualam
Di Tahan Kerana Memakai Baju Dalam Merah!
Wanita ini ditahan kerana cuba untuk menyeludup kokain yang di simpan di dalam baju dalamnya.
Tasha Shila Jatuh Terkangkang Sehingga Menampakkan Bende Yang Tidak Sepatutnya
slot Samarinda, siri drama 25 episod terbitan Enuja Production. Tasha terjatuh dari kuda
Monday, March 16, 2015
Bila Aku Semakin Malas!
Entry dalam blog.
Aku punya banyak idea untuk update blog aku ni. Bila kat rumah, macam-macam idea ada. Hinggakan perasaan tu terbawa-bawa dalam tidur. Ini betul tau, tak tipu.
Tapi bila aku kat depan computer, perasaan membuak-buak tu hilang terus. Hmm. Dah kenapa kan? Semangat awal tu ada, tapi bila nak update je, hilang tu perasaan tu. Bila aku semakin malas.
Tipikal orang kita *kena buatan orang kot. Hahahahahahaha. Takde maknanya la oii. Blog kecik, orang tak kenal pun, lain la kalau blogger malaysia yang terkenal seantero dunia.
Impian untuk jana income dengan blog tu tinggi, tapi kalau dah malas nak update blog, agak-agak tercapai ke impian tu?
Dah tentu idok kan? Jadi, kenalah rajin kan? Tapi serius. Ini serius. Aku bila depan computer sekarang ni, rasa benak je kepala otak aku ni. Hish, dah dengar macam-macam lagu, tidak juga rajin tu datang.
Menjadi seorang blogger malaysia ternyata bukan mudah. Kena pula dengan blog tanpa niche ni. Terus terang aku katakan, blog aku tiada niche khas.
Aku ikut mood, rajin menaip, aku akan bercerita sahaja. Tak rajin, aku update gambar je. Boleh camtu? Boleh la kut. Hehhehe.
Benda-benda macamni, kena selalu latih. Bukan sukan je perlu latihan, menulis pun perlukan latihan. Tapi aku bukan nak fokus pada latihan menulis, tapi fokus kepada bagaimana aku mampu kikis perasaan malas aku ni. Ada cadangan?
Hmm. Bila aku semakin malas.
Baru 12 Tahun Dah Pecah Dara ?
Lambakan bahan lucah yang mudah diperoleh termasuk di laman siber antara penyebab kenapa budak-budak sekarang advance sangat berkaitan seks.
Bagi yang tak terjebak melakukan perkara tak bermoral pada usia muda, sesetengah mereka didapati mengintai-ngintai peluang untuk melakukannya.
Sebagai contoh petikan status Facebook remaja ini.
Katanya dia terkilan sebab ada tu usia 12 tahun dah melakukan hubungan seks jadi dia tanpa segan silu menawarkan terunanya kepada sesiapa sahaja.
Memang parah kalau pada usia muda macam ini pun dah sangap sangat sampai berani tawar badan di laman sosial entah pada siapa-siapa. Silap-silap ada potensi jadi perogol ni!
Kami harap para ibu bapa di luar sana awasilah anak-anak anda agar mereka tak terpengaruh dengan bahan lucah dan terlibat dengan masalah moral di zaman serba mencabar ini. – MYNEWSHUB
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...