Saja je aku nak kongsikan cerita tentang anak sulung aku ni. Aku jarang nak bercerita perihal keluarga aku di dalam blog. Bukan apa, aku kurang berminat. Cuma kali ni, aku saja je nak share yang ibubapa itu adalah cermin kepada anak-anak.
Apa jer yang aku buat, pasti anak aku ni akan perhati. Makan ke, minum ke, apa sahaja. Jenis aku pulak, kalau menonton tv, mesti ada air minum. Kadang tu siap dengan biskut. Jadi anak aku yang baru masuk 2 tahun ni, pun sama nak. Sama macam aku. Cawan dan juga air yang sama. Kalau tak dapat, air aku lah yang akan jadi mangsa.
Cara aku berbaring pun dia ikut. Pakai bantal pun dia ikut. Hampir semua perkara. Ayaks! Itu yang orang cakap, ibubapa ni cermin kepada anak-anak tu.
Kadang tu, ada jugak yang aku terlepas cakap. Contohnya macam ngah syok drive kereta, ada kejadian yang kita tak minat. Aku main cakap je. Dan kemudiannya, diikuti anak aku. Ahh, sudah. Kang kalau dia dok ulang-ulang cakap, dah orang cakap aku ni tak pandai jaga anak.
Mereka kan dalam proses nak explore dunia sekeliling. So, apa sahaja yang berlaku kat sekeliling mereka, confirm mereka ikut. Dan ibubapa adalah yang paling dekat dengan mereka. Jadi, kena la selalu beri contoh yang baik-baik pada anak kan?
Aku tak pasti, kalau-kalau ada ibubapa yang mahu anak mereka membesar dengan perkara yang negatif. Mungkin ada, itu aku tak pasti. Tapi pada aku, aku nak anak aku membesar dengan semua perkara adalah positif.
Macamana pula dengan pengalaman anda dengan anak masing-masing?