Tuesday, February 17, 2015

#MH370 BILA OTAI BERSUARA....




  KUALA LUMPUR – Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.
Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu? Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? 

Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan? Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Kesemua soalan ini diajukan Bernama kepada pakar penerbangan, bekas kapten kapal terbang, ahli akademik dan pakar agama bagi merungkai misteri kehilangan pesawat ini yang masih lagi belum terjawab sehingga kini.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan kawasan pencarian, seorang pakar penerbangan, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata saiz sebuah pesawat B777 adalah sekitar 4,500 meter persegi, sementara luas kawasan pencarian adalah sekitar 59,600 kilometer persegi.

“Ini bermakna saiz pesawat tersebut hanyalah 0.078 peratus keluasan kawasan pencarian. Sedangkan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh pada kedalaman hanya 30m iaitu 0.5 peratus kedalaman pesawat MH370.

“Itu pun telah mengambil masa dua minggu untuk menjumpai bahagian ekor pesawat QZ8501 dengan banyak petunjuk seperti serpihan dan mayat yang terapung,” katanya yang membandingkan operasi mencari MH370 dengan pesawat AirAsia QZ8501.

Pesawat Airbus yang membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia. Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Abdul Rahmat, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia menjelaskan, pencarian untuk MH370 bukanlah satu pencarian yang mudah dan mencadangkan agar kapal dan peralatan ditambah bagi memperkuat operasi pencarian pesawat Boeing yang ke-404 dibina itu.

Memetik laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menerajui operasi itu, beliau berkata kawasan pencarian MH370 bertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan iaitu kawasan terpencil dikenali sebagai ‘lengkungan ketujuh’ di lautan tersebut.

Ia ditetapkan selepas memperhalusi data komunikasi satelit dan maklumat panggilan telefon selama 17 minit dari darat ke udara yang tidak dijawab selepas maklumat terakhir diterima daripada radar.

Senada dengan Abdul Rahmat adalah Kapten Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang berpendapat lokasi pencarian adalah tepat kerana ia berdasarkan analisis terperinci akan isyarat ‘ping’ yang berasal dari pesawat itu yang mana setiap ping mempunyai “pengenalan” nya yang tersendiri dan pengenalan ping ini menunjukkan yang ia memang berasal dari MH370.

“Lokasi di selatan Lautan Hindi yang di “tunjukkan” oleh Inmarsat dikukuhkan lagi oleh radar yang mengatakan pesawat MH370 telah bergerak ke laut Andaman. Pencarian telah dilakukan dengan menggunakan aset yang mencukupi dan canggih.

“Cuma lokasi pencarian telah dikenal pasti lebih kurang seminggu selepas pesawat itu dilaporkan hilang. Dalam tempoh seminggu ini, serpihan atau pesawat tersebut mungkin telah dibawa arus ke lokasi-lokasi lain mengikut pola arah ombak dan angin. Inilah yang menyukarkan pencarian serpihan dan pesawat tersebut,” katanya.

Mohd Harridon yang juga ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu menjelaskan satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah kebanyakan serpihan ini diperbuat daripada bahan metalik yang mudah tenggelam, jadi pencarian adalah lebih kepada pencarian dasar laut dan ini mengambil masa yang agak lama.

Menurutnya ini kerana dasar laut di selatan Lautan Hindi mempunyai lurah dan bukit bukau yang menindaskan lagi operasi pencarian dan disebabkan kawasan dasar laut ini belum lagi dipetakan, ia menyukarkan lagi pencarian.

Sehubungan itu, Mohd Harridon mencadangkan kaedah matematik digunakan untuk menambahkan lagi keberkesanan pencarian.

“Kaedah yang saya cadangkan ialah kaedah kebarangkalian iaitu “Bayesian Inference” di mana kaedah ini akan mengambil kira beberapa kebarangkalian dan kaedah ini akan mengambil kira pola angin, ombak, beberapa orientasi pesawat ini mungkin menjunam ke laut, berat pesawat berdasarkan minyak yang digunakan dan lain-lain lagi.

“Dengan kaedah ini segala maklumat dan data akan diguna pakai dan kemungkinan ini akan mengecilkan lagi radius pencarian,” kata Mohd Harridon.

Mengenai persoalan apabila kerajaan dan pasukan pencari telah mengisytiharkan pesawat itu hilang, beliau berkata mengikut undang-undang antarabangsa, satu penyiasatan menyeluruh akan diadakan.

“Jika pesawat diisytiharkan hilang, tindakan seterusnya, mengikut undang-undang ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) Lampiran 13, adalah untuk membuat satu penyiasatan rasmi melibatkan pihak-pihak yang berkenaan.

“Antaranya ialah pemilik pesawat, negara di mana pesawat didaftarkan, pendaftaran, jabatan penerbangan di negara di mana pesawat didaftarkan, negara-negara asal penumpang, dan pengeluar pesawat akan bekerjasama di dalam penyiasatan tersebut.

“Daripada hasil penyiasatan tersebut, satu laporan komprehensif akan dijana mengikut standard dan format yang ditetapkan dalam Lampiran 13,” tambahnya.

Mengulas mengenai pampasan, Mohd Harridon berkata secara lazimnya, syarikat yang memiliki pesawat itu akan memberi pampasan kepada ahli keluarga.

Mohd Harridon menarik perhatian, jikalau penumpang ada mengambil insurans penerbangan, maka syarikat insurans itu akan memberi pampasan juga.

Kos operasi pencarian pula adalah berdasarkan persetujuan bersama di mana pihak Malaysia, Australia dan China telah bersetuju untuk menyumbangkan aset dan kakitangan untuk proses pencarian, katanya.

Dilaporkan, kerja mencari di dasar laut itu kini meliputi kira-kira 30 peratus daripada 60,000 kilometer persegi kawasan pencarian dan kira-kira 208,000 kilometer persegi lautan telah dipetakan.

Jika tiada halangan dan kelewatan, keseluruhan operasi pencarian dijangka selesai pada Mei ini.

Empat kapal kini terbabit dalam misi mencari pesawat malang tersebut iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan terbaru Fugro Supporter yang dilengkapi kenderaan dasar laut (AUV).

“AUV akan digunakan bagi mengimbas bahagian kawasan pencarian yang tidak boleh diusahakan dengan berkesan menggunakan peralatan dalam kapal-kapal pencarian yang lain,” kata ATSB pada Rabu.

Kapal Fugro Equator, Discovery dan Supporter telah disediakan syarikat Belanda, Fugro dan dibiayai bersama-sama kerajaan Australia dan Malaysia, manakala GO Phoenix menerima kontrak daripada kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Mohd Ajib Ismail berkata solat ghaib boleh dilakukan jika tiada jenazah sampai kepada ahli dan waris keluarga.

“Mereka perlu tunggu pengisytiharan dahulu. Kemudian bolehlah solat ghaib dilakukan sama ada di kalangan mereka atau seluruh negara secara besar-besaran. Terpulang kepada kehendak masing-masing,” katanya.

Katanya dari sudut pandangan agama, tidak berbangkit soal upacara pengebumian atau mengadakan kubur untuk anak kapal dan penumpang pesawat itu memandangkan tiada jenazah atau mayat ditemukan.

Selain solat ghaib, ahli dan waris keluarga dinasihatkan supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan pelbagai ibadah dan pada masa yang sama berlapang dada serta reda menerima ketentuan ini, lapor Bernama.

Suami 'Tetak' Isteri Di Khalayak Awam


PERTUNJUKAN jalanan yang dilakukan pasangan suami isteri di Chirala Mandal, India mampu menghentikan jantung penonton apabila seorang lelaki menetak leher isterinya.

Menggunakan sebilah pedang, Balashankar Budati pada mulanya akan mempamerkan tarian bersama senjata tajam itu.

Seorang wanita yang merupakan isterinya, Bhramharamba pula bertindak tidur di atas jalan sambil meletakkan sebiji buah kelapa di leher


 Diakhir tarian itu, Balashankar akan menetak buah kelapa di leher isterinya sekuat mungkin.

Bagaimanapun dalam aksi itu, hanya buah kelapa yang terbelah dua manakala wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aksi itu kemudian turut ditayangkan dalam siri 'World's Most Talented' ke seluruh dunia.

Setiap penonton yang menyaksikan video tersebut dinasihatkan supaya tidak meniru aksi sama kerana berisiko mengalamai kecederaan.


Sumber: mstar.com.my

Monday, February 16, 2015

Kami bukan mahukan layanan VIP tetapi...

KUALA LUMPUR - "Bukan layanan VIP yang dipinta namun sekadar memenuhi keperluan asas Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara ekoran keadaan kesihatan beliau yang membimbangkan."
Demikian reaksi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika mengutarakan kerisauannya terhadap situasi Anwar di dalam sel penjara yang sudah seminggu dihuni Ketua Pembangkang itu.
Meskipun begitu, Anwar dikhabarkan tetap bersemangat ketika ditemui sebelum prosiding kes saman fitnah antaranya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Mahkamah Tinggi yang bermula, pagi ini.

"Saya sempat bertemu dengan Datuk Seri Anwar bersama keluarganya. Alhamdulillah semangatnya cukup tinggi dan kuat. 
"Cuma, beliau mengadu keadaan sel yang ditempatkan itu amat uzur dan sebagai seorang yang mengalami masalah pinggang belakang, memerlukan satu kemudahan yang lebih adil kepada beliau untuk menjamin kesihatan.
"Kita tidak mendesak layanan VIP seperti yang didakwa...yang kita minta keperluan asas untuk seorang tahanan politik dan dia juga menghadapi masalah kesihatan," katanya ketika ditemui media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas lanjut, Azmin memberitahu permohonan bekalan kemudahan asas yang selayaknya untuk Anwar di penjara sedang diuruskan pasukan peguam pembela kes tersebut.
"Dia memang ada masalah kesihatan. Tetapi kalau dibiarkan di atas lantai dengan tilam yang hanya satu inci, tidak ada meja dan kerusi untuk membaca.
"Apakah dengan memberi kerusi dan meja itu layanan VIP? Hanya kerusi dan meja saja kita minta. Sekarang ini dia terpaksa membaca dengan duduk di atas lantai.
"Ini sedang diuruskan pihak peguam supaya pihak penjara dapat membekalkan kemudahan-kemudahan asas di dalam biliknya," katanya
Tambah Azmin lagi, Anwar turut memberitahunya yang beliau akan terus memberikan dorongan kepada pimpinan dan anak-anaknya supaya jangan lemah semangat serta menggunakan kesempatan ini untuk meningkatkan transformasi dalam negara.
"Beliau sempat memberitahu kepada saya untuk terus memimpin dan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran," katanya. - SH

PEKERJA RUMAH MAYAT MENGAKU 'MAIN' DENGAN MAYAT


Accra (Ghana) - Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital di sini mengaku banyak kali membuat hubungan seks dengan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih.


Lelaki itu, Sharkur Lucas mendakwa perbuatan berkenaan sebahagian daripada latihan biasa di tempat kerjanya.

Lucas memberitahu seorang wartawan stesen televisyen Adom TV bahawa dia sukar untuk mendapatkan teman wanita kerana pekerjaannya itu menakutkan mereka.

“Saya mahu berkahwin, tetapi ramai gadis enggan berkahwin dengan saya kerana saya bekerja di rumah mayat.

“Saya boleh memuaskan nafsu saya di rumah mayat ini kerana tiada wanita di luar sana yang mahu keluar dengan saya,” katanya.

Lucas juga mendakwa dia diminta tidur dengan mayat wanita oleh penyelianya kerana ia sebahagian latihan di tempat kerja. Saya diarah untuk tidur dengan mayat kerana ia adalah satu bentuk latihan sekiranya anda bekerja di rumah mayat.

“Latihan ini perlu dilakukan kerana selepas anda tidur dengan mayat anda tidak takut dengan mayat lagi,” ujarnya.Sejak wawancara berkenaan, Lucas dipecat majikannya dan dia kini diburu pihak polis.

Lucas juga menafikan dia mempunyai masalah mental selepas wartawan stesen televisyen berkenaan bertanyakan sekiranya dia menghadapi masalah kesihatan.
“Saya ok, saya ok,” tegasnya. - Agensi

Koleksi Gambar Fazura Yang Cantik

Memang lawa Fazura nih kan ?




Subhanalah!!! Pengalaman urus jenazah Tok Guru

KOTA BHARU - Walaupun lebih 10 tahun berkhidmat bersama Jabatan Amal (Unit Amal Pas), namun pengalaman bertugas pada hari pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kenangan paling berharga dan tidak akan dilupakan.

Nik Aziz Isa, 40, yang berasal dari Pasir Mas, antara yang hadir membantu Jumaat lalu, walaupun terpaksa berdepan lautan manusia di pekarangan kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu, begitu juga di tanah perkuburan.

“Ia pengalaman paling bermakna. Hari ini (semalam) walaupun tidak seramai Jumaat lalu, namun orang tidak pernah putus, datang dan pergi, dari seluruh pelosok negara di tanah perkuburan ini,” katanya.

Nik Aziz hadir bertugas semalam dengan sukarela di bawah Unit Amal Pas, mengawal kawasan tanah perkuburan di Pulau Melaka bagi memastikan keadaan tidak sesak berikutan masih ramai yang datang mahu berdoa dan membaca surah Yasin di pusara Allahyarham Nik Abdul Aziz.

“Ada yang datang selepas subuh lagi, solat di Masjid Pulau Melaka dan datang ke sini (kubur). Saya jangkakan keadaan bertambah sesak bila tiba musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.

“Yang penting, Muslimin dan Muslimat mematuhi sunnah memasuki tanah perkuburan ini, pastikan pakaian tidak menjolok mata dan Muslimat juga perlu mematuhi kawasan larangan sebagaimana yang telah tertera di tiang khemah” katanya.

Sejak semalam, tali panjang diikat antara tiang khemah yang melindungi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz, selain satu papan tanda bertulis 'Perhatian, Wanita Dilarang Melepasi Tali Kuning'  turut dilekatkan di tiang tersebut.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Kerajaan Selangor Umum Batal Projek Lebuh Raya Kidex

SHAH ALAM, 16 Feb (Bernama) -- Kerajaan Selangor membuat keputusan membatalkan pembinaan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex).

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan pembatalan dibuat kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh Sabtu lepas.

Antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.


Ini bagi membuktikan manfaat projek itu kepada pihak pengguna serta penduduk kawasan terlibat, setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuh raya tersebut.

Selain itu, pemegang konsesi Kidex juga gagal mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan selain tidak menyatakan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip termasuk kadar pulangan kepada pelaburan.


Pemegang konsesi Kidex juga tidak mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban, katanya.

"Syarat-syarat itu dibuat dengan mengambil kira maklum balas orang ramai dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak konsesi lebuh raya tersebut sebelum ini namun mereka gagal memenuhinya," katanya.

Jelas Azmin, kerajaan negeri berpendapat pembinaan lebuh raya di Selangor mesti membawa manfaat kepada semua termasuk penduduk di kawasan infrastruktur itu dibangunkan.

Katanya pendekatan sama akan dikenakan kepada semua permohonan kelulusan cadangan pembinaan lebuh raya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu pada masa depan.

Pembinaan projek lebuh raya Kidex bernilai RM2.2 bilion yang dicadang dibina tahun ini bermula di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara.

Lebuh raya itu merangkumi laluan utama sepanjang 14.9km serta susur lebuh raya sepanjang 11.2km dan sebagai sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya.

Kidex dipercayai mampu memenuhi keperluan penduduk di kawasan utara-selatan Lembah Klang selain mengurangkan kesesakan lalu lintas Raya Damansara Puchong (LDP) sehingga 30 peratus.

Projek itu bagaimana pun mendapat tentangan hebat daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan penduduk di kawasan terlibat.

Mereka mendakwa projek berkenaan akan memusnahkan alam sekitar dan bukan penyelesaian bijak kepada masalah lalu lintas di kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

Gambar Belangkas