Sunday, March 8, 2015

Importance In Home Interior Color Combinations


























































































Fesyen Kejadah Ape Macam Nih..?? (3 Foto)



Boleh jadi awek ni pakai legging lah !!

Untuk makluman sumber menyatakan awek ni bukan orang Malaysia dan kejadian ni berlaku di negara lain.Oh selesai satu bab , tapi semua jangan selesa sangat sebab kelakuan dan cara berfesyen macam ni dah berlambak kat Malaysia ni.


Tiada niat nak mengutuk cuma sedih sebab ada dikalangan mereka-mereka itu orang Melayu dan mengaku beragama Islam.


Legging tu saja dah menampakkan tubuh dan dikawasan pasar malam tu seolah-olah orang kita dah anggap perkara ni biasa.Ingatlah itu petanda kedudukan kita BAHAYA sebenarnya.

Making Stylish With Home Theater Lighting Designs












































































Superbike Ceritaejoy.

ceritaejoy

Hahahaha, ada juga aku bercerita pasal superbike yang selalu aku tunggang untuk pergi kerja kan. Harini terasa nak bercerita pasal superbike aku ni, Jeng jeng jeng. Tadaaaa... Mempersembahkan superbike ceritaejoy

gambar superbike malaysia

Hehehe, saja je aku cakap superbike. Honda wave je pada mata orang. Tapi..tapi pada orang sekeliling aku, wife dan rakan-rakan. Ianya adalah Honda cbr 100. Wahahahah. Bila orang tanya aku, joy datang kerja naik apa. Aku jawab selamba je. Naik cbr. Kalau rakan-rakan yang dah biasa dengan aku, diarang faham. Kalau yang tak biasa dengan aku, mesti akan tanya balik. Eh joy, ko pakai cbr ke?

Wahahaha, aku kalau orang dah tanya, memang selamba je aku jawab, ha, aku pakai honda cbr. Cbr 100. Wahahaha. Kalau yang baru dengar, memang pelik la kan. Mana ada cbr 100. Cbr 150 ada la. Hehehehe

So, aku akan mulakanlah ceritaejoy kepada rakan-rakan baru tu. Ceritaejoy mesti macam ni:

" Ceritanya dulu, sewaktu motor aku nak keluar, manufacturing dah salah stamping dekat enjin motor aku. Sepatutnya diarang stamping cbr 1000, tapi stamping no 0 tu rosak masa nak stamping 0 yang last tu. Jadi, diarang stamping la 100. Untuk cover balik, diarang buat la casis ni, bagi sesuaikan dengan 100 tu. Biasalah kan, manusia, mesti ada silap."

Ha, inilah ceritaejoy pada budak-budak yang baru nak kenal gan aku tu. Hahahahhahaha. Lepas dengar je, memang kena bahan la aku lepas tu. Wahahahaha.

Rakan-rakan terdekat, sangat-sangat faham dengan minat aku dengan superbike. Hinggalah ada yang cakap, aku terlalu fanatik dengan superbike. Tapi, ramai jugak yang mempertikaikan aku, diarang cakap, kalau dah gila sangat, kenapa tak beli je, ni cakap je lebih.

Jadi, aku pun bercerita la lagi dengan mereka-mereka ni. Antara ceritaejoy adalah:

" Aku memang sangat gilakan superbike. Banyak perkara tak logik yang kalau korang dengar pun, korang akan rasa pelik dengan aku. Tapi aku masih berpijak pada bumi yang nyata. Superbike adalah keinginan dan bukannya keperluan. Aku dulukan keperluan. Aku dulukan keluarga dan anak-anak aku. Aku dulukan kepentingan keluarga dan keperluan mereka. Kalau minat aku ni, boleh buatkan hidup keluarga aku serba kekurangan, untuk apa kan? Sekadar hiburkan hati aku tapi tidak hati ahli keluarga aku. Satu perkara yang hanya buang masa. Kan? "

Blogger Copy Paste.

Blogger Curi Entry Orang Lain.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Ok, blogger copy paste. Apa tu? Ia merujuk kepada blogger yang suka copy paste entry blogger lain dan masukkan ke dalam blog mereka. Jangan tak tahu ye, banyak blogger semacam ini.

Istilah blogger curi entry orang lain tu pulak adalah, blogger yang ambil entry blogger lain, tanpa diketahui oleh blogger tersebut. Ala, macam kita main ambil je barang orang, tanpa orang tu tahu, kalau kena kat korang, korang marah tak?

Sebenarnya, benda macam ni, takkan menimbulkan kemarahan orang jika ianya mengikut tatacara yang betul. Macam kita nak masuk rumah orang la, takkan nak main masuk je kan? Mestilah kena bagi salam, buka kasut, dan masuk. Sama juga halnya dengan blogger copy paste ni, mintalah kebenaran pada pemilik blog, ataupun, jika nak copy paste jugak, kreditkan la pemilik asal entry tersebut. Ataupun letakkan sumber.

Pada pemikiran aku, mereka mungkin mahukan "traffic" atau pun sedang dalam proses meningkatkan SEO blog mereka. Macam semalam, aku ada terbaca di satu blog yang biasa juga aku datang. Template blog tersebut dah berubah. Hebat! Betul SEO 100%, dan banyak entry perihal SEO. Aku dalam hati, wow! Cepat dia belajar pasal SEO semua ni. Aku yang kurang ilmu ni, cepat-cepat la tekan entry tu. Semangat nak belajar kan. Tapi?? Hmm, cara penulisannya hampir 99% sama dengan apa yang pernah aku baca sebelum ni. Hmm, blogger copy paste.

Aku ikhlas cakap ye, aku bukan nak kutuk dengan blogger copy paste ni. Cuma, jika ada 100 orang blogger yang semacam ini. Yang kebetulan semuanya punya entry yang sama. Yang pada istilah aku, blogger ni curi entry orang lain. Maka, akan ada 100 blog dengan 1 penulisan. Kenapa blog banyak tapi 1 penulisan je? Yelah, kita bukak 100 blog, tapi ceritanya sama je. Baik bukak 1 blog je. Kan?

Kita bersemangat ni nak belajar, Bukaklah banyak-banyak blog, supaya ilmu yang ada jadi lebih berkembang, tapi semuanya sama je, ilmu sama tu ok, ini cara penulisan pun sama. Erks. Ini yang aku cakap blogger curi entry orang lain ni. Sebabnya adalah, katakan blogger pertama yang copy entry dari blog lain untuk minta izin, lepas tu, blogger ketiga, copy pulak dari blog kedua ni, sampailah blog ke 100 yang copy, rasa-rasa, blog ke 100 ni minta izin ke dengan blog yang pertama ni? Rasanya tak kan? So, kesian pada blogger yang penat perah otak, dalam menghasilkan entry yang berkuaiti ni.

Bukan senang ye jadi blogger. Ini aku akui. Bukan semua orang mampu jadi penulis yang baik. Jadi, aku cukup respek dengan blogger yang punyai tulisan yang sangat-sangat berkualiti. Jadi, para blogger copy paste, hargailah mereka ini, bukan suruh bayar pun, cuma kreditkanlah tulisan mereka tu. Kenalkanlah mereka. Bukan sekadar beritahu secara umum sahaja, asal usul entry tu. Jika anda menghasilkan tulisan yang berkualiti dan di ambil pula orang lain, mesti anda pun marah kan?

Aku bukanlah memihak kepada sesiapa. Cumanya, aku kadang-kadang tu, rasa macam bosan pula. Yelah, blog banyak, tapi ilmunya 1 jer, sayang je. Template blog dah cukup baik dengan SEOnya, tapi penulisan kurang. Sayang je. Pada aku, jika blogger copy paste ni nak copy entry orang lain, boleh, tapi ubahlah cara penulisan tu, supaya lebih mesra kepada diri anda. Ala, korang taip balik guna ayat yang biasa korang guna dalam blog korang, dan di pengakhirannya, korang kredit pada pemilik asal, barulah ada warna dalam dunia blog ni kan. Cerita sama tapi penyampaiannya berbeza. Tak gitu? Hehehe

Apa pun ,semoga maju jaya kepada semua blogger malaysia. Aku cakap macam aku ni orang lama pulak dalam dunia blog ni. Hahahahhaha. Kita sama. Cuma cara kita berbeza. Kan? Pada blogger copy paste, atau blogger yang suka curi entry orang lain, aku minta maaf ye kalau ada yang terasa hati. Aku cuma sekadar meluahkan pendapat aku sahaja. Sekali lagi, kita sama cuma cara kita yang berbeza. Terima kasih.

5 Gambar : Diana Danielle terdedah Payu dara dan paha Majalah di Esquire Malaysia

Ketika kali pertama menyelak helaian Esquire Malaysia keluaran bulan ini, kami dikejutkan dengan gambar Diana Danielle yang tampil sungguh berani dalam edisi terbaru majalah tersebut yang berkemungkinan membuatkan nama selebriti bergelar ibu ini kembali bermain di bibir media semasa.

Melalui temubual bersama majalah tersebut, Diana banyak bercerita mengenai bagaimana permulaan kariernya di mana dia lebih selesa untuk memilih karya yang berkualit dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.



“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” jelasnya lagi sambil memberitahu dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti dan hanya mementingkan hasil kerja yang terbaik.
Malah dalam masa yang sama juga Diana berkongsi kisah kesukaran hidupnya sehingga ada satu ketika, ibunya, Norsiah Ramli, terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan.
“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling” jelasnya di dalam temubual bersama majalah tersebut sambil mengakui dia sebenarnya sangat berminat untuk bergelar penyanyi. rtky

Punca Sebenar Arwah Harun Salim Bachik Meninggal Dunia.



BUKIT MERAH - Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55‎, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol sebentar tadi.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.

Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.

Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.

Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. ‎

Gambar Belangkas