Sunday, March 1, 2015

TEGURAN HORMAT BUAT USTAZ AHMAD AWANG

Pertamanya tahniah dan syabas diucap kepada Ustaz Ahmad Awang. Selepas lama menyepi dari arena politik dan tidak terlibat dalam aktiviti PAS, Ustaz muncul dengan sebuah tulisan yang menunjukkan kecaknaan terhadap PAS. Semoga ustaz terus menunjukkan komitmen dalam bahtera kita bersama ini, walau tanpa ditaklifkan apa-apa jawatan.

Kedua, berhubung tulisan ustaz yang bertajuk Multaqa ibarat menyimbah minyak ke atas api, suka saya untuk mengemukakan respon balas. Saya percaya ustaz yang sudah bergiat lama dalam dewan ulama amat terbuka untuk menerima apa-apa teguran yang baik dari ahli bawahan. Itulah sikap seorang muslim sejati.

Saya melihat teguran ustaz dibuat tanpa terlebih dahulu menghadiri multaqa. Mustahil rasanya ustaz tidak mengetahui penganjuran program besar ini sebelum dari tarikh. Jemputan juga telah disampaikan buat semua pihak terutama tenaga pengajar agama.

Mungkin ustaz punya keuzuran tertentu untuk hadir, tetapi membuat teguran tanpa mengetahui isi sebenar dan berjumpa sendiri dengan empunya badan adalah satu tindakan yang tidak kena. Besar kemungkinan teguran ustaz berpandukan kepada laporan-laporan media yang dipenuhi prasangka semata-mata. Tidakkah ustaz ingat kaedah alim ulama kita, hukum terhadap sesuatu adalah terhasil dari gambaran tepat ke atasnya. (الحكم على شيء فرع عن تصوره)

Teguran ustaz banyak berkisar mengenai sikap asatizah kita yang banyak menegur ahli-ahli PAS setelah dilihat lari dari dasar, akhlak dan matlamat perjuangan. Bagi ustaz, perbuatan tersebut dilihat tidak membantu menguatkan pakatan rakyat.

Sudah menjadi tugasan para alim ulama, untuk sentiasa menegur mana-mana pihak tidak kira kawan atau lawan supaya sentiasa bertindak mengikut lunas Al-Quran dan sunnah. Ulama sejati tidak akan bertindak mengikut kemahuan ramai, tidak tunduk pada desakan keadaan, dan tidak akan turuti tuntutan-tuntutan semasa sekiranya bercanggah dengan syariat Islam.

Kerana itulah Ulama akan dipandang serong sebagaimana Nabi-nabi terdahulu kerana tindakan mereka yang terkadang terpaksa menongkah arus. Kerana Ulama itu pewaris Nabi. Apa yang menimpa Nabi turut menimpa alim ulama hari ini. Kerana itu juga Nabi meninggalkan suatu pesanan yang amat inspiratif kepada kita supaya para ulama merasai kesinambungan perjuangan Islam:

بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Islam itu bermula dalam keadaan pelik, dan akan kembali pelik seperti permulaannya.
Maka bergembiralah orang-orang yang pelik (dengan ganjaran besar dari Allah).

Ulama secara umumnya adalah orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Ada perkara yang mereka tahu dalam Islam melebihi orang-orang awam. Justeru itu dalam lapangan amar maaruf nahi mungkar, mereka dapat mengesan kepincangan-kepincangan pada diri dan jemaah umat Islam yang mungkin tidak dapat dikesan orang awam. Kerana itulah mereka akan bertindak menangani masalah tersebut dan orang awam haruslah meletakkan kepercayaan kepada mereka tanpa belah bahagi. Ini prinsip thiqah yang harus dibina pada setiap anggota gerakan.

Seperti juga doktor. Mereka dapat mengesan simpton penyakit pada seseorang walaupun orang lain melihat mereka normal. Doktor terkadang perlu menyuntik jarum walaupun menyakitkan. Sampai suatu tahap mereks terpaksa membelah tubuh dan memotong anggota pesakit untuk merawatnya walaupun dilihat kejam. Pesakit dan orang awam harus memberi kepercayaan kepada doktor menjalankan kerja mereka.

Antara perkara yang dilihat oleh Ulama pada hari ini telah terhakis pada umat Islam ialah kefahaman tentang perjuangan Islam. Krisis yang paling teruk adalah krisis wala', krisis ketaatan terhadap pimpinan dan krisis campuraduk pemikiran asing. Ini adalah penyakit yang amat dititik beratkan sarjana Islam zaman berzaman. Ianya perlu dirawat. Dan menerusi wasiat-wasiat nabawi, ulama secara adatnya tahu cara merawatnya, walaupun nampak kasar mengikut pandangan orang awam. Penentangan sebahagian orang awam itu lumrah. Kata ulama kita:
الإنسان عدو لما يجهل
Manusia itu amat memushi perkara yang mereka tidak tahu.

Sekiranya teguran ulama dalam multaqa adalah silap, maka ustaz sebenarnya telah mempertikaikan Sultanul Ulamak, Izzuddin Abdul Salam sebagai silap kerana sentiasa menegur khalifah walaupun orang awam tidak mendapatinya sikap khalifah bercanggah. Ustaz juga telah menafikan tindakan Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad yang tegas tidak mempedulikan tuntutan keadaan dalam menyatakan kebenaran walaupun bagi orang biasa, ia hanya masalah remeh.

Resolusi Multaqa baru-baru ini adalah hasil perbahasan ratusan ulama seluruh Malaysia. Yang memutuskannya bukan ijtihad dua tiga orang. Dan Nabi sendiri memberi jaminan dengan sabdanya:
لا تجتمعوا أمتي على الضلالة
Umatku tidak sekali-kali berhimpin di atas kesesatan.

Justeru pandangan ustaz yang menyalahi pandangan ratusan ulama lain tidak boleh dikira lebih tepat. Bahkan tidak keterlaluan jika saya nyatakan, mungkin tulisan ustaz lebih tepat jika diibaratkan sebagai mencurah minyak. Teguran tersebut juga tidak membantu meredakan keadaan.

Ustaz juga mempertikaikan tindakan ulama mengemukakan masalah dalam PAS. Adakah Ustaz bermaksud ulama perlu menyembunyikan masalah dan berlagak semuanya beres, hanya kerana nak berlakon di hadapan musuh? Kata Imam Malik,
إذا سكت العالم تقية والجاهل ينطق فمتى يتبين الحق؟
Apabila orang alim berdiam diri kerana bimbang, dan orang jahil berbicara, maka bilakah akan zahirnya kebenaran?

Ustaz ada bertanya laporan kajian tahaluf siyasi. Tidakkah ustaz membaca secara teliti tentang resolusi multaqa lepas? Ianya adalah desakan dari ulama kepada pihak berautoriti. Suatu jawatankuasa yang merangkumi semua pihak dalam PAS perlu diwujudkan pihak atasan supaya semua mekanisme kajian lengkap diperolehi. Malangnya bukan setakat kàjian, mekanisme kajian pun masih gagal disediakan. Laporan postmortem PRU13 sampai sekarang masih belum dibentang oleh Pengarah Pilihanraya, Dr Hatta Ramli.

Tulisan ustaz menggambarkan kononnya asatizah kita mengadakan multaqa atas niat menjatuhkan pihak tertentu. Ini suatu kenyataan tidak berasas. Tiada seorangpun nama individu dipetik. Yang dibincang hanyalah bentuk pemikiran dan akhlak yang wajib dibendung.

Sekiranya ada individu berwatak demikian, mereka harus menerima teguran yang benar dan menyingkirkan pemikiran tersebut, bukan menyingkirkan diri sendiri. Allahumma kecualilah jika dia berdegil dengan sikapnya, maka ahli perlu korbankan satu dua individu tersebut demi maslahah menyelamatkan sebuah jemaah.

Sekiranya ustaz ikuti perbahasan dari awal hingga akhir, ustaz akan dapati ia turut melibatkan solusi kepada masalah ekonomi, politik dan sosial yang berlaku hari ini. Malah bukan dari multaqa sahaja, ustaz boleh melihat dalam web dewan ulama, blog Dr Takiri, facebook Ustaz Zaharuddin dan buku-buku terbitan ulama dalam PAS yang lain.

Tapi kerana sikap prejudis sesetengah media, hanya beberapa kerat perkataan yang dijadikan isu. Nampak sangat tulisan Ustaz hanya bersandar pada laporan akhbar semata-mata. Ustaz menyebut tabayyun, tapi adakah Ustaz jiga bertabayyun sebelum menegur?

Secara keseluruhannya saya melihat komen Ustaz banyak berbentuk persepsi semata-mata tanpa menteladani sirah jemaah Islam di zaman Nabi terdahulu. Ustaz tidak berjaya melihat kekacauan hari ini adalah ulang tayang bagi catatan perjuangan umat Islam zaman berzaman.

Akhirnya, saya memohon ribuan kemaafan seandainya tulisan ini dibaca dengan intonasi mengkritik dan menghina. Sehingga ke saat ini, hormat saya pada Ustaz selaku salah seorang berperwatakan Ulama masih tidak luntur. Saya harapkan Ustaz agar dapat kembali aktif seperti dulu, bersama sejemaah dengan para asatizah lain supaya maklumat yang lebih tepat diperolehi. Benarlah sabda Nabi SAW:

عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ ، وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِد
Wajib ke atas kamu berjemaah. Jangan sekali-kali berpecah. Sesungguhnya syaitan bersama yang keseorangan.

Sekian dari saya bukan Ulama, bukan teknokrat. Saya hanya cintakan kebenaran.

(Alang Ibn Shukrimun)

Kenapa Umno Tak Masum PRK Chempaka?

DrAzman Ibrahim

Maaf, saya tak mampu lagi nak bersangka baik walaupun saya menghormati keputusan Umno tak letak calon PRK Chempaka.

Jam 12 tengah malam semalam, hati kecik saya berkata, Umno tak masuk PRK kerana...

1. Kerajaan BN memang bercadang nak naikkan harga minyak 1 Mac. Masuk PRK dan naikkan harga minyak dlm masa yg sama bukanlah percaturan politik yg bijak.

2. Majoriti kekalahan 6 ribu lebih bukan mudah nak diatasi.

3. Masuk PRK bermakna akan ada perebutan nak jadi calon. Perebutan bermakna perpecahan dalaman yg parah.

4. Memang kerajaan tak dok pitih nak buat projek-projek segera sempena PRK.

5. Memang BN tak mampu menafikan sentimen hormat rakyat Kelantan kepada Almarhum TGNA. Suka tak suka mereka perlu mengikut arus ini.

Perghh! Wartawan Depan Najib Solat



1 2 3.. Snap gambar, edit biar nampak terbaik.

Ermmm umno bn ni.

Cara untuk simpan duit dan bayar hutang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini aku  ambil info dari satu blog. Ada yang diedit ikut kesesuaian kewangan anda.




14 tips nak simpan duit

1) hapuskan hutang anda terlebih dahululagi cepat bayar hutang, hati akan menjadi cepat tenang. tak payah fikir pasal hutang dah..hutang aku sekarang ni ptptn

2) tetapkan matlamat tabungancontoh nak beli kereta. berapa banyak bayaran muka yang dibuat? berapa bayar bulan??

3) buat satu jangka masa untuk menyimpansebagai contoh: saya nak beli rumah dalam masa 3 tahun akan datang bermula hari ini.apabila sudah tetap tarikh maka boleh fokus matlamat tersebut. Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan. Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

4) Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.

5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.tulis perbelanjaan setiap bulan dan letak kategori  untuk setiap pembeliaan seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.simpan nota kecil dan buat rekod dalam excel.

6) kurangkan perbelanjaan anda

7) Nilai semula matlamat simpanan anda. Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai.berapa banyak bezanya?

8) Buat bajet sendiri

9. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.

10. Letak Duit Dalam Balang

11. Lihat Jika Anda Boleh Mencari Akaun Bank Dengan Kadar Dividen Yang Lebih Tinggi. contoh seperti TABUNG HAJI dan Bank rakyat.

12. Bayar Diri Sendiri Dahulu. Apabila mendapat gaji mendepositkan 10% setiap cek dalam akaun simpanan.

13. Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa.

14. Tip Terakhir
Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama sekali bila anda masih kecil. Tapi sekarang saya sudah dewasa, kadang-kadang dapat jugak duit raya ni sebab masih bujang.

Sumber: .http://kokotiam.com/bagaimana-untuk-menyimpan-wang...


Saturday, February 28, 2015

Fesyen Berbaju Jarang Salwa Razak Di Anugerah Meletop 2015 (5 Foto)


Gambar Salwa Razak di program Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 telah mendapat kritikan oleh peminat seni tanahair kerana didapati berpakaian agak seksi.

Apa yang dimaksudkan mereka ialah pakaian Salwa Razak seperti terlalu menonjol di bahagian rahsia. 

Apakah pandangan anda mengenai gambar pakaian Salwa Razak yang dianggap seksi ini? 







Isteri Curang ‘Melekat’ Ketika Seks Bersama Kekasih

ORANG ramai berkerumun di luar apartmen berkenaan.
 
JOHANNESBURG – Polis terpaksa menyembur serbuk lada untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul untuk melihat seorang wanita curang ‘melekat’ pada kekasihnya selepas mengadakan seks.

Orang ramai berkumpul selepas khabar angin tersebar mendakwa suami wanita itu meminta seorang dukun ‘mengunci’ kemaluan isterinya ketika dia keluar.

Walaupun pakar berkata kejadian memalukan itu berlaku kerana fenomena perubatan yang menyebabkan otot kemaluan wanita mengecut terlampau, ia tidak dihiraukan oleh orang ramai yang berkumpul di tempat kejadian.

Media tempatan mendakwa, Sasha Ngema, 34, melakukan seks dengan kekasihnya, Sol Qoboza, 22, di sebuah apartmen di Johannesburg, Afrika Selatan, ketika suaminya tidak ada di rumah.

Pasangan itu terus melekat dengan masing-masing tidak boleh melepaskan diri. – Agensi

ISTANBUL - 5 TEMPAT WAJIB LAWATI DAN APA YANG KITA MESTI MAKAN KETIKA DI SANA

Nabi SAW bersabda bahawa satu masa nanti umat Islam akan berjaya menawan Kota Konstantinople. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera! Begitulah hebatnya kota ini sehingga disebut Nabi SAW ketika Perang Khandak. Umat Islam sentiasa mengidamkannya, bukan saja kota ini tetapi disebabkan sifat yang disebutkan Nabi SAW akan raja dan tentera itu.

Sejarahnya, Konstantinople ialah sebuah kota dan Ibu Negeri Kerajaan Bizantin  untuk sekian lama, Konstantinople ialah kota yang amat kuat pertahanannya. Terdapat beberapa lapisan temboknya (yang luar bernama Tembok Theodosian yang amat besar, kuat dan teguh) disamping tentera terlatih dan bantuan sekutunya. Sepanjang sejarahnya, kalau tak silap saya, Konstantinople hanya 2 kali berjaya ditawan.

Pertama kali oleh tentera salib (Perang Salib ke-4) yang diketuai oleh Doge dari Venice bernama Enrico Dandolo pada tahun 1204. Sepatutnya tentera ini ke Baitulmaqdis tetapi telah dilencongkan oleh Doge itu kerana konflik agama dan politik. Enrico telah membawa balik antaranya patung 4 ekor kuda (Horses of St Mark) yang bersaiz sebenar - tunggu kisah Venice kami selepas ini insya Allah. Kuda in asalnya berada di Hippodrome berhampiran Hagia Sophia. Doge ini disemadikan di Hagia Sophia. Makamnya telah musnah dan kini hanya ada replika.     

Keduanya, oleh tentera Uthmaniyyah yang diketuai Sultan Muhammad II pada tahun 1453. Ini menandakan berakhirnya empayar Bizantin dan bukti kekuatan empayar Uthmaniyah yang terus berkembang menjadi kuasa hebat pada ketika itu dan beberapa abad seterusnya. 

Rasanya sudah cukup sejarah Istanbul kan. Pelbagai budaya dan latar belakang yang mempengaruhi Istanbul telah meninggalkan kesan sejarah yang bukan sedikit untuk kita lawati. Walaubagaimanapun, jika kita mempunya masa yang terhad, terdapat beberapa tempat yang bagi saya patut dilawati. Tempat-tempat adalah berdasarkan pengalaman kami sahaja dan hotel kami yang berdekatan dengan Sultanahmet. Kawasan ini mempunya beberapa tempat wajib jika kita melawat Istanbul. Kedudukan setiap tempat juga adalah berdekatan dan berada di Bukit Pertama Istanbul (diantara Laut Marmara dan Golden Horn).

Hagia Sophia

  1. Hagia Sophia: Tidak perlu diperkenalkan lagi, rasanya semua kita sudah tahu apakah bangunan ini. Berasal daripada Gereja Agung Bizantin dan seterusnya ditukar kepada Masjid besar Istanbul, Hagia Sophia ialah bangunan yang sangat indah sehingga kini (mungkin kurang sedikit ketika kami lawati kerana usaha pemeliharaan dan pemeliharaan (preservation and restoration) sedang dijalankan. Jadi, ada tempat yang tidak dapat dilawati.

Terdapat tanda-tanda Islam dan Kristian didalamnya. Maharaja Bizantin amat banggakan Konstantinople dan Hagia Sophia dan digambarkan pada gambar yang dapat dilihat ketika mula masuk ke dalamnya. Gambar ini menunjukkan 2 maharaja mempersembahkan kedua-duanya kepada Virgin Mary. Bagi pencinta seni dan sejarah, Hagia Sophia adalah bangunan yang mempunyai ciri-ciri agung. Jika pertama kali masuk sekarang, kita akan berasa betapa gahnya binaan ini. Biasanya, barisan tiket untuk Hagia Sophia adalah paaaaaaaaanjang. Maka, datanglah awal atau mungkin boleh beli Kad Muzium (Istanbul Museum Pass) yang membolehkan lawatan kepada beberapa muzium Istanbul secara percuma atau dengan diskaun. Ia untuk 72 jam atau lebih bermula muzium pertama.

 Maharaja Bizantin mempersembahkan Konstantinople dan Hagia Sophia kepada Virgin Mary

 Barisan masuk ke Hagia Sophia. Barisan beli tiket, barisan masuk, barisan tour group…. Letihhh…


  1. Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru): Terletak bersebelahan Hagia Sophia, Masjid biru lebih besar daripada Hagia Sophia. Ia menggantikan Hagia Sophia selepas ia siap dibina sebagai MasjidBesar Istanbul dan empayar. Diinspirasikan daripada Hagia Sophia, Masjid Biru mempunyai rekabentuk Islamik dengan menara dan kubah besar. Ia dibina diatas tapak bekas istana Bizantin dan Hippodrome.    Seperti juga Hagia Sophia, nikmatilah keindahan senibina masjid ini jika kesana (dikhabarkan, masjid asal lebih indah kerana banyak benda baru yang digantikan tidak atau kurang artistik seperti tingkap kubah).

 Masjid Biru

Dalaman Masjid Biru

  1. Hippodrome: Asalnya sebuah litar lumba kuda dan tempat aktiviti sosial bersebelahan Istana Bizantin, tidak banyak yang dapat dilihat pada masa ini kecuali Tiang berbentul Ular dan 2 Obelisk. Ularnya telah hilang kepala (mungkin akibat rusuhan) dan kini sebahagian daripadanya disimpan di Muzium Arkeologi Istanbul. Dahulunya terdapat 4 pasukan bertanding di sini. Kemudian kurang ke 2 kerana yang lain tak mampu bertahan. Perlawanan ini biasanya boleh menyebabkan masalah rusuhan sehingga pernah Hagia Sophia dibakar dan musnah terus! Obelisk pula adalah obelisk sebenar yang dibawa daripada Mesir. Kita dapat lihat tulisan Mesir kuno iaitu Hiroglif padanya. Kini ia dipanggil Dataran Sultanahmet - ketika lawatan kami, terdapat pihak yang berdemo di sini di depan Hagia Sophia kerana masalah politik atas nama pemeliharaan taman berdekatan Dataran Taksim.  

  1. Istana Topkapi: Sejurus menawan Konstantinople, Sultan Muhammad II memerintahkan supaya dibina sebuah istana untuk kediaman diraja. Maka, istana Topkapi dibina tidak jauh daripada Hagia Sophia di bukit pertama (first hill - Istanbul mempunya 7 bukit). Ia merupakan sepuah kompleks istana yang besar dan mempunyai beberapa bahagian. Jika mahu melihat keseluruhan kompleks ini, rasanya perlukan sehari apatah lagi jika kita mahu baca atau mengetahui mengenai setiap aspek cerita, sejarah, seni dan lain-lain lagi. Istana ini umpama sebuah bandar pada zaman kegemilangan Uthmaniyah kerana mempunya ramai penghuni. Audioguide ada disedikan pada kos TL5 rasanya. 

Ada kawasan Istana dan Harem. Kos berbeza tapi boleh guna Museum Pass untuk kedua-duanya. Harem ialah tempat kelamin Sultan dan keluargannya. Harem sebab haram untuk semua orang lain kecuai Sultan dan pengawalnya yang telah dikasi. Banyak kawasan berasingan dalam istana seperti Pavilion Baghdad ( selepas berjaya menawan Baghdad, dapur yang corongnya macam Titanic, bilik mesyuarat negara dan lain. Ada juga tempat tertentu yang ada tempoh masa rasanya. Di pinggir istana ada pemandangan ke laut (Marmara dan Golden Horn) yang Indah.


  1. Basilica Cistern (Yerebatan Sarayi - Sunken Palace) - : Jika dilihat didalam gambar diatas, nampak agak menyeramkan bukan? Cistern ini adalah salah satu tempat menyimpan air bagi Istanbul yang terbesar. Air yang dibawa melalui aqueduct (Valens) akan disimpan untuk kegunaan kawasan bukit pertama ini. Pintu masuknya adalah berdekatan dengan Hagia Sophia (seberang jalan sahaja). Ia dinamakan Basilica kerana berdekatan Basilica iaitu Hagia Sophia. Ia berada di bawah tanah. Ia digunakan seketika selepas penawanan Istanbul dan kemudian ditinggalkan kerana Uthmaniyyah lebih sukakan air yg mengalir berbanding kolah statik ini. 

 Keadaan di dalam Cistern

Ketika ini terdapat beberapa kumpulan yang berpakaian tradisional Uthmaniyah untuk kita ambil gambar. Terdapat juga kafe dihujung laluan. Air juga adalah sedikit sahaja. Terdapat laluan kayu untuk pejalan kaki. Kita boleh memjumpai tiang yang dikhabarkan tidak pernah kering sehingga kini. Anda boleh letakkan ibu jari pada tiangnya dan berniat jika mahu. Ramai mat saleh buat. Pada hujung laluan terdapat tiang yang tapaknya berbentuk kepala Medusa terbalik. Dikhabarkan ini penanda mengalahkan kuasa medusa. Diluar topik sikit, bagi sesiapa yang pernah membaca buku Dan Brown, Inferno, di tiang inilah terdapatnya bukti kemuncak yang menjadi tanda tanya sepanjang membaca buku itu. Buku itu menceritakan beberapa tempat menarik di Florence, Venice dan Istanbul. Kami telah ke Istanbul, kami harap hasrat ke Florence dan Venice akan tercapai, insya Allah.

 Pintu masuk Cistern di Yerebatan Cadessi. Bertentangan Ayasofia dan Alemdar Cadessi. Nampak dia tulis "Museum Pass Invalid" kat sebelah kiri tu.

Kelima-lima tempat ini boleh dilawati dalam sehari jika mahu asalkan kita menghadkan masa untuk setiap tempat. Walaubagaimanapun, mungkin tidak berbaloi kerana tiket agak mahal bagi Hagia Sophia dan Istana Topkapi. Masjid Biru dan Hippodrome adalah percuma. Kos Cistern adalah agak kecil.

 Panduan kedudukan tempat lawatan

Panduan umum kos dan masa bagi kelima-lima tempat lawatan ini. AWAS: Ini kos pada tahun 2013. Pastikan anda rujuk senarai terbaru. Harem dan Topkapi berbeza kos.

Tempat
Hagia Sophia
Masjid Biru
Topkapi
Hippodrome
Cistern
Unit
Kos
25
percuma
25
percuma
10
TL
Tempoh
30 - 120
30 - 60
120 - 300
15 - 30
30 - 60
minit
Museum pass
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Tidak


 Museum pass: Kos, tempat dan tempoh lawatan. Boleh beli di Ayasofia.

Kawasan ini juga kurang kenderaan awam. Terdapat tram yang hanya perlu sekali bayar untuk sepanjang perjalanan. Kosnya dalam TL1.50. Beli Istanbulkart dan dapatkan semula baki dan deposit jika anda pulangkan kad ini. Satu kad boleh dikongsi banyak orang asalkan duit cukup. Tram mengikut Alemdar Cadessi iaitu jalan utama di sini.

Kini, terdapat banyak hotel, kafe, gerai dan travel agent di kawasan sini untuk pelancong. Kawasan ini amat popular bagi pelancong. Setiap hari, mungkin ratusan atau ribuan bas pelancong yang boleh dilihat di kawasan in. Cubalah membeli baklava/turkish delight, jus delima, jus oren, roti simit, ais krim Turki, jagung rebus/ bakar dan buah berangan. Sedap-sedap belaka. Jusnya benar-benar jus. Tiada campuran gula dan air! Ais krim pula agak pekat dan melekat. Penjualnya biasa suka buat "trick" macam cerita "Istanbul Aku Datang". Amat lucu dan menghiburkan! Makanan Turki memang sedap. Cuma, bagi orang yang suka pedas, sukar mencari makanan pedas di sini. Mi segera Indome saja yang pedas di sini. Itupun kami terpaksa ke Forum Istanbul di Bayrampasa untuk membelinya. Kedai India macam tak yakin je halalnya.

 Simit: Liat dan agak tawar.

 Baklava. Sedap tapi mahal jika dibeli di Sultanahmet. Ada jual ikut berat.

Seterusnya kami akan ceritakan tempat-tempat lain yang boleh dilawati di Istanbul. Tunggu!

Gambar Belangkas