Friday, February 13, 2015

14 Februari 1942, gugurnya Leftenan Adnan demi mempertahankan tanah air


Biar putih tulang, jangan putih mata

Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air.

“Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata”, itulah kata-kata pembakar dan menyemarakkan lagi semangat juangnya supaya tidak gentar menghadapi Jepun, demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah terakhir.

Apakah perjuangan dan pengorbanan Leftenan Adnan menggadaikan nyawanya dalam usia 27 berbaloi?

Masih adakah anak bangsa pada hari ini, mahu mengikut jejak langkahnya. Pastinya, jika Leftenan Adnan dapat melihat Malaysia hari ini, Allahyarham pasti tidak menyesal mempertahankan negara dengan darahnya.

Keberanian Leftenan Adnan turut diakui General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau mengatakan “Jika terdapat 10 Leftenan Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun”.

Iktibar dan pengajaran boleh peroleh dari kisah keberanian beliau adalah semangat cintakan negara hendaklah dengan sepenuh hati. Jika seluruh perajurit negara dan rakyat Malaysia mempunyai semangat seperti beliau, pastinya negara ini tidak mudah dijajah atau ditewaskan musuh. Rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali menggadaikan maruah demi kepentingan diri sendiri.

Rakyat Malaysia tidak akan sanggup memperjudikan nasib negara untuk perjuangan yang tidak jelas dan merugikan.

Kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mereka perlu didedahkan dengan kekuatan sejarah agar tidak sesekali alpa dengan kemakmuran dikecap.

Mereka harus menjadikan semangat Leftenan Adnan sebagai pemangkin kepada perpaduan dan cintakan negara.

Terima kasih kepada pahlawan dahulu yang berjuang untuk mempertahankan negara.

Sama ada nama mereka tercatat atau tidak dalam lipatan sejarah, jasa mereka pasti tidak akan dipersia-siakan.

Sesukar mana pun pengorbanan mencapai kemerdekaan, lebih sukar lagi tanggungjawab mempertahankan negara.

Pada hari ini tanggal 14 Februari, akan diangkat sebagai tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Leftenan Adnan Saidi dan marilah kita hadiah sekalung doa bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.



Gugurnya pahlawan Melayu di Bukit Chandu

Pertempuran Bukit Chandu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Kedua.

Pertempuran ini merupakan lanjutan kepada pertempuran Pasir Panjang, yang berlaku sehari sebelumnya. Bukit Chandu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut dan merupakan garisan pertahanan terakhir Tanah Melayu dari serangan Jepun ketika itu.

Pada 13 Februari 1942, Divisyen Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Leftenan Gen Renya Mutaguchi telah melancarkan serangan ke pesisiran selatan Singapura iaitu Pematang Pasir Panjang.

Lokasi tersebut dibedil dengan mortar dan meriam dengan hebatnya. Kompeni C dan Leftenan Adnan Saidi yang ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai ‘Celah’ (Gap), telah memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Jepun untuk beralah dan berundur, walaupun Pasukan Jepun di bawah Major Kimura mempunyai bilangan anggota yang jauh lebih ramai.

Namun bagi Leftenan Adnan, yang juga cedera parah ketika itu serangan hebat pihak Jepun tidak mampu melunturkan semangatnya.

Leftenan Adnan tewas akhirnya kerana tidak mampu menandingi bilangan Tentera Jepun yang ramai. Bukit Chandu akhirnya ditawan Jepun dan Leftenan Adnan sendiri menemui ajal setelah diikat dan digantung pada pokok, lalu ditikam berkali-kali dengan benet oleh tentera Jepun.

Kematian Leftenan Adnan adalah episod perjuangan anak Melayu berjiwa cekal dan kental mempertahankan tanah air tercinta.



- Adnan Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang Selangor pada 1915

- Anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan Minangkabau

- Adik-adiknya, Ahmad dan Amarullah juga merupakan anggota tentera tetapi Ahmad terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939 apabila kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan Jepun dalam pelayaran ke Australia.

- Amarullah terselamat dari peperangan dan menetap di Kajang, Selangor.

- Pendidikan awal di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris

- Memulakan karier sebagai Guru Pelatih selama 1 tahun sebelum memutuskan untuk menyertai tentera pada 1933 ketika berusia 18 tahun. Beliau merupakan salah seorang daripada 25 anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan Askar Melayu dan berjaya menamatkan latihan serta turut terpilih sebagai rekrut terbaik.

- 1936: Dinaikkan pangkat Sarjan dan setahun kemudian Leftenan Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Mejar dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus, beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Muda dan seterusnya dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni C.

 - Berkahwin dengan seorang guru, Sophia Pakih Muda serta dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan yang meninggal tidak lama setelah kejatuhan Singapura.


Sumber: Sinar Harian

(Video) Anwar makin kurus, berpuasa tapi bersemangat, kata Izzah

(Video) Bomoh 'main golf' pula depan penjara Anwar

 
Pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zain sekali lagi cuba mencetus kontroversi apabila dikesan muncul di luar Penjara Sungai Buloh yang menempatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu video yang disebarkan di Facebook menunjukkan beliau melakukan beberapa upacara, termasuk bermain golf di ruang letak kereta di luar pagar kompleks tersebut.


Rakaman sepanjang hampir tiga minit setengah itu menunjukkan beliau meneropong menggunakan potongan buluh dan mengetuk dua biji kelapa.

Ia seterusnya menunjukkan beliau memberi penerangan bahawa tindakannya itu untuk memberi perlindungan kepada Anwar daripada serangan “ilmu hitam”.

“(Tindakan ini untuk) berikan perlindungan kepada Anwar Ibrahim supaya tabah hati dan dapat beribadat (dan) menjauhi kejahatan orang yang hasad dengki kepadanya,” katanya dalam video

Beliau turut menunjukkan empat biji limau yang menurutnya bagi membunuh “empat ekor hantu raya”.

Seterusnya, beliau memukul limau tersebut menggunakan kayu golf sambil bertakbir.

Ibrahim mula mencetus kontroversi apabila muncul di KLIA pada Mac tahun lalu ketika perhatian dunia tertumpu pada kes kehilangan pesawat MH370.

Beliau juga muncul di lokasi kemalangan yang mengakibatkan kematian pengerusi DAP Karpal Singh pada April tahun lalu.

Upacara yang dijalankannya itu mendapat kecaman kerana didakwa bercanggah dengan Islam dan memalukan negara. - Mkini

IS tangkap pengintip Israel

Ibu Musallam memegang gambar anaknya yang didakwa ditahan IS.
DAMSYIK - SYRIA . Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa telah menangkap seorang lelaki yang mengintip untuk agensi perisikan Israel, Mossad.

Menurut laporan sebuah majalah yang kononnya diterbitkan kumpulan terbabit, militan Takfiri menahan Muhammad Musallam, 19, yang menyertai IS di Syria dengan niat mengintip senjata dan pangkalan kumpulan itu.


Isu terbaharu majalah Dabiq itu turut memetik kata-kata Musallam yang menyebut, jika ada yang ingin mengintip IS, jangan fikir bahawa anda begitu pintar dan anda boleh menipu kumpulan itu.

Bagaimanapun, dakwaan IS dinafikan bapa Musallam yang memberitahu anaknya itu hilang selepas pergi ke Turki pada 24 Oktober tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, IS menculik 29 orang daripada suku kaum al-Ubaid dari kawasan utara bandar Tikrit, kira-kira 140 kilometer dari barat laut ibu negara Baghdad. - AP

Permohonan Anwar ziarah Nik Aziz ditolak

Nurul Nuha Anwar
SUNGAI BULOH - Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir  ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini, ditolak, kata Nurul Nuha Anwar.

Nurul Nuha bagaimanapun berkata pihak penguasa penjara memberi alasan bahawa permohonan itu ditolak dan ia tertakluk kepada budi bicara 'pihak atasan'.


"Ditolak (permohonan), kita akan hantar mesej rasmi kepada kerajaan untuk memohon melawat, papa sangat sedih kerana Nik Aziz adalah seorang kawan yang baik baginya.

“Kita akan buat rayuan, tapi dia kata pihak atasan akan pertimbangkan dan ia terpulang pihak atasan," katanya kepada pemberita selepas melawat ayahnya yang sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi peguamnya, Latheefa Koya yang mahu menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Nik Abdul Aziz, di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Sejak Anwar ditahan pada Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, pihak penjara masih belum memberikan sebarang jawapan. - SH

Sadis! Remaja 15 Tahun Dirogol Tepi Sawah

Padah buat seorang lelaki kerana melempiaskan nafsu serakah terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, dia dihukum penjara 11 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, semalam.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus pada akhir kes pembelaan terhadap tertuduh, Mohd Ridzuan Abdullah,31.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di atas tanah tepi sawah padi di Kampung Talang, Ketereh, di sini, pada jam 3 petang, 10 Februari 2013.
Pada prosiding semalam, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pembelaan dan disifatkan sebagai penafian semata-mata.
Sementara, pihak pendakwaan yang diwakili, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Asmah Azhari berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan ke atas tertuduh.
Asmah dalam hujahan pemberatan hukuman, memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam dan kebimbangan terhadap jenayah rogol yang semakin berleluasa.
Tertuduh, bagaimanapun melalui peguamnya, Ahmad Nuri Abdul Rahman, merayu mahkamah meringankan hukuman yang bakal diputuskan kerana tertuduh sudah insaf terhadap kesalahan yang dilakukan.
“Ini adalah kesalahan pertamanya dan tertuduh disayangi keluarga serta sentiasa mendapat sokongan mereka,” katanya

Teman Lelaki Sangkal Dakwaan ‘Dibela’ Tasha Shilla


Tasha Shilla, Han

Sebaliknya menurut Han dia mempunyai pekerjaan tetap sendiri iaitu membantu syarikat seni bina milik keluarganya.

“Ini kad saya sebagai bukti, saya ada pekerjaan tetap dan tidak mengharapkan wang ringgit dia. Sebaliknya saya menumpukan pekerjaan dalam bidang seni bina milik keluarga saya,” katanya menerusi laporan mStar.

Han mengatakan dia kini sedang berusaha membina mahligai bersama kekasihnya itu di masa hadapan dan keluarganya dikatakan merestui perhubungan mereka walaupun berlainan agama.

“Saya percaya kepada rezeki dalam sesebuah perkahwinan. Sebab itulah saya sudah merancang mengenainya. Yang penting, keluarga saya sudah merestuinya termasuklah keluarga Tasha,” katanya.

Hai, tak baik tau siapa yang buat cerita ni, setahu penulis Han ni pun aktif dengan kerjaya sukannya sebagai seorang peninju muay thai dan Tasha merupakan salah seorang penyokong terbesarnya dalam bidang tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman pasangan sama cantik sama padan ini mengenai tarikh perkahwinan mereka kelak. -Mynewshub.cc

Gambar Belangkas