Monday, February 2, 2015

Tragedi coli merah jambu

 GAMBAR yang mengundang kritikan hebat di laman sosial.

Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas.

Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan.

Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China.

Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. - Agensi

Kelebihan Aktif Mykad | Jom Aktifkan Mykad

Jom aktifkan MyKad. Banyak kelebihannya. Dalam entri "Jom Aktifkan Mykad" sebelum ini, saya bercerita bagaimana dengan pengaktifan MyKad membolehkan kita menikmati diskaun pembelian sebanyak 20%. Saya tidak memaklumkan beberapa lagi ciri terhebat program MyKad Smart Shopper tersebut.

jom aktfikan mykad
Kelebihan bila aktifkan MyKad

Jom Aktifkan Mykad

Untuk mengaktifkan Mykad, anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan di laman ini: Jom Aktifkan Mykad.

Pengaktifan MyKad adalah PERCUMA. 

Menurut laman web AktifMyKad.com, antara kelebihan lain menyertai Program MyKad Smart Shopper ialah:

  1. Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Mykad sebagai Kad Diskaun adalah PERCUMA.
  2. Tiada yuran tahunan, maknya FREE seumur hidup. Sekali akftifkan MyKad, sudah cukup.
  3. Tak perlu bawa kad tambahan lain. MyKad sentiasa ada dalam dompet. Betul tak?
  4. Memperolehi mata ganjaran yang tiada tarikh luput. Kumpul banyak-banyak dan tebus hadiah yang lebih tinggi nilainya!
  5. Aplikasi MyKad Smart Shopper melalui iPad, iPhone dan SmartPhone yang disokong sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini. Cukup mudahkan. 
Inilah antara kelebihan jika kita aktfikan MyKad kita. Jomlah aktifkan MyKad supaya kita dapat menikmati kelebihan ini.

JOM AKTIFKAN MYKAD!

    Polis akan panggil Ismail Sabri beri keterangan

    Polis akan memanggil Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan kenyataan berhubung status di laman sosial Facebook miliknya yang menggesa orang Melayu memboikot perniagaan Cina.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di akaun Twitter miliknya @KBAB51 petang tadi, Khalid berkata Ismail akan dipanggil bagi memastikan keharmonian kaum terpelihara.

    "@PDRMsia akan panggil menteri pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati," katanya di laman sosial tersebut.

    Melalui laman Facebooknya, menteri pertanian dan industri asas tani itu semalam menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang meskipun harga bahan api mengalami penurunan.

    Bekas menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) itu berkata, melalui boikot, selaku kumpulan besar mewakili pengguna, orang Melayu mempunyai kuasa mendesak peniaga Cina menurunkan harga barang.

    "Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

    "Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," katanya. – 2 Februari, 2015.

    Gambar comel Datuk Siti berbaju uniform pengawas sekolah


     Comel juga ya apabila Datuk Siti Nurhaliza mengenakan uniform pengawas sekolah. Tapi kenapa beliau berpakaian demikian?

    Siti sebenarnya berpakaian baju pengawas sekolah kerana ingin meraikan sambutan ulang tahun ke-11 Sitizone yang merupakan satu kelab peminat penyanyi tersohor itu.

    Bertemakan alam persekolahan, masing-masing tetamu hadis turut mengenakan pakaian-pakaian seragam sekolah yang menjadi pilihan masing-masing.

    Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa ataupun lebih dikenali sebagai Datuk K dan pengurusnya Rozi juga turut hadir dalam majlis itu.

    Apa-apa pun jom lihat gambar-gambar siti dalam majlis tersebut.










    Sunday, February 1, 2015

    baru balik jepun

    Asalamualaikum ....aku terpergi jepun lagi....well actually aku baru je balik dari jepun (26/11-4/12/2014).banyak benda yang jadi.banyak pengalaman baru yang aku dapat kat sana.tapi malangnya aku  malas nak menulis semua coretan itu.so , klu korang ada sebarang pertanyaan boleh tanya.YOKOSO !!


    Datuk Nicol David Catat Rekod Baru Dunia


    PARIS: Ratu skuasy negara Nicol David telah mencatatkan namanya selaku pemegang rekod baru dunia untuk mendahului kedudukan senarai apabila dia telah berjaya mempertahankan dirinya sebagai pemain no.1 WSA selama 106 bulan.

    Pemain berusia 31 tahun Malaysia itu telah mempertahankan gelaran WSA itu sejak bulan Januari 2006 lagi dengan mengatasi rekod milik Susan Devoy dari New Zealand, iaitu 105 bulan pada Februari 1993 dan menjadi juara dunia empat kali.

    Pencapaian Datuk Nicol adalah peristiwa terkini dalam kerjaya yang gilang-gemilangnya yang telah memenangi lapan kejuaraan Kejohanan Dunia, dua pingat emas Sukan Komenwel dan empat pingat  emas Sukan Asia.

    "Menjadi nombor satu adalah sesuatu yang anda perlu untuk mendapatkan setiap hari,"

    "Bagi saya, ia adalah benar-benar tentang bermain kejohanan. Semua yang lain adalah bonus. " katanya.


    Susulan kejayaan Nicol David itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri najib Tun Razak telah mengucapkan tahniah dengan pencapaian hebat anak Malaysia itu melalui akaun Facebook miliknya.-Siakapkeli.com.my

    Ustaz Kazim Elias Teruk Dihentam Dalam Facebook dan Laman Sosial Kerana Gelaran Datuk?



    ustaz kazim

    Shah Alam – “Saya rasa saya tidak mampu untuk menangkis ‘penghentam’ saya di Facebook, jadi saya dibantu oleh ‘pengikut’, dan ‘kelab peminat’ saya untuk menangkis ‘serangan’ mereka,” demikian reaksi Datuk Kazim Elias ketika ditanya mengenai cara beliau menangani ‘penghentamnya’ di Facebook.

    Berbicara lanjut Kazim berkata, apa yang beliau tulis diruangan Facebooknya adalah sama di alam nyata, dan sama sekali beliau tidak bersikap berpura-pura dan hipokrit.

    “Kalau ada orang hentam saya, dalam FB saya tetap akan siarkan…teruskan tidak ‘delete’ dan’ block’.

    “Untuk dia terus menulis boleh orang nilaikan, sebenarnya apa yang kita tulis dan komen sebenarnya itulah hati budi kita. Dan orang akan menilai hati budi kita dengan tulisan, sebab itu saya biarkan sahaja mereka apa yang mereka hendak kata dan tulis.

    “Cuma ada batas dan had, itu yang kita pantau. Kalau sentuh Perlembagaan, keselematan dan sentuh raja-raja itu kita ‘block’,” katanya ketika ditemui Sinar Online di Karnival Karangkraf 2015, semalam.

    Dalam nada bersahaja katanya, “kalau mereka hendak hentam saya hentamlah”.

    Mengulas lanjut, Kazim berkata beliau akan terus menulis selagimana diperlukan oleh masyarakat.

    “Insya-ALLAH kalau masyarakat rasa UKE perlu dalam masyarakat saya akan teruslah menulis,” katanya.  Sinar Online

    Gambar Belangkas