Sunday, March 8, 2015

PAS keluar PR, bersama Umno sumber dari mana?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 09 Mac 2015.

KALAU kita sokong kenyataan Presiden dan Majlis Syura, maka kita mestilah memperkukuhkan PR, kerana salah satu dari kenyataan mereka semua ialah PAS akan tetap bersama PR. Maka tidak timbul soal keluar dari PR.

Demikian juga seandainya tahaluf kita bercanggah dengan syarak, tentulah Majlis Syura tidak akan membuat kenyataan untuk tetap bersama PR. Musuh politik kita sangat inginkan kita berpecah. Kita akui ada masalah dalam muafakat kita, namun permasalahan tersebut lebih bersifat isu bukan prinsip yang dilanggar oleh parti. Isu adalah subjektif kerana ia akan muncul di sepanjang zaman permuafakatan kita.

Di sinilah kebijaksanaan kita mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dalam politik, isu akan sentiasa ada, kerana ia adalah makanan bagi politik. Tanpa isu politik akan mati.

Apa yang perlu disedari dalam zaman media terbuka ini, bukan semua penulisan dan pandangan perlu dibahas. Sebagai contoh untuk keluar dari muafakat PR, ia bukan boleh dilakukan dengan kenyataan satu dua pimpinan atau ahli, ia mesti dibahas dan diterima oleh muktamar.

Demikian juga ada yang menuduh PAS akan bersama dengan Umno walau berpuluh kali ditegaskan dan dinafikan oleh pimpinan, masih ada yang percaya sedangkan semua dasar utama dan perkara besar mesti dibahas dan diterima dalam muktamar.

Kita perlu fahami ada media dan blogger hidup dengan melaga-lagakan pimpinan, mensensasikan keadaan serta manipulasi sesuatu isu. Blogger dan penulis upahan inilah yang mewujudkan pelbagai kegawatan, kecelaruan dan perpecahan dalam masyarakat. Di sinilah keperluan ahli merujuk sumber rasmi parti sahaja sebagai sumber utama, manakala penulisan lain tidak boleh dijadikan pegangan.

Malangnya ada dalam kalangan kita merasai ia sama sahaja dari mana sumber kita ambil, lebih malang apabila kita mengambil dari sumber musuh. Kalau rakyat Israel lebih percaya kata-kata pimpinan Hamas dari kenyataan pemimpin mereka, maka kita mesti yakin kepada kepimpinan presiden kita.

Tentulah aneh kalau ahli parti lebih sayang presiden lain daripada presiden sendiri, atau lebih tertarik kepada dasar parti lain dari parti sendiri. Kalau terjadi begitu mungkin dia tersilap parti atau tidak hadir program tarbiyah parti.

Kita memilih PAS kerana dasar dan tujuan perjuangannya. Inilah yang membezakan PAS dengan parti yang lain. Parti ini sentiasa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di sepanjang laluannya. Terlalu banyak darah, airmata, keringat yang tumpah. Terlalu banyak penderitaan ahli ditekan, ditindas semata-mata kerana menyokong PAS. Jangan ada yang mengkhianati perjuangan ini.

Kita yakin Allah akan memelihara pimpinan dan ahli yang ikhlas dalam perjuangan ini. Musuh akan berusaha menghancurkan parti ini seawal penubuhannya, dan kita yakin ianya akan berterusan sehingga hari kiamat kerana itu adalah Sunnatullah.

Maka peliharalah hati dari buruk sangka, hasad dengki, khianat dan pelbagai penyakit lain dengan memelihara amalan peribadi. Jagalah solat-solat sunat, mathurat, bacaan al-Quran, ambillah bahagian dalam apa jua kerja jamaah walau sekadar menyusun kerusi. Peliharalah amalan hati, kerana bila hati rosak, tukarlah siapa pimpinan pun ia tetap tidak berpuas hati, kerana yang rosak adalah dirinya bukan jamaah atau kepimpinannya. - HARAKAHDAILY 9/3/2015

Penulis ialah Naib Presiden PAS.

5 Cara Makhluk Halus Menunjukkan Keberadaannya Kepada Anda



Yoechua Blog - Berbicara makhluk halus tentunya adalah sesuatu yang hingga kini masih menjadi perdebabatan apakah memang benar adanya bahwa makluk halus adalah sosok yang benar-benar nyata dalam kehidupan kita. Namun bagi kehidupan di Indonesia, banyak yang meyakini bahwa makhluk halus adalah sosok yang memang benar ada yang tinggal di dunia yang berbeda dengan manusia.



Makhluk halus juga

Biodata Calon PAS PRK N.06 Chempaka



Biodata Calon PAS PRK N.06 Chempaka

UST AHMAD FATHAN BIN MAHMOOD @ MAHAMAD
Tarikh Lahir : 4 April 1973
Umur : 42 Tahun
Isteri : Azizah Hanim bt Mohd Daud @ Ali
Anak : 7 orang

Pendidikan : BA Syariah Universiti Al-Azhar Mesir, MA Syariah Universiti Malaya

Pekerjaan :
- Timbalan Pengetua & Pensyarah IDIP (Institut Dakwah Islamiah Perkim)
- Imam Tua Masjid Mukim Baung Besar

Jawatan Parti:
- Ketua PAS Cawangan Baung
- Ketua Urusan Ulamak DUN Chempaka
- Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa

'Gadis cantik jadi penjenayah'


CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang gadis yang memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, kini menjadi terkenal di laman sosial Twitter selepas gambarnya disebar kepada umum apabila ditahan polis kerana mencuri.

Memetik laporan portal MTV.COM, gadis yang berasal dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Alysa Bathrick, 18, juga pernah ditahan beberapa kali di atas pelbagai kesalahan termasuk menyerang orang.

Alysa atau nama gelarannya ‘cute mugshot girl’ berasal dari wilayah North Carolina sebelum ini dengan bangga memuatnaik gambar wajahnya di dalam lokap di laman Twitternya yang mana gambar itu dikongsi lebih 1,000 kali. - Sinar Harian

Terkini! Dr Asri Terima Kunjungan Ustaz Kazim





'Minum dan tersenyum'.

Saya alhamdulillah menerima tetamu istimewa malam ini Datuk Kazim Elias di Kangar, Perlis.

Kami minum dan makan dengan mesra sebagai saudara muslim di cafe yang sedap menunya, Cafe Blackwood, Kangar.

Individu terkaya

Inilah antara individu terkaya di Malaysia. Ramai yg akn berkata.....cina plg ramai. Melayu? India?....Org Islam?

Ini menunjukkan org Cina la paling pandai buat duit. Betapa Malaysia ni sgt byk peluang menimba kekayaan x kira bangsa.

Tp knp bangsa lain x boleh menandingi bangsa cina. 

Org cina ni cukup suka berniaga. Kadang sampi seluruh ahli keluarga berniaga yg sama. Turun temurun plak tu...bersambung2 generasi ke generasi. Pastu menjadi semakin besar dan byk cawangan.

Islam pun kata 9/10 dr rezki itu adalah dr berniaga. Kan byk tu tp knp x ramai org Melayu yg Islam kaya raya sdgkn ada gak melayu yg berniaga?

Ada yg kt melayu berniaga cara meniru. Bila org meniaga goreng pisang laku sgt, dia pun nk menega goreng pisang jugak. Dah pelanggan pun terbhgi dua, dah berkrg dah pendapatan kt situ. Bila nk kaya!!!

Sepatutnya dia menega plak ayam goreng ka air ka barulah lg ramai pelanggan sebb ada 2 jenis pelanggan. Yg 1 nk bli goreng pisang ditambah lak 1 lg nk beli air. 

Ada gak yg kata org kita menega krg ilmu. Makann x sedap, harga plak mahal....pastu x mesra...xleh tawar menawar. Kalu dibandgkn dgn penega cina, mereka jaga pelanggan. Kalu mahal pun dema pandai kelentong mcm2. Sbbnya dema berilmu sebb tu pandai menega .

Sebagai org Islam kita x digalakkan mengumpul kekayaan byk2. Sebab semua tu akn disoal diakhirat. Lagi kaya lg byk soalan dan lmbt la nk boleh masuk syurga. Lg ditanya sumbernya halal haram syubhah, ke mana dibelanjakan, zakat dibayar dak, sedekah byk mana.

Harta kekayaan x bleh bw ke mati pun. Melainkan yg kita sedekah kpd yg layak. Byk kisah Nabi dan sahabat yg menceritakan kesederhanaan hidup mereka. Sedangkn nabi sendri berkongsi sebiji kurma dgn org lain, mengikat perut dgn batu2 kecil supaya dpt menahan lapar. Ada gak kisah sahabat nabi yg dilantik menjadi khalifah berjalan2 diwaktu mlm dr rumah ke rmh utk mencari org miskin yg memerlukan bantuan. 

Semua harta kekayaan mereka diinfakkan ke jalan Allah dan hidup mereka menjadi sederhana. Ada ustaz bgtau , ada khalifah arrasyidin yg mempunyai 2 helai baju saja. Nabi pun hari2 mkn kurma dan air saja. Kadang2 ja ada roti gandum. 

Sebb tu jgn risau kalu xdak nama melayu Islam dlm senarai tu sebb kita digalakkan bersedekah. Lagi byk sedekah lg baguh. Biar d funia kita x kaya tp byk dah harta yg kita sedekahkan utk bekalan di sana. Asalkan sedekah tu ikhlas, x menunjuk2 atau berkira2, x dihebah2 kan. 


Sekadar pandangan saya yg sgt cetek ilmu ni.

Wallahua'lam.....

Sent from Samsung Mobile

Gambar Belangkas