Sunday, March 8, 2015

Blogger Copy Paste.

Blogger Curi Entry Orang Lain.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Ok, blogger copy paste. Apa tu? Ia merujuk kepada blogger yang suka copy paste entry blogger lain dan masukkan ke dalam blog mereka. Jangan tak tahu ye, banyak blogger semacam ini.

Istilah blogger curi entry orang lain tu pulak adalah, blogger yang ambil entry blogger lain, tanpa diketahui oleh blogger tersebut. Ala, macam kita main ambil je barang orang, tanpa orang tu tahu, kalau kena kat korang, korang marah tak?

Sebenarnya, benda macam ni, takkan menimbulkan kemarahan orang jika ianya mengikut tatacara yang betul. Macam kita nak masuk rumah orang la, takkan nak main masuk je kan? Mestilah kena bagi salam, buka kasut, dan masuk. Sama juga halnya dengan blogger copy paste ni, mintalah kebenaran pada pemilik blog, ataupun, jika nak copy paste jugak, kreditkan la pemilik asal entry tersebut. Ataupun letakkan sumber.

Pada pemikiran aku, mereka mungkin mahukan "traffic" atau pun sedang dalam proses meningkatkan SEO blog mereka. Macam semalam, aku ada terbaca di satu blog yang biasa juga aku datang. Template blog tersebut dah berubah. Hebat! Betul SEO 100%, dan banyak entry perihal SEO. Aku dalam hati, wow! Cepat dia belajar pasal SEO semua ni. Aku yang kurang ilmu ni, cepat-cepat la tekan entry tu. Semangat nak belajar kan. Tapi?? Hmm, cara penulisannya hampir 99% sama dengan apa yang pernah aku baca sebelum ni. Hmm, blogger copy paste.

Aku ikhlas cakap ye, aku bukan nak kutuk dengan blogger copy paste ni. Cuma, jika ada 100 orang blogger yang semacam ini. Yang kebetulan semuanya punya entry yang sama. Yang pada istilah aku, blogger ni curi entry orang lain. Maka, akan ada 100 blog dengan 1 penulisan. Kenapa blog banyak tapi 1 penulisan je? Yelah, kita bukak 100 blog, tapi ceritanya sama je. Baik bukak 1 blog je. Kan?

Kita bersemangat ni nak belajar, Bukaklah banyak-banyak blog, supaya ilmu yang ada jadi lebih berkembang, tapi semuanya sama je, ilmu sama tu ok, ini cara penulisan pun sama. Erks. Ini yang aku cakap blogger curi entry orang lain ni. Sebabnya adalah, katakan blogger pertama yang copy entry dari blog lain untuk minta izin, lepas tu, blogger ketiga, copy pulak dari blog kedua ni, sampailah blog ke 100 yang copy, rasa-rasa, blog ke 100 ni minta izin ke dengan blog yang pertama ni? Rasanya tak kan? So, kesian pada blogger yang penat perah otak, dalam menghasilkan entry yang berkuaiti ni.

Bukan senang ye jadi blogger. Ini aku akui. Bukan semua orang mampu jadi penulis yang baik. Jadi, aku cukup respek dengan blogger yang punyai tulisan yang sangat-sangat berkualiti. Jadi, para blogger copy paste, hargailah mereka ini, bukan suruh bayar pun, cuma kreditkanlah tulisan mereka tu. Kenalkanlah mereka. Bukan sekadar beritahu secara umum sahaja, asal usul entry tu. Jika anda menghasilkan tulisan yang berkualiti dan di ambil pula orang lain, mesti anda pun marah kan?

Aku bukanlah memihak kepada sesiapa. Cumanya, aku kadang-kadang tu, rasa macam bosan pula. Yelah, blog banyak, tapi ilmunya 1 jer, sayang je. Template blog dah cukup baik dengan SEOnya, tapi penulisan kurang. Sayang je. Pada aku, jika blogger copy paste ni nak copy entry orang lain, boleh, tapi ubahlah cara penulisan tu, supaya lebih mesra kepada diri anda. Ala, korang taip balik guna ayat yang biasa korang guna dalam blog korang, dan di pengakhirannya, korang kredit pada pemilik asal, barulah ada warna dalam dunia blog ni kan. Cerita sama tapi penyampaiannya berbeza. Tak gitu? Hehehe

Apa pun ,semoga maju jaya kepada semua blogger malaysia. Aku cakap macam aku ni orang lama pulak dalam dunia blog ni. Hahahahhaha. Kita sama. Cuma cara kita berbeza. Kan? Pada blogger copy paste, atau blogger yang suka curi entry orang lain, aku minta maaf ye kalau ada yang terasa hati. Aku cuma sekadar meluahkan pendapat aku sahaja. Sekali lagi, kita sama cuma cara kita yang berbeza. Terima kasih.

5 Gambar : Diana Danielle terdedah Payu dara dan paha Majalah di Esquire Malaysia

Ketika kali pertama menyelak helaian Esquire Malaysia keluaran bulan ini, kami dikejutkan dengan gambar Diana Danielle yang tampil sungguh berani dalam edisi terbaru majalah tersebut yang berkemungkinan membuatkan nama selebriti bergelar ibu ini kembali bermain di bibir media semasa.

Melalui temubual bersama majalah tersebut, Diana banyak bercerita mengenai bagaimana permulaan kariernya di mana dia lebih selesa untuk memilih karya yang berkualit dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.



“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” jelasnya lagi sambil memberitahu dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti dan hanya mementingkan hasil kerja yang terbaik.
Malah dalam masa yang sama juga Diana berkongsi kisah kesukaran hidupnya sehingga ada satu ketika, ibunya, Norsiah Ramli, terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan.
“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling” jelasnya di dalam temubual bersama majalah tersebut sambil mengakui dia sebenarnya sangat berminat untuk bergelar penyanyi. rtky

Punca Sebenar Arwah Harun Salim Bachik Meninggal Dunia.



BUKIT MERAH - Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55‎, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol sebentar tadi.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.

Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.

Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.

Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. ‎

6 Perkara Yang Yahudi Tipu Kita Hidup-hidup!



Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yahudi yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita :

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Dengan itu kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Mangkuk punya yang buat jubah



Memalukan! Macam bangan punya pereka jubah ni. Woi agak la.

PAS keluar PR, bersama Umno sumber dari mana?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 09 Mac 2015.

KALAU kita sokong kenyataan Presiden dan Majlis Syura, maka kita mestilah memperkukuhkan PR, kerana salah satu dari kenyataan mereka semua ialah PAS akan tetap bersama PR. Maka tidak timbul soal keluar dari PR.

Demikian juga seandainya tahaluf kita bercanggah dengan syarak, tentulah Majlis Syura tidak akan membuat kenyataan untuk tetap bersama PR. Musuh politik kita sangat inginkan kita berpecah. Kita akui ada masalah dalam muafakat kita, namun permasalahan tersebut lebih bersifat isu bukan prinsip yang dilanggar oleh parti. Isu adalah subjektif kerana ia akan muncul di sepanjang zaman permuafakatan kita.

Di sinilah kebijaksanaan kita mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dalam politik, isu akan sentiasa ada, kerana ia adalah makanan bagi politik. Tanpa isu politik akan mati.

Apa yang perlu disedari dalam zaman media terbuka ini, bukan semua penulisan dan pandangan perlu dibahas. Sebagai contoh untuk keluar dari muafakat PR, ia bukan boleh dilakukan dengan kenyataan satu dua pimpinan atau ahli, ia mesti dibahas dan diterima oleh muktamar.

Demikian juga ada yang menuduh PAS akan bersama dengan Umno walau berpuluh kali ditegaskan dan dinafikan oleh pimpinan, masih ada yang percaya sedangkan semua dasar utama dan perkara besar mesti dibahas dan diterima dalam muktamar.

Kita perlu fahami ada media dan blogger hidup dengan melaga-lagakan pimpinan, mensensasikan keadaan serta manipulasi sesuatu isu. Blogger dan penulis upahan inilah yang mewujudkan pelbagai kegawatan, kecelaruan dan perpecahan dalam masyarakat. Di sinilah keperluan ahli merujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber utama, manakala penulisan lain tidak boleh dijadikan pegangan.

Malangnya ada dalam kalangan kita merasai ia sama sahaja dari mana sumber kita ambil, lebih malang apabila kita mengambil dari sumber musuh. Kalau rakyat Israel lebih percaya kata-kata pimpinan Hamas dari kenyataan pemimpin mereka, maka kita mesti yakin kepada kepimpinan presiden kita.

Tentulah aneh kalau ahli parti lebih sayang presiden lain daripada presiden sendiri, atau lebih tertarik kepada dasar parti lain dari parti sendiri. Kalau terjadi begitu mungkin dia tersilap parti atau tidak hadir program tarbiyah parti.

Kita memilih PAS kerana dasar dan tujuan perjuangannya. Inilah yang membezakan PAS dengan parti yang lain. Parti ini sentiasa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di sepanjang laluannya. Terlalu banyak darah, airmata, keringat yang tumpah. Terlalu banyak penderitaan ahli ditekan, ditindas semata-mata kerana menyokong PAS. Jangan ada yang mengkhianati perjuangan ini.

Kita yakin Allah akan memelihara pimpinan dan ahli yang ikhlas dalam perjuangan ini. Musuh akan berusaha menghancurkan parti ini seawal penubuhannya, dan kita yakin ianya akan berterusan sehingga hari kiamat kerana itu adalah Sunnatullah.

Maka peliharalah hati dari buruk sangka, hasad dengki, khianat dan pelbagai penyakit lain dengan memelihara amalan peribadi. Jagalah solat-solat sunat, mathurat, bacaan al-Quran, ambillah bahagian dalam apa jua kerja jamaah walau sekadar menyusun kerusi. Peliharalah amalan hati, kerana bila hati rosak, tukarlah siapa pimpinan pun ia tetap tidak berpuas hati, kerana yang rosak adalah dirinya bukan jamaah atau kepimpinannya. - HARAKAHDAILY 9/3/2015

Penulis ialah Naib Presiden PAS.

5 Cara Makhluk Halus Menunjukkan Keberadaannya Kepada Anda



Yoechua Blog - Berbicara makhluk halus tentunya adalah sesuatu yang hingga kini masih menjadi perdebabatan apakah memang benar adanya bahwa makluk halus adalah sosok yang benar-benar nyata dalam kehidupan kita. Namun bagi kehidupan di Indonesia, banyak yang meyakini bahwa makhluk halus adalah sosok yang memang benar ada yang tinggal di dunia yang berbeda dengan manusia.



Makhluk halus juga

Gambar Belangkas