Friday, February 6, 2015

BEBOLA API MISTERI HINGGAP DI RUMAH KETIKA BERSAMA ANAK

IBU mentua Nor Hawa, Hamimah (kiri) bersama Hafsah melihat kesan kebakaran di rumahnya di FELDA Kahang Timur.

Kluang: Seorang ibu dari Felda Kahang Timur di sini, terpaksa berpisah buat sementara dengan anak perempuan berumur 10 tahun bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan kebakaran misteri yang dicetuskan oleh bebola api berterusan berlaku setiap kali dua beranak itu bersama.


Nor Hawa Ahmad, 34, mendakwa kejadian pelik itu berlaku sejak November tahun lalu, apabila mula diganggu perkara pelik seperti pintu dan tingkap rumah ditutup dan dibuka sendiri.

Katanya, gangguan itu berpanjangan sehingga beberapa barangan dalam rumahnya seperti telekung, langsir, tilam, selimut serta pakaian pula tiba-tiba terbakar.

“Selepas beberapa minggu melalui kejadian pelik itu, kami bercadang menumpang di rumah ibu mentua berhampiran, namun kebakaran itu berlaku pula di rumahnya.

“Ia berlarutan apabila kami berpindah ke rumah ibu saya di Kulaijaya dan keadaan menjadi lebih teruk kerana kebakaran berlaku lebih besar sehingga memerlukan bantuan bomba untuk memadamkan api,” katanya yang ditemui di rumahnya di felda itu, semalam.

GILA! - BUAT "PROJEK" DALAM KERETA HINGGA TERTIDUR SAMPAI PAGI~!



Pernah dengar tak perbuatan jahat seseorang ada masanya di balas di dunia lagi ? tidak perlu tunggu hingga seseorang itu meninggal dunia. Kenapa ini terjadi ? Tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk memberi peringatan dan pedoman untuk manusia lain. Supaya tidak melakukan perkara yang sama.

Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan apa yang saya ceritakan diatas. Pasangan ini telah melakukan zina didalam sebuah kereta. Akibat terlalu letih mereka tertidur hingga kesiangan hari. Apa yang lebih mengaibkan dan memalukan lagi, mereka tertidur dalam keadaan bogel sehingga mendedahkan alat sulit mereka, Kelihatan juga kondom masih tersarung pada alat sulit si lelaki.

Mungkin pasangan ini berzina di kawasan tapak senaman, menyebabkan ramai orang yang keluar pagi untuk berjogging terperanjat dengan penemuan aksi memalukan dan mengaibkan pasangan ini. Kelihatan juga ada yang mengambil gambar mereka. Sumber

Memang Dah Agak Dah Sebab ni dia putus cinta....





"Dalam hal ini saya percaya pada jodoh. Kalau Allah sudah tentukan kami tidak boleh bersama, pasti takkan jadi. Apa yang saya boleh katakan, punca putus cinta ini bukan kerana kehadiran pihak ketiga. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan."

“Bukan apa, makin banyak saya bercerita, lagi banyak spekulasi yang timbul. Jadi, biar saya tenangkan diri dahulu dan beri saya masa,”

Mungkin mereka masih belum matang untung menangani sesuatu isu. Apa-apa pun semoga anda berjaya di dalam kerjaya.

Arahan Tegas Pihak Masjid



Bagus juga dari segi satu sudut. Biar kita keras, mereka akan lebih dekat dengan islam.

Video dua kumpulan kongsi gelap di China bertempur


Aksi ganas dalam video ini benar-benar berlaku di China. Dua kumpulan kongsi gelap saling serang menyerang di tengah jalan Rui Yang Da di Provinsi Jianxi, pada Jumaat 23 januari 2015.

Kejadian tersebut dirakam oleh kamera CCTV. Para  gengster ini menggunakan berbagai senjata tajam dan juga kayu.


Kelik Kelate...



ada yang tinggal tapak rumah..
A'salammualaikum...
bila dah lama tak update blog rasa mcm ada tak kena jer :) bukan apa, sebelum ni
tiap hari mesti ada entri yang nak di ceritakn atau berkongsi tips. So lepas ni kena rajin jenguk blog kesayangan dina ni, sekurang-kurang 2-3 entri dalam seminggu.. inshaallah..

otw ke pkln kubor, terkezut mokcik ada patung sebosar ni !

Sepanjang dalam perjalanan ke kelantan tempohari, dari gua musang dina dapat tengok sendiri kesan selepas banjir besar yang melanda negeri cik siti wan kembang. Masih ada kedai, pasaraya, stesen minyak dan bank tak beroperasi lagi terutama di bandar kuala krai..

 al-fatihah buat arwah yasmin damia..
Memang kali ni balik tanpa buah tangan seperti dodol, asam jawa bersalut gula, jeruk, manisan.
ada takde pun sempat ler beli skit pinggan mangkuk di Pengkalan Kubor.
ampeh ! kastam tahan kena bayar cukai 10% . RM30 hengget banyak tuu..
bebel punya bebel dorang turunkan ke Rm20 kena bayor..


p/s :   baik gi nilai 3 jer pasni..  ;)

Kisah Sayu Dan Teladan Dari Kumpulan Zero

kumpulan Zero yang mencetus kejutan apabila dapat beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 bersama Sepahtu, Shiro, Nabil dan Bocey.

Kumpulan Zero merupakan peserta finalis Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) 2014 dari Sabah yang boleh dikatakan paling underdog.

Zero terdiri dari 3 orang adik-beradik iaitu:

1) Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful), 25 tahun
2) Mohd. Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif / Kadir), 23 tahun
3) Sharid Kunal Doli Sharif (Atu), 21 tahun

Realiti kehidupan Zero sememangnya boleh menjadi pengajaran. mereka sememangnya berasal dari kampung dan dari golongan yang boleh dikatakan agak susah.

Ayah mereka merupakan seorang yang cacat penglihatannya dan telahpun meninggal dunia. Mereka juga akui kurang berpelajaran dan hanya pertaruhkan bakat yang sedia ada sahaja.

Dengan itu Kadir juga telah berhenti belajar di tingkatan saru kerana kesempitan wang dan terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.

Jom baca kisah dari kumpulan Zero: -KOSMO

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.

Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.

Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.

Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.
Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga kami.

Bapa kami bertanggungjawab mengajar kami ilmu mempertahankan diri. Disebabkan hal tersebutlah kami mampu membuat aksi akrobatik untuk dijadikan nilai tambah dalam persembahan kami.

Kami tidak mempunyai sebarang pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa. Kami hanya mempertaruhkan bakat dan kemahiran kami untuk dijadikan modal kepada khalayak.

Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.

Kami akui, bukan mudah dan sukar sekali untuk mencari idea yang segar dan bernas setiap minggu di pentas MLM 2014. Setiap strategi perlu diatur rapi bagi memastikan lawak yang dihasilkan segar dan belum pernah dipertontonkan sebelum ini.

Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.

Insya-Allah, kami akan lebih rajin melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai lawak-lawak yang sesuai dengan semua jenis masyarakat, sekali gus mampu diterima baik oleh peminat kami.

Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.

Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.

Insya-Allah. Kami memang mahu menang dan tempat pertama menjadi sasaran utama kami. Kami berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam mencari idea pada malam yang diharapkan menjadi sejarah paling bermakna bagi kami.

Gambar Belangkas