Tuesday, March 3, 2015

KANTOI Solat Dhuha.. Lelaki ni tunjuk kebodohan dalam Facebook.



Sejuknya mata memandang.. Bagusnya lelaki ni boleh buat calon menantu ni. Siap buat solat sunat lagi tu. Sapa yang tak mau calon suami yang alim macam ni kan. Kalau tengok gambar saja okey lagi, cer korang baca kepsyen dia.

Hurmmmm.. Macam ada something yang tak kena ja kan hahaha. Adoiyaiii.. Desperate sangat kot nak tunjuk kat orang kata yang diri tu buat solat Dhuha yang banyak ganjaran pahalanya ni. Kalau betul-betul buat tu Alhamdulillah lah.

Tapi kan bang, kenapa pi snap picture plak time tahayat terakhir hahahaha, kantoi la der. Kalau yer pun nak tunjuk, selfie lah time dah habis solat kihkih.

Zaman sekarang ni nak solat pun nak selfie kan. Bila niat tu nak menunjuk free-free ja pahala solat tu hilang. Yela solat sebab nak menunjuk bukan niat untuk Allah Taala.

Tak tahu la dunia akhir zaman ni semuanya dah terbalik. Buat baik pun dah tak ikhlas dah sekarang ni. Berdoa pun dekat keyboard je, tah sejadah ingat ke tak ingat ke tak tahu la.

Monday, March 2, 2015

Lelaki pelik mengamuk tanpa sebab

 Keadaan bahagian kaki lima unit rumah lelaki yang berselerak. Namun pintu rumahnya sentiasa berkunci

KUALA LUMPUR - Tidak banyak yang melegakan hati penduduk meskipun selepas empat hari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan serbuan ke atas sebuah unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda yang dihuni sepasang suami isteri didakwa mengaku sebagai bomoh dan membela lebih 40 ekor kucing untuk tujuan pemujaan.

Salah seorang penduduk berkata, walaupun struktur halangan depan unit rumah lelaki itu telah dirobohkan, ia tidak mengubah sikap pelik individu itu yang sering mengamuk tanpa sebab.

Malah pada malam hari selepas serbuan minggu lalu, lelaki itu didakwa menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

“Lelaki itu  disyaki pecahkan saluran paip luar sebuah unit kosong menyebabkan najis kucing yang dibersihkan di kaki lima unitnya mengalir ke bawah dan mengenai unit rumah bawah,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi sumber penduduk berkata, lelaki itu masih membuang sisa pasir najis kucing ke bawah bangunan setiap hari.

Malah perkara berkenaan turut diakui oleh pekerja pembersihan di kawasan berkenaan.

“Dia baling jauh sedikit, tidak betul-betul jatuh di bawah flat, tapi najis itu akan kena kereta orang,” katanya. 

Turut didakwa, lelaki berkenaan bertindak melemparkan botol kaca berisi sos ke salah sebuah unit, tanpa sebab, sehari selepas serbuan.

“Nasib baik tidak kena penghuni kerana pintu bertutup,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke unit berkenaan mendapat ia berkunci dan tidak terdapat tanda-tanda ada penghuni di dalamnya.

Bahagian kaki lima unit masih dipenuhi kesan lumut dan terdapat sangkar yang dilonggonkkan di bahagian tepi tangga.

Turut ditemui kuali kecil berisi sisa bara api, yang disangkut menghalangi laluan ke unit berkenaan, tidak diketahui tujuannya.

Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi penghuni berdekatan namun mereka enggan mengulas lanjut dan memberi alasan tidak mahu mencampuri urusan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, ada antara mereka mengakui tidak senang dan takut apabila terserempak dengan lelaki itu disebabkan beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini.

Ditanya tentang kucing-kucing belaan lelaki itu, tiada penduduk yang mengetahui sama ada ia masih ada dalam unit atau telah dipindahkan, namun tiada yang mendakwa melihat lelaki berkenaan membawa turun kucing dengan banyak.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan pemantauan terhadap unit yang dihuni lelaki itu.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Komuniti, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, walaupun tempoh 30 hari diberikan untuk memindahkan kucing-kucing yang dibela, pihaknya tetap melakukan pemantauan dan tindakan tamat kontrak sewa akan diambil sekiranya melanggar syarat yang ditetapkan.

Dalam masa sama, pihaknya akan mendapatkan kerjasama agensi-agensi berkaitan agar tindakan lebih serius dapat dilaksanakan bagi menyiasat kedudukan sebenar lelaki itu.

“Jabatan tidak mempunyai rekod kesihatan penghuni namun kita boleh dapatkan bantuan agensi kesihatan untuk tindakan siasatan lanjut.

“Bagaimanapun tempoh telah diberikan, jikadia gagal pindahkan kucing-kucing, kita akan sita,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Apa Yang Anak-Anak Perlukan?

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.

perhatian anak

Sumber : Google

Entry soalan pada hari ni. Apa yang anak-anak perlukan sebenarnya di dalam kehidupan mereka? Aku semacam terpanggil bila seorang rakan aku di FB, post satu gambar, tentang seorang kanak-kanak yang meluahkan perasaannya di dalam sekeping kertas.

Bila aku baca luahan kanak-kanak tu, baru aku lebih sedar, yang anak-anak ini sebenarnya, bukan mahukan wang yang melimpah ruah, mainan yang sarat, ataupun segala macam lagi, mereka sebenarnya hanya mahukan "PERHATIAN" daripada ibubapa mereka. Sesuatu yang lebih bernilai kepada mereka.

Zaman sekarang ni, ramai ibubapa yang bekerja. Jadi, masa dengan anak-anak sangat kurang. Kebanyakkan masa anak-anak adalah dengan pengasuh. Anak-anak hanya dapat jumpa ibubapa mereka pada waktu petang dan malam.

Jika semasa waktu kerja, ibubapa terbeban dengan kerja yang banyak, pasti pada waktu malamnya, akan keletihan. Dan ini akan mengurangkan " masa berkualiti" dengan anak-anak.Dan anak-anak membesar dengan kurang perhatian daripada ibubapa.

Bagaimana pula dengan anak-anak yang tidak punya ibubapa? Apa pula perasaan mereka? Bagaimana pula dengan perasaan anak-anak yang keluarga mereka mengalami keretakan? :(

Kalau kita selidik dan fahami, mereka akan lebih bercerita tentang perhatian yang mereka tidak dapat daripada ibu atau bapa mereka. Kasih sayang daripada ibu dan bapa mereka. Ini lebih bernilai daripada wang ringgit!

Tetapi berapa ramai ibubapa yang tahu dan faham akan perkara ini? Pasti ada bukan, ibubapa yang tidak memandang berat akan perkara ni?

Berilah perhatian kepada anak-anak anda. Mereka adalah anugerah yang tidak terhingga kepada setiap keluarga. Mereka hanya perlukan kasih sayang daripada para ibubapa. Itu yang lebih berharga.

Zizie Tak Mampu Melayan Dato’ Bung Mokhtar


Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram miliknya.



Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar.

Mengikut pos Zizie, suaminya itu mula berjinak-jinak dengan Candy Crush buat kali pertama sejak tiga minggu lalu. Sejak itu, Zizie mula mengepos beberapa gambar yang memperlihatkan Bung Mokhtar begitu khusyuk bermain permainan itu.



  Malah dalam pos hari ini (15 Julai), Zizie mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan: ‘Bini duduk sebelah pun dah x di pandang.I hate u Candy Crush!!#suamidahjumpacintabaru’

Saksikanlah sendiri beberapa gambar dibawah yang dimaksudkan. Apa yang paling penting, dapat dilihat keserasian pasangan suami isteri ini dalam melayari rumah tangga. Sweet sangat!

#100plus: Benar-Benar Bertenaga!!

100plus


Pagi ni je aku dah minum 2 botol air 100plus. Ish. Aku dalam proses nak baik demam. Bila aku demam, aku pasti akan beli air 100plus ni banyak-banyak. Sebabnya mudah je. 100plus ni benar-benar bertenaga! 

Pada aku, dalam banyak-banyak air tenaga, 100plus ni je yang betul-betul bertenaga! Aku masih ingat sejarah air ni dengan aku. Waktu tu, aku sekolah rendah. Aku aktif dalam sukan hoki. Ada 3 game. Dari pagi sampailah ke petang. Game kedua je aku dah penat sangat-sangat. Dalam waktu rehat tu, sempat jugaklah aku ke kedai runcit dekat luar sekolah. Waktu tu lah aku terjumpa air 100plus ni. Lepas minum je, aku rasa macam game yang pertama! Penuh dengan semangat! Terima kasih #100plusmalaysia!

Mula dari situlah, hinggalah sekarang, aku masih tetap dengan air ni. Air yang benar-benar memberikan aku tenaga!

Penghidratan Optimum!

"Gaya hidup aktif baik untuk minda dan badan anda. Dirumus khas bagi menghilangkan dahaga dengan cepat,100 PLUS mengembalikan bendalir, elektrolit dan tenaga yang hilang semasa anda menjalani gaya hidup aktif. Hidrat semula, segar dan BERTENAGA untuk kehidupan penuh aktif! "

@100plusmalaysia
#100plusmalaysia
#100plus


GERGASI BERUSIA 10 BULAN?


JHARKHAND - INDIA. Aliya Saleem yang baru berusia 10 bulan, suka makan kari dan biskut, namun mempunyai berat 19 kilogram.Ibunya, Shabana, 25, memberitahu The Sun, dia terpaksa membelikan Aliya pakaian baru setiap dua minggu.

Ketika lahir, berat Aliya hanya 4 kilogram dan pada usia 4 bulan, beratnya mula naik mendadak.Menurut Dr Krishan Chugh, keadaan Aliya mungkin disebabkan obesiti atau ketidakseimbangan hormon.

"Selepas Aliya dibawa untuk diperiksa, barulah kita boleh tahu bagaimana untuk mengurangkan berat badannya," katanya Dr Krishan.Shabana yang bergantung kepada suaminya, Mohammad Saleem, 28, yang bekerja sebagai tukang jahit mempunyai pendapatan RM15 sehari.

Tidak Berminat Dengan Arahan Orang.

Aku jenis yang tidak suka menerima arahan sesiapa. Mana-mana manusia pun, tidak suka dia arah-arah oleh manusia lain. Atas alasan inilah, aku sering di anggap sombong oleh rakan-rakan sekeliling. Kenapa aku jadi camni, adalah kerana aku tidak berminat dengan arahan orang.

Akan tetapi, aku masih lagi bekerja dengan orang dan tidak bekerja sendiri. Cakap tak suka dengar arahan orang, tapi keje dengan orang kan?

Di tempat kerja aku, hanya arahan orang-orang tertentu sahaja yang aku dengar dan aku gerakkan. Ala, arahan pihak atasan, manager, engineer, bos-bos. Jika arahan itu datang daripada pihak lain ( pihak yang langsung tidak ada kaitan dengan aku) memang aku buat tak tahu je.

Memang la, siapa yang nak dengar arahan orang yang takde kena mengena dengan kita kan? Jangan tak tahu, ada sesetengah manusia yang "gila kuasa" ni, yang takde kena mengena dengan dia pun, dia heboh nak control. Hahahhahahahaha.

Tetapi arahan-arahan pihak tertentu ni, jangan valid dalam waktu bekerja sahaja. Selepas waktu itu, pun aku buat tak tahu je. Boleh tak macam tu?

Bos-bos aku ni, sekarang ni, sedang dalam proses nak jadi "sado". Jadi, ramai jugaklah pekerja-pekerja bawahan yang support bos-bos ni. Macamana cara mereka support? Join sekali la ke gym. Aku sebelum ni, memang aktif di gym. Jadi, bila bos dapat tahu, dia ajak la aku join sekali.

Aku yang sememangnya tak suka "hubungan" luar waktu kerja ni, pun cakap la dengan bos-bos aku. Yang aku ke gym dengan rakan-rakan aku sahaja dan bukannya bos-bos. Ini kerana aku punya kehidupan aku sendiri di luar waktu kerja.

Bagi mereka yang profesional, mereka akan menganggap perkara ini adalah normal. Tetapi jika sebaliknya berlaku, mereka akan menganggap kita seperti melawan arahan mereka, dan akan "membalasnya" sewaktu kerja. Owh la manusia.

Dah jenis aku tak suka dengan arahan orang. Dah la waktu kerja, kita terima arahan orang. Luar waktu kerja, nak join mereka lagi? Kang kalau salah cakap, ambil hati, kang di suruh kita itu ini. Hamboi. Dah terasa macam hamba pulak aku ni kan?

Apa pun, setiap manusia punya cara dan etika tersendiri. Aku hanya berkongsi perihal diri dan pendirian aku. Lain orang, lain caranya kan?

Gambar Belangkas