Tuesday, March 10, 2015

Artis Diana Menggoda



Alhamdulillah, sedaya upaya kita buat supaya dia menutup aurat.

Kenyataan Media Tuan Ibrahim Tuan Man

Terima Kasih PAS Kota Bharu: Inilah pendirian saya.

Pencalonan saya untuk mencabar TGHH sebagai Presiden merupakakan satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti. Sejarah kepimpinan PAS jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya diera Kepimpinan Ulamak. 

Saya melihat manisnya jika kita yang mendokong kepimpinan Ulamak, terus mengekalkan budaya tersebut. Dalam PAS jawatan bukanlah menjadi rebutan sebagaimana parti lain. Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat'( berlomba melakukan kebaikan).

Kepimpinan TGHH telah menunjukkan kejayaan dan prestasi yang sangat hebat. Kalau kesatuan Ulamak Sedunia mengangkat beliau sebagai orang nombor dua di dunia, apakah wajar kita mencadangkan untuk menggantikan beliau ? Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar. Walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan 'syura' lebih mulia dari demokrasi. Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura. 

Atas pencalonan dari PAS Kawasan Kota Bharu, saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi. Namun saya menolak pencalonan tersebut dan menyeru semua kawasan lain agar terus mendokong Kepimpinan TGHH sebagai Presiden parti.

"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu".

Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Naib Presiden PAS.
10hb Mac 14.

Gambar Cantik dan Peribadi Tasha Shila Yang Disebar Bekas Teman Lelaki.


Tasha Shila Hot



Siapa tak kenal Tasha Shila yang kini sedang dihimpit kontroversi terbaru apabila telah dikaitkan bercinta dengan Peninju Muay Thai.  Apapun tahap keseriusan hubungan Tasha Shila dan peninju Muay Thai, ianya tetap satu perkembangan yang baik memandangkan kedua-dua selebriti ini masih berlum berpunya. Jom layan beberapa keping gambar terkini Tasha Shila yang cun-melecun.













Tengok Permainan Yahudi



Berhati-hati la buat semua.

Monday, March 9, 2015

Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT

Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT. Korang Mesti Tak Percaya!



Sedar atau tidak, tahun ini sudah 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Haa, korang tau ke tak apa tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ini?


Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT, info, terkini, hiburan, sambutan hari merdeka 57, sensasi,

Kalau nak tahu, temanya adalah ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Dah cakap mengenai merdeka ni, kami ada lihat beberapa foto Nora Danish & Nabila Huda sambut kemerdekaan tau.

Percaya atau tidak, Nora dan Nabila dikepung oleh orang ramai kerana bersama-sama mengibarkan bendera di beberapa stesen LRT.


Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT, info, terkini, hiburan, sambutan hari merdeka 57, sensasi,

Bukan dikepung sebab tak suka, tetapi mereka turut sama mengikut Nora dan Nabila menyebarkan semangat kemerdekaan dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Kalau korang nak tahu, Amy Search pun ada sekali tau. Kami ada tonton sebuah video yang dimuat naik Nora, amboi, bukan main meriah dan seronok lagi mereka bertiga ni!

Malah, rata-rata pengikut Nora, Nabila dan Amy Search turut berbangga dengan apa yang mereka lakukan ni. Untuk pengetahuan, tujuan mereka mengibar bendera dan menyanyi adalah untuk sama-sama mengikuti Ops Gerak Merdeka.

Jadi korang tunggu apa lagi? Mari sama-sama fikir apa cara untuk kita semarakkan lagi semangat kemerdekaan kita seperti Nora, Nabila & Amy Search. Jom!!
f

Keindahan Padang Pasir Berwarna Putih!

gambar padang pasir

gambar padang pasir

gambar padang pasir

gambar padang pasir

gambar padang pasir

gambar padang pasir

gambar padang pasir

gambar padang pasir

gambar padang pasir

gambar padang pasir
gambar padang pasir

gambar padang pasir

PERJANJIAN UTAMA BAGI PENGSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR NEGERI SELANGOR TERLUPUS

Kerajaan Negeri Selangor berasa amat dukacita untuk mengumumkan pada hari ini bahawa Perjanjian Utama bagi pengstrukturan semula industri air Negeri Selangor telah lupus dengan sendirinya. Kegagalan untuk melaksanakan Perjanjian Utama tersebut adalah akibat pendirian terkini Kerajaan Persekutuan yang enggan menghormati prinsip dan semangat Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September 2014, iaitu:

1. Mengiktiraf pemilikan aset air Negeri Selangor berjumlah RM 14.9 bilion yang bakal disuntik ke dalam Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”).

2. Mengiktiraf dan menerima pemindahan RM 2 bilion dari aset air milik Air Selangor bagi tujuan penyediaan dana kepada Air Selangor bagi mengambilalih ke semua konsesi air di Negeri Selangor.

3. Mengeluarkan Lesen Kemudahan kepada Air Selangor sebagai pengiktirafan pemilikan ke semua baki aset air yang dimiliki oleh Air Selangor.

4. Meluluskan pemeteraian Perjanjian Kemudahan dan Sewaan di antara Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”) dan Air Selangor bagi penyewaan aset air yang akan dipindahkan kepada PAAB.

Seperti yang telah diumumkan apabila saya mengambilalih tugas dan amanah sebagai Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor pada bulan September tahun lalu, pentadbiran ini sedia menghormati segala perjanjian yang telah ditandatangani.

Walau bagaimanapun, pentadbiran ini tidak boleh membenarkan perlaksanaan perjanjian yang bercanggah dari prinsip dan semangat yang telah dipersetujui. Percanggahan dari Perjanjian Utama yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan akan menyaksikan Kerajaan Negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Kerajaan Negeri Selangor. Saya yakin bahawa rakyat dan pengguna air Selangor akan turut menyokong pendirian yang diambil oleh Kerajaan Negeri kerana isu kedaulatan pemilikan tanah dan aset air bukanlah sesuatu yang boleh diserah milik dengan sewenang-wenangnya.

Namun demikian, seperti yang telah diumumkan oleh pentadbiran ini pada 5 Mac 2015, Kerajaan Negeri akan terus memantau dan memastikan bekalan air di Negeri Selangor akan dapat dibekalkan kepada semua pengguna secara berterusan. 

Sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik Negeri Selangor dan tidak membuat tuntutan yang bercanggah dengan semangat perjanjian yang telah termeterai, maka Kerajaan Negeri bersedia untuk berbincang ke arah mencapai persetujuan bagi manfaat seluruh pengguna air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MOHAMED AZMIN ALI
KENYATAAN MEDIA
10 MAC 2015

Gambar Belangkas