Monday, March 16, 2015

Isu jet: JPM jawab dakwaan Rafizi


 
KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
  

JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.
Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
  
"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
  
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama

Nurul Izzah 'bermalam' di lokap Jinjang malam ini

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur malam ini susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lokap Jinjang kira-kira jam 6.40 petang tadi. Difahamkan perintah tahanan reman akan dimohon polis esok. Mengikut Perlembagaan, polis boleh menahan mana-mana individu tanpa reman selama 24 jam.

Nurul Izzah pada asalnya hadir ke IPD Dang Wangi untuk siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.

Beliau kemudian ditahan bawah Akta Hasutan susulan laporan polis oleh bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah. - SH

Gambar Perubahan Dramatik Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Shanghai

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Jakarta, Indonesia

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Dubai, United Arab Emirates

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Toronto, Canada

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Melbourne, Australia

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Fortaleza, Brazil

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Seoul, South Korea

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Bandar-Bandar Seluruh Dunia.

Bukti Pertahanan Tenggiling Antara Yang Terbaik!

tenggiling beranak atau bertelur

tenggiling beranak atau bertelur

tenggiling beranak atau bertelur

tenggiling beranak atau bertelur

Jeritan Yang Tidak Kedengaran.

Jeritan yang tidak kedengaran dari orang bawahan. Bila aku duduk bersembang dengan rakan-rakan, tak ubah macam aku sedang duduk di dalam satu bilik mesyuarat 5 bintang. Isu yang mereka bangkitkan kadang-kadang terlalu ekstrem pada aku.

Mereka mampu berfikir 10 tahun dari sekarang. Mereka boleh nampak impak yang bakal berlaku dalam masa belasan tahun dari sekarang, tapi ada sesuatu yang mereka tidak boleh nampak?

Mereka tidak sedar yang jeritan mereka langsung tidak kedengaran. Jeritan mereka umpama bisikan yang wujud di dalam hati. Siapa yang mampu mendengar? Siapa?

Isu yang rakan-rakan aku bualkan, adalah isu yang sangat besar pada mata aku dan rakan-rakan, tetapi tidak pada golongan atasan.

Majikan tidak mungkin mendengarnya kerana banyak "penapis" suara untuk sampai ke sana.

Ini kerana, tidak ada medium khas untuk pihak atasan mendengar luahan hati manusia seperti kami. Dan bila tiada aduan, ini membuktikan yang segala macam usaha yang dilakukan pihak majikan adalah yang terbaik.

Sekali lagi, ia hanya terbaik di kalangan mereka tetapi tidak pada kami.

Jeritan demi jeritan, usaha demi usaha, apa yang berubah? Tidak ada apa-apa perubahan. Masa tetap berlalu dan kami tetap juga berhadapan dengannya.

Majikan tersenyum gembira. Katanya mereka berjaya memenuhi permintaan pekerja. Selalu diulangnya, jangan tanya apa yang syarikat mampu beri tapi tanyakan apa yang kamu mampu beri pada syarikat.

Persoalannya, apakah mereka benar-benar memberi? Apakah mereka sedar yang kata-kata mereka hanyalah dialog semata-mata.

Tak perlu ungkapkan, inilah realiti kehidupan. Kita dah di biasakan dengan kelangsungan hidup orang bawahan.

Persoalkan apa yang mampu kita lakukan untuk mengubah yang terbiasa menjadi luar biasa. Persoalkan bagaimana kita mampu menyediakan medium suara untuk mereka yang di dalam kalangan kita.

Ini baru betul.

Husam layak cabar Hadi sebagai presiden PAS

Selepas mendapat dua pencalonan, Datuk Husam Musa kini layak mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila PAS Kawasan Batu Sapi, Sabah turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan presiden semalam.

Sabtu lepas, PAS kawasan Kota Tinggi, Johor mencalonkan naib presiden PAS itu untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat agung mereka.

"PAS Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden," kata Yang Dipertua PAS Batu Sapi Hamzah Abdullah kepada The Malaysian Insider hari ini.



"Saya mencalonkan Datuk Husam kerana yakin beliau boleh membawa PAS jauh ke depan dan boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum dan agama di negara ini," kata Hamzah yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Sabah itu.

Hamzah yang sebelum ini pesuruhjaya PAS Sabah pertama juga yakin jika Husam terpilih sebagai presiden, ia akan membolehkan PAS memimpin Pakatan Rakyat (PR) dan seterusnya layak untuk menjadi calon perdana menteri.

Dalam perlembagaan PAS, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum 2 kawasan.

Selain Husam, Hadi dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing mendapat satu pencalonan selepas 4 kawasan membuat pencalonan sehingga semalam.

Hadi mendapat pencalonan daripada kawasan Shah Alam semalam manakala Tuan Ibrahim mendapat pencalonan daripada kawasan Kota Baru minggu lalu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS menolak pencalonan itu.

Selain Husam sebagai presiden, Batu Sapi mencalonkan Mohamad Sabu mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.

Untuk jawatan naib presiden pula, mereka mencalonkan Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim.

Mesyuarat agung PAS Batu Sapi bersama Libaran, Beluran dan Kinabatangan dirasmikan Mohamad Sabtu lepas.

Sebelum ini, bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara pemimpin PAS yang sering berkata, Husam antara pemimpin PAS yang layak menjadi calon perdana menteri.

Ia disahkan bekas setiausaha politik Nik Aziz yang pertama Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

"Husam adalah prime minister material," kata Wan Rahim.

PAS akan mengadakan muktamar ke-61 awal Jun depan di Kuala Selangor di mana pemilihan untuk semua jawatan utamanya akan dilakukan. - TMI

Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan


Nurul Izzah melambai tangan kepada penyokongnya dari tingkat 5 IPD Dang Wangi. – Foto Twitter
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ditahan bawah Akta Hasutan, di IPD Dang Wangi, hari ini.


Perkara tersebut disahkan oleh Unit Komunikasi PKR hari ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PR telah ditahan polis susulan Himpunan #KitaLawan yang berlangsung 7 Mac lalu di Sogo.

Antara yang ditahan adalah, pemimpin DAP, Teo Kok Seong serta aktivis muda, Adam Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh direman pihak polis hari ini kerana penglibatan mereka dalam perhimpunan #KitaLawan. - SH

Gambar Belangkas