Sunday, February 22, 2015

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom!

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Kepulauan Marieta adalah kumpulan kecil pulau-pulau yang tidak didiami, terletak beberapa batu di luar pantai Nayarit, di Mexico. Sejak pulau-pulau ini telah dilabel sebagai taman negara, terdapat peningkatan dalam populasi hidupan laut kerana pulau-pulau ini telah dilindungi dari segala aktiviti memancing dan pemburuan oleh kerajaan Mexico.

Sejak beberapa tahun lepas, Kepulauan Marieta telah berubah menjadi destinasi pelancongan popular yang menyediakan fauna yang kaya termasuk makhluk seperti ikan paus kelasa, ikan lumba-lumba dan pari manta.

Terdapat 1 keajaiban di antara pulau-pulau ini, ianya adalah "Playa del Amor" atau "pantai cinta" tetapi biasanya dirujuk sebagai "pantai tersembunyi". Ianya di gelar sebegini adalah kerana ia sepenuhnya tersembunyi di dalam sebuah gua rerongga, dan hanya boleh dicapai dengan berenang melalui terowong yang pendek dan sempit. Walaupun pantai itu sendiri adalah semula jadi, rerongga yang terhasil di bawahnya dilaporkan buatan manusia.

Adalah dipercayai bahawa Pantai Tersembunyi telah tercipta hasil daripada pengeboman sebelum perang dunia pertama bersama-sama dengan hakisan semula jadi batu di kawasan sekitarnya.

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Pengukir Hebat Yang Mengukir Batu Sebesar Bukit!

Pengukir Hebat  Yang Mengukir Batu Sebesar Bukit

Mada'in Saleh adalah bandar purba zaman pra-Islam yang terletak di utara Arab Saudi, kira-kira 1,400 km ke utara Riyadh. Ia terletak dalam kedudukan yang strategik di salah satu laluan perdagangan purba yang paling penting, di selatan Semenanjung Arab di utara, dan juga ke pusat-pusat ekonomi dan budaya yang hebat Mesopotamia, Syria dan Mesir.

Ia dianggap sebagai salah satu daripada bandar-bandar purba yang paling penting dan tertua di negara ini dan bandar kedua terbesar orang Nabatea semesta pada abad pertama. Hari ini, Mada'in Saleh adalah laman archeologically penting dengan runtuhan megah yang sering dibandingkan dengan Petra.

Pengukir Hebat  Yang Mengukir Batu Sebesar Bukit

Pengukir Hebat  Yang Mengukir Batu Sebesar Bukit

Pengukir Hebat  Yang Mengukir Batu Sebesar Bukit

Pengukir Hebat  Yang Mengukir Batu Sebesar Bukit

Pengukir Hebat  Yang Mengukir Batu Sebesar Bukit

Pengukir Hebat  Yang Mengukir Batu Sebesar Bukit

2 GAMBAR SEKSI MARSHA DAN ANZALNA NAMPAK SELUAR DALAM


marsha dan anzalna

2 GAMBAR SEKSI MARSHA DAN ANZALNA NAMPAK SELUAR DALAM | Dua keping gambar seksi marsha dan rekan artisnya anzalna menampakkan seluar dalam tersebar di media sosial.Memang pelakon wanita ini punya kontroversinya tersendiri. Pernah dahulu beliau memohon maaf kerana beraksi ala-ala model playboy… walaupun bukan seorang Muslim, beliau ditegur kerana kurang sensitif dengan budaya masyarakat di Malaysia.
Foto aksi ghairah Marsha dan Anzalna sampai nampak seluar dalam
Kali ini Marsha Milan Londoh beraksi seksi lagi. Melalui lensa Buah Mulut, ketika majlis prebiu Kahwin 5, Marsha sempat berposing dengan Anzalna.
Kedua-dua pelakon ini memang seksi dengan skirt pendek mereka, dan suasana bertambah panas pada satu pose manja yang dilakukan oleh Marsha kelihatan seperti seluar dalamnya sedikit terlihat.
Kami agak pasti dengan situasi itu apabila foto asli yang kami kutip dari Facebook pagi Buah Mulut telah pun dicensoredkan di bahagian itu.
Sumber : Media-otak-news

Juara Mentor Legend 2014.

Shah Alam: Selepas 13 minggu berentap, protoge Azmil, 22, dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, semalam.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Azmil atau nama sebenar Azmil Karim bersama mentornya, Dayang Nurfaizah yang masing-masing membawa pulang kereta Proton Iriz.
Mereka turut berkongsi wang tunai RM300,000 serta trofi.

Tempat kedua dimenangi Nurul Aina Abdul Ghani (Aina) dan mentor Ella yang membawa pulang wang tunai RM200,000.

Manakala tempat ketiga disandang Maishara Fazny Mahadzir (Sarah) dan mentor Amy Search yang menerima wang tunai RM100,000.

Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan tiga lagu secara solo serta berduet dengan artis jemputan dan mentor masing-masing.

Aina bersama Ella berduet dalam lagu Layar Impian. Dia kemudian secara solo menyampaikan medley lagu Menghitung Hari dan Mencintaimu sebelum berduet dengan Mila Jirin dalam lagu Fallin.

Azmil bersama Dayang Nurfaizah berduet Aku Jatuh Cinta dan Menceceh Bujang Lapok diikuti persembahan solo Menanti Sebuah Jawapan dan duet bersama Mimi One Nation Emcees dalam lagu Naluri Lelaki.

Sarah pula berganding dengan Amy Search dalam medley lagu Isabella dan Pawana. Dia kemudian menyampaikan lagu medley Dangerously In Love dan Tanpa Kekasihku secara solo dan diakhiri dengan Ikut Rentakku dan Mercy duet bersama Atilia.

Turut memeriahkan pentas final Mentor Legend adalah penyanyi popular Indonesia Cakra Khan yang turut hadir sebagai juri undangan menggantikan Datuk Ramli MS.


Tahniah Azmil! Juara Mentor Legend 2014!!

Semalam aku dok layan program realiti tv ni, Mentor Legend kat TV3. Layan berdua je gan wife. Memang aku dengan wife dah agak dah yang azmil ni mesti menang. Sebabnya, suara dia unik dengan cara dia perform untuk final mentor legend ni. Lagi satu sebabnya adalah, mentornya adalah dayang nurfaizah. Hehehehhe. Aku minat dengan dayang ni. Hehehhe.

Azmil dan mentornya, bawa pulang hadiah Wang Tunai berjumlah RM300,000, 2 buah kereta proton Iriz, Set televisyen 84' ultra HD (Fuh! Punyala besar woi) dan set teater rumah, baucar Zalora sebanyak RM10,000 ( Fuh lagi!) dan trofi.

Ini yang di namakan rezeki kan. Tahniah Sekali Lagi kepada Azmil dan Mentornya Dayang Nurfaizah.

Baca Lanjut Di sini : juara mentor legend 2014


Sumber : Harian Metro

PasMa tidak tergugat serangan Ulama PAS, kata Phahrolrazi

Kumpulan pro Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempersoalkan resolusi Dewan Ulama parti itu yang menggesa tindakan ke atas ahli mereka.

Presiden PasMa Datuk Pharolrazi Zawawi berkata, kumpulan itu akan tetap meneruskan aktivitinya seperti biasa walaupun terus menerus diserang.

"Kita tidak tergugat dengan perkara demikian, setakat ini kita aktiviti dan program masih lagi berjalan seperti biasa," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.

Phahrolrazi berkata usul yang dibuat pada Multaqa Ulama pada Sabtu hanya keputusan salah satu sayap parti itu dan bukan keputusan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif bagi menetapkan sebarang pendirian.

"Apa saja ketetapan yang dibuat ketika Multaqa adalah tidak sah kerana ia hanya melalui sayap parti, usul itu hanya dianggap sah sekiranya ia diterima Jawatankuasa PAS Pusat.

"Buat masa ini, ia cuma dilihat sebagai ketetapan saja," katanya.

Mengulas mengenai serangan pimpinan ulama terhadap PasMa hujung minggu lalu Phahrolrazi berkata, PasMa tidak akan menyerang kembali sayap tersebut.

"Lagi pun, golongan ulama adalah institusi terhormat dalam PAS. Ulama ini pewaris nabi, kalau kita bertindak dengan perkara sama, maka ia seperti tidak ada kesudahan.

“Lagipun kita tidak mahu nanti PasMa dicop tidak hormat golongan ulama,” katanya.

Phahrolrazi sekali lagi menegaskan PasMa lahir dalam kerangka PAS.

"Bukan saya saja tapi ahli yang lain juga, mereka adalah ahli PAS."

Multaqa Ulama pada Sabtu menetapkan 16 resolusi, antaranya mengenakan tindakan ke atas mana- mana ahli PAS dan pemimpin menyertai PasMa.

Mereka juga menganggap sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden sebagai merupakan kesalahan mandatori, dan menyeru kerjasama parti Islam itu dengan PR dikaji semula.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob dalam ucaptamanya berkata PasMa secara terang-terangan bergiat aktif walaupun Majlis Syura mengarahkan ahli parti tidak terlibat dengan kumpulan itu.

"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS," kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.

Katanya, keputusan Majlis Syura dan presiden agar ahli PAS menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka mempunyai banyak asas.

"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," tambahnya.

Mengenai tuduhan tersebut, Phahrolrazi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor di Kedah, berkata beliau tidak faham mengapa PasMa dituduh menyokong fahaman liberal.

"Kita tidak faham dengan tuduhan itu, kerana PasMa merupakan sebuah pertubuhan berdaftar dan matlamat kita ialah membantu Pakatan Rakyat dalam konsep demokrasi, kita mahu membantu parti menjadi sebuah parti kukuh dan kita PasMa sendiri bukan dan tidak akan jadi parti politik," katanya.

PasMa dituduh menjadi duri dalam daging oleh sesetengah pimpinan PAS kerana hubungan baik dengan DAP dan PKR.

PasMa antara lain berkata ia mahu merapatkan kerjasama antara PAS dengan PR, yang merosot sejak kemelut menteri besar Selangor tahun lepas.  - TMI
Kumpulan pro Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempersoalkan resolusi Dewan Ulama parti itu yang menggesa tindakan ke atas ahli mereka.
Presiden PasMa Datuk Pharolrazi Zawawi berkata, kumpulan itu akan tetap meneruskan aktivitinya seperti biasa walaupun terus menerus diserang.
"Kita tidak tergugat dengan perkara demikian, setakat ini kita aktiviti dan program masih lagi berjalan seperti biasa," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.

Phahrolrazi berkata usul yang dibuat pada Multaqa Ulama pada Sabtu hanya keputusan salah satu sayap parti itu dan bukan keputusan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif bagi menetapkan sebarang pendirian. "Apa saja ketetapan yang dibuat ketika Multaqa adalah tidak sah kerana ia hanya melalui sayap parti, usul itu hanya dianggap sah sekiranya ia diterima Jawatankuasa PAS Pusat.
"Buat masa ini, ia cuma dilihat sebagai ketetapan saja," katanya.
Mengulas mengenai serangan pimpinan ulama terhadap PasMa hujung minggu lalu Phahrolrazi berkata, PasMa tidak akan menyerang kembali sayap tersebut.
"Lagi pun, golongan ulama adalah institusi terhormat dalam PAS. Ulama ini pewaris nabi, kalau kita bertindak dengan perkara sama, maka ia seperti tidak ada kesudahan.
“Lagipun kita tidak mahu nanti PasMa dicop tidak hormat golongan ulama,” katanya.
Phahrolrazi sekali lagi menegaskan PasMa lahir dalam kerangka PAS.
"Bukan saya saja tapi ahli yang lain juga, mereka adalah ahli PAS."
Multaqa Ulama pada Sabtu menetapkan 16 resolusi, antaranya mengenakan tindakan ke atas mana- mana ahli PAS dan pemimpin menyertai PasMa.
Mereka juga menganggap sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden sebagai merupakan kesalahan mandatori, dan menyeru kerjasama parti Islam itu dengan PR dikaji semula.
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob dalam ucaptamanya berkata PasMa secara terang-terangan bergiat aktif walaupun Majlis Syura mengarahkan ahli parti tidak terlibat dengan kumpulan itu.
"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS," kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.
Katanya, keputusan Majlis Syura dan presiden agar ahli PAS menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka mempunyai banyak asas.
"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," tambahnya.
Mengenai tuduhan tersebut, Phahrolrazi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor di Kedah, berkata beliau tidak faham mengapa PasMa dituduh menyokong fahaman liberal.
"Kita tidak faham dengan tuduhan itu, kerana PasMa merupakan sebuah pertubuhan berdaftar dan matlamat kita ialah membantu Pakatan Rakyat dalam konsep demokrasi, kita mahu membantu parti menjadi sebuah parti kukuh dan kita PasMa sendiri bukan dan tidak akan jadi parti politik," katanya.
PasMa dituduh menjadi duri dalam daging oleh sesetengah pimpinan PAS kerana hubungan baik dengan DAP dan PKR.
PasMa antara lain berkata ia mahu merapatkan kerjasama antara PAS dengan PR, yang merosot sejak kemelut menteri besar Selangor tahun lepas. – 23 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-tidak-tergugat-serangan-ulama-pas-kata-phahrolrazi#sthash.dAexff5r.dpuf

Gambar dari satelit NASA tunjukkan Amerika berubah jadi Kutub Utara


Gambar dari satelit NASA, Terra, menunjukkan sebahagian besar kawasan Amerika telah berubah menjadi putih akibat dilitupi salji. Salji yang memutih ini membuatkan AS seolah-olah telah bertukar menjadi Kutub Utara.

Seperti yang dilaporkan oleh Gizmodo (21/02), cuaca sejuk ekstrem tersebut disebabkan oleh hembusan udara beku dari kawasan Artik atau Kutub Utara dan Siberia di Eropah.


Akibat cuaca ekstrem ini, beberapa rekod suhu paling sejuk dicatatkan di Amerika. Bandar Richmond di Kentucky tercatat sebagai bandar paling sejuk dengan suhu minus 35 darjah Celsius!

Di bandar-bandar lain di Amerika, salji telah menguburkan banyak rumah dan mencapai ketinggian berbahaya, iaitu 5 meter!



Sumber: Merdeka.com

Gambar Belangkas