Friday, March 6, 2015

Tg Presiden Pas Buat Umrah



Doakan semua berjalan lancar. Allah terima segala amal ibadat semua ummat islam.

Kenyataan Media Dr Asri

Kepada pihak yang berkaitan, saya sekali lagi ingin jelas begini;

1. Telah ditegaskan dari awal, surat tersebut adalah surat dalaman pentadbiran yang khusus untuk pihak dalaman yang berkaitan sahaja. Tiada siapa ingin memalukan sesiapa tapi ia adalah hak penganjur menentukan pemilihan panel. Ia kes khusus untuk satu program yang membabitkan keberangkatan pihak istana dan kehadiran Mufti Negeri.

2. Isu-isu riwayat palsu termasuk isu roti jala telah timbul sejak tahun lepas. Banyak pandangan terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan. Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan setelah berbincang melihat tidak sesuai itu program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit.

3. Pihak saya sejak hari awal isu timbul telah menyampaikan salam kepada pihak berkenaan melalui wakil JAKIM Ustaz Zakaria pengerusi forum. Saya telah tegaskan tiada isu peribadi dan bukan larangan mutlak.

4. Pihak saya juga semalam mengelakkan sidang media dan enggan menjawab soalan wartawan tentang isu ini supaya tidak mengeruhkan keadaan.

5. Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka? Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak.

6. Dalam contoh 'roti jala', alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana jika tidak dibetulkan ia boleh membawa anggapan 'sunnah Nabi s.a.w. makan roti jala'.

7. Alangkah baiknya, jika pihak berkenaan hentikan perbalahan di media massa kerana itu mendesak pihak saya yang terbabit dengan pentadbiran sebuah negeri menjawab secara terbuka juga seperti ini.

8. Alangkah baik, jika pada hari pertama surat itu diviralkan, pihak berkenaan tidak siarkannya dalam FB sebaliknya hubungi saya dan tanya terlebih dahulu.

9. Apapun, atas dasar ukhuwwah dan dakwah, pintu pejabat dan jantung hati saya sentiasa terbuka untuk berbincang serta 'minum dan tersenyum'.

Dr MAZA
Mufti Negeri Perlis.

Thursday, March 5, 2015

Jana Income Dengan Blog.

Rasanya dah ramai yang tahu, blog bukan sekadar ruangan untuk meluahkan rasa dan menceritakan kehidupan seharian semata-mata. Blog kini di anggap satu bidang kerja yang menghasilkan pendapatan kepada pemilik blog itu sendiri. Dah ramai blogger yang berjaya menghasilkan pendapatan hasil daripada blog ni. Aku cuba senaraikan beberapa contoh, bagaimana korang boleh jana income dengan blog ni.

Pengiklanan.

Antara pengiklanan yang paling top adalah Nuffnang, Adsense, Advertlets dan Innity. Daftar dan dapatkan akaun percuma dari syarikat-syarikat ini dan setelah diluluskan, ambil kod HTML yang diberikan dan pasangkan pada blog anda. Anda akan dibayar mengikut klik pada iklan tersebut. Semakin banyak pengunjung blog klik iklan tu, semakin banyaklah income anda.

Program Affiliate.

Lebih kurang sama macam cara diatas. Cuma, affiliate ni, anda akan dibayar jika pengunjung buat belian ke atas produk tersebut. Katakan anda letak iklan ebook. Jika ada pengunjung blog anda yang beli ebook tu, anda akan dapat komisyen hasil dari jualan tu. Ha.

Sediakan Ruang Iklan.

Ini untuk blog yang ada traffic tinggi. Para pengiklan akan berminat untuk letak iklan mereka pada blog anda dengan bayaran tertentu yang telah anda tetapkan. Hanya dengan sediakan ruang iklan dekat blog, anda dah boleh jana income dengan blog. Best tak? Hehehhe

Jual Produk Sendiri.

Jika anda ada produk sendiri. Boleh juga jadikan blog sebagai kedai online anda. Sekarang ni, ramai pembeli yang suka dengan bisnes online, jadi, jika anda ada produk, boleh niagakan di blog.

Jadi Penulis Jemputan.

Jika blog anda sering menjadi rujukan dan ada informasi yang padat dan ketat, Anda boleh jadi penulis jemputan di majalah atau media massa. Melalui cara ini, anda boleh jana income dengan blog anda.

Ok, setakat ini dulu yer, sebenarnya, banyak lagi cara yang boleh korang praktikkan untuk jana income dengan blog ni. Jika anda rajin dan punya idea yang sangat kreatif, segala kemungkinan akan jadi sangat mudah. Pucuk pangkalnya adalah usaha. Apa-apa pun, dengan usaha, barulah ada kejayaan. Tak gitu? hehehe.

Pesawat Aktor Indiana Jones, Star Wars - Harrison Ford Terhempas


 HERO filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, dimasukkan ke hospital selepas pesawat ringan latihan perang dunia ke-2 dipandunya terhempas ketika membuat pendaratan di sebuah padang golf yang terletak di California pada Khamis.

Menurut pihak berkuasa, Ford berada dalam keadaan sedar apabila anggota penyelamat tiba di tempat kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum membawanya ke hospital.


"Pelakon berusia 72 tahun itu didapati mengalami pendarahan pada muka apabila anggota penyelamat tiba di tempat kejadian.

"Terdapat banyak darah diwajahnya dan dua doktor telah merawat beliau serta menjaganya dengan baik," kata seorang pekerja golf  kepada NBC News.

Menurut laporan Daily Mail, seorang saksi dilapor ternampak  pesawat ringan itu dipandu rendah sebelum terbabas.


"Kapal terbang berwarna kuning dipandu rendah dan pada masa itu keadaan cuaca sangat baik.

"Ford seolah-olah sedang menikmati pandangan daripada penerbangan di sepanjang kawasan pantai sebelum pesawat tersebut terbabas," kata seorang saksi kepada Daily Mail Online.

Selain Indiana Jones, Ford juga terkenal membawa watak sebagai Han Solo seorang penyeludup dalam filem-filem Star Wars. - mstar.com.my

Teknik Menyeludup Barang Paling Rare!

barang seludup

barang seludup

barang seludup

barang seludup

barang seludup

barang seludup

Belajar pun kena GST?



Oh teruk dah negara malaysia ni kan?

Begini Cara Cek Akreditasi Perguruan Tinggi Via Internet


Sesungguhnya akreditasi merupakan suatu pengakuan publik atau pengakuan pihak luar terhadap perguruan tinggi yang bersangkutan. Pengakuan ini tentu menggunakan kriteria tertentu dan bertujuan untuk memberikan garansi kepada masyarakat bahwa perguruan tinggi bersangkutan pantas menyelenggarakan proses belajar mengajar. Dan ada jaminan pula output yang dihasilkan dapat dimanfaatkan oleh dunia

Gambar Belangkas