Wednesday, March 4, 2015

Nur Izah Kongsi Pengalaman Dirogol Bomoh

“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.

Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.

“Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga.

Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.

“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya.

Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi ‘membuang sial’, sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

“Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan ‘rawatan’ itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.

“Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit,” katanya.

Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.

Peluang kedua

Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.

“Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

“Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang,” katanya.

Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.

“Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.

“Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka,” katanya.

Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan ‘kehidupan kedua’ yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.

“Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.

Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula rakan lamanya, dia terjerumus buat kali kedua.

“Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi,” katanya.

Rumah Insani

Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.

“Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.

“Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka. - Sinar Harian

Bukti Menjadi Ibubapa Bukanlah Mudah.

gambar bayi comel

gambar bayi comel

gambar bayi comel

gambar bayi comel

gambar bayi comel

gambar bayi comel

gambar bayi comel

gambar bayi comel

gambar bayi comel

gambar bayi comel


Gambar Cerpelai ‘Tunggang’ Belatuk Yang Pelik Tapi Benar!


Disebabkan elemen unik dan humor, satu imej memaparkan seekor cerpelai dan burung belatuk terbang bersama-sama kini menjadi viral di media sosial.




Mana taknya, kejadian tersebut hampir tidak boleh dipercayai oleh banyak pihak sehinggakan ada yang menuduh si penyebarnya telah melakukan ubah suai terhadap gambar itu.

Namun, individu berkenaan menafikan lantas memberi penerangan tentang kisah

Pentingkah SEO Kepada Blogger?

Terasa nak bercerita pasal SEO pulak harini. Sebabnya aku banyak terbaca tentang Blogger-blogger yang "berebut-rebut" nak naikkan SEO blog mereka. Pentingkah SEO Kepada Blogger? Jawapannya adalah pada blogger itu sendiri.

Baik. Kenapa jawapan aku semacam itu? Ini penerangannya ya tuan-tuan, puan-puan, makcik-makcik, pakcik-pakcik semua (dah macam iklan produk kecantikkan pulak) Hehehehe. Pentingkah SEO Kepada Blogger yang menjadikan blog mereka sebagai pendapatan sampingan? Ya! Sangat penting! Ini kerana, SEO akan membuatkan blog mereka berada pada tahap teratas dalam carian google. Taip apa pun, blog mereka keluar dulu. Dan kebanyakkan pembaca tidak akan buka terlalu banyak page. Jadi, tumpuan mereka sudah pastinya pada blog yang pertama mereka lihat.

Bila perkara seperti ini berlaku, ia juga akan menarik para pengiklan untuk mengiklankan produk mereka di dalam blog. Ini kerana, peratusan untuk produk mereka terjual adalah sangat tinggi. Sekali lagi soalan, Pentingkah SEO Kepada Blogger?

Bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan blog mereka sebagai ruangan untuk mereka bercerita perihal peribadi sahaja? Pentingkah SEO Kepada Blogger ini?

Jawapannya, terpulang kepada individu ini. Ada yang mementingkan SEO dan juga yang tidak. Ada juga blogger yang tidak menjadikan blog mereka sebagai pendapatan sampingan tetapi mahukan blog mereka menjadi terkenal. Ada juga yang semacam ini. Blog-blog mereka sering menjadikan rujukan pembaca dan akhirnya menjadikan mereka terkenal. Jadi Pentingkah SEO Kepada Blogger?

 Satu persoalan dengan pelbagai jawapan. Bagaimana pula dengan anda? Pentingkah SEO Kepada Blogger?


Hotel Ice di Romania.

Romania adalah sebuah negara di mana segala-galanya adalah mungkin. Di tengah-tengah Carpathians pada ketinggian yang tinggi, terdapat sebuah Hotel Ice. Ia adalah yang pertama seumpamanya di Eropah Tenggara. Selain kemudahan hotel, anda boleh menikmati landskap dengan gunung bersalji.

hotel-ice-romania

hotel-ice-romania

hotel-ice-romania

hotel-ice-romania

hotel-ice-romania

hotel-ice-romania

Rekaan Sutera, Cherrywood Dan Buluh Untuk Kereta Rolls-Royce. Cool!

rolls royce

rolls royce

rolls royce

rolls rotce

rolls royce

rolls royce

rolls royce

rolls royce

rolls royce

rolls royce

rolls royce

rolls royce


Jangan Berjanji Dengan Anak Kalau..

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hmm, Entry ni aku tujukan khas buat diri aku. Jangan berjanji dengan anak jika tak mampu nak tunaikan. Kadang-kadang, ibubapa "terpaksa" berjanji dengan anak sebagai cara untuk mengambil hati atau mengalihkan perhatian anak-anak daripada sesuatu. Sebagai contoh, jika anak meragam inginkan sesuatu, dan mula menjerit-jerit, ada sesetengah ibubapa yang berjanji akan memberi sesuatu jika anak mereka mendengar arahan mereka.

Ini sebenarnya adalah sesuatu janji "tidak sah" kepada anak-anak. Itu adalah pada pandangan ibubapa. Tetapi tidak pada anak! Mereka menyimpan perkara ini beserta harapan yang sangat besar. Dalam erti kata lainnya, ianya mestilah di tepati.

Percaya atau tidak, biarlah berapa lama pun masa yang di ambil, mereka tetap juga memegang janji ibubapa akan perkara yang telah dijanjikan?

Semacam kes yang berlaku kepada aku. Aku berjanji dengan anak aku yang baru berusia 2 tahun untuk membawanya ke taman permainan. Lama sebenarnya janji aku tu. Bukan niat aku nak bohong dia. Ada aku bawakan juga, tetapi, bila sampai ke tempat permainan tu, pasti akan ada masalah.

Antara masalahnya adalah, orang terlalu ramai. Keadaan taman permainan yang kecil dengan orang yang terlalu ramai adalah sesuatu keadaan yang tidak sesuai dengan anak aku. Ada pula tu, taman permainan tu dipenuhi oleh remaja. Dok melepak kat situ. Itu juga tidak sesuai dengan pembesaran anak aku. Faktor masa juga berkait rapat dengan masalah aku ni.

Jadi, bila dah terlalu lama, anak-anak akan menganggap ibubapa sebagai penipu. Dan ini akan mewujudkan satu sikap tidak percaya lagi di dalam diri anak-anak. Dan dalam masa yang sama, mendidik anak-anak menjadi penipu juga.

Ibubapa adalah cermin kepada anak-anak. Dalam proses pembesaran mereka, segala peribadi ibubapa adalah contoh terbaik buat mereka. Adakah anda mahu anak-anak anda menjadi penipu? Jika tidak mahu, berikan yang terbaik buat mereka. Dan jangan sesekali berjanji dengan anak jika tak mampu anda tunaikan.

Selalu ingat, mereka adalah harta terbesar yang kita ada. Mereka adalah cahaya kehidupan kita. Biarkan mereka bercahaya dengan terang melalui sikap mereka yang baik dan bukannya malap dengan sikap mereka yang teruk.

Gambar Belangkas